Semalam anak-anak KAFA saya dok pakat cerita kisah jem masa balik kampung raya baru ni. Semuanya nak bercerita sampai saya tak tau mane satu nak dengar. Berebut-rebut nak bercerita. Rupanya ramai yang balik ke Pantai Timur, ada yang nenek kat Dungun, ada yang kat Kelantan. Diorang pun rupanya keluar hari sabtu 27/7 tu dan sampai ke destinasi masing-masing ahad 28/7, macam saya juga. Betul la raya tahun ni jadi hari ini dalam sejarah..he he..
Dalam dok bercerita tu saya menyelit juga..
"Eh! korang kan mesti tak dapat puasa setahun penuh kan? Ustazah dapat tau."
"Ye ke ustazah? hari ni ustazah puasa ke?"
" Puasa."
" Kan masa jamuan raya aritu ustazah makan, mana ada ustazah puasa, jadi mana ada ustazah puasa setahun?"
" Ye ada, tak caya ke? ustazah dapat pahala puasa setahun tau, nak tau camane?"
" Macamane?"
" Macam nilah, kan orang yang puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal ni pahalanya macam orang puasa setahun."
" Ooo, ala..kami tak tahanla ustazah, nanti kat sekolah tengok kawan-kawan makan."
" Takpe..korang buatlah bila korang dah besar nanti yea."
" Ok."
Saya sambung lagi...
" Ustazah kan, khatam Quran setiap hari tau."
" Uyyyoo..hebatnya ustazah, ala ustazah dah besar bolehla."
" Ala..korang pun bolehla.."
" Mane boleh, kami banyak homeworkla ustazah."
" Boleh, korang kan boleh baca Qulhuallahu Ahad kan, haa..setiap hari baca 3 kali, pahalanya macam kita
khatamkan baca Quran setiap hari."
" Ooooo.. ( bertambah panjang Oooo nya..)
Saya sambung lagi...
"Ada lagi ustazah boleh buat."
" Apa?"
" Ustazah kan sembahyang sepanjang malam, tak tidur tau."
" Haaa..tak ngantuk ke?"
" Korang pun bolehla."
" Mana boleh ustazah, esokkan kami sekolah, nanti kami mengantuk kat sekolah."
" Korang solat tak kat rumah?"
" Solat."
" Kalau camtu, masa solat subuh dan isya korang solatlah berjemaah dengan mak ayah, dapatlah pahala macam kita bersolat sepanjang malam tak tidur."
" Ooooo..( tak habis-habis Ooo..nya )
^-^....kawan-kawan alamaya den kat luar sane pun boleh buatkan, jom kita pakat buat yek, pendek kata apa je yang baik kita buat, kita niatkan kerana Allah, cam menulis kat blog ni, untuk sebarkan kebaikan, moga esok saya dah takde kalau blog saya ni masih ada orang baca untuk cari sedikit yang bermanfaat di dalam nih, pahalanya sentiasa mengalir kat saya dalam kubur nanti...^-^
Alhamdulillah...lagi sehari beraya lah akk geng...kamu tentu dah sempurna berpuasa 6 kan...
ReplyDeleteya Allah kak, saya baru mula semalam, minggu pertama biasalah beraya, minggu kedua ABC, jadi tolong doakan saya sempat habis puasanya hu hu
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah nak selesai k eye-nee..selamat beraya lagi. ;)
thanks for sharing kak NA..hehe.bagus galakkan anak-anak dari kecil lagi.
ReplyDeletemasih struggle nak puasa ganti..once dah settle baru puasa enam..harap--harap sempat.takut ABC je kacau.padahal diri sendiri yang tak tahan godaan open house dan jamuan raya..huhu
baguslah Sal buat puasa ganti dulu, akak ni gabung je sekali sebab tak mampu dengan kondisi dan situasai, cewah..camla teruk sangat kan,
Deletebertapa Allah maha pemurah dan penyayang.....sedikit amalan dpt pahala berganda2.
ReplyDeleteYa NzA, rugi kita kalau tak rebut peluang ni masa kat dunia, esok kat akhirat menyesal tak sudah..
DeleteSeronoknya melayan anak-anak. Beruntung dpt memberi tazkirah buat mereka setiap hari.
ReplyDeleteIlmu yg pasti anak-anak itu tak lupa sampai bila-bila..
In shaa Allah kzakie..moga itulah jadi saham berkekalan buat saya bila diorang amalkan nanti..
DeleteOOOoooooo...panjang tak ooooo JM tu hiks..in sha Allah betul tu perkara dan info yg baik boleh di kongsi dalam pelbagai cara termasuklah medium ini...Alhamdulillah dah start puasa 6..berkenaan surah Qulhuallahu Ahad tu alhmdulillah di amalkan TAPI...isyak dan subuh jemaah tu...huhuhuh...belum lagi
ReplyDeleteOooooooo..panjangla sangat, he he..
Deletepelan-pelan kayuh Jm, in shaa Allah, semalam akak syer satu lagi dgn bebudak tu, akak kata--ustazah boleh bagi sedekah setiap hari ..diorang dah tau, alaaa...ustazah bagi senyum...