Cilok dari blogger http://muhammalina., sori tau...ni sambil nak promote, sape nak beli kepok lekor Teganu, boleh pm blogger amalina ni, tapi kena amik kat putrajaya, dia ni blogger rumah sebelah je, he he. Saya pegi dan balik keje dengan diorang, tak taula sampai bila nak tumpang orang, saya ada lesen tapi tak berani nak drive, lagipun gaji cikgu tadika berapala sangat. |
Sambil goreng keropok lekor untuk sarapan pagi ni, saya mengecek Nadhrah Hannani supaya membasuh pinggan kotor makan malam tadi ( biasalah...kalau esoknya cuti mulalah saya diserang penyakit M, maklum saja, boleh basuh esokkan..sebenarnya orang kata tak elok biar pinggan mangkuk kotor di sinki, jilat dek setan.., tapi kalau hari keje saya akan settlekan semua supaya balik kepala tak berserabut ). Saya kata, " Ibu dulu umur 10 tahun dak boleh masak, kemas rumah, jaga tokma bersalinkan cek lie, basuh baju kat sungai, ni Ibi 10 tahun takde pun nak tolong ibukan.."
" Ada la, Ibi basuh kasut sekolah, jemur baju, angkat baju," ( memang dia buat keje2 tu )
" Ala, kalau ibu tak suruh Ibi tak buat pun..." sebenarnya Nadhrah Hannani atau saya panggil Ibi ni ( dari panggilan baby sebenarnya ) rajin juga, kadang tanpa diminta dia kemas rumah, sapu sampah...cuma mungkin kerana saya jarang menyuruhnya dia jadi tak peka, bukan apa...sebenarnya saya kesian tengok dia sekolah pagi-petang, sampai kat rumah pun dah pukul 6.30 petang, malam nak siapkan homework yang berlambak.
Jadi pagi ni, dia pun tolong basuh pinggan, tak banyak pun, dalam 5-6 biji jer...kang kejap lagi basuh kasut sekolah ye, jemur baju, ibu banyak urusan lain nak buat..
ini sewaktu umurnya 4 tahun... |
No comments:
Post a Comment