Alhamdulillah, cuaca elok hari ni. Harapnya panas sampai ke petang. Ambe dok tahan sejuk-sejuk ni. Dah dua hari tak mandi petang. Oppsss..
Cuti dua hari ni. Semalam dah setelkan kain baju. So hari ni kita nak keluarkan peluh sikit. Kebun bunga ( lah sangat ) saya dah lama tak digembur tanahnya.
Pokok bunga berbunga tak mau menjadi, tanam asyik mati je, tanam tomato pun mati, ermmm..yang boleh hidup pokok tak berbunga je..jadilah.
Yang ni je bertahan, tanam ros tak jadi, tanam kekwa, ishh..tak pernah tanam lah.
Dah siap kebun saya kat depan, jom ke kebun mylaling plak. Kebun dia kat belakang. Dia lagi rajin menanam-nanam ni, ha..pokok limau kasturi, dah ada hasilnya.
Pokok limau purut, dia tau bini dia suka masak tomyam, ha..kan senang takyah beli-beli lagi.
Ni pulak pokok lemon. Dapat benih dari Terengganu. Belum ada hasilnya. Sok-sok dah berbuah bolehla diet minum air lemon selalu, kan.
Pokok nangka ni, Alhamdulillah dah dua tiga kali juga dapat makan hasilnya, tengok tu, kan main banyak putiknya.
Kena balut supaya dapat hasil yang cantik. Kalo tak harus kena kidnap dengan sang monyet kat hutan sebelah tu. Sekali datang bukan main ramai.
Ni pokok tembaga suasa. Elok sangat buat balut untuk hilangkan bengkak terseliuh. Daun tu layur sekejap, sapu minyak panas, pastu balut kat tempat yang bengkak. In shaa Allah..elok.
Pokok kedondong banyak buahnya. Seronok plak saya memetiknya.
Ha..banyak juga hasilnya. Lepas ni saya nak kena tanya uncle google lah yek, camane mau bikin jeruk kedondong.
Hajatnya nak balik Terengganu bila mylaling balik dari Kedah, tapi nampaknya hajat tak kesampaian lagi ni. Takut pulak terperangkap banjir tengah jalan. Kat bandar Kuala Terengganu makcik saya cakap ok jr, tapi tulah..kalau banjir di Kemaman ke, Dungun ke, tak ke haru nanti tak lepas balik KL.
Semoga semua mangsa banjir di Johor akan dapat bantuan sewajarnya. In shaa Allah.
ok lah tu, manfaatkan hari cuti ya kak.
ReplyDeletewalaupun pokok tak mahu berbunga, rajin juga akak menanam. saya ada 4 pasu masih tergolek kosong ajer! hihi
seronok tgk byk pokok2 belakang rumah. ada tanah boleh ler tanam2 dan petik hasil.
Ya, kita manfaatkan masa lapang sebaiknya. Keluarkan peluh baru sihat.
ReplyDeleteAkk mmg suka menanam dari dulu, cuma malas nak jaga, haha..tu yg bunga tak mau hidup.
Tu tanah rezab jalan je KH, akk tgk mmg ramai org buat camni. Kalo org cina kt bandar tu mcm2 ditanamnya.
suami isteri rajin menanam..Alhamdulillah, buat jeruk kedondong, pass kt sini sebalang..hehe..kecur ailio..hihi.
ReplyDeleteDuk bandar ni nak menanam lebih2 tk cukup tanah, tanam dlm pasu pun jadilah.
DeleteMai lah rumah, boleh kita kenduri jeruk kedundun sesama, hihi
Jadilah kak.. Walaupun xberbunga. Yang penting hidup juga.. Pokok cili reen satu dah selamat dikebumikan.. Hahahaaa mati pula. Tanam xmenjadi..
ReplyDeleteYg lagi satu mati kejap..pastu kuasa Allah, tumbuh daun baru.. Hehee xtau la dapat rasa hasilnya ke tdk..
Akk ada gak tanam pokok cili, cili besar, tapi buah dan daunnya kerinting2 jr, tak cukup kasih sayang kot, hihi.
DeleteKena letak baja jugak kot reen, pastu rajin gembur tanah, kotla..ni ckp org tak cukup ilmu bertani reen, hihi
owh ada monyet memang kena jaga dengan baik....
ReplyDeleteseronoknya ada taman yang ada pelbagai
Banyak juga tanamannya tu.
ReplyDeleteSelain dapat hasil, dapat juga mengeluarkan peluh.
Aku bab menanam ni kurang suka mak, tapi aku sukalah ada pokok bunga. Harapkan jatuh dari langitlah gamaknya haha...
ReplyDeletePokok bunga aku semunya yg tak payah jaga mak....siram pun tak payah hihi