Asam Garam Kehidupan: 2015

Pages

30 Dec 2015

Takde apa yang istimewa..

Semua taik. Tak percaya? Tak mengapa...jom kita teliti satu persatu..mula dari atas..

Atas kepala..ada daki, ada kelimumur..
Dalam telinga dipanggil taik telinga..
Di mata ada taik mata..
Dalam hidung ada taik hidung..
Dalam mulut, uishh..jangan cerita busuknya..
Ada taik gigi, ada air liur basi..jijik..
Turun bawah, di leher ada daki..
Celah ketiak bau hapak dan masam..
Celah kuku pun ada penghuninya..
Lagi bawah..
Ada dua lubang..
Kedua-duanya mengeluarkan aroma yang sangat tidak menyenangkan..
Celah kuku kaki pun..
Ada cekang yang setara bau ikan kering busuk..
Jadi di mana hebatnya kita?
Di mana mulianya kita?
Di mana lebihnya kita?
Pada harta?
Pada rupa?
Pada pangkat dan kedudukan?
Eh! Jangan pulak ada yang mengaku..aku kaya, kentutku wangi..
Aku hensem, aku lawa..peluhku tak masam..
Aku pembesar negara, berakku tak busuk..
Tak ada, tak ada lebihnya, tak ada kurangnya si miskin maupun si kaya..
Mau tau apa yang terpandang di sisi Allah?
Yang mulia di sisiNya..
Yang kembali kepadaNya penuh keberuntangan..
Iaitulah..
Yang punya amal taqwa..
Tak kira walau siapa pun dia..

28 Dec 2015

Bila bonda tiada lagi.

Bila bonda tiada lagi
Baru terasa nak buat segalanya untuk bonda..
Baru rindu nak peluk, cium dan kucup tangannya..
Baru terfikir nak bercakap-cakap selalu dengannya..
Baru terfikir nak mendengar suaranya setiap hari lewat telefon..
Baru terfikir kenapa tak beri sahaja walaupun permintaannya dalam berkias sahaja..
Baru terasa bertuahnya jika masih punya bonda...
Baru rasa terhibur mengenang setiap sudut wajahnya..
Baru terasa betapa sayangnya aku pada bonda..
Dan betapa sayangnya dia pada aku..
Baru terasa betapa tiada lagi doa tulus seorang ibu untuk anaknya..
Baru terasa betapa kerinduannya terhadap aku bila lama tidak menjejak kaki ke rumahnya..
Baru terasa betapa aku selalu tidak menghargai kasih-sayangnya..
Dan betapa rindu aku pada bonda..
Baru terfikir kenapa aku tidak merakam secebis kenangan pun lewat video..
Baru terasa kekesalan yang dalam kerana tidak pernah menyambut hari lahirnya..
Rindu..
Rindu..
Rindu..
Yang amat sendu..
Saat ini aku hanyut dalam kenangan hari-hari terakhirku bersama bonda..
Terngiang-ngiang rintihan kesakitannya..
Kesal yang tak sudah-sudah kerana gagal memenuhi permintaan terakhirnya..segugus anggur manis..
Kesal kerana tidak sempat berfikir membawa pulang jasad bonda ke rumahku..
Untuk tatapan terakhir adikku, juga ibu saudaraku..
Memang terlalu banyak kekesalanku..
Yang sangat kurasa bila bonda tiada lagi..
Kini yang termampu hanya menyulam kenangan..
Dan menziarahi pusaranya..
Dan menghadiahkan bacaan yasin setiap hari..
Dan meniatkan setiap kebaktianku ada pahalanya untuk bonda..
Dan memohon kepadaNya agar dapat bersama bonda di Firdausi..
Bonda..suatu waktu kita pasti bertemu lagi..

29/12/2015...genap 4 tahun pemergian bondaku...

27 Dec 2015

First time buat.

Jangan tak caye, gigih aku menggoogle cari resepi. Sebab dah terlanjur...hi hi terlanjur berjanjilah. Aku janji dengan bos aku nak cari orang buatkan. Bos aku tu tak abis-abis ngidam kuih ni, padahal dah nak beranak pun,tapi orang tu tak sanggup plak, sibuk katanya..

Jadi sian kat bos punya pasal, aku try buat pagi tadi. First time korang seumur hidup aku, dah nak jadi nenek kot, hi hi..sungguh first time pun, aku rasa not bad, tapi rupanya sebab dapat pujian dari anak-anak aku. Tapi rupanya cam kena lenyek stemroll, hu hu..So minggu depan 5/1/2016 bole la aku buat untuk bos aku plak, in shaa Allah..

Gading galoh namo e,
Ateh topung,
Bawah pulut.





Ataupun orang bandar panggil...Seri muka...sape nak muka berseri-seri makanlah kuih ni..

25 Dec 2015

Rindu sangat kot?

Konon nak hilangkan ngantuk, takmo tido lepas subuh, sudahnya entri yang dah separuh ditulis terdelete macam tu aje. Frust juga rasanya. So, entri santai lagi la jawabnya.

Nak cerita pasal raya. Aku, mak mentua, adik ipar dan mak aku sedang sibuk buat persediaan nak sambut raya.  Ma tak banyak cakap,  mak mentua je bising mulutnya,  orang nogori la katakan, tapi kami memang sibuk sungguh. Tengah- tengah kalut tu datang sekumpulan pekerja myanmar minta duit raya, katanya nak beli mancis dan rokok. Tak sempat nak layan, aku suruh diorang balik dulu, nanti aku pergi tempat diorang.

Tu  tadi belum pun pagi raya.

Tiba pagi raya tu, masih lagi sibuk sebab nak balik kampung pulak, mana nak kemas rumah, kain baju, packing kuih raya. Datang plak sekumpulan bebudak. Hidanglah apa patut, bebudak je kan, nak duit raya je tu. Aku baru plan nak masukkan rm1 je dalam sampul, tetiba aku tengok adik ipar aku masukkan rm5, uihhh...tak bole jadi, malu la kalau bebudak ni bukak tengok rm1 je. Aku masukkan rm2.. Habisla rm24 sebab bebudak tu ada 12 orang.

Sempat gak aku pergi kat tempat pekerja myanmar tu, dah beratur diorang tunggu, ada 14 orang semuanya, sedangkan aku sediakan 12 sampul je, isinya rm2 jugak, hi hi...aku kan cikgu tadika je, gaji berapalah sangat.

Faham plak aku bahasa diorang, walaupun diorang cakap bahasa diorang, diorang kata.." Wanginya bau dia ni, mesti pakai avon ni..", wah! ada chance ni, pasni
aku nak jual barang avon kat diorang.

Dari tempat myanmar tu aku jalan kaki nak balik rumah, tapi aku tak pakai baju raya pun, cuma pakai t shirt dengan seluar panjang, ramai bebudak tengah berjalan nak pi beraya, meriah sungguh. Tapi jalan tu, kampung tu macam asing sikit, macam kat kampung abah aku kat Pahang..

Balik rumah, tengok jiran sebelah dah start enjin kereta nak balik kampung, mak aku pun dalam tak bercakap tu aku faham yang dia nak aku cepat bersiap nak balik kampung juga. Dalam dok kalut tu, mana entah peginya adik ipar dan mak mentua aku, datang lagi segerombolan bebudak,  ish, ish..berani sungguh main cekau je kuih raya dalam balang dari balik pintu, belum pun aku ajak masuk, hajat hati aku nak suruh diorang balik je, yelah dah nak naik kereta pun, tapi mak aku bagi isyarat suruh ajak bebudak tu masuk. Aku letak je balang-balang kuih raya atas meja, berebut-rebut bebudak tu makan, sementara tu aku  masukkan duit raya dalam sampul...

Tetiba...tit..tit...tit..tit...eh, terkejut aku ....,selamat duit raya aku.,

Aku bangun terus duduk di birai katil. Terus bangun menuju bilik air, mandi dan bersiap...

Agak-agak korangla, aku sambut raya tu kat mane? Apa yang terjadi sebenarnya? Sape bole teka?

23 Dec 2015

Sib baik ada assistant

Semua ibu nak kejar, pejabat, kelas, pastu parent yang tak putus-putus datang.

Nasib baik Nadhrah Hannani boleh tolong, ringan sikit kerja ibu.

Almost done.

Penat, letih, penin yang bercampur aduk, berputar-putar, berlegar-legar, haaa...apa lagi, semua tulah, hampir dua minggu pulun menyiapkan hiasan kelas, rasanya berbaloi, hi hi..kenapa? Sebab boss tak tegur satu hape pun yang saya buat, kalo yang kelas lain tu ada je dia tegur suruh betulkan balik, dia panggil saya otai, otai pun otai lah, janji kerja saya selesai.

Saya beria bercerita ni sebab saya masuk tadika ni dulu, tadika ni masih kosong tanpa hiasan yang sepatutnya, saya tambah sikit, sikit, dan hujung tahun ni, in shaa Allah selesailah. Tapi bukanlah atas usaha saya sorang, ticer-ticer lain ada buat, cuma bak kata orang, kena selalu diketuk cam paku ngan tukul..

Salam rindu buat semua teman yea, ampun maaf sangat belum sempat bertamu ke laman korang.

Esok milad Rasulullah, jom perbanyakkan selawat..
Sollu alan nabiy..

19 Dec 2015

Tentang syahid.

Muhammad Hilman: " Ibu, mati jadi askar tu mati syahid kan?" ( maksud Iman...mati mempertahankan agama dan negara )

Ibu: Ya, mati syahid. Balas ku.

Nadhrah: Ibi nak mati masa belajar.( mati dalam masa menuntut ilmu )

Ibu: Mati masa belajar tu, mati masa muda la.

Nadhrah: Masa tua pun bole belajar.

Hrmmmm...ya tak ya jugak, menuntut ilmu tu kan tak pernah berhenti prosesnya, dari buaian hinggalah ke liang lahad..

Umar Zikri: Bebi plak nak mati kena makan dengan ikan paus, mati syahid jugak kan ibu?

Ibu: Tu bukan mati syahid.
Lantas Umar Zikri kena gelak dek ibu, abah, abang, kakak.

Alhamdulillah...nampaknya anak-anakku bercita-cita untuk mati syahid.

Tak mengantuk pula...jom share ilmu.

Hari jumaat, hari paling dinantikan dalam seminggu bekerja, sebab? Esok boleh cuti, yey!! Hari jumaat bagi aku adalah hari paling penat, hari paling tak sabar nak balik rumah, hari yang kalo bole balik taknak masak dinner, tapi tetap kena masak sebab nak jimat, terutama dah hujung bulan, sakit woo,  ensomi malas nak kuar cari lauk kedai, kata dia lauk kedai tak sedapla, tak bersihla..so..nak tak nak, penat tak penat, malas tak malas tetap gak kena masak, masakla apa pun, paling win masak nasi goreng cam malam ni.

Lepas makan malam, biasa lepas maghrib..mata rasa macam dah kena gam, kul 9.30 tu memang takleh celik dah rasanya. Eh..ko ni, macamla dulu tak penah keje. Dulu muda lagi, buat keje penat pun tak rasa, ni dah tua, memangla terasa penatnya. Habis sape suruh keje..? ishhh..kena keje, kalo tak keje, duk rumah, kang cepat je naik bulat badan ni. Lagipun sapela nak sponser hajat hati nak ke Mekah...nak harapkan ensomi, sian dia..banyak hal, anak sekolah, rumah, kete..semua dia nak fikir.


Jadi malam ni rasa dah hilang ngantuknya sebab dah tertido...
 Tertido kat bawah depan tv ngan anak-anak, ngan ensomi sekali, tergolek gelantang semuanya. Lepas solat, dah hilang ngantuk, tengok tu, tipu daya syaitan, tadi nak solat kan main ngantuk, dia siap main buai kat kelopak mata, habis solat, dah segar biji mata, lapar plak perut, sampai rasa takleh lelap, turun pekena nestum secawan, pun masih tak ngantuk. Ermmm...ada baiknya tinjau blog, bole ziarah laman kengkawan sekali.

Tapi, aku dah lama tak menulis secara serius, pengisian berilmu, asyik santai dan ngarut-ngarut je rasanya kan..

Jadi malam ni jom kita share sesuatu yang in shaa Allah ada manfaatnya.

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsia di sebaliknya, di antaranya..

1** Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2** Jika seseorang muslim mati bersama penyakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam syurga, sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke  neraka.

3**Penyakit lahir hanya merosakkan fizikalnya, tapi penyakit batin boleh merosakkan banyak benda, banyak hati manusia lainnya.

4** Didikan dengan akhlak kita yang baik lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

5** Ramai orang rosak oleh makhluk yang paling  bodoh, tiada akal dan tidak bersekolah iaitu...duit.., bahkan orang yang pandai, profesor, pemimpin pun boleh tertipu dengannya.

6** Orang yang memiliki dunia, selalunya jiwa tidak tenang, berlainan dengan orang yang memiliki Allah..

7** Setiap masalah hanya boleh selesai bila manusia ada iman dan taqwa sahaja,

8** Seseorang itu akan mudah diberi simpati atau dikasihi kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

9** Menjadi fitrah manusia sukakan keamanan, kasih sayang, diberi simpati, dibantu, dihormati, tidak diganggu, tapi dia selalu lupa, apa yang dia suka atau tidak suka itu datang dari dirinya sendiri contohnya dia suka dibantu, tapi dia sendiri tidak suka dibantu..

10* Menentang kemahuan dan kesenangan jiwa dan diri sendiri sungguh menyakitkan, kerana itu ramai orang gagal melakukannya.


Ampun maaf.


16 Dec 2015

Date line!!!

Terbangun dek kesejukan, aku menarik selimut berhajat menyambung tidur,....tit.tit..tit..tit...alamak..mau tak mau selimut tolak tepi, tapi dalam kepala teringat ada roti, ada kaya..cukupla buat bekal abang ( mylarling) pastu goreng telur masak kicap untuk iman dan abang Danish...

Oo, ada nasi lebih, wat nasi goreng.

Semalam, boss dah bagi date line kena siapkan kelas dalam minggu ni. Alamak!!!

Banyak lagi yang tak siap ni. So, pagi ni sampai je kat tadika aku terus sambar berus dan cat, sambung balik banyak lagi yang tak siap nih, sambil update entri manalah tau kot ada yang rindu, ceh!!! Perasan....

Sambil ngecat ni, pasang zikir-zikir selawat buat basahan lidah, moga jatuh ke hati, moga ada sedikit keberkatan dari baginda Nabi khusus buat diriku yang selalu terlalai ini..

Jom selawat, ..24/12...Eid milad ya Rasulullah....

14 Dec 2015

Berlambak pula..

Tiba-tiba dapurku berlambak dengan berbagai minuman segera. Ada Nestum 3 in 1, ada Mineral Coffee, ada nutrimilk super, ada instant lemon tea, ada LA coffee...

Banyaknya memborong, buat stok untuk banjir ke? Jangan buat pasal, kang tak pasal-pasal kena marah dengan mylarling. Yelah, buat apa beli banyak-banyak, kot ye pun ada offer beli satu dua pek pun cukupla, membazir jer.

Semua tekaan korang tu salah.

Tu semua mak sedara saya la baik hati sangat. Even tepung Faiza yang dia tengah guna sesuku dah pun dia offer nak bagi.

Tulah kan, mak sedara saya..ganti arwah Ma saya, semua yang ada kat rumah kalau bole nak bagi. Saya je yang segan, tapi dalam segan amik juga, hi hi..

14/12/1941..selamat hari lahir ma, hari ni anakmu ini cuma mampu hadiahkan Al Fatihah saja..

Hadiah kawen dolu2.

Masa dapat benda ni kawen 1996 dulu, sungguh saya tak tau apa kegunaannya. Dan tak tau hadiah ni dari siapa. Lama saya simpan.

Tapi tempat yang dah lompong-lompong tu, saya ambil bekasnya. Buat apa, nak tau. Hi hi..malu. Saya buat bekas isi urine, kan masa pregnant ada masa kita kena bawak urine dari rumah, urine first bangun pagi-pagi tu, jadi mana nak korek bekas cam hospital punya tu, pikir punya pikir, saya amik satu jar, dua jar.., akhirnya lompong tiga dah.

Akhirnya saya tau benda ni untuk isi rempah ratus. Barulah betul penggunaannya. Moga sampai saham akhirat kepada sang penghadiah tu, walau siapa, kat mane pun dia sekarang ni.

Haii, tu pun nak wat criter yea, hi hi..tak, pointnya kat sini, hargailah apa saja pemberian dari sesiapa pun, walau apa...jangan dibuang, kalau taknak guna, nak hadiahkan kat orang lain pulak pun bole, in shaa Allah...jadi saham yang berpanjangan..

13 Dec 2015

Persiapan menghadapi banjir

Keadaan hujan di sebelah pantai timur rasanya tak seburuk tahun lalu. Masih ada panas matahari untuk keringkan baju. Itulah yang dapat kusimpulkan dari kepulangan ke kampungku, kg Kuala Hiliran Kuala Terengganu selama 4 hari 3 malam.
Petang semalam kami sempat  membawa anak-anak makan angin  di Pantai Kuala Ibai, Muhammad Danish sempat bermain kayak.

Walau macamana pun kami buat juga sedikit persediaan kalaulah berlaku juga keadaan yang tidak dijangka. Mesin basuh arwah Ma yang terendam dalam air pasang selama 10 malam tahun lepas, belum sempat kami bawa ke 'dokter', masih sakit, tapi agar sakitnya tak melarat, manalah tau masih boleh diubat, kami letakkan di tempat yang lebih tinggi supaya selamat.

Pakcik saya di kg Kusial Baru, Tanah Merah Kelantan menghabiskan kira-kira rm15 ribu untuk membuat rumah rakit kalau-kalau banjir teruk lagi tahun ni. Tahun lepas rumah dia yang betul-betul di tepi sungai habis tenggelam.

Cuma menjadi harapan dan doa kita semua agar bencana banjir tahun ni tak seteruk tahun lepas....

Kami bertolak balik pagi tadi dalam suasana renyai-renyai, apa pun esok Selangor cuti, yess...savela cuti saya esok. Nak bawak cuti tu ke 31 hb 12 nanti, Umar Zikri ada oreantasi, ishh...diam tak diam lagi 2 minggu ' bebi' ibu ni nak jadi budak darjah satu...

Sampai kat Semenyih pun kami disambut hujan, bandar Kajang banjir kilat, memang dah jadi lumrah bndar kajang tu berhadapan banjir kilat  bila musim hujan camni.

Aduihhh..penat. Masya Allah..macamlah awak yang drive yer..

12 Dec 2015

First time bermain kayak.

Betul. Inilah pengalaman pertama Muhammad Danish mendayung kayak. Xcited sungguh dia. Tapi ibu pun jadi kagum, sungguh first time pun dia berani mendayung sampai jauh ke tengah.
Kami pun first time sampai sini, Kuala Sg Ibai, ada tempat latihan mendayung kayak. Berbaloi la, rm5 sorang sejam.

Kucing bandar, kucing kampung.

Bila balik kampung camni barulah anak-anak berpeluang main ngan kucing. Tu pun kena pantau si Umar Zikri, ikutkan dia, nak je meluk kucing tu sepuas hati dia, tapi jangan buat pasal, kang tak pasal2 kena gi spital sedut gas.

Kucing kampung ni senang nak bela. Bagi makan nasi gaul tulang-tulang, kepala ikan jer, tak perlu whiskees, friskis bagai, makan je sampai habis. Tak pun kejar tikus. Kucing bandar, tengok tikus pun wat tak tau je, dah hilang sense berburunya, apa taknya hari-hari makan tak perlu cari pun, tuannya dah beli berkotak-kotak whiskees.

Senang bela kucing kampung ni. Senang makan, nak membuang dia tau ke tanah. Tahan lasak plak tu, jarang kena penyakit. Tapi yang putih tu ada sakit mata. Kena kencing ngan katak, tulah balanya sebab kejar katak, selalu sangat merayau, jarang balik rumah.

Saya ada sorang kawan yang suka sangat kucing, banyak kucing jalanan kat rumah dia. Dia kasi makan nasi gaul isi-isi ikan je. Saya kagum dengan dia, katanya kucing-kucing tu faham bahasa, dan selalu mendoakan dia. Tapi memang rezeki dia selalu murah, mungkin berkat berbuat baik pada kucing.

Kucing kan binatang kesayangan Rasulullah. Muizza kucing kesayangan Baginda pun mati tak lama selepas kewafatan Nabi. Bertuahnya Muizza, jadi kesayangan Nabi..

11 Dec 2015

Aduhai la korang.

Nak nangis ada, nak gelak pun ada. Abahpun gelak. Tak pernah jumpa kot bebudak ni. Salah siapakah ini? Salah ibukah? Hu hu..
Hai tulah dianya. Nak kata budak bandar sangat takla juga. Entahla. Boleh semuanya dari si abang besar tu, abang sedang, si Nadhrah, si Umar Zikri sorang pun tak kenal. Sorang kata pokok mangga, sorang kata pokok limau kasturi, pokok manggis, paling best jawapan dari Umar Zikri..." Pokok pisangla ibu, pokok pisang hijau..."
Ha ha..sapa bole tak gelak kan?
Bila ibu bagitau itu pokok jambu batu, si Nadhrah tak percaya. Dia pegi tanya tok cik.
" Itu pokok jambu la semek, mung dok kenal ke?"
Mbik kau. Baru nak percaya.
Pokok jambu batu depan rumah arwah Tokma, buahnya
kan main banyak, sorang pun tak peduli sebab tak tau buah
apa, tak tau pun buah ni bole dimakan..hai la anak-anak..

Bila sesekali terkumpul.

Ambil peluang abadikan gambar permata hatiku. Bukan mudah nak ambik gambar diorang sekarang ni. Al maklum, mungkin dah besar, jadi malu, terutama si abang tu, takmo dia. Lagipun si abang di asrama, si kakak di Gambang, nak terkumpul semua macam ni dah susah. Samada tunggu raya atau kakak cuti sem dan si abang cuti sekolah serentak.
Tengok tu, dah besar semua anak-anak ibu. Cepatnya masa berlalu, korang makin dewasa, ibu abah semakin tua. Ibu berdoa semoga ada kesempatan biar sebentar cuma, ibu ingin melihat semua anak ibu hidup sempurna, bahagia, berjaya...lebih-lebih lagi menjadi muslim yang  mengutamakan Allah dan Rasul, in shaa Allah... Moga direzekikan..

10 Dec 2015

Bekal untuk berbuka.

Bole plak katanya terpuasa..tak ingat ibu nak datang. Padahal ibu ksn main xcited masak pagi tadi nak makan dengan dia.

Takpelah, packing-packing mana patut, bawak balik dorm. Kang bole buat makan berbuka yea.

Ibu, abah dan adik-adik nak meneruskan perjalanan..

Lapar!!

Selesai goreng ayam dan ikan. Esok tinggal nak masak merah ayam, sambal ikan. Simpan dalam peti dulu, sementara tunggu esok. Nanti singgah UIA Gambang bole makan dengan kakak, happy satu family.

Hajatnya nak naik tidur dah ni. Laparla plak. Nak makan apa ye tetengah malam ni? Bebudak ni pun xcited nak balik rumah tokma sampai sorang pun tak ngantuk lagi.
Takkan nak makan nasi kot..jom ibu bancuh nestum. Lepas ni naik tido semua, esok susah nak bangun solat subuh!! Roban, roban..

8 Dec 2015

Rehat sekejap di celah kerisauan..

Masya Allah...tajuk, tak menahan bak sepatah ayat mak kesayangan ramai Okje ( sori, tak letak link, you tkyah letak link orang kenal jer )

Risau tak sempat nak siapkan kelas yang amatlah kosong ni. Tahun depan student 6 years bertambah, Alhamdulillah,...so, kena pindah kelas yang lebih besar. Dan kena siapkan hiasan supaya sesuai untuk 6 years student, takkan nak lekat  abc, 123 jr kan. Ni saya tengah siapkan pokok bunga 25 Rasul. Tu yang kena buang semua hiasan lama, cat dan bertungkus-lumuslah saya dalam masa tak sampai sebulan jer lagi ni..aduihhh, penin-penin..

Alhamdulillah, kiranya dipermudahkan juga cuti sekolah ni tak ramai yang datang. So sehabis tusyen pukul 11 pagi, saya pulunlah apa patut.

Tolong doakan saya sentiasa sihat, sentiasa in a good mood, sentiasa steady untuk siapkan benda ni, hu hu..nak balik Terengganu plak In shaa Allah khamis ni. Selasa kerja balik.

6 Dec 2015

Antara pamoga dan delima.

Subhanallah..
Selalu saya cakap kat suami..kenapa jus delima yang kita beli tu rasanya masam ya amat, tapi buah delima ni manis je..
Dan suami saya cakap..ermm, entohla..tak pun dia diam tak kuasa nak layan., sebab dah selalu kena tanya soalan yang sama, hi hi..

Minggu lepas baru saya tau rahsianya. Tapi minggu lepas nak beli tak cukup duit, rm7 sebiji you..so, cam biasa, saya beli delima kesukaan saya, yang juisi, manis..tiga biji baru rm5.

Semalam try beli sebiji pamoga. Rm5 sebiji. Haa, namanya beza, pamoga..delima, pamoga..delima. Pamoga banyak tanam kat Iran. Delima tu kebanyakannya dari Cina, tak pun dari Thailand. Rupanya pamoga nilah yang digunakan untuk buat jus pamoga tu, yang ku putih, ku putih barulah putih tu..., eh, bukan dia aje, kebanyakan jus delima memang guna pamoga ni,  yang banyak sungguh khasiatnya tu, antaranya mencantikkan kulit, menguruskan badan, ishh...banyaklah, korang googlelah sendiri, kang panjang no entri ni kalo nak citer semua. Padahal saya cuma nak citer pasal kehairanan dan kejakunan saya..kenapa jus delima yang dibotolkan rasanya masam, sedangkan buahnya rasa manis..

Setelah dikaji oleh saya secara tengok-tengok luarannya saja tau, kiranya memang ada perbezaan antara pamoga dan delima ni. Kalo delima tu buahnya kecik saiz buah manggis je, tapi bijinya agak besar, lebih manis, lebih juisi, warna isinya lebih ke warna pink yang sangat jernih.
Sedangkan pamoga tu plak buahnya lebih besar saiz oren yang besar tu. Buahnya berwarna seakan merah gelap, isinya lebih kecil, rasanya lebih masam dan warnanya merah hati, cantik sangat.
Tapi tu kira teknikal je..antara pamoga dan delima tu..adalah buah yang sama, varieti nya je berbeza.
Macam kita manusia..Allah cipta berbagai bangsa, berbeza warna kulit, berbeza bahasa..untuk apa? Untuk kita saling mengenal dan saling berkasih-sayang.
Sungguh Maha Penciptanya Dia...

5 Dec 2015

Lama dah tak makan.

Sedap betul. Manis. Bukan lama tak makan, bohongla tu,  tapi dah lama tak jumpa yang sedap dan manis macam yang ni. Selalu beli asyik terkena yang kelat atau busuk je. Tadi singgah pasar pagi, rm10 sekilo, beli setengah kilo. Ha'ah beli sikit je, sebab anak-anak tak berapa suka. Entahla bebudak ni, buah ape entah yang diorang suka, beli nanas tak makan, beli pisang tak makan, beli delima tak makan,  pendek kate semua jenis buah pun tak suka. Saya beli, saya habiskan.

Jemput makan, sambil dok buat hiasan untuk gantung-gantung di tadika.

30 Nov 2015

Janji manismu, lidah tidak bertulang..

Hi hi...jom nyanyi sikit. Minat nyanyi? Eshh takla, saya minat nasyid.
Tu cerita semalam di Mydin mall Seremban. Ada pameran Islamic lifestyle Fest katanya. Tapi takdelah kitorang ke sana semata-mata nak ke fest tu. Hubby nak jenguk mak dia aka MIL, so kiranya tu acara sambilan jer.

Tengah round-round dalam Mydin Mall tu, terdengar suara lemak merdu..lidah tidak bertulang, janji manismu..ishh..tak hafal saya. Tinjau punya tinjau tetiba ternampaklah wakil rakyat Kuala Pilah ni, Aisyah sedang menyanyi lagu fofular dia tu. Habis je nyanyi satu lagu tu, terus kena sambar oleh body guard dia yang sado, tapi pakai baju labuh macam maxi, rambut panjang, bermekap lipstik bagai, hati saya tertanya- tanya ni lelaki ke perempuan...?

Tapi sempat juga saya mengecek baju kurung 3 pasang rm100, haaaa...berbaloi tak? Jadilah untuk basahan ke tadika. Kalau beli kain dah berapa, upah dah berapa. Ni beli siap terus bole pakai. Suka hati.

Jom hayati kata-kata ni..
Jarang berhimpun pada seorang wanita sifat-sifat cantik, cerdik, berani, setia dan terdidik..

27 Nov 2015

Penampilan ke? Atau...

Bila saya pakai baju kurung atau jubah dengan tudung labuh, mulalah orang panggil saya 'makcik', kalau singgah kedai atau pasaraya.
Ok, fine..saya terima, saya sedar saya bukannya muda lagi. Eh, tapi agakla..yang pada pandangan mata saya kira pangkat adik pun nak panggil aku makcik, ni nak kena lempang nih.

Tapi di tadika saya pakai tudung yang agak kecik, jangok sikit, kate orang Teganu, ada orang tak sangka saya anak lima dengan anak sulung berumur 18 tahun...

Membuatkan saya terfikir-fikir, patutla ada orang yang pada pandangan mata kasar dah layak dipanggil nenek pun ada yang melaram bagai anak dara. Masya Allah, bukan mengata, tapi itulah kenyataannya. Takutnya kita kepada tua dan mati membuatkan kita mengenepikan hukum Allah, langgar syariat, sanggup berhabisan ribuan ringgit demi menjaga kemudaan. Padahal tua dan mati itukan pasti, bersedia atau tidak, ia akan tiba.

Beruntungnya bila diberi peringatan dengan sakit, selain penghapusan dosa dan peningkatan darjat iman, sakit juga dapat mengingatkan kita kepada kematian. Ada orang yang lansung tidak bersedia, tiba-tiba dipanggil pulang tanpa sebarang persiapan...alangkah malangnya.

Jadi jangan mengeluh bila menjengah cermin terpapar garis-garis halus kasar yang makin dalam meragut kecantikan dan kemudaan. Jangan berduka bila helai demi helai rambut yang tumbuh bukan lagi hitam berkilat, tapi sudah putih bak salji membuatkan rupa kian menjadi nenek kebayan. Jangan bersungut bila setiap sendi rasa kian longgar dan goyah..ingat, itulah satu peringatan dari Dia, bahawa bila-bila masa kita boleh diambilNya. Semua yang ada hanyalah pinjaman semata...

Ya Allah...mata pun dah makin rabun ni, Alhamdulillah gigi masih penuh, so taklah kempis pipi ku ini, ki ki ki...makan suppliment itu, ini  tak membantu sangat mane pun, ermmmm...biar jelah, takyahlah aku nak lawan fitrah, lebih baik menabung untuk ke Makkah..

Oh ye, satu petua awet muda...ishh...korang ni, pantang dengar petua awet muda ye. Senang je...berwudhuklah selalu..In shaa Allah..

24 Nov 2015

Sucikah kain baju anda...?

Saya nak share satu ilmu thoharoh bersama Ust. azhar idrus iaitu cara betul membasuh baju menggunakan mesin basuh. Oittt, pehal engko ni azimah oiii, budak tadika pun dah pandai guna washing machine, ni engko nak ajar mak-maknya, takde idea letew..

Laa, memang semua orang pandai, tekan power, pastu start..haa..tunggu siap je, pastu jemur.

Memangla. Soalnya suci ke tak?

Hah..?

Ya. Kena pastikan suci untuk dibawa solat. Kalau ada najis camane nak sah solat.

Sebab tu saya tak buang mesin basuh lama ni. Berguna dan berjasa dia pada keluarga saya. Dah rosak 2,3 kali, tapi mesin yang ni bole guna untuk bilas ( lalukan air mutlak ), jadi repair dan gunakan untuk bilas dan spin jelah.
Mesin basuh baru tu saya guna untuk membasuh sahaja.

Memang itulah caranya. Saya basuh guna mesin baru. Bila siap keluarkan, masuk dalam mesin basuh lama,  masukkan air sampai sama aras dengan baju yang dibasuh, on kan spin, sambil tu air biarkan mengalir untuk pastikan jadi air mutlak..pastu spin macam biasa.
Hukum ni dinamakan hukum muasoroh iaitu hukum yang baru disepakati oleh alim ulama setelah dicipta mesin basuh.

Bole juga nak bilas selai-selai. Ataupun sebelum masuk mesin tu, buangkan dulu najis yang ada dengan membasuhnya. Tapi saya lebih suka dengan cara saya kat atas tu. Tak kisahla apa cara pun, yang penting pakaian yang kita guna untuk solat tu suci dari najis untuk memastikan solat kita sah, betul tak?

Moga ada manfaatnya.

23 Nov 2015

Rumah tangga Islam sepatutnya..

Mari kita usahakan rumahtangga Islam yang harmoni dan penuh kasih-sayang. Bagaimana?

1.  Suami mampu memimpin anggota keluarganya ke arah Islam.

2.  Isteri, anak-anak atau siapa saja yang ada di dalam rumahtangga itu mentaati Allah, Rasul dan pemimpin rumahtangga ( ayah atau suami ).

3.  Isteri menjaga maruah dirinya ketika suami tidak ada di rumah.

4.  Isteri mampu mendidik anak- anak serta dapat menjaga kebersihan lahir batin dalam rumahtangga meliputi soal pakaian, makanan, minuman dan harta benda yang ada di dalam rumahnya.

5.  Mempunyai sebuah rumah yang mengandungi bilik-bilik yang dikhaskan buat tempat tidur ibu dan ayah, anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki. Anak-anak mesti tidur berasingan daripada ibubapanya. Anak-anak lelaki pula mesti tidur berasingan daripada anak-anak perempuan. Ajaran islam telah menetapkan, kanak-kanak yang telah mencapai umur sepuluh tahun mesti dipisahkan tempst tidurnya daripada tempat tidur ibu bapanya dan sesama adik-beradiknya ( lelaki dan perempuan ).

6.  Jika tidak dapat sembahyang berjemaah dengan orang ramai kerana rumah terletak jauh dari surau atau masjid, maka anggota keluarga yang ada hendaklah mendirikan sembahyang berjemaah bersama mereka.

7.  Isteri yang hendak keluar rumah hendaklah ditemani mahram dan mendapat keizinan suami.

8.  Isteri tidak dibenarkan menerima tetamu bagi pihaknya tanpa keizinan suaminya.

9.  Wujud suasana kasih sayang dan hormat menghormati sesama anggota keluarga.

10. Semua anggota keluarga berusaha mempunyai sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pergaulan, tutur kata fan gerak geri selalu dijaga agar sentiasa sopan dan bermaruah.

11. Mengekalkan ciri-ciri kesederhaan menurut ajaran islam. Tidak terdapat lambang-lambang kemewahan dan pembaziran seperti perhiasan-perhiasan daripada sutera, intan berlian, pinggan mangkuk emas atau perak, patung-patung perhiasan atau hiasan yang berbentuk lucah dan menyerupai hiasan-hiasan orang kafir yang jelas bertentangan dengan syariat islam.

12. Tidak berlaku pergaulan bebas seperti tetamu yang hadir dengan anggota keluarga yang bukan mahram. Ajaran islam menyuruh kita menghormati tetamu, tetapi tidaklah sehingga melewati batas yang ditetapkan oleh syariat seperti isteri tuan rumah bersalaman dengan tetamu lelaki, tidak menutup aurat. Malangnya perkara-perkara begini diambil mudah oleh kebanyakan orang islam sendiri.

Itulah antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh sesiapa yang bergelar ketua keluarga bagi menjaga keharmonian sebuah rumahtangga islam, justeru di bahu kitalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di Padang Mahsyar kelak.

ياءيهاالذينءامنواقوااءنفسكم واهلىكم نارا.
Wahai orang yang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.
                                         At Tahrim: 6

22 Nov 2015

Dah grad anakku Umar Zikri.

Cepatnya masa berlalu. Pejam-celik, pejam-celik, dah besar, dah tua, dah mati..

Semalam 21/11/2015 berlansung majlis konvo  tadika Umar Zikri aka tempat kerja saya tuh. Alhamdulillah, walaupun cuma buat kat tadika je, majlisnya tetap meriah dengan kedatangan penuh para ibubapa. Persembahan nyanyian, nasyid, senaman,coral speaking, pantun pun berjalan lancar dan menghiburkan para ibubapa. Berbaloila penat lelah dok latih diorang tu.

16 Nov 2015

Giveaway SAMBAL.

Simple je. Tapi ni update kat tepon, so takdelah dapat nak buat canggih-manggih sangat. Kat tadika ni ada je komputer, wifi tapi tak beranilah nak guna untuk buat keje2 peribadi camni, taknak ada terselit syubahah ke..
So, senang je.. Untuk yang saya sebut nama di bawah ni, sila whatsapp ke saya 0136560422. Diorang ni selalu setia berkunjung ke laman saya yang tak berapa nak segar mewangi ni al maklum jarang dapat dibaja dan disiram...walaupun tinggal tak berapa kerat, tapi cukuplah buat memeriahkan laman saya ni, ye kakzakie, knor cinnamon, hainom okjer, UA..sorilah tak bole nak link ke saya yang tak reti sebab guna phone, kalo kt pc bolela.
Yang ni plak dulu pernah menyulam kasih belum berbalas, in shaa Allah saya nak balas ni, JM, Nhhas dan baby_pose, sila wasap juga.

Untuk yang lain yang sudi follow, ni kira 3 in 1 ni, tambah follower, erat silaturrahim dan promosi, hi hi..5 hari jr, cepat2, sape cepat dapat sambal. Follow, wasap, dapat sambal ikan Terengganu style.

So, sekali lagi...whatsapp ke 0136560423. Kita jumpa 5 hari lagi, in shaa Allah..ilal liqa'.

15 Nov 2015

Nilah sambalnya.

Sorilah lambat menepati janji. Tapi apapun janji kena pegang. Nah..nilah sambal ikan yang siap, dah kering betul macam tu, In shaa Allah tahan sebulan. Kalau nak lagi tahan, kenalah simpan dalam peti sejuk.

Tapi saya pun tak boleh lawan kesedapan sambal ikan arwah mak. Entah apa yang kurang, adalah tu. Kena buat lagi, buat lagi sampai jadi macam arwah mak punya, manalah tau satu hari saya bole jadi toke sambal ikan, macam knor cinnamon toke rempeyek kan knor, hi hi..

Sape nak tempah?

11 Nov 2015

Hebatnya ibuku Khadijah..

Bagaimana Ibuku Khadijah boleh selalu berpisah dengan anak-anak atas tiket perjuangan? Tegar sungguh hatinya, kuat sungguh semangatnya bila mengatakan kasih-sayang tidak diukur dengan harta, kesenangan dan keberadaan selalu dengan anak-anak, tetapi kasih-sayang dinilai bila mampu memperkenalkan Allah dan Rasul, sehingga Allah dan Rasul itu menjadi matlamat hidup mereka..

Siapa Ibuku Khadijah?
Maaf jika kalian rasa aku terlalu menyanjungnya. Tapi padaku dia memang wanita hebat. Dalam masa lima tahun setelah pemergian Almarhum suaminya, dia mampu mengembangkan empayar perniagaan hingga keluar negara, yang terbaru kafe bertaraf lima bintang di Turki, sebelumnya membangunkan ladang ternakan haiwan seperti lembu dan kuda di Australia sehingga diserahkan kepada mereka sebuah rumah sembelihan halal untuk terus dimajukan. Dalam masa yang sama pengisian rohani kepada staff GISB Holding sangat dititik-beratkan, sehingga bangun malam untuk mengerjakan ibadah sudah menjadi budaya hidup mereka.

Setelah ikrar lafaz taubat mereka dan kursus pemulihan mereka bersama para pegawai JAIS bulan Mei lepas, mereka memang bersungguh-sungguh mahu bergelanggang di tengah masyarakat dan sama-sama membangunkan sahsiah para remaja sehingga tertubuhnya beberapa pusat pemulihan dadah dan rokok yang sehingga kini masih beroperasi, dan yang amat mengharukan para remaja yang dipulihkan itu mahu terus bergelanggang bersama GISB Holding kerana merasakan diri mereka terbela iman dan islamnya.

Kini Ibuku Khadijah telah pergi.. tanggal 10 Muharram 1437H bersamaan 23 Oktober Khamis malam jumaat...menjadi saksi, sebuah pemergian abadi...pemergian yang sangat berbahagia kerana berjaya melaksanakan amanah yang ditinggalkan oleh almarhum suaminya...
Pemergiannya sangat kurasai, walaupun tika hayatnya jarang benar dapat bersua, walaupun tika hayatnya kurasa kasih-sayangku terhadapnya biasa-biasa saja, kini aku merinduinya seperti aku merindui arwah ibuku sendiri..

Aku yakin Ibuku Khadijah sedang sangat berbahagia di sana..Aku yakin dia pergi kepada cintanya dengan penuh redha dan bersedia, aku yakin  dia pergi meninggalkan kami setelah kami benar-benar bersedia lahir dan batin..

Pergilah bunda, kami redha...

10 Nov 2015

Lassi manggalah sangat..

Jom try.
Hari tu dapat mangga yang kecik, bulat-bulat tu, kawan bagi. Kat Terangganu mangga jenis tu dipanggil pelam ringan, saya blend 3 biji dengan susu, tuang jus sunquick mangga dalam 2 sudu besar, kalo suka campur ketul ais, kalo tak suka cam saya, tak payah tarok pun sodap.
Bagus untuk sesiapa yang berhajat nak menurunkan berat badan. Saya dah kurus sikit tau. Disahkan sendiri oleh cik abang saya, hi hi.

Alhamdulillah..
( sori, dah hampir habis minum baru teringat nak amik gambar )

Sambal ikan resepi bunda.

Saya fikir saya biarkan tv menyanyi sendiri, rupanya sidara kecil saya yang belumpun mandi pagi tu sambil mata terpejam, entah menghayati, ermmm...tak rasanya, masih ngantuk, al maklum cuti deepavali, exam dua2 sekolah pun dah habis, happy sakan dia..

Saya sedang mengerjakan ini...
Sambal ikan resepi arwah ma saya. Banyak? Eshhh..tu belum kering, tu nak kena masak sampai kering garing supaya tahan lama. Untuk bekal kakak kat kolej sebenarnya. Dia ada balik cuti deepavali, tapi esok dah nak balik kolej semula.

Kakak dok bersungut, makanan kat kafe kolej tak sedap, malah tak bersih. Saya kata..memanglah, dah masak banyak-banyak, manalah boleh nak jaga.

Nak resepi? Boleh, apa salahnya, moga jadi gak jariah untuk mak saya di sana..

1. Ikan sardin  dalam sekilo ( saya suka ikan ni sebab isinya manis )

2. Kelapa 2 biji.

3. Bawang besar 6 biji ( boleh je nak lebih, lagi banyak lagi sedap )

4. Cili kering, halia, bawang putih, lengkuas, ketumbar, asam keping, serai lagi banyak lagi sedap dan wangi.
( ikutlah kesesuaian pedas mana, masam setara mana, mesti korang bole kan)

5. Gula kabung, kalo takde gula biasa pun ok.

6. Garam.

Caranya: ikan direbus, ambik isinya, blend tulangnya tapis untuk stoknya. Ni yang bagi sambal lagi sedap. Bawang and sekutunya blend juga. Pastu tuang je semuanya dalam kuali, dengan santan sekali. Pastu masaklah sampai kering.

Senang kan. Sambal atau serunding ikan ni sesuai juga untuk ibu-ibu dalam pantang, sedap makan ngan nasi panas-panas, dengan nasi impit pun jadi gak. Try la, saya jamin sedap.

Nanti saya belanja gambar sambal yang dah kering plak yea. Hi hi...

6 Nov 2015

Susahnya IKHLAS.

Abu Hurairah ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Pertama yang akan dihitungkan di Akhirat ialah seorang yang mati syahid. Setelah dihadapkan ke hadrat Tuhan lalu ditanya, " Apakah perbuatan kamu terhadap nikmat itu?" Jawabnya, "Aku telah berjihad untukmu hingga mati syahid." Berfirman Tuhan: "Engkau telah dusta. Engkau berjuang bukan kerana aku tetapi kerana ingin terkenal sebagai oejuang dan disebut-sebut tentang keberanian dan ketokohanmu. Dan engkau telah perolehi itu semua." Maka Allah perintahkan orang itu diseret ke dalam api Neraka.

Orang keduavialah seorang yang telah banyak ilmu dan pandai serta mengajar tentang Al Quran, ketika dihadapkan kepada Tuhan ia ditanya: "Apakah yang telah kamu perbuat terhadap semua itu?" Jawabnya, "Aku telah pelajari ilmu dan mengajarkannya." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau belajar kerana ingin terkenal sebagai seorang alim dan engkau baca Quran kerana ingin dikenal sebagai seorang qari dan semua itu telah engkau perolehi." Maja Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam api neraka.

Orang ketiga ialah hartawan yang memiliki segala jenis kekayaan. Ketika dihadapkan kepada Tuhan, ia ditanya, "Apakah amalanmu terhadap semua hartamu?" Jawabnya, "Aku telah gunakan untuk semua urusan di jalanMu dan semata-mata keranaMu Tuhan." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta, engkau membelanjakan hartamu adalah kerana inginkan supaya dikenali sebagai seorang hartawan dan engkau telah perolehi itu." Maka Allah memerintahkan supaya ia diseret ke dalam api neraka.

4 Nov 2015

Siapa sebenarnya WIRA?

Bukanlah setiap yang menempa nama wira
Boleh digelar wira
Tidak pada yang ada glamour
Banyak peminat sudah dianggap wira
Tidak semestinya yang kuat itu wira
Bukan pula yang gagah itu layak
Memegang title wira
Tidak juga yang berani itu wira
Kalaulah yang berani itu dianggap wira
Yang paling berani hingga sanggup
Membunuh dirinya
Apakah dia yang paling wira??
Padahal dialah yang paling hina, malang dan celaka!!
Jadi..
Siapa yang sebenarnya wira?
Yang sanggup menyeberang lautankah?
Yang menawan angkasakah?
BUKAN, BUKAN!!
Wira yang sebenarnya
Seperti disabdakan Baginda..
Siapa yang sanggup melawan hawa nafsunya.

2 Nov 2015

Bila TENTERA ALLAH menyerang..

Pening kepala manusia
Bingung manusia dibuatnya
Bila tentera Allah bertindak..
Kun, jadi..maka jadilah ia..
Peperangan antara manusia
Dengan api, air, jerebu, angin, taufan..
Api..memusnahkan apa sahaja
Harta bendanya, jiwa, pembangunan..
Hujan..banjir..menenggelamkan apa sahaja..
Jerebu...sesak nafas, datang pula penyakit lainnya..
Berbagai kaedah manusia buat
Bagi melawan tentera-tentera Allah ini..
Namun tentera-tentera Allah ini tetap menyerang bila-bila masa
Mereka tidak pernah surrendar..
Kalau berhenti pun sekejap sahaja..
Tunggulah masa ia menyerang semula..
Begitulah berlaku sejak dunia wujud..
Manusia tidak akan aman dibuatnya..
Yang paling teruk..
Berperang dengan kuman
Makhluk Allah yang paling kecil
Juga kalah manusia dibuatnya..

Teruja tengok monyet di Teluk Cempedak.

Hantar kakak balik kolej semalam. Hari tu kakak duk tingkat 5, sakit lutut, termengah-mengah ibu nak sampai tingkat 5 tu. Masuk semester baru ni kakak dapat tingkat 2. Alhamdulillah, macam kilat ibu naik.

Selesai beli barang-barang kakak yang belum cukup, sempatlah kami ke Pantai Teluk Cempedak. Nilah first time sampai sana. Kesian tak? Apa yang dapat saya gambarkan...Subhanallah..cantik dan bersih. Tapi yang buat kami teruja sesangat tu, dapat tengok monyet. Monyet dah tak takut orang, orang plak takut kat monyet. Kita jerkah dia, dia jerkah kita balik, siap nyeringai tunjuk gigi, ada taring tajam yang buat seram tu.
Ada jejantas panjang kat tepi pantai tu,  monyet-monyet tu duk bersidai kat situ. Pantang orang bawak makanan, habis dirampasnya. Jadi nak selamat jangan jerkah, dan jangan bawak makanan.
Nak makan ada banyak kedai makanan, ada juga kedai yang jual cenderahati.

Bertolak balik dari Kuantan lepas maghrib. Hujan lebat, dah musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah takla berpanjangan. Sampai rumah kul 12.30 malam, Masya Allah...penat.

26 Oct 2015

Berbaloila bagi orang miskin macam saya.

Salam rindu buat teman-teman yang sudi berkunjung ke sini, minta maaf sesangat sejak kebelakangan ni tak dapat berkunjung ke laman teman-teman, bizinya cikgu tadika ngalahkan cikgu besar sekolah menengah. Baru selesai open day sabtu baru ni, ni tengah bergelut ngan exam paper plak, haa amik kau, budak tadika pun ada exam,hi hi..examnya 2hb-6hb/11 ni. Pastu ada hari konvo 14/11, pastu sibuk nak buat hiasan kelas yang baru, haaaaa...sibuk tak sibuknya.

Nak tunjuk ni je, semalam pegi pasar pagi yang saya kata kena pegi dekat-dekat nak tutup pasar tu, dapatlah beli buah kat bawah tu, sesikat pisang, masih cantik kan? tiga biji delima dan lima biji epal tu..rm10 je, suka, suka..berbaloila bagi orang miskin cam saya ni.

Antara buat yang disebut dalam Al Quran, buah pisang dan delima..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign