PADA KEHENINGAN SUBUH YANG BERSEJARAH kira-kira 1300 tahun yang lalu,sebelum mentari memancarkan sinarnya di kota Samarkand, suasana tiba-tiba berkocak. Rengkekan kuda kedengaran bertalu-talu. Derapan kaki-kakinya memecah kesunyian sekaligus mengejutkan penduduk Samarkand yang masih nyenyak tidur. Pedang-pedang dan tombak terhunus dalam tempik yang menggerunkan, " Allahu Akbar, Allahu Akbar"
Pahlawan-pahlawan kristian koptik di kota Samarkand ttidak sempat bertindak. TEntera pimpinan Qutaibah menyerbu dengan mendadak. Baju besi masih tersimpan rapi.Kuda tempur masih di kandang. Baju tempur masih belum tersarung. Pedang dan tombak masih tersandar. Dalam samar-samar subuh dengan mata yang baru terbuka, mereka sukar untuk bertindak. Kerana itu hanya dalam beberapa waktu sahaja kota Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam.
Samarkand menyerah dengan mudah. Tentera kuffar tidak sempat bertindak. Mereka diserang secara tiba-tiba oleh panglima Qutaibah bin Muslim. Berita kejatuhan kota Samarkand itu segera disampaikan ke Damsyik, pusat pemerintahan Bani Umaiyah. Namun satu persoalan telah ditimbulkan oleh paderi-paderi di Samarkand. Mereka menuntut keadilan. Mereka rasa panglima Qutaibah bin Muslim telah melanggar peraturan perang kerana sepanjang pengetahuan mereka, 'menurut ajaran Islam sebelum sesebuah negara diperangi, rakyatnya terlebih dahulu mesti diberi 3 pilihan; masuk Islam, bayar jizyah atau perang.' Mereka merasakan serangan pukul curi oleh panglima Qutaibah bukan saja melanggar tatatertib peperangan zaman itu tetapi juga melanggar undang-undang Islam sendiri.
Akhirnya paderi wilayah Samarkand pergi mengadu kepada khalifah Islam di Damsyik. Sampai di sana hati mereka tersentuh melihat kehidupan yang sangat sederhana khalifah Umar Ibnu Aziz. Rumahnya kecil sahaja. Keadilannya terserah tanpa mengira kaum kerabat atau sahabat handai. Pengaduan paderi-paderi itu buka sahaja diterima dengan baik, malah Khalifah Umar Ibnu Aziz menghantar seorang hakim untuk menyelidiki seterusnya menadili dakwaan penduduk Samarkand terhadap panglima Qutaibah bin Muslim. Setelah diadakan perbicaraan mengikut undang-undang Islam, Panglima Qutaibah didapati bersalah. Hakim memerintahkan dia bersama tenteranya keluar semula dari kota Samarkand seberapa segera.
Pada hari iu juga, sebelum menjelang subuh, sekali lagi terdengar rengkekan kuda memecah kesunyian dinihari kota Samarkand. Demi mematuhi perintah Khalifah Umar Ibnu Aziz yang adil itu, panglima Qutaibah berundur segera. Tanpa banyak bicara, beliau dan anggota tenteranya berangkat segera keluar dari kota Samarkand yang baru mereka takluki.
Maka pada dinihari itu juga setiap tingkap rumah penduduk Samarkand elah terkuak bila mendengar derap kaki kuda tentera Islam melangkah keluar dari kota tersebut. Merka menjengukkan kepala meninjau-ninjau. Dan dari mulut setiap mereka meluncurlah kalimah syahadah, " Asyhadu alla....."
Islamlah penduduk tempatan Samarkand kerana melihat betapa agungnya keadilan dalam Islam, betapa kuatnya Umar Ibnu Aziz memegang hukum Allah, betapa patuhnya panglima Qutaibah kepada Khalifah itu, dan betapa taatnya tentera-tentera Islam kepada panglima mereka. Peristiwa itu sesungguhnya lebih hebat dan lebih meruntun hati mereka kepada Islam daripada serangan tentera Qutaibah.
* Agungnya Islam, indahnya akhlak mereka yang benar-benar beramal dengannya, aku mahu memakaikan anak-anakku dengan akhlak sebegitu..*
Betapa sifat akur-tawadhuk-taat mereka tidak ada tolok bandingnya. Rela berundur walau sudah bermatian berperang tapi lihatlah kesannya... mereka pun nampak indahnya Islam.
ReplyDeleteKalaulah sekarang macam ini alangkah indahnya...
saat ini kita hanya mampu mengenang-ngenang, untuk ubat jiwa
ReplyDeleteHanya tinggal catatan sejarah pada sebuah kegemilangan masa lalu yg sukar utk diulang semula....
ReplyDeleteya, entah bila peribadi-peribadi begini akan jadi milik kita lagi..
ReplyDelete