Alhamdulillah, didoakan kebaikan, rahmat dan kasih-sayang Allah buat teman-teman dan sesiapa saja yang sudi singgah di sini-
Banyak betul khasiat madu dan kulit kayu manis ni rupanya. Saya nak sharekan dua daripadanya di sini. Ada hadis tentang kebaikan madu ni kan, tapi tak ingat matannya secara betul.
Kita ni orang perempuan tentu risaulah sesangat bila berat badan naik. Kalau yang dah kawen tu sure takut kena komplen dan takut hilang cantik di mata suami. Tapi yang bujang-bujang pun takde salahnya nak amalkan, sebab madu memang banyak khasiatnya.
Kalau nak hilangkan kolesterol berlebihan ( bila banyak kolersterol jadi warna kuning atas kelopak mata, kolesterol ni bukan orang gemuk je ada, orang kurus pun boleh ada kolesterol ), ambil 2 sudu besar madu campur dengan 3 sudu teh serbuk kayu manis, kacaukan dengan 16 auns air teh, in shaa Allah boleh mengurangkan kolesterol, walaupun kronik, tapi kena rajinla, amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur setiap hari.
Bagi yang ada masalah berat badan amalkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis dalam air suam setiap hari, in shaa Allah boleh menurunkan berat badan.
Ok, pasni takyahla risau sangat nak makan sedap-sedapkan, jom..jemput makan.
Kalau boleh diwhatsappkan ketam tu kakak nak Azie:) - bergolek keluar seketul ketam dari hp kan bagus hihi...
ReplyDeleteSebenarnya banyak petua boleh dibuat cuma diri sendiri kena rajin.
Kalau dah diberi petua tak buat juga memang tak menjadilah (kakaklah ni Azie)
Masa baca N3 macam eh... senanglah nak buat tapi tak terbuat-buat.
Ala kzakie, takat ketam tuh, apala sangat..kzakie petik jari mesti dapat punyalah..ha ha
Deletesaya kan masa pagi ingat je nak buat, boleh buat, bila malam selalu lupa, jadi lambatlah sikit kesannya kot..
seeloknya nya selepas mkn jgn minum air ais kan kak Azie..better pilih air suam ke air putih ke..
ReplyDeleterupanya madu dan kulit kayu manis boleh turunkan berat badan?..baru tahu..tapi perlu sentiasa di amalkan yek
betul jm, jangan amalkan minum ais..lemah badan, tapi ais tulah yang sedap kan.
Deleteakak tengah amalkan ni, nak kena turunkan bahgian2 'tertentu' tuh, nak amalkan secara tetap tu yang payah sikit, selalu tak ingat., dah tu camane nak kurus.
Wahhhh bagus ni.....dapat petua boleh kumpul ni hehe....buatnya entah bila
ReplyDeletehe he..kumpul jelah yek, takpe kot-kot terajin suatu hari nanti, terdesak nak kurus ke, ha ha
ReplyDelete