Asam Garam Kehidupan: August 2016

Pages

27 Aug 2016

Buang rahim.....?

Ia hanya sekepal otot yang kenyal namun menakjubkan. Anugerah juga penghormatan terbesar dari Allah buat wanita. Terkurnianya ia menandakan, kaum yang lemah ini mendapat mandat melahirkan zuriat, menyambung umat. Tanpanya, tentu sahaja seorang wanita tidak dikatakan sempurna.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hasil minor surgery colposcopy dalam bulan puasa baru ni, semalam 26/8/2016, mengikut doktor chances untuk aku mengidap kanser pangkal rahim ialah 70%...dalam tempoh lima tahun...

Dan menurut mereka lagi memandangkan usiaku sudah 40-an dan sudah ada 5 orang anak, aku disarankan supaya...membuang rahim sepenuhnya......

Suamiku ada bersamaku waktu itu...aku tidak tau menebak apa yang ada di dalam hatinya...tapi buat aku sendiri..aku sudah hanyut dalam seribu satu kacau bilau bermain dalam fikiranku....

Mereka memberikan tempoh sebulan untuk temujanji selanjutnya, sebulan untuk aku berfikir dan membuat keputusan.......

Kata mereka lagi, jangan percaya dan bergantung kepada perubatan tradisional atau alternatif lain. Dikhuatiri makin teruk dan barulah aku seperti mereka yang lain datang lagi kepada mereka untuk mendapatkan rawatan....
.
.
.
.
.
Buang rahim?
Rahim yang dengannya aku menjadi sempurna..
Yang dengannya sudah kulahirkan lima permata hatiku...
Yang dengannya aku bahagia bersama suamiku...
Buang?
Ya Allah...
Ujian apakah ini...?
Aku tak mampu ya Allah...
Jika kubuang..
Aku tak sempurna lagi ya Allah..
Tolong ya Allah..
Apa yang harus kulakukan....?

Mungkin ini sebabnya mata kiriku asyik berkedip dari sebulan yang lepas hingga kini...
Maafkan aku kawan-kawan, aku akan menyepi buat seketika bagi mencari kekuatan diri....
Singgah di pusara bonda, airmataku tumpah sehabisnya. Sehingga saat inipun...

25 Aug 2016

Pasrah..

Bila aku bergelar sekujur mayat
📆📆
Tidak ada apa lagi yang mampu kulakukan.
Jika aku terbujur di depan bilik air sekalipun
Di tepi jalan..
Di dalam longkang..
Aku tidak mampu berganjak walau sehasta pun..
Apalagi untuk membersihkan sekujur tubuhku..
Aku hanya mengharapkan ehsan situkang mandi jenazah..
Aibku pun tak mampu kututup..
Dikasari pun tak mampu kubantah..
Menggerakkan hujung jari, hujung bibir pun tidak mungkin lagi..
Kurelakan sahaja..
Bila selesai berpakaian akhir..
Mereka mahu segera menghantarku pergi..
Tidak ada ruang lagi untuk aku tinggal walau seketika..
Walau di stor paling belakang..
Walau saat hidupku aku bisa apa saja..
🏄🏇🚵🏊💰💰
Sofa empuk, makan enak, kereta mewah.
🍹🍰,🚗🚗
Dan mereka yang menyayangiku..
Mereka yang menyanjungku..
Saat aku bergelar sekujur mayat..
Tiada lagi tempatku di sisi mereka..
Kesedihan mereka hanya seketika..
Hanya suatu tempat yang sudi menerimaku..
Menutup sekujur tubuhku..
Dalam terpaksa aku tinggal di situ..
Tiada bantal atau tilam empuk lagi..
Yang menemaniku hanya ulat-ulat
🐛🐛🐛
Memamah sekujur tubuhku..
Tinggallah aku di situ..
Menunggu hadiah dari mereka yang kutinggalkan..
Itupun..
Jika mereka masih mengingatiku.
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂.

21 Aug 2016

Jumpa ustazah Isfadiah.

Kat mana? Sabtu semalam, 20/8..kami ada kursus 'mutawwif' haji di Masjid Shah Alam...kami ni nak bawak anak-anak tadika kami buat simulasi haji Cilik kat sini juga, 7/9 nanti. Ustazah Isfadiah salah seorang motivator dalam program yang dianjurkan oleh Pertim atau PersatuanTadika Islam Malaysia.

Simulasi Haji Cilik? Apa tu? Ni adalah satu usaha untuk memberikan pengalaman sebenar kepada anak-anak dalam lingkungan umur 5 dan 6 tahun bagaimana ibadah haji dilaksanakan. Anak-anak akan pakai pakaian ihram, berkumpul di 'padang Arafah', bermalam dan mengutip batu di 'Mina', melontar jumrah, tawaf, saie, tahallul...dan kami cikgu-cikgu tadika ni bertindak sebagai 'mutawwif' la bagi anak- anak ni. Kami kena belajar dulu supaya dapat bimbing anak-anak tadika di hari kejadian. Seronok..teruja sangat, dan sedikit sebanyak dah dapat bayangkan suasana perjalanan ibadah haji yang sebenar.

Kalau 'mereka' ada Kidzania, ada Legoland, tapi kita ada sesuatu yang lebih berharga buat anak-anak kita sebenarnya. Pengalaman yang akan mereka ingat sehingga dewasa dan in shaa Allah sehingga menunaikan ibadah haji yang sebenar.
My boss, ustazah Isfadiah and me. Seronok dapat jumpa,dapat peluk lagi ustazah yang lembut ni.
Tahun lepas, 4000 orang pelajar tadika
seluruh Malaysia berpeluang menjalani
simulasi haji cilik.
Guru-guru tadika menjalani
kursus pembimbing simulasi haji cilik.

18 Aug 2016

Rintihan kepada Tuhan..

Tuhanku..
Jadikan aku mampu bersabar
Dengan kesusahan
Kemiskinan
Kesakitan
JanjiMu pahala tanpa hisab bila
aku mampu bersabar..

Jadikan aku pemaaf
Terhadap kata-kata menghiris
JanjiMu..
Tinggi darjat bila aku mampu
Memaafkan..

Jadikan aku redha
Bilamana usahaku tidak berjaya
Kerana mencari redhaMu itu
Amat susah.

Jadikan aku mampu bertawakkal
Dalam setiap usahaku
Supaya aku dapat bersangka baik
Dan mendapat pahala mengharap
Kerana Engkaulah
Yang sepatutnya
Tempat kuletakkan
Segala harapanku...
Almarhum guruku..
Besar jasamu padaku
Banyak didikanmu sehingga kini
Jadi bekal hidupku...

17 Aug 2016

Baru nak merengek kek larling.

Baru nak sambung merengek kat larling den tu. Merengek apa? Adalah..haha..

Adalah dua tiga kali dah merengek sebelum ni, tapi belum dapek-dapek yo laie.( Errr...den kono kurangkan loghat nogori, Irda tak paham rupo eh ).Larling siap janji nak bawak pi Nilai 3 lagi, sebab kat sana lagi banyak pilihan, lagi banyak yang cun-cun. Dahla murah, tumpah air pun no hal punya. Kan senang tu.

Nasib baik belum beli lagi. Kalau dah beli, harus la rasa ralat walaupun katanya harga eh 10 hengget pun boleh dapat. Nasibla sesapa yang dah beli borong benda ni. Tapi..a'ah ek, kakak pun ada beli benda ni pakai kat dorm dia, tak boleh jadi ni.

Eiiii....ngerikan. Walaupun penyakit tu datang dari Allah, kita kan kena ada usaha dan ikhtiar.

Kat rumah ada tikar camni tak? Yang dah beli sila buang yea, yang baru cadang nak cam den, ghontikan yo, tak payah buang duit.

15 Aug 2016

Pesan ustazah vs pesan cikgu.

Ustazah/ticer tadika bagi nasihat kat cikgu sekolah
pasal anak eh. Ni cikgu yang open minded ni, boleh
terima kita tegur kesalahan anak dia.
Nadhrah Hannani memang hari-hari sibuk dengan home work. Balik sekolah lepas solat asar, rehat sekejap dah terus capai buku. Home worknya ngalahkan abangnya yang tingkatan dua tu, abangnya tu manjang takde homework, kalau ada pun yang den selalu nampak tulah seni visual, minat naw melukis. Si Nadhrah pandai gak nasihat kat abang eh.." usahalah Man, kalo ko tak usaha dari sekarang, besar sok ko menyesal.."
Si abang menempelak.." senyapla ko..". Haa..tulah dia gayanya.

Di tadika ( gambar atas) den kadang dipanggil ustazah. Mungkin penampilan den yang cam solehah ni kut. Mak pak budaklah yang panggil. Bebudak tu panggil ticer je. Ni gambar ustazah jumpa cikgu sekolah yang anak eh belajar kat tadika den tu. Memacam soklan pasal anak eh den kono jawab, bagi nasihat. Haa, tengok tu, khusyuk bona gayo eh kan kena donga nasihat ustazah.

Cam lari tajuk jer.

Gini ha nak citer, cer citer..cer citer.
Nadhrah tu balik sekolah satu hari dia cerita kat den tentang nasihat cikgu kat sekolah dan nasihat ustazah kat sekolah agama. Cikgu eh kata, kalo tengah buat homework, pastu omak panggil mintak tolong, cakap kek omak.." den tongah banyak homework mak, nanti den tolong." Itu terjomahan bahaso nesilan la kan.
Tapi kato ustazah eh..kalo omak panggil, beronti dulu buat homework tu, poie tolong omak dulu, perintah omak lagi wajib taat.

Haa..nampak? Kan bezo tu. Sebab tulah den hantar anak-anak den sekolah ugama. Ada mak pak bila anak eh nak upsr, tahun 6 kat sekolah ugama kono beronti dulu, tumpu kek pekso upsr je. Ada ke patut. Mano satu ilmu yang nak bawak je akhirat ni?

Den bukan nak kondemkan cikgu kek sekolah. Tapi nak bagi nasihat kat bebudak biarlah dengan ilmu. Kalau dapat budak yang tak berapa boleh nak pikir, atau yang tak poie sekolah ugama, kan dah salah ilmu bebudak tu terima. Tu yang jadi tak hormat ibubapa, tak berakhlak. Tapi bukanlah semua cikgu macam tu. Mungkin sorang dua, yang nak sangat anak-anak murid diorang berjaya cemerlang dalam upsr.

Alhamdulillah, Nadhrah tu kalo den tengah bersilat kek dapur pepotang hari tu, takat den mintak tolong siang bilis, siang bawang, dia buat. Dia tinggalkan dulu homeworknya. Den pun takdolah kojam bona nak selalu mintak tolong dia, kalau dia tengah sibuk sesangat tu takdo den panggil do, kecuali kalo den tengok dia sempat bebaring depan tv tu, siaplah den jorit dari dapur mintak tolong apa patut. Kenalah ajar kan, kang sampai bosar tak pandai nyiang bawang, tak laku lak anak daro den kang.

Ticer nampak lain.

Eh, ticer...nape ticer nampak lain?
Aah, ticer lainlah..
Ticer macam lain je..
Ticer macam cantik je..

Ingatkan bebudak ni tak perasan. Tapi kawan-kawan sekojo den memulo tak perasan gak. Apo eh yang lain? Samo yo.

13 Aug 2016

Termalu coverlah dengan petua Ustaz Kazim.

Tulah, orang buat blog, awak pun ngengada nak buat blog. Pastu takde nak tambah-tambah ilmu berblog. Sudahnya robot google plus disangka peminat. Malu weyh, malu...rasa nak nyorok celah lemari nih. Nasib baik ada adik Ahmad Hasif bagi pencerahan, kalo tak sampai sudah den perasan den ada peminat dari Jepunlah, dari Californialah, huhu...

Ermmm ...takmo ingat dah, takmo perasan dah. Sok-sok anak-anak ibu baca blog ibu ni, mesti diorang pun gelakkan ibu.

Jomlah nak share satu ilmu yang baru je dapat pagi tadi.
Cara nak kejutkan suami dan anak-anak yang susah naw nak bangun pagi di hari minggu. Terimakasihla Ustaz Dato' Kazim Elias. In shaa Allah berkesan, tapi den pun belum tau sejauh mana keberkesanannya sebab baru dapat pagi tadi lepas subuh.

Camano caro eh? Cer citer, cer citer. Sonang jo kekdah eh, yang selamo ni kito tak tau, raso nak siram air yo, tapi miker basah tilam tak jadi la nak buat.
Caro eh...jentik-jentik kek kuku ibu jari kaki..mesti bangun punya..kata Ustaz Kazim lah. Bukan kato den do.
Jang, oo jang bangunla ha, hari dah tinggi, kambing, kobau bolun makan laie.
Isshh..susah bona nak bangun, meh omak jontik
ket kuku kaki kau yo..

12 Aug 2016

Saya nak kenal orang ni.

Siapa agaknya peminat saya dari Mountain View, California? Chett, perasan beno ko ye Azimah😅😅

Saya ucapkan terimakasihla kepada pengunjung tetap saya ni, walau siapa pun anda, yang setia datang setiap kali saya up entri, moga anda sentiasa berada dalam rahmat, kasih-sayang dan pengampunan Allah, aminn.

Kalo sudi boleh hubungi emel saya.

11 Aug 2016

Kojo hujung tahun.

Masya Allah, ngantuk. Rasa nak amik cuti je hari ni. Malas bona nak pi kojo raso eh. Tapi tak boleh cuti, dah nak hujung tahun camni banyak betul nak kono buek, nak kono pikir, den ni cikgu tadika merangkap penyelia tapi gaji eh satu jo, cam den punyo tadika lak kan. Boss datang sesekali yo. Takpolah. Sib baik den kojo separuh hari yo, kalo tak harus separoh mati lotih eh ngadap bebudak kek tadika tu.

Dah nak hujung tahun ni nak kena pikir pasal konvo lah plak. Haaa, jangan tak tau, bebudak tadika pun grade gak tau. Nak buat persediaan untuk persembahan dorang. Den ni nak mintak jaso baik kengkawan la kan, mana tau korang ada brilliant idea camano gayo eh nak buat persembahan, lakunan, nyenyanyi tu dah biaso bona, cer bagi idea yang ajaib ket.

Bukan nak pikir pasal persembahan je. Den kono bersedia fizikal dan mental sebab parents dah mulo datang riki2, survey cari tadika untuk anak-anak dorang. Bulan puasa baru ni boss ada masukkan iklan tadika kitorang ni kek tv Al Hijrah. Tak tau la kengkawan ada perasan ke tak sobab iklan tu selalu siar time nak buko lah, time orang terawih la. Ado gambar anak den Umar Zikri dalam iklan tu, elok bona gayo eh semayang dhuha kek masjid Putra Putrajaya tu. Tu yang ramai lak parent datang menanyo-nanyo tu.

Sompek yo laie up entri sesubuh ni kan. Entri merapu cenggini anytime boleh tulis, kalo yang ilmiah tu sari dua gak nak nyusun ayat, nyusun tatabahaso eh. Lagipun tadi den nyaris nak menyungkur kek sejadah lopeh subuh, kalo tak merapu cenggini.
Umar Zikri dalam iklan tadika den kek tv Al hijrah.
Selesai sukaneka, nak kono pikir pasal persembahan hujung tahun lak. Pastu nak kena buat persediaan kemasukan bebudak baru plak. Bersedialah kekebalan mental nak ngadap bebudak nangis sebab baru baru sekolah.

10 Aug 2016

Sampai bila.....

Firman Allah Tabaraka Wa Taala yang bermaksud:

" Sepatutnya kamu mengadu kepadaKu kerana tidak ada yang sepertiKu yang boleh memperkenankannya. Dan sampai bila kamu hendak mengkufuri nikmatKu sedangkan Aku tidaklah bersikap zalim kepada hambaKu dan sampai bilakah kamu tidak mengendahkan kitabKu sedangkan Aku tidak memberatkan sesuatu yang tidak terdaya oleh kamu lakukan. Dan sampai bila kamu tidak boleh tenang bersamaKu sedangkan Aku selalu tenang denganmu. Dan sampai bila kamu hendak menentangKu sedangkan pada kamu tidak ada apa-apa. Adakah kamu mempunyai doktor selain dariKu? Tidakkah yang menyembuhkan penyakit kamu itu ubat Ku jua?

Wahai anak Adam, apabila apabila terdapat salah seorang dari kamu makanan yang mencukupi untuk tiga hari tetapi tidak mensyukurinya sesungguhnya dia tidak mengindahkan nikmat Ku, dan siapa yang menghalang dari mengeluarkan zakat hartanya sesungguhnya dia tidak mengindahkan kitab Ku, dan apabila masuk waktu sembahyang dan tidak pula dan tidak pula dia meluangkan masanya untuk sembahyang, sebenarnya dia lalai dari Ku."

( Terjemahan Suhuf Nabi Musa ke 17 )
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

8 Aug 2016

Cara mudah buat proses kacang nak buat kuah kacang.

Dah lepas raya pun takpelah kan, mana lah tahu kat rumah memasing banyak lagi stok ketupat segera dengan kacang tanah, ke nak tunggu raya haji baru nak buat, he he...., jom saya share idea yang saya baru dapat ni.

Masuk oven je. Teringat arwah mak selalu kerah goreng kacang tanah nak buat kuah kacang bila nak raya. Jenuh nunggu masak, dok tercegat tepi kuali sangai kacang. Macam ni kan senang, masuk oven je, takyah kacau-kacau.

Korang, janganlah kutuk oven den yang berkarat ni. Nilah satu-satunya oven yang den ado, lamo dah ni, masih ok jr, pakai jarang-jarang sekali.
Pastu nak kopek kulit kacang la plak. Aduh malasnya. Tapi mak suruh kena gak buat, duduk tercongok sampai sakit pinggang, sanggup je demi kuah kacang mak yang takde sape boleh calen sampai sekarang.

Dapat plak idea nak buat camni. Masuk dalam bekas camni, tutup pastu..goncang, goncang, goncang..sampai terkopek semua kulit kacang. Pastu ayak dalam bakul plastik berlubang. Siap.

Maka bolelah den sekeluarga sarapan ketupat segera ngan kuah kacang pagi ni. Alhamdulillah..selamat dari pembaziran.

Sanah Helwah Nadhrah Hannani.

Sebenarnya ibu macam malas nak tulis pasal sambutan besday Nadhrah ni. Kecewa..sob..sob
Nadhrah Hannani...genap 12 tahun.
Ibu tak pandai baking, jom ibu
abah belanja makan kat luar.
Tempatnya boleh tahan. Ibu yang ternampak masa nak gi open house rumah sepupu ibu kat Sepang aritu. Kerusi buluh, pondok buluh dengan sinar lampu malap, teruja sungguh nak merasa apa yang spesel di sini.

Masuk je kami disambut pelayan-pelayan indon. Aikss..cuak gak nih. Kedai Indon ke, aku pun dengan tak sayang mulut terus tanya kedai siapa..

" Oo, tokenya Melayu bu, pak. Tu di sana tu.."

Ok.
Kami pun memesan menu. Alaa..western ke. Den ni tokak melayu jati, nasib baik perut tak berapa lapar. Nadhrah, Iman dan Umar Zikri pesan ciken chop. Me and mylaling pesan mee hailam, tu je yang ada selain nasi lemak. Nak makan nasi lemak, cam kolesterol la plak.

Ermmm...padanle kedainya suam-suam kuku je. Cian Nadhrah. Abah pun antara suap tak suap je, ibu pun asyik terkompelin aje depan anak-anak, padahal ibu selalu tarbiah anak-anak jangan hina makanan, nasib baik tak kena pulang paku buah keras dengan anak-anak. Huhu..

Rasanya inilah kunjungan pertama dan terakhir kami.

Takpelah Bie ( panggilan ibu untuk Nadhrah ). In shaa Allah panjang umur ibu, besday Bie tahun depan kita cari tempat yang betul-betul spesel ye. Tak pun ibu masak sendiri nasi ayam ke, mee hoon sup spesel ibu sempena meraikan ulang tahun anak-anak ibu, cam selalu ibu buat.

Semoga Nadhrah Hannani yang kian sunti menjadi anak dara ibu yang solehah, rajin, tak tinggal solat, pandai masak, pandai kemas rumah dan lulus UPSR dengan cemerlang, aminn.

7 Aug 2016

Kalau aku kaya.

Kalau saya kaya...ada duit 10 juta...Masya Allah...banyaknya dah terfikir dalam otak ni, macam-macam nak buat, tapi kunun-kununnya nak pergi haji tu impian yang teratas sekali. Yang lain-lain tu rasa sama je dengan apa yang ada dalam pikiran korang...kan?

Mana datangnya duit 10 juta tu? Entah.. Dah namanya berangan.

Eshhh...takmolah kaya sangat. Bahaya. Banyak orang dengki. Yang lagi bahaya, hati saya sendiri nanti, susah oii nak kontrol. Pastu saya pun nak simpan kat mana duit bebanyak tu? Pastu nak pikir cukai pendapatanlah, zakatlah...eh..memacamlah..

Ermmmm...lagipun bila teringat satu hadis Nabi..yang mengatakan jika kita tidak memiliki kekayaan harta benda bila umur menjangkau 40-an, maka tak perlulah lagi berusaha untuknya, kerana dikhuatiri kita akan ketinggalan kedua-duanya..iaitu miskin harta,..dan miskin iman dan amal, maka amat rugilah orang yang demikian...

Santai petang ahad ye kengkawan. Terimakasih kerana sudi membaca.

Kalau ada duit banyak, sekurang-kurangnya ada rumah macam ni, kereta macam ni...kan?
Kalau tak tercapai angan-angan tu di 'sini' jom kita realisasikan dengan usahakan bersungguh-sungguh membinanya di 'sana' nanti. Kerana di sana nanti kaya itu pasti., bukan angan-angan lagi.

6 Aug 2016

Si montel menjamah durian.

Ermmm...dapnya. Faizul Azim ni anak sedara den dari belah suami. Dia ni paling junior di kalangan sepupu-sepapat yang ada. 14/8 ni genap umurnya setahun. Tengokla aksi makan diyannya tu, selagi tak disuap selagi tu dia menjerit mintak. Air liurnya asyik meleleh nak tumbuh gigi.

Kami berkumpul ipar duai pakat makan durian kat rumah adik ipar kat Langat. Bukan diyan je, ada pulasan, rambutan, cempedak, manggis, langsat....mentereh kato orang nogori. Kalo tak faham apo ko bondo mentereh tu,pilah cari kamus nogori yo.

nangis nak makan diyan juga, orang tak kasi, uwaa, uwaa..
dapat pun
ermm..dapnya
pueh ati den, dapat gak meraso makan diyan.
Hai, nama caye paujul, umur caye catu taun..

3 Aug 2016

Aksi comel budak 3 tahun solat.

Haaa, tengok tu, budak 3 tahun pun dah kena solat. Hihi..Sebenarnya parent yang hantar anak kat tempat kami suka sangat bila kami ceritakan yang anak-anak mereka akan dilatih bersolat, biarpun mereka belum pandai nak ikut perlakuan solat dengan sempurna. Tengokla tu, sempat pegang mainan, sempat borak, pandang kawan. Tapi at least kami nak biasakan anak-anak ni dengan solat.  Dalam main-main pun in shaa Allah diorang dapat menghafal bacaan-bacaan dalam solat.

Menjadi tanggungjawab kami di tadika melatih anak-anak ni bersolat. Saya selalu tekankan kepada mereka..." walau kita buat baik banyak-banyak pun,bagi sedekah, tolong orang, tolong mak ayah, tapi kalau kita tak solat, kat mana tempat kita?"
Dan sangat menjadi harapan kami agar ibubapa mereka menyambung tanggungjawab ini di rumah..agar anak-anak kita iatiqomah bersolat sehingga bila-bila...
Bromm, brommm..sempat main car tu ha.
Ni buat apa ni...brommm, ah...ikut je lah..
La, mana leh main car masa solat..
O yeke, saya tak tau ar..
Ya, takleh main, tengok caye sholat tak main pun..
Okla, nanti saya tak main dah..

Hihi...ini agaknya yang dibualkan budak berdua ni. Takpe..pelan-pelan, caye baru 3 taunla.

Kalau bukan kerana....

"Seandainya bukan kerana orang-orang tua yang sudah bongkok, pemuda-pemuda yang khusyuk, anak-anak yang masih menyusu, binatang-binatang yang gemuk, nescaya aku jadikan langit itu dari besi, bumi menjadi rata dan tanah menjadi pasir. Nescaya tidak Aku turunkan setitis hujan pun kepadamu dan tidak Aku tumbuhkan satu benih pun tumbuhan di bumi dan Aku tumpahkan sehebat-hebat azab ke atasmu."
                           Hadis Qudsi.
                           
Beruntungnya menjadi pemuda yang mencari perhatian Allah, yang hatinya lekat di masjid kerana janji Allah pemuda begini yang akan mendapat payungan di Mahsyar kelak...mari kita rasakan kesyukuran itu di dalam hati kita kerana kita hanya menumpang rahmat orang-orang tua, pemuda-pemuda yang soleh, anak-anak yang masih suci dari dosa dan...rupanya kita juga hanya menumpang rahmat binatang-binatang peliharaan kita...ya Allah....

(Abaikan bangla yang tak bersalah tu yek, dia hanya pegang helmet 'aneh' tu sbb saya yang suruh, saya nak amik gambar helmet tu je)

1 Aug 2016

Hati yang bersih.

Hendak membersihkan hati atau tundukkan hati pada Allah swt adalah amat payah. Hendak tunduk kepada perkara lahir itu mudah. Rukuk dan sujud itu mudah, tapi khusyuk itulah amat sukar. Membuang penyakit sombong, riak, gila puji, tamak, bakhil itu sulit sekali.

Ukuran untuk tahu hati kita bersih atau belum mudah saja. Bagaimana hati kita saat menerima pujian? Dan bagaimana pula hati atau perasaan kita di kala ditohmah, jika kita menerimanya dengan suasana berbeza bermakna belum khalis atau belum murni lagi hati kita.
Jika dipuji hati kita rasa seronok, terhibur dan berbuai-buai perasaan kita. Tapi bila dikeji, diumpat...aduh sakitnya, menderita jiwa dan perasaan kita.

Orang yang lurus hati dengan Allah, puji atau keji sama saja. Bahkan dia lebih suka menerima kejian kerana dia mendapat pahala dan membersihkan dosa. Dia bimbang dengan pujian, sebab pujian boleh merosakkan hatinya.

Saidina Ali saat menerima pujian menderita hatinya..ia berdoa..

" Ya Allah, ampuni dosaku di atas perkara yang mereka tidak tahu. Dan janganlah engkau bertindak ke atas diriku terhadap apa yang mereka katakan. Dan jadikanlah aku ini lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.."

Antara lain untuk mengukur hati kita, bila kita ada duit atau tiada, bila ada duit, tenang, lapang hati kita. Bila tiada duit, resah gelisah, serba tak kena hati kita. Atau bila melihat kejayaan orang lain, bagaimana kita menerimanya.

Bila hati kita lurus dengan Allah, apa jua keadaan, hati kita tiada bezanya, susah atau senang, miskin atau kaya, dipuji atau dikeji, naik pangkat, turun pangkat...hati yang lurus dengan Allah akan menerimanya dengan rasa yang sama. Kerana dia yakin semuanya dari Allah.

Jadi.. jom suluh hati kita.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign