Asam Garam Kehidupan: 30 tahun kutip tahi lembu....

Pages

8 Mar 2014

30 tahun kutip tahi lembu....

Kuala Pilah: Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, seorang nenek di Kampung Juasseh Tengah, dekat sini, sanggup mengerah kudratnya setiap hari membersihkan najis lembu yang bertaburan di atas jalan di kampungnya.
Lebih mengejutkan, Wong Ah Pong, 81, mesra dengan panggilan Uwan, melakukan kerja sukarela itu sejak lebih 30 tahun lalu semata-mata kerana tidak sampai hati melihat kenderaan yang melalui jalan kampung sepanjang hampir 100 meter itu terpalit najis lembu. 
Dia terkenal dengan panggilan uwan, sedang mengutip tahi lembu yang bertaburan.

Inilah antara berita yang menarik hati saya, yang terkesan di hati saya... saya kagum dengan wanita tua Cina yang terkenal dengan panggilan uwan ini. Andai dia seorang Islam tentu menepati salah satu ciri taqwa yang disebut oleh Rasulullah..iaitu membuang halangan di jalanan....dan rasanya kita yang mengaku diri kita sebagai Islam, tak ada yang sanggup melakukan kerja yang nampak jijik ini.....

4 comments:

  1. selalunya kita kalau nampak kat jalan , pi elak jer . tak de hati nak berhenti dan buang ... buat kebaikan dapat kebaikan ...

    ReplyDelete
  2. betul tu, lagila benda jijik camtu kan...


    Kalaula uwan tu Islam, alangkah baiknya.

    ReplyDelete
  3. IM biasa jumpa individu yang rajin kutip tahi lembu. Dia guna untuk buat baja...

    ReplyDelete
  4. itu ada tujuannya IM, ni kan dia kutip sebab kesian, taknak kereta orang lalu terkena tahi lembu, pastu dia letak sau tempat untuk sesiapa amik buat baja...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign