Asam Garam Kehidupan: warak...vs...entahle...

Pages

29 Jan 2014

warak...vs...entahle...

cerita 1

Pada suatu hari Saidina Abu Bakar makan sejenis makanan. Kemudian dia mendapat tahu makanan itu tidak jelas halal atau haramnya. Lalu dia menjolok tekaknya dan memuntahkan isi perutnya..

Kita: Takpe...tak sengaja..tak tau..

cerita 2

Ibrahim bin Adham terpaksa kembali semula ke Basrah ( Iraq) untuk mengembalikan sebiji kurma yang jatuh dalam timbangan kurma yang dibelinya, yang dia terlupa hendak mengembalikan ketika kurma itu ditimbang.

Kita: Ala..sebiji je..halal lah..

cerita 3

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memukul anak kecilnya apabila mendapati anak kesayangannya itu memakan epal milik Baitul Mal. Katanya..." Aku terasa seperti memukul jantung hatiku sendiri." Lalu dia pergi ke pasar dan membelikan epal untuk anaknya.

Kita: Apa amik sikit sangat, amik je..bukan orang tau pun...

cerita 4

Sekali peristiwa Ibnu Mubarak terpaksa kembali semula dari Marwu ( Khurasan ) ke Syam ( Palestin ) kerana terlupa hendak mengembalikan pena tulis yang dipinjam dari temannya.

Kita: kawan, pen murah je pun, nanti dia belilah pen lain...

cerita 5

Sekali peristiwa, sekumpulan orang sedang mengadap orang yang sedang nazak di waktu malam. Apabila mati saja orang itu, salah seorang daripada mereka pun berkata kepada orang ramai,...." Matikanlah semua lampu, kerana mulai saat ini semua harta di dalam rumah ini menjadi milik para waris si mati."

Kita:  kaya dia ni, berapa harta warisan dia agaknya, beruntung anak bini dia.....


---" Adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya"---
                                                                                                                      ( An Naziat : 40-41 )

6 comments:

  1. takut plk baca..kut ada mcm tu..berusaha menjadi lebih baik..in shaa Allah

    terima kasih ye ingatan dr ustazah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berusaha ke arah kebaikan InsyaAllah hingga ke akhir hidup kita..

      Jangan panggil saya ustazah knor. saya cikgu budak tadika je..

      Delete
  2. Lihat betapa tipisnya iman kita utk dibandingkan dgn mereka...
    Malu kakak bila kenang diri yg serba kekurangan ini.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kita terus berusaha untuk jadi hamba yang bertaqwa, itupun Allah pandang.
    Memang kita serba kekurangan dan jauhnya kita ketinggalan berbanding mereka dari sudut iman dan taqwa..

    ReplyDelete
  4. In Shaa Allah, sama2 kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign