Asam Garam Kehidupan: Masak lemak cili padi belitong.

Pages

3 Dec 2016

Masak lemak cili padi belitong.

Belitong? Tak tau apa benda belitong? Sian kome ye. Eh, sian Tin K, kat Peghak kome panggil apa belitong ni, siput sedut?

Ni anak bujang den dan mytoklaki suka sangat. Tapi saya tak reti makan, arwah mak tak ajar pun, kat Terengganu tu, etak adalah, tu pun dah susah nak dapat.

Punya dia suka makan, gigih dia memotong bahagian belakang cengkerang siput sedut tu. Kenalah tolong kan, barulah ibu boleh masak cepat, kalau nak harap ibu buat semua, lambatlah siap, haa...nak makan cepat, meh sini bersila tolong settlekan siput nih.

Gigih dia motong bahagian belakang siput sedut
Malas dah nak singgah kedai Aceh beli kelapa parut, beli jelah santan kotak. Blend bawang, bawang putih, halia dan cili, serai ketuk je, lebur je semua dalam periuk, masukkan serbuk kunyit dan garam...
Alhamdulillah...siap.

Ishhh...janganlah kome kompius plak, nyangka den dah bertukar arah jadi blog masak memasak plak. Terus-terang den tak pandai masak, masak untuk isi perut mytoklaki dan myanaks jer bolehla. Dah namanya blog asam garam kehidupan, semua cerita pun boleh masuk.

#Terkenang bagaimana Rasulullah saw dihadiahkan beberapa biji limau yang teramat masam oleh seorang perempuan yahudi. Perempuan yahudi itu meminta Rasulullah saw memakan limau tersebut pada masa itu juga.Para sahabat merasa hairan kenapa Rasulullah saw tidak mempelawa kepada mereka walau seulaspun dari limau tersebut. Akhirnya perempuan yahudi itu berlalu. Para sahabat menyuarakan perasaan hairan mereka. Lalu Rasulullah saw memberitahu bahawa limau itu adalah limau yang paling masam pernah Baginda makan.  Rasulullah tidak mempelawa para sahabat kerana bimbang mereka menunjukkan reaksi, ekpresi bahawa limau itu masam, sehingga menyinggung hati perempuan yahudi itu...Rasulullah makan limau tersebut seolah-olah limau itu amat manis, sehingga para sahabat pun teramat ingin merasa limau tersebut. Rupa-rupanya Baginda ingin menjaga perasaan perempuan yahudi itu jangan sampai tersinggung.Indah sungguh akhlakmu ya Rasulullah., sangat menjaga perasaan orang lain, sekalipun terhadap orang yang berniat jahat kepadamu...#
~Salam 3 Rabiul Awwal~

8 comments:

  1. perhhh pepagi tgk masak lmak berliur :(

    ReplyDelete
  2. Sedapppp ni...tapi rmh kat atas mmg pyh nak potong siput tu..terpelanting merata nti..sbb tu knor tak pernh nak beli ,masalah plk nak menyiangnye..hahah..nak mkn kt warung makcik bebl nogri sembilan jer..podeh meletop2...kedai aceh ada dimana2 ye..tapi kedai diorg ni ambil stok semua cincai2 semua tnda halal yg ragu2 jer.takut nak beli..brg runcit,stakat ikan cili,bwng tu oklah...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. siput sedut masak lemak memang feveret orang perak tu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Kat tempat saya disebut siput sedut. Memang sedang ngat masak lemak cili api si siput sedut tu... Masa duk kampung dulu, siput sedut tu kutip je di pinggir kuala, tapi la ni beli di pasar je..hehe

    ReplyDelete
  6. Wsalam, betul.La ni nk makan kenala beli jr, samada beli yg dah siap masak atau beli yg blm masak dan masak sendiri.
    Trmkasih atas doanya.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign