Asam Garam Kehidupan: February 2017

Pages

28 Feb 2017

Nak mimpi jumpa Rasulullah?

Dekat rak ni boleh kata  separuh buku kepunyaan arwah mak saya. Banyak sangat, saya pun sempat baca sikit-sikit je.
Kebanyakan buku arwah mak adalah hadiah dari anak-anak murid dia kat surau yang dia mengajar. 
Dalam buku karangan al fadhil Abu Al Baqir Ad Dusuki ini saya jumpa satu kalau boleh saya katakan petua...kalau nak lihat wajah Rasulullah dalam mimpi amalkan baca 1000 kali surah Al Qadr ( Innaa an zalna ) pada hari jumaat, in shaa Allah akan bermimpi melihat wajah Rasulullah. Siapa yang tak ingin melihat wajah Rasulullah kan, jom kita amalkan dengan yakin, siapa tahu rezeki kita?  Tapi janganlah harap sekali buat pastu tak jadi, taknak buat dah. Kalau tak jadi pun kita masih beroleh pahala kan?

26 Feb 2017

Bagaimana mengajar anak ke tandas.

Kesian tengok anak-anak korang ni tau, 4 taun still pakai pampers maa. Dahla pampers mahal, susu mahal, ate...kome idok ke nak ngajo anak kome ke tandas? Apa? Susah? Idok le susah mane pun kalo tau tekniknya. Meh sini teman nak ajor kome semua ye.

Anak-anak den dulu yang nombor satu dengan dua je yang agak lama berpampers. Seingat teman sampai umur 4 tahun. Teringat ada satu parent ( den rahsiakan nama ye), anaknya masa tu dah umur 5 tahun, dan dia pun tengah sarat ngandung sanggup datang semula ke tadika sebab terlupa nak pakaikan pampers sebelum ke tadika. Pastu masa umur 6 tahun, 2, 3 bulan pun masih berpampers. Jenuh saya psiko supaya anak ni yakin nak buka pampers.

Ada juga kes, anak yang tak reti nak membuang kalo tak berpampers.  Terpaksalah pakaikan pampers, pastu dia pilah cari sudut-sudut tertentu untuk membuang, pastu terpaksalah ticer menahan nafas azab bau sebab dah makan macam-macam, cer lah bayangkan baunya boleh pengsan trauma dibuatnya.

Begini caranya.
Alhamdulillah Nadhrah belum pun dua tahun dah tak pakai pampers. Muhammad Hilman dan Umar Zikri masuk umur 2 tahun lebih dah tak berpampers.
Nak tau saya buat camane?
Bila korang tengok anak-anak dah faham apa yang korang cakap, korang dah boleh start ajar.

Camane nak tau anak dah faham apa yang kita cakap? Faham apa yang kita nak sampaikan pada dia? Kalo dipanggil dia datang, ataupun dia faham bila kita marah, kita suruh makan dia makan, maknanya dia dah boleh faham kalo kita nak ajar dia guna tandas. Haa, dah bolehla start ajar ke tandas.

Saya dulu anak-anak menyusu badan, so malam kadang tak kencing, kering je pampers. So pagi-pagi tu dia bangun je tido saya terus bawak ke tandas, bukak pampers bagi dia kencing. Sambil tu saya bagitau..nilah tandas, sayang kena kencing kat sini ye. Saya buat macam tu setiap pagi.  Dalam tempoh dua minggu selepas tu, saya try tak pakaikan pampers waktu siang. Ada juga dia terkencing. Biasalah tu kan. Tapi in shaa Allah dalam tempoh sebulan saya berjaya mengajar anak ke tandas.

Bagaimana kalau anak yang minum susu formula?

Sama juga. Cuma anak yang minum susu formula memang kencingnya lebih banyak berbanding anak yang menyusu badan. Katalah waktu pagi tu kita tengok pampersnya penuh, bawak juga ke tandas, bukakkan pampers dan tunggu dia kencing. Kalau dia tak kencing pun tak ngapa, tapi bagitau dia..ini tempat untuk kencing.

Yang jadi masalah problemnya kome le mok-mok ni, suka biar anak-anak tu berpampers lama-lama di pagi hari. Ate..memang le dia akan kencing dalam pampers. Hatta sibuk nak pi keroje pun bukaklah pampers anak tu, bawaklah ke tandas. Bukannya susah mana, atas rajin ngan idok je. Kalo teman boleh, takkan mike tak boleh yek..

Bila dia dah tau kencing di tandas, otomatik buang isi perut pun dia tau ke tandas, percayalah. Anak-anak saya semua macam tu. Cuma kalau nak berjalan je saya pakaikan pampers. Tapi bila dah sampai ke destinasi, kalau ada tandas, tetap saya bawa ke tandas. Tau plak dia menahan, sampai ke tandas terus kencing. Tido malam pun saya pakaikan, bukan apa, takut dia terlepas. Tapi Alhamdulillah, takdelah plak. Umar Zikri dulu seplastik pampers terakhir tu banyak lagi bakinya, sedekah kat orang sebab tidur malam pun dia tak kencing.

Nilah Umar Zikri masa umurnya 2 tahun, dah free pampers tu. 

25 Feb 2017

Hanguh netong doh!

Hehheh..mana dok hangus, sambil goreng ikan, sambil baca blog. Ikan selar kuning. Ikan ni kecik comey, isinya manis. Goreng garing-garing, cicah sambal kicap pun sodap.
Sama hitam, hehheh. 
Dah lama tak share resepi makpak marhaen nih. Nak tak? Dijamin sedap, murah dan ringkas. Cam den ni, memang tak kuasa nak masak resepi cerewat-cerewet. Ok, cepat amik pen dan kertas ye kome semua..
Senang je. Pejam mata pun boleh masak. Memang sempoi.

Ikan selar tu korang goreng garing-garing. Tapi janganlah sampai hanguih cam den tu. Bawang besar, bawang putih, sepotong halia, cili kering diblend. Tumis sampai garing, masukkan sesudu kecik serbuk kari ikan, kacau lagi. Masukkan sedikit asam jawa exra. Last sekali masukkan kicap manis. Kacau hingga pekat. Masukkan ikan. Siap. 
" Ada daun, daun apa ni bu?" Hehheh, ibu kan nak tayang kat blog. Biasala..mekap sikit.

Semenjak dua menjak ni ibu memang cuba sehabis jimat. Pergi pasaraya tengok, belek, letak. Huhu..sedih tau. Ada satu hari tu, terbeli lebih bawang besar. Si Nadhrah tanya.." ibu kenapa beli bawang banyak? " Haha...dah itu je yang murah, tak perasan terambik banyak plak. 

Takpelah, ikan kecik-kecik ke, lauk sempoi ke, sekurang-kurangnya kita masih dapat makan dengan kenyang dan aman kan? Syukur Alhamdulillah.

23 Feb 2017

Rendam ayam dalam air klorok?

Nampok gayenye kome suke beno bace entri yang ade tips-tips ni ye? Hihi..ate, terpengaruh citer wan peah le plok,  udohle teman ngadap ke tv pukul 9-10 menunggu cerite Misteri Wan Peah tu, make teman ni mengajuk cakap orghang peghak le ni ha. Hehe..

KB, janganle maghoh ye kalo teman salah menggunakan bahase oghang peghak ni.
Tapi bestla dengar loghat Perak ni, lenggoknya tu, macam turun naik kan KB. Memang kat Perak ada tempat nama Kampung Pari Hilir ye KB?

Hihi..dari Semenyih melencong ke Kg Pari Hilir le teman ni ha.

Kome kalau nak membeli ayam, antara ayam yang kakinya dah leper ke badan ayam ke atau pilih yang kakinya masih tegak? Kome kena pilih yang kaki tegak tu, yang tu baru je kena sembelih, masih fresh kaw-kaw gitew.  

Teman ada cerita ngeri tentang ayam ni, yang jadi punca toklaki teman tu tak berapa gemar makan ayam. Ada satu ketika masa tu kitorang masih duduk di BTHO Cheras, mytoklaki pegi kedai, lepas pilih-pilih barang, dia nak celup basuh tangan dalam satu besen air, maka dipikionye itulah air basuhan tangan kan, menjerit orang kedai tu kata..jangan bang..ate heran bebenola mytoklaki ni lantas bertanya..udoh kenapenye.. hihi..idokle dia menggunakan bahasa perak, aje teman je nak menyedapkan cerite. Lansung dibagitahu itu air klorok. Makin heranla suami teman ni lantas udah semestinya dia nak mengorek rahsia. Maka dengan suara perlahan dibagitahu itu air klorok nak buat rendam ayam kasi nampak putih bersih..ate terkejut beruk le kawan tu, tak mau dah dia makan ayam. Pi kenduri kawen pun takde diambik lauk ayam.
Tapi idokle teman pasti kat tempat lain ada ke nak menyuci ayam guna air campuran klorok ni. Dan tak pastilah kedai tersebut masih guna kaedah tu atau sudah insaf. Cuma teman ni nak bercerita pengalaman kitorang saje, takde nak berniat jahat pada sesiapa. Dan kalo ada yang buat tu harap rentikan le, kesian kat bebudak yang suka naw makan ayam gorengla, ayam kicap la, tak pasai-pasai bebudak ni nanti kena kanser.

Tapi kami sekeluarga memang prefer ikan dari ayam. Rasulullah pun suka makan ikan katanya. Seminggu sekali je Baginda makan daging. Sebab tu Baginda sihat.
Terkenang dulu2 masa kecik, nak makan ayam tunggu 3, 4 bulan sekali baru dapat, tggu ayam kampung mak bela, sembelih sendiri.

21 Feb 2017

Bughots dan ghurobb.

ISaya nak share dengan sahabat semua satu kisah yang saya dengar dari radio IKIM. Kisah dari sekian banyak kisah yang menggambarkan sifat Rahman Allah kepada setiap hambaNya, tak kira binatang, pokok-pokok, manusia sekalipun manusia itu hambaNya yang derhaka. Bagaimana Dia mengatur rezeki setiap hambaNya sedari dari alam rahim sehingga ke tarikan nafasnya yang terakhir. Tidak pernah Dia lupa sekalipun rezeki kepada seekor ulat di dalam batu yang terletak di dasar sebuah lautan....

Seorang lelaki diajarkan sebuah doa yang agak asing dan jarang diamalkan. Maksud dari doa itu lebih kurang begini..
  " Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rezeki sepertimana Kau berikan kepada seekor bhughats,"

Bughats ni bahasa Arab bermaksud anak burung gagak. Rupanya anak gagak yang baru lahir tidak sama dengan ibunya ( ghurobb ) yang berbulu hitam. Ia kelihatan putih kerana belum ditumbuhi bulu. Jadi siibu tidak peduli kepada anaknya yang baru menetas itu, dia hanya memerhati dari kejauhan seolah-olah sikecil yang lemah itu bukan anaknya.

Jadi bagaimana sudahnya nasib sikecil itu..? Siapakah yang akan memeliharanya..? Akan bertahankah dia untuk hidup seterusnya..? Sedangkan untuk bergerak banyak pun belum mampu, terbang apatah lagi. Yang termampu olehnya hanya menggerak-gerakkan kepalanya seolah-olah mencari siibu, sedang siibu hanya memerhati dari jauh.., sangsi di hatinya..benarkah sikecil yang lain rupanya itu adalah anaknya..

Kalau anak manusia yang tak diterima kehadirannya, maka siibu akan meletakkannya di tangga masjid, di tepi tong sampah, dibunuh...

Tapi nasib si bughats ini di tangan Allah. Subhanallah...dari badannya yang tidak berbulu itu Allah jadikan satu aroma yang menarik datangnya serangga-serangga kecil kepada si bughats. Itulah yang menjadi makanannya sehinggalah dia agak besar dan ditumbuhi bulu. Tabarakallah....memang cantik sungguh kasih-sayang Allah kepada ciptaanNya.

Bila sudah penuh bulunya dan berwarna hitam seperti ibunya si ghurobb, barulah ibunya datang kepadanya, mengakui itulah anaknya. Dan mula menjaganya, memberinya makan. Sekarang si bughats sudah menjadi ghurobb sama seperti ibunya.

Dan ketika ini, aroma yang lekat di badannya selama ia bergelar si bughats sudah tiada lagi...kerana tanggungjawab memeliharanya sudah diambil semula oleh ibunya.

Subhanallah...begitulah cantiknya Allah menyusun hidup setiap hambaNya, tiada satu pun yang terlepas dari pemerhatianNya. Begitu sempurna.

Marilah kita selalu memerhati setiap ciptaanNya agar bertambah rasa beriman di dada kita, bagaimana langit yang tergantung tanpa tali, bukit dan gunung yang dipasakkan untuk mengukuhkan bumi, rumput yang tumbuh melata memegang lantai bumi...ya, tidak terhitung oleh lidah dan tidak tertulis oleh tinta jika mahu digambarkan sifat kebesaranNya..

20 Feb 2017

Jangan guna bawang tumbuh.

Sebenarnya tak salah juga kalo kita senduk nasi dulu, pastu baru basuh tangan dan makan. Sebab apa tau, cuba pikir orang lain yang datang sebelum kita pun memang pi senduk nasi baru pi basuh tangan cam kita juga. Dekat senduk tu memang dah ada bakteria. Lainlah kalo semua orang alert pi basuh tangan baru pegang senduk. Ada juga restoran yang sediakan khidmat menyendukkan nasi, haa..kan bagus tu.

Ada lagi tips yang baru saya teringat dari kursus pengendalian makanan tu. Antaranya:

Kalo korang nak beli kentang, jangan beli yang ada warna hijau-hijau tu. Yang macam tu dah bertoksik. Pilih yang isinya masih keras dan takde warna kehijauan tu.

Lagi satu bawang, jangan beli yang dah tumbuh. Itu pun dah bertoksid. Bagi mak-mak yang jarang masak sampai bawang keluar daun dalam bakul tu, samada buang or rajinkanlah diri tu pi semai dalam pasu, boleh gak guna daun bawang tu nanti, hehe..janganlah marah.

Saya dapat tips ni juga, semut tak suka bau cuka, so saya beli khusus ni nak buat lap meja, sebab pantang ada sisa makanan atas meja, mulalah semut berkerumun, entah ceruk mana datangnya. Alhamdulillah,takdedah semut datang. Saya try mop lantai juga dengan cuka ni, tapi baulah sikit.
Belakang rumah, ada tapak buang sisa buangan dari projek perumahan berhampiran, cam batu, papan2, dan entah apa2 lagi, jadi banyakla lalat berterbangan kat tingkap dapur saya, kadang hitam kat lantai dapur, so saya try lap cermin tingkap guna cuka, serta-merta hilang lalat tu.
Saya ada tiga chopping board, satu untuk siang ikan, tu yang dah comot tu, entah bila nak pi beli baru, haha..
Satu yang masih putih tu untuk potong2 saya, dan yang oren tu saya guna untuk canai karipap. Ingat tau, jangan campur2 chopping board ni, bakteria.

19 Feb 2017

Senduk nasi dulu ke basuh tangan dulu?

Kalo korang makan kat kedai, turun dari kereta, masuk kedai, pegang meja, pegang kerusi, pastu korang nak pi amik nasi dengan lauk kan? Sebelum senduk nasi ke pinggan, korang pegi basuh tangan dulu ke atau senduk nasi dulu baru basuh tangan sebab nak makan. Hihi.

Sabtu 18/2/2016, saya pegi kursus pengendalian makanan yang diwajibkan kepada pengendali makanan di premis seperti restoran, tadika dan taska. Tapi rasanya kursus ni amat bagus kalo korang yang tak berkenaan pun boleh ikut. Sebab kita ni kan mak-mak yang nak kena sediakan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk keluarga. Chewah..ada gaya penceramah tak saya? Tapi saya ni kalo ikut kursus yang sewaktu dengannya even ceramah pun, kalo sejam tu, setengah jam biasanya saya di alam mimpi, haha.

So, mana ilmu yang saya dapat saya nak share lah juga, walaupun tak banyak.
Ok, boleh jawab tak soalan saya yang atas sekali tu?

Tapi mostly kita ni rasanya sampai kedai kita pi senduk nasi dulu kan? Baru basuh tangan sebab nak makan. Sebenarnya cara yang betul, kita kena basuh tangan dulu, baru pegang senduk nasi. Bayangkan sebelum pegang senduk nasi tu, berapa banyak benda lain yang kita pegang. Tapi dah kebanyakan orang memang pegi senduk nasi dulu, sebab tak terpikir pun kan betapa banyaknya bakteria di tangan kita..

Antara ilmu yang saya dapat.
1) kalo nak beli ayam, beli awal pagi. Sebab belum banyak bakteria kat ayam tu, kalo beli agak dah tengahari, sampai je kat rumah, terus cuci dan simpan dalam esbok.

2) Kalo pegi pasar, beli barang kering dulu, baru beli barang basah seperti ikan dan lain-lain tu, supaya bakteria yang ada kat barang-barang kering tu tak sempat  merayau banyak kat ikan tu.

3) Ulam-ulam yang dimakan mentah macam toge, kacang botor tu seeloknya direndam dulu dengan garam. Kat sayur mentah camni ada bakteria e-coli
.
4) Kalo korang suka sangat makan telur separuh masak, seeloknya dapat kurangkan. Sebab telur ada bakteria salmonela yang boleh menyebabkan kekejangan perut.

5) Basuh dulu tin susu dan yang sewaktu dengannya sebab dikhuatiri ada kencing tikus. Kat pasaraya banyak tikus kan korang.

Itulah antara yang saya ingat. Nanti kalo ada yang teringat semula, bolela saya share lagi. In shaa Allah.
Suami dan rombongan bang leman di Myammar bulan disembar tahun lepas.

17 Feb 2017

" Bengkoknya" perempuan...

" Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik...hai, leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak, kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi,"

" Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal?"

" Staf aku si Lina tu lah, baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni, kerja pejabat akan terganggu."

" Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

" Alah....orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah-susah,"

" Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud hadis tu bukan begitu,"

" Eh, kan hadis tu kan dah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak?"

" Maksud aku begini. Menafsirkan itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged " atau terkurung seperti yang seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan sama saja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam hadis itu bukan bermakna yang mereka itu cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

" Buktinya apabila Rasulullah saw datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap golongan yang tak berguna kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila orang lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan,"

Jadi maksud hadis tu macamana?

Begini..

" Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu penyempurnaan. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. Ia melindung organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

" Oh begitu, jadi bila nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

" Ya betul,selain itu maksud tulang rusuk yang bengkok itu ialah sifat rahmah. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang, perasaaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."

" Begitu jugalah dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang kerja yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk itu sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat,"

" Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hingga dewasa."

Semoga salah faham kita selama ini terhadap hadis tersebut dapat kita perbetulkan bersama. In shaa Allah.

(Dari buah fikiran mursyidku)

16 Feb 2017

Chicken pox pulak dah.

Ticer yang sambut pelajar datang tak terbuka mulut nak bagitau anak yang ciken pox tak boleh datang.
Belum kering betul, yang macam ni mudah berjangkit ni. Nampaknya kalau ada yang berjangkit, anak nilah pembawa virusnya, sebab belum ada yang kena sebelum ni.
Ada yang hidup lagi kan, haii..lepas kutu, ciken pox plak. 
Dah bagitau kat boss supaya maklumkan parent berkenaan ambil semula anaknya, hantar bila dah betul-betul baik, kalau berjangkit habislah parents lain bising.

14 Feb 2017

Petua kepada yang sakit lutut macam ai.

Bila dah meningkat usia, macam-macam penyakit datang. Lumrah tu kan, dah sekian lama sihat, tibalah masa sakit. Dah sekian lama muda, akan datang masa tua, dah tua makin kerepot pulak tu, dah tu sakit lututlah, sakit betislah, sakit pingganglah, pendek kata macam rojaklah, longgar lohe sana-sini. So...yang muda dan cantik tu, jangan sombong, jangan ingat ekau tu manjang mudo yo, akan sampai masa ekau pun tuo cam den.

Den ni kalau naik tangga memang dah terasa sakit lutut, ada bunyi lagi tu, berderup-derup kau. Ada orang kata rajin-rajin makan sup kaki ayam, cam mak mentuo den suka bona makan sup kaki ayam, tapi den minta mahapla, tak lalu..

Ada dapat satu petua dari sorang ustaz dalam rancangan tanyalah ustaz tv9. Baca ayat dari surah As- syuara.

واذا بطشتم بطشتم جبارين.

Baca tiga kali sambil gosok-gosok tempat yang sakit, lepas tu tepuk-tepuk 3 kali. Kalau sakit lutut buat kat lutut, sakit kat pinggang, sakit kat betis, sama je caranya.

Amalkan dengan yakin, in shaa Allah,...sambil tu kalo ada bajet lebih boleh gak ambil apa-apa supplement cam shaklee kolegen powder ke,...apa? Takde bajet? Kot takdo amalkan jelah ayat kat atas tu.
Aku juga bakal tua seperti ini. Moga hari tuaku tidak sampai menyusahkan sesiapa.....

13 Feb 2017

Kutu, kutu...

Aduih, parahhhh..habis semua berkutu.
Kena kuarantin, yang 4 orang ni, dua orang ejen pembawa virus kutu, dua orang dah dijangkiti. Yang lain, ada yang dah dipakaikan ubat kutu oleh makpak yang prihatin, ada yang dah potong rambut, tidur kat bilik lain. Makpak yang anaknya tak berkutu dah bising takut anak-anak diserang kutu juga. So, yang masih berkutu ni takleh geng dengan yang tak berkutu.

9 Feb 2017

Takpelah, kerja je dulu.

Kan saya ada cerita pasal gaji anak saya yang kena potong sebab cuti lebih dari sehari. Saya ada wasap pada bos dia tanya camane. Memang betulla beberapa pendapat kawan-kawan, seperti WP dan PH, memang term dan condition syarikat tu macam tu, ada kerja ada gaji, dan hanya dikira sebagai pekerja sementara..tapi memang takde sign apa-apa offer letter, hari temuduga tu, hari tu juga dia terus masuk kerja. Melalui anak dia plak kata kalau nak gaji full rm900 tu kena buat ot sampai pukul 6.15 petang, tapi Alhamdulillah dari mulut bos tu sendiri cakap kalau kerja full tak cuti dan masuk kerja 8-5 dia boleh bagi gaji penuh. So, nak tengok jelah hujung bulan nanti camane.

Ada try tanya kat Mydin, tapi polisi sekarang ni nampaknya takde nak tambah pekerja, nak buang lagi ada. Kalau dua tahun lepas kat tesco atau econsave ramai budak-budak tunggu result spm yang bekerja, tahun ni nampaknya takde pun. Kejatuhan ekonomi ni nampaknya semua terasa.

So, nak tak nak Muhammad Danish kerja jelah dulu kat situ. Asalkan betul bos tu pegang janji. Lagipun tempat kerjanya dekat dengan rumah. Boleh pegi dengan basikal. Ya, duit gaji baru ni separuh habis beli basikal. Saya nak support separuh dia taknak, ermmm..dia kesian kat mak dia ni, gaji maknya takdelah banyak mana juga.

Beli online kat Lazada. Try nak pasang sendiri, teruja dapat beli hasil titik peluh sendiri.
Try punya try, tak berjaya nampaknya. Terpaksalah hantar kedai jugak.

~Kita ni manusia, bila ada orang meminta-minta selalu dari kita, kita akan rasa marah dan tak selesa, sebaliknya Allah, Tuhan kita yang Maha Baik itu, akan murka bila kita sebagai hamba enggan meminta dari Dia~

Perkongsian menarik radio IKIM.

Seorang lelaki mengadu kepada seorang lelaki soleh tentang kemiskinan hidupnya, kesusahan yang dihadapinya setiap hari. Lalu orang soleh itu mengatakan bahawa sebenarnya setiap orang dari kita ni sebenarnya kaya raya. Kehairananlah lelaki itu lalu bertanya penjelasan yang lebih lanjut.Terjadilah perbualan yang lebih kurang begini antara mereka..

" Mahukah kau tukarkan sebelah matamu dengan 10 ribu dirham?"

" Oh, manakan boleh begitu, aku tak mahu."

" Kalau begitu, mahu kah kalau aku tukarkan 10 ribu dirham lagi untuk sebelah pendengaranmu?"

" Yang begitu pun aku tak mahu."

" Aku tawarkan 20 ribu dirham untuk kedua belah tanganmu, bagaimana?"

" Oh, aku tak mahu, tak mahu.."

" Kalau begitu, dengarlah baik-baik, begitulah nisbahnya pemberian Allah kepadamu jika ditukarkan dengan wang. Tapi adakah Allah meminta bayaran di atas setiap pemberianNya kepadamu, Dia hanya minta kamu bersyukur dan menggunakan setiap pemberianNya kepada kebaikan."

~ Kita ni macam tulah kan, selalu menilai kekayaan dengan pandangan mata kasar, dengan melihat harta benda, kemewahan, rumah besar, padahal harta begini tidak boleh membawa kita ke mana jika tiada iman. Harta bertimbun pun hidup terasa sempit dan menyesakkan dada, jiwa kacau, hidup tunggang langgang, sampai satu tahap sudah tak mampu menangani tekanan hidup sehingga sanggup membunuh diri...itulah kemusnahan tahap kronik bila tiada iman di dada.~
Radio JOC, boleh dengar bacaan Al Quran di mana saja, saya suka dengar radio IKIM, saya boleh dengar kat dapur, kat bilik, pendek kata ni harta yang saya sayang sangat ni. Harga pun tak mahal, dulu beli rm46 je, sekarang boleh dapat lagi murah ni. 

6 Feb 2017

Perkongsian yang berharga.

Sabtu lepas, 4/2/2017, tadika saya telah jemput seorang wakil Pertim ( persatuan tadika islam malaysia ) puan Munirah untuk isi satu slot tentang pendidikan awal kanak-kanak dan parenting knowledge untuk ibubapa anak-anak tadika kami.

Saya ceritakan apa-apa yang saya teringat yea. Memang satu majlis ilmu yang banyak sangat manfaatnya buat ibubapa yang masih muda macam yang kat tadika saya tu, and ofkoslah for me juga, yang dah agak kertu still dapat manfaatnya.

Kalau remaja yang ada sekarang ni digelar gen Y, tapi anak-anak yang bakal membesar ni digelar sebagai gen alfa pula. Generasi yang sangat expose pada segala gadjet dan kemudahan internet, jika tidak dibendung alamat rosaklah masa depan mereka. Sehingga mereka rasa segala kemudahan ada di hujung jari, nak cari duit pun tak perlu keluar rumah, tak bergaul, tak bermasyarakat, apa jadi agaknya pada generasi akan datang? Jadi sebagai ibubapa pandai-pandailah  membenteng anak-anak sebab mereka pun akan dewasa, jadi ibubapa, jadi pekerja, jadi pemimpin masa depan.

Ibubapa zaman sekarang ni suka sangat bagi gadjet kat anak-anak, supaya anak-anak diam, ralit dalam dunia imaginasi, sebab taknak anak-anak mengacau, kurang komunikasi dengan anak-anak sehingga kadang tu anak-anak lebih suka berkongsi masalah dengan kawan-kawan. Ada ibubapa yang terlampau push anak-anak supaya belajar, belajar sehingga tiada ruang untuk bermain dan bergaul sesuai dengan perkembangan usia mereka. Ada juga parent yang nak anak pandai, tapi tak tau macamana nak bagi  moral support supaya perkembangan anak-anak seimbang mental dan spiritualnya.

Ada sesi selingan supaya hadirin tak stress sangat. Part ni yang bestnya. Part ngenakan orang. Tapi bukanlah mengenakan secara melulu. Ada hikmah dan pengajarannya. Yang best parents sporting dan semuanya enjoy dengan acara selingan ni. Dan semoga segala ilmu yang dicurah oleh puan Munirah dapat mereka praktikkan dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi perkongsian yang menarik, tapi biasalah saya kan, konon terer boleh ingat tanpa catitan, tak sedar awak tu makin kertu, otak tu lambat dah nak cerna, pastu cepat lupa, so..pengajarannya jangan ikut cam saya, rajin-rajinlah korang mencatit bila ikut kuliah atau motivasi.

Pn Munirah yang sempoi, anak-anak berlarian dalam dewan, takpe..katanya, biarkan aje mereka dalam dunia anak-anak, jangan dibantutkan keriangan mereka nak bergaul, bermain..
Gimana pak? Bisa ngak nulisnya? Siap sila panggung kau, hehe, baru tau.
Parents memang nak anak-anak pandai, tapi jangan paksa anak-anak dengan suatu yang diorang tak faham, itulah yang pn munirah nak bagi parents ni faham. Mereka hantar anak-anak ke tadika,  di tadika (tak semua ye) anak-anak dipaksa belajar, menulis, duduk, tak boleh bising..padahal sebenarnya anak-anak sebenarnya seronok bila boleh belajar sambil bermain, ada aktiviti yang menyeronokkan.
Tulis ya pak, siapa yang guna tangan kanan sila tulis dengan tangan kiri, begitulah sebaliknya. Tulis pulak tulisan cina dan korea. Susah kan. Camtulah yang anak-anak korang rasa, bila kena buat sesuatu yang tak menyeronokkan pun, pastu tak siap, bawak balik sambung homework kat rumah, stress anak-anak.
Para ibu yang best, dapat buat aktiviti yang menyeronokkan, cucuk manik warna-warni guna benang. Hujung benang disalotep untuk memudahkan manik tu masuk. Kan best. Camane ibu-ibu rasa seronok, anak-anak pun tentu seronok bila ada aktiviti belajar sambil bermain macam ni.

4 Feb 2017

Kenderaan yang banyak jasa ni.

Inilah  kereta kitorang yang banyak jasanya. Suami beli masa tu ( tahun 2002 )saya tengah buat bisness tadika/ taska. Senang nak bawak staff gi jenjalan. Almaklum boss kan ( masa tulah, sekarang ni saya pun kuli orang ), kenalah sebulan sekali bawak dorang makan angin, berkelah ke, shopping..seronok.

Kereta pertama kami tahun 1999, kereta kancil model 650 warna hijau, sempat pakai dua tahun tak silap. Kereta yang sangat jimat minyak, isi penuh baru rm30 boleh balik Terengganu pun masih ada baki minyaknya. Tapi macam tak sesuai nak bawak staff yang boleh tahan sihat-sihat badannya.

Jual Kancil tu, beli Rusa. Masa tu awal tahun 2000 belum banyak mpv macam sekarang. Yang ada paling top masa tu pun  cuma Unser, tapi tak mampu plak nak pakai Unser. Teringat plak kereta dedulu, nama kebangsaanlah sangat macam kancil, kenari, kelisa, rusa, juara, sekarang ni tak main dah nama-nama camtu, mesti nak nama yang ada unsur vavavum gitew kans..

Hihi..kona jauh plak.

Kereta, eh! Lebih tepatnya van, suami jual dalam tahun 2011. Walaupun takde rosak apa, enjinnya stedy tau korang, naik bukit takde terhegeh-hegeh, cuma apa tau...dok comey., takde blower, anak-anak yang duduk seat belakang heboh panas, bergaduh-gaduh nak duduk seat depan. So jual,beli kereta Exora.

Nak tau, taknak? Nak bagitau jugak, hehe.. Jumaat semalam balik kerja terserempak dengan van ni. Teruja tengok , eh..van kita, van kita, padahal van orang. Masih cantik dan utuh bodynya. Ada dua kali dah terserempak, sekali tu masa baru je dua, tiga bulan jual, ternampak otw nak gi pusara arwah mak ( mak baru 2 hari meninggal masa tu ) terberenti kejap air mata yang duk mengalir.

Takde apa, bak kata mak okje..cerita tin kosong aje. Tq sudi singgah dan baca.

2 Feb 2017

Sebagai ibu saya marah dan sedih.

Sedih. Marah. Itu yang dapat saya katakan. Perasaan seorang ibu. Saya rasa anak saya teraniaya. Sewenang-wenangnya orang nak kenakan dia. Janji lain, beri lain.

Anak saya Muhammad Danish tu sementara menunggu keputusan SPM memang berhasrat sangat nak ambil lesen kereta. Nak harap abah support, nampaknya mustahil. Kami bukanlah tergolong makpak duit berkepuk, ada cukup-cukup makan, menabung sikit untuk hari depan diorang juga, dia faham...Alhamdulillah.. Jadi dia nak usaha sendiri. Dapatlah kerja sementara.

Janji gajinya rm900. Bulan pertama tu dia start kerja dah pertengahan bulan, jadi bila dapat gaji dalam rm300 lebih, saya taklah kisah pun. Faham, kerja sikit hari gaji pun sikitlah kan.

Tapi saya dah rasa pelik dari awal. Dari awal kerja takde cuti. Annual leave maksud saya. Setahu saya walaupun belum confirm, seorang pekerja pun ada hak annual leave. Ke saya salah????. Ni bila nak cuti kena tolak gaji??? Betul ke macam tu???

Dia boleh cuti hari ahad je. Hari sabtu pun kerja full day, 8 to 5.

Nak jadi cerita minggu lepas abah takde. Pegi Kedah hari rabu. Petang rabu tu dia balik jalan kaki. Tengah jalan kena kejar dengan sekumpulan anjing. Ya Allah berderau darah saya. Alhamdulillah, tengah kalut dia nak selamatkan diri, banyak kereta dan motor berhenti. Syukur sangat.

Haah, kami takde kenderaan lain, hanya sebuah kereta. Kalau abah takde, kami memang patah kaki. Nak beli  lagi satu, walaupun kereta kecil, tak mampu rasanya. Banyak komitmen, anak-anak nak sambung belajar, semua tu bukan sikit belanjanya.

Jadi keesokan hari tu, hari khamis dan jumaat dia ambik cuti. Saya pun rasa keberatan nak suruh dia pegi dan balik kerja jalan kaki. Bimbang saya kena kejar dengan anjing lagi. Ada satu hari, hari sabtu pun dia amik cuti sebab kami nak ziarah ada saudara meninggal. Kira dah 3 hari cuti.

Tapi baru ni sempena CNY, hari isnin 30/1/2017 tu kan kira public  holiday. Rupanya hari tu dia kena kerja, tapi dia ingatkan cuti. So dengan tak sengaja dia tercuti lagi. Jadi 4 hari cuti.

Saya nak tanya korang, kalau public holiday tu sepatutnya cuti, bolehke tolak gaji kalau tak pegi kerja?? Kalau pergi kerja pun kena bagi double atau triple pay kan?

Ok, fine. Tolak gaji, 4 hari. Sehari rm30, dah tolak 4 hari rm120, sepatutnya gaji dia rm780 kan. Tapi bila dapat gaji bosnya bagi rm655 saja dengan alasan dia banyak sangat ambik cuti. Eh! Sape yang sawan nih?? Dah tolak gaji 4 hari kan, habis tolak apa lagi tuh?? Tak ke aniaya orang tu. Tak takut dosa ke, ke tak faham?? Kita islam sesama islam, melayu sesama melayu, kenapa buat macam tu??

Memang sebagai ibu,  saya terkilan sangat. Saya rasa macam nak buat report kat tribunal tuntutan pengguna. Atau nak tepon bos tu sound kaw2 punya. Eh!! Saya emosianal sangat kan. Pada pendapat korang la apa patut saya buat. Dah report kat abah, nampaknya abah cool je. Takde pun nak melenting macam saya sorang mak nih??

Cadangnya nak cari kerja lain. Belikan basikal. Biar senang sikit dia nak pergi dan balik kerja.

1 Feb 2017

Jauhla senang latih girl.

Mencari mood nak membebel di sini. Eh, lhah..kome, tak perasan dah masuk bulan februari ye. Kalo ada baby, dah nak masuk dua bulan, dah nak pandai senyum, alolo..tomei-tomei. Ishh..takdelah berbebi-bebinya, nunggu cucu aje kiranya. Kawan sebaya den yang kawen awal dedulu tu, dah ada yang bercucu tau keme.

Alamak, cam dah tua beno nunggu cucu, mwehehe..

Kome semua tengok tak berita tv9 malam tadi, alaa..kes pengusaha taska, pengasuh didakwa kes dera budak taska. Den takmo ulas panjang do, tapi buat pengetahuan kome semua, ada parent yang bagus sangat, faham situasi kami berdepan dengan berbagai kerenah anak-anak, ada yang tak pernah berpisah dengan makpak, ada yang dari kecik duduk dengan pengasuh, tentu lain suasana duduk di tadika/ taska dengan duduk rumah pengasuh...

Tapi ada yang memang cerewet, over protected sampai anak calar sikit pun dah kecoh. Kita yang jaga anak dia pun rasa tak selesa. Hanya yang duduk dalam situasi kami je faham apa yang kami hadapi setiap hari.

Penat woo..itu yang boleh den cakap. Ingat senang ke nak ajar from zero to hero, susah. Lainla ticer pra-sekolah, tugasnya ngajo aje, masak, ngemas, nyapu-nyapu, cuci pinggan ada pembantu, kalo den ni cikgu tadika swasta, denlah ticer, denlah tukang sapu, denlah tukang basuh pinggang, pastu bergegas nak masuk kelas pulak. Tumbuh sesungut ye, bersungut jap.

Jadi, kita tunggu jelah ye, betul ke ada kes dera, atau just salah faham je. Jangan tak tau keme, bebudak zaman sekarang ni dah pandai buat cerita, bukan lagi sekadar bercerita...

Ater, jomla den nak ngajak keme semua nengok bebudak ni solat ha. Alhamdulillah, ramai yang dah boleh baca fatihah, doa iftitah, bacaan dalam tahiyat..moga nilah jadi jariah den kat sana nanti..

Barulah tak semput dada. Rilek je, boleh duduk-duduk, boleh wasap-wasap., Hehe.
Jauh beza bila latih boys solat dengan girl. Girl dah boleh dah solat sendiri, walaupun takla sekemas mana, tapi bolehla.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign