Asam Garam Kehidupan: IMAM SYAFIE-Ujian demi ujian

Pages

27 Dec 2013

IMAM SYAFIE-Ujian demi ujian

Maaflah teman-teman, baru dapat sambung semula kisah Imam Syafie ni, takdelah sibuk mana pun, tapi saya layan MASTIKA dan satu buku lain, yang saya rasa tak boleh berhenti membacanya, banyak ceritanya yang nanti saya nak kongsikan, InsyaAllah...

Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Syafie kembali ke Madinah. Sebaik saja sampai di Madinah beliau terus ke masjid Nabawi. Kemudian menziarahi maqam Rasulullah SAW. Selepas itu beliau terus menziarahi Imam Malik yang kebetulan hari itu sedang mengajar. Imam Malik sangat gembira dapat bertemu kembali dengan Imam Syafie lalu ia turun dari kerusi dan meminta Imam Syafie menyambung syarahannya.

Imam Syafie tinggal di Madinah bersam Imam Malik selam 4 tahun. Sehinggalah Imam Malik meninggal dunia dalam bulan Rabiul Awwal tahun 179H.  Jenazah Imam Malik dikebumikan di Baqi'.

Selepas kewafatan Imam Malik, Imam Syafie masih berada di Madinah. Tetapi Gabenor Yaman memintanya untuk menetap di sana. Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi setiausaha kerajaan Yaman. Nama Imam Syafie semakin hari semakin harum. Kealiman, kecergasan serta akhlaknya makin disukai oleh rakyat Yaman. Tetapi sudah menjadi sunnatullah pejuang-pejuang kebenaran itu sentiasa diuji, seperti mana yang dialami oleh Imam-imam besar yang lain- Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan lain-lain. Disebabkan nama Imam Syafie semakin harum dan disukai oleh rakyat Yaman, ada pihak tertentu yang ingin nama baik beliau tercemar. Imam Syafie difitnah memimpin kaum syiah menentang Khalifah Harun Al Rasyid. Beliau ditangkap lau dihadapkan kepada khalifah bersama puak-puak syiah.

Sekalipun ujian dan cubaan selalu menimpa pejuang kebenaran, namun Allah tidak biarkan begitu saja, begitu jugalah dengan Ima Syafie. Berkat kealiman, ketenangan serta kefasihannya menjawab segala soalan yang dihadapkan Khalifah, akhirnya dia dibebaskan dari sebarang tuduhan. Bahkan dalam pemeriksaan itu Imam Syafie dapat mempengaruhi Khalifah dan memberikan beberapa nasihat yang begitu membekas di hati khalifah. Beliau dikurniakan hadiah sebanyak 1000 dinar tetapi semuanya habis diagihkan kepada pegawai-pegawai istana.

Selepas peristiwa itu nama Imam Syafie semakin masyhur. Pernah suatu hari beliau bertamu di rumah Imam Ahmad bin Hambal lalu bermalam di sana. Kebetulan Imam Ahmad mempunyai anak, anaknya amat sukacita dengan kedatangan Imam Syafie kerana dia sudah lama mendengar kehebatan ilmu Imam Syafie. Ia mengambil peluang untuk memerhatikan segala perbuatan dan amal ibadah Imam Syafie.

Menjelang sepertiga malam, sebagaimana biasa Imam Ahmad bangun beribadah, berzikir dan berdoa ke hadrat Allah SWT, tetapi Imam Syafie berbaring sahaja sehingga ke waktu subuh. Anak Imam Ahmad sangat hairan menyaksikan peristiwa itu. Kalau begitu kenapalah ayahnya begitu mengkagumi Imam Syafie.

Ketika dia masih kebingungan memikirkan peristiwa itu, datanglah Imam Syafie menghampiri Imam Ahmad. Lalu Imam Ahmad bertanya khabar, apakah Imam Syafie selesa bermalam di rumahnya. Jawab Imam Syafie,

" Belum pernah saya merasa gembir seperti malam tadi. Semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah sambil berbaring. Kesemuanya adalah masalah yang sering ditanyakan oleh masyarakat."

Selepas keberangkatan Imam Syafie, Imam Ahmad menghanpiri anaknya lalu berkata, " Begitulak keadaan Imam Syafie. Apa yang dikerjakan Imam Syafie lebih berguna dari apa yang kita lakukan kerana ia berbuat untuk kepentingan umum."

Di zaman Imam Syafie terdapat dua aliran fahaman tentang ilmu feqah. Aliran yang pertama ialah aliran feqah yang kuat bersandar kepada ar- rakyu ( fikiran ). Ia berpusat di Iraq.  Dipelopori oleh Imam Abu Hanafiah yang lahir pada tahun 80 H ( 660 M ). Ajaran beliau disambung oleh sahabat-sahabat dan pengikutnya. Aliran ini banyak bersandar kepada ar- rakyu kerana Iraq letaknya jauh dari tempat kelahiran Rasulullah SAW. Jadi kurang atau jauh dari ahli hadis. Tambahan pula Imam Hanafi kurang mengembara. Ia tinggal di Baghdad dan wafat juga di Bahgdad. Jadi bila tidak ada hadis, mereka sangat bersandar kepada ar-rakyu ( fikiran ).

Aliran ini disandarkan kepada apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda ketika menghantar Saidina Muaz menjadi guru di Yaman. Sabda itu bermaksud:

" Dari beberapa orang daripada kawan Muaz, dari Rasulullah SAW  di kala beliau mengutus Muaz ke negeri Yaman, maka beliau bersabda: Bagaimana engkau menghukum ? 
   Ia berkata: Aku menghukum dengan apa yang ada dalam kitab Allah."
Baginda bersabda: Jika tidak ada kitab Allah?
Jawab Saidina Muaz, Dengan sunnah Rasulullah SAW. Baginda bersabda pula: Jika tidak ada sunnah Rasulullah SAW? 
   Jawab Saidina Muaz : Aku akan berijtihad dengan fikiranku.
Rasulullah SAW bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada pesuruh Rasulullah."
                                                                                                        Riwayat- At Tarmizi.

Bersambung lagi.

Sebelum tu saya nak mengalu-alukan sahabat-sahabat baru saya, ahlan wa sahlan dan terima kasih ya kerana sudi berukhwah dengan saya, semoga kita saling mendapat manfaat dan ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga, amin. Saya dapat tiga orang teman baru-tapi belum dapat update kat sini, tenet problem sikit, slow cam siput.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign