Di satu petang di medan perang Uhud, Abdullah bin Jash berkata kepada Saad bin Abi Waqas, " Wahai saudaraku, marilah kita berdoa kepada Allah, apabila salah seorang dari kita memohon kepadaNya, hendaklah seorang lagi mengikut dan berkata amin, mudah-mudahan dengan cara ini Allah akan memperkenankan doa kita,"
Mereka berdua pun pergi ke satu sudut untuk berdoa. Saad memulakan doanya.
" Ya Allah, Tatkala aku berada di medan pertempuran esok hari, dengan limpah rahimMu ya Allah, biarkanlah aku dapat bertemu dengan musuh yang gagah dan garang. Biarlah usush itu menyerang dan aku dapat menandinginya dengan kekuatan tenaga yang aku miliki. Ya Allah...biarlah aku beroleh kemenangan dengan membunuhnya kerana aku mengharap keredhaanMu. Biarlah aku memperolehi harta rampasan dengan limpah kurniaMu ya Allah."
Abdullah bin Jash pun berkata..." Amin."
Tibalah giliran Abdullah pula berdoa katanya...
" Ya Allah, biarlah aku berhadapan dengan musuh daripada mereka yang lemah. Kemudian musuh enyerangku dengan garang dan kemarahan yang membara. Aku membalasnya dengan kekuatan yang ada padaku. Kemudian ya Allah, biarlah musuh itu membunuh dan mnewaskan aku. dapatlah usuh itu menceraikan hidung dan telingaku daripada anggota badanku. Dan apabila aku berdiri di hadapanMu di hari pengadialan kelak, Engkau menyoalku, Wahai Abdullah, bagaimana hidung dan tlingamu boleh hilang? kemudian aku yang ketika itu berhadan dengan Mu akan berkata,, Semyuanya telah hilang di jalan Allah dan RasulNya.
Kemudian Engkau berkata: Benar semua telah hilang di jalanKu"
Saad pun berkata, Amin..
Esok harinya berkecamuklah peperangan Uhud. Setelah tamat peperangan Saad pun berkata:
" Doa Abdullah lebih mulia daripada doaku, pada waktu petang setelah tamat peperangan, aku saksikan hidung dan telinganya diikat dengan benag oleh musuh dan tercerai-berai."
#SaveGaza- dari kejauhan marilah kita sanma-sama mendoakan rakyat Gaza.
Mereka yg kental iman berlumba-lumba mahu menjadi syahid...
ReplyDeleteNamun rasanya utk mencari seperti mereka di M'sia sekarang susah nak jumpa..
Kat Malaysia kita yang tercinta ni, ramai yang mati kerana terlebih makan.
DeleteSetiap mlm tgk berita tentang nasib mereka d gaza menitis air matas ya allah berat betul dugaan mereka
ReplyDeleteMereka mampu, sebab itu mereka diuji sebegitu.
DeleteBelum tentu IM akan menjadi sehebat itu.
ReplyDeletemereka kan para sahabat Rasulullah,memanglah hebat.
DeleteIM hebat cara IM la..
hebatnya sahabat-sahabat Nabi.al-fatihah buat mereka.semoga kita ambil pengajaran dari kisah mereka
ReplyDeletein shaa Allah..moga jadi pemangkin semangat kita
ReplyDelete