Asam Garam Kehidupan: Malaysia menangis...pesawat MH370 hilang?? terhempas di Laut Cina Selatan???

Pages

9 Mar 2014

Malaysia menangis...pesawat MH370 hilang?? terhempas di Laut Cina Selatan???

Sekali lagi Malaysia menangis dengan satu lagi peristiwa besar yang mengejutkan. Terhempasnya pesawat MAS awal pagi tadi mencatat sejarah hitam dalam dunia penerbangan negara. Ianya juga kembali menjadi mimpi ngeri untuk siapa sahaja yang ingin menggunakan pesawat udara selepas ini. 

Mas, Kementerian Pengangkutan, para pemimpin dan kita semua kena bermuhasabah..... Ingatlah bahawa semuanya adalah perencanaan Tuhan untuk menginsafkan kita. Perkara awal bagi kita yang mendengar dan menerima berita musibah ialah merenung diri, bermuhasabah, bertaubat dan meminta ampun dengan Allah SWT. 

Renung-renunglah diri kita masing-masing terlebih dahulu sebelum kita tuding-menuding jari kepada sesiapa. Jika kita sentiasa mengkoreksi diri, kita terhindar melakukan dosa perpecahan ketika krisis. Waktu krisis, kita kena tenang dan mengingati Tuhan. Jangan emosi dan melatah. 

Selesaikan persoalan kita dengan Allah terlebih dahulu baru berbincang soal teknikal macamana dan bagaimana. Janganlah kita ikut cara biasa iaitu bergaduh, bertengkar, tuduh-menuduh dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Al-hasil ujian yang Tuhan datangkan itu hanya berlalu pergi tanpa dapat kita ambil pengajaran menginsafkan diri. 

Bahkan dengan berbuat sebegitu, kita melakukan dosa demi dosa yang baharu. Kita jadi berpecah, bergaduh, bermasam muka dan berkrisis. Biasanya berpanjangan. Inilah dosa yang berganda hasil dari musibah yang Tuhan kenakan kepada kita atas sebab dosa yang telah kita lakukan. Tanpa keinsafan, kita hanya mengumpul dosa demi dosa yang nantinya Tuhan akan hukum lagi dengan kejadian yang lebih dahsyat. 

Bayangkan dalam keadaan keperitan hidup, harga barangan yang naik melambung, musim kemarau yang panas membakar, kita masih asyik berseronok dengan pesta-pesta maksiat. Tidak ada seorang pemimpin pun yang tampil bercakap untuk mengajak rakyat kembali kepada Tuhan. 

Cukuplah kita menanggung derita demi derita. Ujian akan terus datang dan datang. Ianya akan semakin banyak dan banyak. Tuhan akan lakukan berbagai insiden dan mala petaka untuk menginsafkan kita. 

Janganlah ada yang menganggap semuanya adalah berpunca dari kesilapan teknikal. Malanglah kalau umat Islam tidak tahu hendak mengaitkan segala sesuatu dengan Tuhan. Apa yang terjadi - walau sehelai bulu yang jatuh dari anak tupai di tengah hutan belantara adalah dengan kuasa dan kehendak Allah SWT. 

Apatah lagi sebuah pesawat Boeng 777 bersama 239 orang penumpang serta anak kapal. Tuhan maha melakukannya untuk ingatkan kita semua bahawa owner alam ini adalah Allah SWT. Dia maha memerhati dan dia maha mengetahui.

Sebaik-baik hamba yang kenal Tuhannya ialah yang tahu bertaubat dan merendah diri kepadaNya. Dia maha menyayangi kita lebih dari sesiapa di dunia yang sayangkan kita. Bila dia timpakan ujian sedahsyat ini, ertinya itulah kasih sayangNya. Dia mahu kita insaf dan kembali merujuk padaNya. 

Dia owner kita dan pemilik bagi segala yang ada di dunia dan akhirat. Tuhan adalah CEO kita. Jika dengan bos di pejabat pun kita sudah kecut perut menerima ugutan dan kemarahannya, kenapa kita tidak tahu untuk merasa takut dan cemas dengan Allah yang kuasanya mampu buat apa sahaja. 

Kenapa kita tidak mahu mengambil langkah selamat iaitu bertaubat menginsafi diri. Tanpa insaf, kita akan menempuh bermacam-macam kejadian peringatan Tuhan. 

Peristiwa terhempasnya pesawat MAS ini akan mempunyai pelbagai pengajaran yang berguna. Kita akan sedar betapa kerdilnya upaya yang ada pada kita selaku makhlukNya. Tuhan perlakukan pesawat itu hanya bagai kita menepis kelkatu. Dan Tuhan jatuhkannya ke dalam Laut Cina Selatan untuk kita sedar betapa kerdil, lemah dan tidak berdayanya kita. 

Dalam dua  tiga minggu ini, kisah mengenai kejadian ini akan mewarnai dunia pemberitaan di tanah air. Semakin lambat pesawat itu ditemui, diharapkan akan semakin terdidiklah rakyat Malaysia. Perseteruan dan pergaduhan yang terjadi antara puak-puak yang saling bertentangan diharapkan akan semakin mereda. 

Marilah kita menjadi manusia yang normal, berakal sihat dan berjiwa harmoni. Tinggalkan sentimen, emosi dan hasad dengki. Berkasih sayang dan hormat menghormati adalah syarat untuk kita dapat saling bekerjasama serta saling menghargai. Jika kita utamakan Allah dalam hidup kita, itulah anak kunci penyatuan dan kejayaan kita semua.

Setiap orang ada kelemahan. hadapilah semua orang dalam keadaan kita sedar, kita juga mempunyai kelemahan. Jika kita mahu orang berkompromi dengan kelemahan kita, bersedialah untuk kita juga terlebih dahulu berkompromi dengan kelemahan orang lain. 

Hadapilah kerajaan atau siapa sahaja yang kita kata jahat dan zalim dengan jiwa besar berhati mulia. Nanti kita akan lihat suasana pertentangan sesama kita akan lebih terbina membaik dan pulih. Perundingan dan persefahaman akan lebih mudah terjalin. Jika kita terus membalas kezaliman dengan emosi dan kejahatan, kita hanya bersama-sama menuju kehancuran. 

http://suaramuhajirin313.blogspot.com/




8 comments:

  1. salam nor azimah...thanks 4 following.. follow u back c;

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ya cik wawa..selamat berukhwah kita ye..:)

      Delete
  2. semoga Allah permudahkan pencarian mereka ... aaamin .

    ReplyDelete
  3. doakan yg terbaik utk mereka ... amin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita sedar dan insaf bahawa semuanya adalah milik Tuhan.

      Delete
  4. Ini bole menyedari dan mendirikan solat hajat berjemaah selepas ini tergerak solat istikharah berjemaah untuk membuat tindakkan/keputusan

    ReplyDelete
  5. sebaiknya begitulah, sama-sama mendoakan..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign