Asam Garam Kehidupan: Ibu doakan yang terbaik.

Pages

18 Sept 2014

Ibu doakan yang terbaik.

Assalamualaikum wr.wb, semoga rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah selalu bersama kita, jika bukan kepadaNya kepada siapa lagi hendak kita mengadu kan teman-teman....

Terimakasih ya kawan-kawan..Fair BP, kzakie, Sal, teman yang baru berkunjung bunda aka KN, UA dan Knor atas kunjungan dan komen, seronok saya kerana respond yang diberi, cuma belum dapat balas kunjung dan komen sebab guna tab jer, susah sikit, eh...sape tau JM ke mane? Senyap je dia, selalu ada gak tinggal jejak, ni sonyap yo..

Kakak dah naik bas pukul 9 pagi tadi, ibu keluar 6.30 pagi tadi, kakak tengah  bersiap. Ibu rasa  sayu sangat. Tapi hari ni ibu kena kerja, dah tiga hari ibu cuti, kesian plak budak-budak kat tadika ibu, walau cuti sekolah pun kena buat aktiviti juga untuk penuhi masa, takkan asyik tengok tv atau main game kat tab je.

Hari ni ibu buat latihan sukan dan main traesure hunter ngan budak-budak tu.

Kakak...moga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke asrama yea. Alhamdulillah ibu sempat buat sagu pelangi dan nasi goreng cina yang kakak nak tu, gigih ibu memasak kul 4 pagi tadi tau. Oh yea, UA resepi sagu pelangi tu kan saya pun amik dari blog Kamsiah, he he-..cari je kat situ.

Ibu tulis entri ni sambil layan keriuhan budak-budak main treasure hunter. Jenuh melayan macam-macam soalan diorang sambil perah idea nak menulis.

Semoga kakak tabah mengharungi spm nanti, ingat spm di dunia ni tak setara mana susahnya jika nak banding dengan Sijil Padang Mahsyar nanti, lulus spm di dunia belum tentu lulus spm di "sana".

4 comments:

  1. sama2..
    yang di hajat semua dapat ye..betul kata ubu tu..tak susah mana pun..spm tu..
    biarlah mnjadi org yg berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. Doa auntie juga buat kakak moga selamat sampai asrama. Ibu bangun sebelum subuh demi anak. Nak nasi goreng cina ada, nak sagu pelangi pun ibu buat. Alhamdulillah.. itulah kasih ibu dan anak sampai bila-bila. Itu anak dari rahim sendiri. Anak-anak orang lagi ibu pun kena jaga.. beruntung jadi ibu kakak itu kan.. Selamat belajar sayang. Jgn hampakan harapan ibu/ayah dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. kak Azie!!! I'm here...buka sahaja x sempat BW sini..blog kawan2 lain pun x sempat..nk update entri pun x sempat..dont worry JM sentiasa ngan blog kak Azie hehehe

    Semoga 'kakak' dapat menjawab soalan SPM dengan baik..in sHa Allah DOA ibu adalah TERBAIK..mudah allah makbulkan

    ReplyDelete
  4. NA ni mmg seorang ibu yang rajin....Yelah kan dah namanya ibu anak mintak gorengkan nasi nak kata tidak tak sampai hati huhu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign