Asam Garam Kehidupan: Mengapa Engkau 'Mendera' Kami.....?

Pages

7 Dec 2013

Mengapa Engkau 'Mendera' Kami.....?

Al- Qahhar..lambang sifat Maha Keras dan simbol didikanNya.

Apabila Allah datangkan bala bencana, manusia tidak mampu menangkisnya, meskipun pada mereka ada teknologi yang amat canggih, Tsunami yang melanda Jepun tahun lalu ( maaf jika silap tahun ), meragut ribuan nyawa dan memusnahkan harta benda yang tidak ternilai. Letupan gunung berapi, banjir, ribut taufan dan lain-lain, tiada siapa yang mampu menahannya.

Semua bala bencana ini Allah datangkan untuk menjadi peringatan kepada manusia yang mahu mengambil iktibar. Walaupun ianya lambang sifat Maha Keras Allah, tetapi ia juga simbol didikanNya bagi sesiapa yang mahu berfikir.

Allah izinkan berlakunya semua kesusahan dan kesengsaraan itu untuk mendidik manusia, koreksi diri apakah dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Dan juga untuk membuktikan keadilanNya, iaitu membela kebenaran dan menghukum yang batil, seperti yang Allah lakukan terhadap RasulNya, diberiNya kemenangan dan kejayaan membangunkan ummah dan menghukum orang yang engkar dan menentang kebenaran ketika itu.

Kalau kita selalu mengenang-ngenang sifat Allah Yang Maha Keras ini, yang boleh menghukum kita bila-bila masa, ia akan mendorong kita untuk sentiasa mentaati segala perintahNya, menjauhi segala laranganNya, berserah diri hanya kepadaNya dan malu jika tidak menunaikan hak-hak Allah.

Takut kepada sifat Allah Yang Maha Keras ini mendorong kita menghampiri dan berserah diri kepadaNya, bukannya lari atau menjauhkan diri seperti takut kepada harimau atau singa. Takut kepada Allah menyebabkan kita tunduk, lantas mengakui kebesaran dan keagunganNya serta ingin dekat kepadaNya. Dan yang lebih utama lagi sekiranya kita mampu menundukkan nafsu dan kejahatan yang ada di dalam diri kita dengan sentiasa mengingati sifat Al-Qahhar ini.

* Bila musim hujan macam ni baru terasa nikmat panas, bila panas je, merungut-rungut bilalah nak hujan, bilalah nak hujan, itulah manusia, jarang yang mahu mensyukuri pemberianNya, termasuklah saya yang hanya pandai bercakap ni..ampun Ya Allah...*

Terimakasih juga buat teman ukhwah yang baru Anim dari http://bicaraneem.blogspot.com/ dan JR dari blog Bila Jejari Menari ( maafla tak dapat cari link ), semoga kita saling mendapat manfaat dan berukhwah hingga ke syurga, amin...



7 comments:

  1. Kadang2 Allah berbicara dengan kita menerusi ujian dan dugaan. Dan ketika kita tunduk menyedari kekuasaanNya, Dia akan membantu mengatasi kepayahan kita....

    ReplyDelete
  2. ha ah betul dgn jay ar tu..manusia ni bila leka kena uji2 juga..kalau tak tu laro je

    ReplyDelete
  3. selagi nyawa belum berakhir, selagi itu sebagai hamba, kita akan diujiNya..

    ReplyDelete
  4. Allah nak ingatkan kita yang terleka. Kadang-kadang seronok sangat.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  5. terimakasih Jay Ar, knor, ANIM dan Na, pendapat kawan-kawan semuanya betul belaka

    ReplyDelete
  6. Allah nak ingatkan kita yang mudah terleka dengan mendatangkan dugaan macam ni.

    ReplyDelete
  7. memang berat sangat ujian kali ni, awal tahun dgn cuaca yang sangat sejuk, lepas tu panas berjerebu..sama2 la kita berdoa mohon dikurangkan ujian dari Allah..tak sanggup rasanya..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign