Asam Garam Kehidupan: 26 Ramadhan 1438H.

Pages

21 Jun 2017

26 Ramadhan 1438H.

{{Kisah Semalam}}
Saya berpeluang ziarah Rumah Orang Tua Seri Kenangan. Infaq set pengurusan jenazah ( Kain kafan dsbnya )
Sempat juga sembang dengan ibubapa di sana.

Memang sadis jalan cerita mereka...
Bila ditanya tentang sedekah, kebanyakannya jadi diam tak terjawab. Tapi kami cepat- cepat tukar emosi mereka bagi kembali ceria dengan cerita yang menarik.

Namun di wajah mereka tersembunyi 1001 keresahan dan penyesalan.
Ringkasnya semuanya berbalik kepada amalan di usia muda! TERUTAMANYA BAB SOLAT DAN SEDEKAH!!

Di antara kesan SEDEKAH adalah dapat terhindar dari kepapaan dan disayangi semua orang. Orang yang berkira nak infaq, di hujung usianya boleh jadi huru-hara dan terabai sendiri.
Ini di antara yang diceritakan oleh penghuni tadi...

Rupanya mereka orang senang. Bagi berbagai kemewahan kepada anak-anak tapi bukan kerana until mendidih dengan agama. Maka anak jadi lemak, mula bangga dan jadi keras hati...
Mereka jadi jauh dari nilai Islam, hingga mereka make sendiri dianggap beban, hingga sanggup letak di rumah orang tua. Seolah nak buang ibubapa sendiri.

Bila diselidik memang bukan salah mereka 100% tapi ibubapa juga punca asbabnya, seperti di saat senang, mereka kurang beramal Dan bersedekah, mereka cuma tabur duit kat anak-anak, makanya duit itu tak berkat, maka hati mereka jadi keras, hingga sanggup biarkan mereka.
Moga dengan sumbangan kita yang tak seberapa  in, Allah pandang Dan Allah jaga kita dari kepapaan atau kesunyian di usia tua.

#PESANANDIRI.
#RajinRajinLah SOLATdanSEDEKAH.

Orang2 tua di rumah Seri Kenangan.
Team Ashekin Rich Resources menuju ke bilik mayat di rumah orang tua Seri Kenangan.
Pn Ashekin, pengasas grup Ihfaq Kain Kafan yang mengumpulkan Kain kafan untuk diwakafkan kepada Rumah Orang Tua Seri Kenangan.

6 comments:

  1. Mudah2an amalan kita ada keberkatannya.

    ReplyDelete
  2. JADIKAN PANDUAN HIDUP

    ReplyDelete
  3. banyak pengajaran yang boleh kita dapatkan dari cerita2 mereka

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak..maaf zahir batin ye kalau ada tersalah silap masa saya komen kat blog akak ye..ucap awal2 sebab esok nak cuti dah tak sempat nak jenguk lak nanti

    ReplyDelete
  5. Ticer, PH nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada ticer sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. banyak kelebihan bersedekah..semoga kita mengambil ikhtibar dari kisah2 mereka..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign