Alhamdulillah, pagi ni cuaca bermula terang. Cahaya matahari pun menyapa lembut je. Jadi in shaa Allah bolehla keringkan kain baju yang tersidai lembap tu kan.
Semalam kan hujan. Tapi rutin pergi pasar tetap kena pergi juga. Dah lama teringin nak beli handbag baru, saya ni takat beli kat gerai tepi jalan pun ok je, janji saya selesa nak guna, cantik di mata saya dan harganya munasabah, bukan munasarawak ek.
So, singgah satu gerai jual handbag ni. Sibuknya kakak tu menggantung handbag yang nak dijual, tapi yang tak seronok didengar mulutnya bersungut menyalahkan hujan...." ni semua hujan punya pasal la ni, sampai lambat buka gerai ni ha..."
Saya tak balas banyak, cuma saya kata...." hujan ni rahmat kak.."
Betul tak? Dalam lambat dapat buka gerai tu, still Allah hantar orang ( sayalah, hihi ) untuk beli handbag yang dijualnya.
Saya tak balas banyak, cuma saya kata...." hujan ni rahmat kak.."
Betul tak? Dalam lambat dapat buka gerai tu, still Allah hantar orang ( sayalah, hihi ) untuk beli handbag yang dijualnya.
Yang warna coklat tu dah dua tahun saya pakai, ke mana pergi tulah jelah saya bawak. Yelah...bukan reti bergaya pun, asal ada sudah. Beli besar punya, dalamnya saya sumbat h/p, pen, gunting, agaknya kalo ada anak kecik, botol susu pun sumbat masuk handbag.
Yang warna kelabu tu yang baru beli semalam kat gerai akak tu.
#sewaktu berdakwah di Taif, Baginda saw dihujani batu sehingga darah memenuhi kasut yang dipakai. Apabila malaikat jibril bertanya...mahukah kutimpakan ke atas mereka bukit yang besar ini, agak mati mereka semuanya? Tapi Baginda tidak membenarkan, kerana Baginda berharap generasi yang akan lahir seterusnya akan menerima Islam. #
Kita? Baru dihujani air, sudah bersungut. Hujan salah, panas pun salah...kita ni hamba ke tuan?
Kesian hujan, ia pula disalahkan.. ~_^
ReplyDeleteKann?
ReplyDeleteSyukur selalu
ReplyDeleteKita manusia biasa bljarlh dri keaadan ini..
Syukur selalu
ReplyDeleteKita manusia biasa bljarlh dri keaadan ini..
kadang2 kita ni manusia tak sedar dan x lari dr lakukan kesilapan..
ReplyDeleteActually, PH suka hujan. Bila hujan jer rasa happy. Kenapa, tak tau. Terkenang musim tengkujuh kat Terengganu kot hee..hee..
ReplyDeletePH pun samalah dengan Ticer Azimah, pakai handbag tu ler. The same one sampai koyak baru lah beli yang baru. Bukan kedekut, tapi sebab tak minat sangat dengan handbag.
PH org terengganu ke? Kalo terengganu same boatlah kita.
ReplyDeleteAllah kak.. Reen setuju. Kita ni ada saja perkara yang di bebelkan. Ada saja perkara yang tidak memuaskan hati.
ReplyDeleteSedangkan Allah maha mengetahui apanyang terbaik buat hamba-hamba-Nya.
Pernah Reen baca satu buku ni, kenapa hujan itu rahmat dari Allah? Kerana setiap titisan hujan itu dibawa turun ke bumi oleh malaikat-malaikat. Sebab tu antara waktu terbaik untuk berdoa adalah waktu hujan..
Tapi... Reen kadang leka, tak merebut peluang untuk berdoa sebanyak yang mungkin bila hujan turun. :(
Entah bila kita nak sedar dan jadi hamba yg bersyukur kan, yg kita tau merungut dan tak pernah puas dgn apa yg Allah beri, sombong betul kita ni.
ReplyDeleteYup.. Memang sombong. Kadang malu bila muhasabah diri, rasa malu sangat dengan Allah.
DeleteKadang Kita yang berlagak pandai, konon tahu sepatutnya macam ni.. Sptutnya macam tu.
Tapi.. Allah lebih hebat dan lebih pandai, cantik dah aturkan untuk hamba Nya.
hujan pula yang disalahkan...hujan tu kan rahmat
ReplyDeletecantik beg akak tu, saya pun jarang beli beg,