Asam Garam Kehidupan: IMAM SYAFIE-MUJADDID KURUN KE II

Pages

24 Dec 2013

IMAM SYAFIE-MUJADDID KURUN KE II

Membelek MASTIKA terbaru Disember 2013, membuatkan perut saya memulas-mulas, kepala saya berpusing-pusing sebab apa tau..aduhhhh...Nauzubillahiminzalik..tak tau siapa nak dipersalahkan, kalau tuding satu jari kat orang, 3 jari lagi menuding ke diri sendiri...macamana ye, sedih, sayu, pilu, sebak melihat gejala kejatuhan moral dan akhlak remaja seawal umur 13 tahun..berani, tak ada rasa malu muat turun aksi lucah, perkataan lucah kat fb dan yang pelik ramai pulak yang like..MasyaAllah..apa nak jadi dengan anak-anak Melayu sekarang ni, memalukan Islam, Islam jatuh terhina dan betapa berjayanya agenda Yahudi dalam menghancurkan anak-anak muda Islam ini...

Saya tak nak komen banyak, saya cuma nak paparkan di sini akhlak dan peribadi seorang mujaddid agung yang sama-sama kita banggakan, moga boleh kita ambil sedikit panduan untuk mencorak anak-anak kita, InsyaAllah...

IMAM SYAFIE- adalah kurun kedua.  Nama penuhnya adalah Muhammad bin Idris, dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 H (767 M ), di Gazza ( salah satu perkampungan di sempadan Palestin- Syam ). Beliau dilahirkan dalam keadaan yatim.

Kelahiran Imam Syafie juga bersamaan dengan wafatnya Imam Abu Hanifah, ulama terkenal dari Baghdad. Pada masa itu juga Imam Abu Al Makki, seorang ulama besar di kota Mekah meninggal dunia.

Kelebihan Imam Syafie memang terserlah. Semasa berumur 9 tahun beliau telah hafal Al Quran. Setahun selepas itu dia dapat menghafal kitab karangan Imam Malik yang amat terkenal pada masa itu iaitu Al Muwatha. Berdasarkan tanda-tanda tersebut ramai yang berkeyakinan dia adalah bakal pengganti ulama tersebut.

Kecerdasan Imam Syafie dalam menuntut ilmu menjadi tauladan kepada orang lain. Pernah seorang bertanya kepada Imam Syafie bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Lalu dijawabnya, " Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak. Padahal dia tidak punya anak selain dari yang hilang itu."

Inilah di antara gambaran kecintaan Imam Syafie terhadap ilmu pengetahuan. Sehinggalah dia berjaya menjadi Imam mazhab dalam bidang Feqah, sekalipun dia hidup dalam keadaan papa, namun tidak menjadi penghalang baginya untuk menuntut ilmu. Kerana sulitnya untuk mendapat buku catitan, dia mengumpulkan tulang-tulang kering dan kertas-kertas bekas untuk dijadikan tempat catitan. Katanya dalam sebuah syair,

          Pengetahuan ibarat binatang buruan
          Ia mesti diikat dengan catitan
          Satu kebodohan bila berburu di hutan
          setelah dapat lalu dilepaskan.

Bertahun-tahun lamanya Imam Syafie mencatit segala ilmu yang diperolehinya di atas kertas dan tulang-tulang kering itu. Menjadi sikap beliau tidak mahu meminta-minta dan menyusahkan orang lain. Beliau yakin kesusahan itu menjadi baja dalam mencapai cita-cita. Bahkan ia merasa bahagia bila tidak bergantung dengan orang lain. Sekalipun dalam keadan perit dan derita. Baginya pahit dan derita itulah kemenangan dalam menuntut ilmu. Ini sesuai dengan ungkapan beliau,

" Tidak mendapat kemenangan dalam menenutut ilmu melainkan orang yang menuntut dalam kekurangan."


Akhirnya penuh sesaklah biliknya dengan bahan-bahan catitan, hinggakan untuk meluruskan kaki, melepaskan penat pun susah. Akhirnya beliau memutuskan untuk menghafal semua bahan catitan itu. Berbulan-bulan lamanya beliau mengurung diri. Dia berusaha mrnghafal seluruh catitan tersebut. Selama itu juga beliau bermujahadah melawan kehendak nafsu yang tidak suka dengan ilmu pengetahuan. Akhirnya dia berjaya menghafal seluruh catitan itu sehinggalah bilik itu kosong dari sebarang catitan. Kelebihannya dalam menuntut ilmu sentiasa amat disyukurinya.

Di antara tokoh ulama yang menjadi gurunya ialah Syufyan bin Uyanah, Muslim bin Khalid Al Zanzi, Said nin Salim aL Qaddah dan beberapa ulama lainnya. Di samping itu beliau juga belajar sastera Arab sehingga beliau mampu menguasainya dengan fasih.

Untuk meluaskan ilmunya buat pertama kalinya Imam Syafie pergi mengembara ke Madinah. Di sana beliau mendalami kitab Al Muwatha yang masyhur itu. Beliau menetap di Madinah sebagai tetamu Imam Malik selama lapan belas bulan. Kerana Imam Syafie telah hafal dan memahami isi kitab itu maka Imam Malik telah memberi peluang kepada Imam Syafie untuk mensyarahkan kitab itu kepada sesiapa yang mahu mempelajarinya.

Semasa di Madinah, Imam Syafie sempat menemmui beberapa rombongan haji daripada Iraq. Dari mereka Imam Syafie mengetahui kealiman Imam Muhammad bin Al Hassan dan Abu Yusuf, sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah mendengar khabar tersebut, beliau menyampaikan keazamannya kepada Imam Malik untuk menuntut ilmu dan pengalaman ke negeri Iraq pula. Imam Malik mengalu-alukan keinginan Imam Syafie itu sambil berkata, " Ketahuilah bahawasanya para malaikat menghormati orang yang menuntut ilmu."

Setelah 24 hari melakukan perjalanan akhirnya beliau tiba di Kuffah. Lalu beliau terus ke masjid dan melakukan sembahyang. Di masjid itulah beliau bertemu dengan Imam Abu Yussuf  dab Imam Muhammad bin Al Hassan. Lalu beliau tinggal bersama Imam Muhammad bin Al hassan dan menuntut pelbagai lagi ilmu darinya.

Selepas itu Imam Syafie meneruskan pengembaraannya dari satu negeri ke satu negeri aehinggalah sampai ke Palestin. Lalu beliaua menetap pula di satu tempat berna Ramallah. Pengembaraan ini berlaku sela bertahun-tahun.

* nanti saya sambung lagi ye....*

8 comments:

  1. Kakak ada buku tentang imam Syafie ini Azi. Terbitan PTS karya Pak Latip Talib. Membaca kisah imam ini jauh dan memang susah utk mendpt sepertinya lagi. Bagaimana bundanya mendidik juga boleh dijadikan iktibar. Dari kecik bila imam Syafie mula nak keluar belajar agama bagaimana ibunya memberi semangat. Walau tak berharta tapi doanya setiap waktu.

    Melihat senario sekarang itulah sebabnya kenapa kakak hantar anak kakak sekolah aliran agama. Tak apalah modal membayar berganda tetapi sekurang-kurangnya hati sentiasa dicuci selalu. Duit boeh di cari, tapi iman kena pupuk dari kecik. Kalau kakak/abang mati kelak harapnya adalah juga yg tolong mendoakan. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bagi orang yang telah mendapat kesedaran agama seperti kzakie dan InsyaAllah yang lain-lain, selain menjaga dan mendidik anak-anak kita sendiri, sama-sama kita minta sungguh-sungguh dariNya agar diberinya kita kekuatan agar dapat berbakti pula kepada masyarakat, mungkin usaha kita taklah sebesar mana, tapi InsyaAllah jika kita istiqomah dan disertai rasa diri kita tidak mampu ( hanya Allah memberi yang memberi bekas di atas usaha dan ikhtiar kita ), akan ada bantuan Allah di atas usaha-usaha kita itu.

      ampun maaf jika tersilap dalam memberi pandangan.

      Delete
  2. Dapat mendidik anak utk mencintai Islam itu sudah cukup baik sebagai asas kehidupan .

    ReplyDelete
  3. Alangkah indah kalau kita dahagakan ilmu seperti Imam Syafie' dan amalkan apa yang dipelajari.

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita mintak dengan Allah agar diberi kita kekuatan untuk menuntut ilmu seterusnya beramal dengan ilmu yang kita perolehi, aminnn

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Singgah membaca posting yg indah di sini

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, terimakasih atas komen yang membina, moga kita sama-sama mengambil iktibar darinya..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign