Entah sawan cuti menguasai diri tetiba semangat plak nak menulis pagi 28 Ramadhan ni. Sebelum ni bukan main lemau rasanya sampai nak jawab komen kengkawan pun takde mood. Bukan salah bulan puasa, salahnya sebab dah rasa tak semangat nak kerja, tapi duitnya nak juga😥😥 camane tuh, korang cer bagi idea camane nak dapat duit tapi takyah kerja, haha..
Hari ni jumaat dah cuti, yeyyh..tu yang seronok tahap gaban tuh. Plannya hari ni nak kemas2 rumah, sambil buat kuih Raya dapat sejenis dua ok dah, jeles wehh kat mak okje yang tetiba sawan rajin membaking, apatah lagi si mama Yan yang sememangnya rajin tu dah macam2 dibuatnya, jahit langsir sendirilah, menukanglah, ishhh3x kagum2x..
Nak juga mencatat kenangan semalam. Dari malam kamis tu dah minta duit dapur dari mychentahati tu sebab lauk dah habis, dia biasalah last minit masa Salam tu kita kena ingatkan semula apa2 yang patut, tetiba kita terlupa dia pun lupa, so plan nak masak ikan kembung percik terpaksa kensel, bukan kita kedekut tak mau guna duit sendiri, tapi duitnya dah tinggal nyawa2 ikan, camane nak beli ikan, kelapa bagai tu.
Sampai rumah suruh si abang Iman gi kedai beli telur je, kita buat nasi goreng Pattaya jelah, mudah dan cepat., Cocktail buah campuran semalam punya pun ada lagi, Kang goreng keropok, jadilah. Lagipun dah hujung2 Ramadhan ni memang tak berapa nak rajin nak masak bebanyak tu, kita masak nasi berlauk, berbuka terus makan nasi jr, baru solat maghrib, terus tunggu isya, lepas isya terus terawih, lepas terawih kita tunggu plak cerita Kalau itu takdirnya, alaaa..cerita suami cemburu buta, kalau dah datang cemburunya mulalah dia tinju smack down isteri dia sampai pecah2 muka isterinya yang comel tu, yang si mak mentua dan adik ipar dia yang perempuan tu pun mental juga, ya Allah..ada ke isteri yang sesabar tu, last semalam dah serik sangat sebab si suami dah sampai tahap smack down anak dorang plak, akhirnya bahtera rumahtangga dorang pun runtuh sudah. Tapi musykil gak nih, watak si isteri tu, bagilah pakai tudung biar kena jalan cerita yang membayangkan dia ni kan main sabar, pandai tarbiah agama, boleh ajar mengaji. 😎😎😎
Saya jarang tengok cerita melayu ni, kalau tertengok tu maknanya cerita tu lain dari yang lainlah, boleh layan.
Eh...la, gini..si abang besar tu pun start semalam la cutinya. Dah bagitau nak balik. Jadi bila abah balik kerja tu, si abah takde bagitau si abang ni dah ada balik dengan dia, yang den plak tengah sibuk mendadar telur nak buat nasi goreng Pattaya, tak nampak si abang sampai, si abang ni dah penat, takde lah ke dapur salam dengan omak eh ni. Yang den ni ingat dia tak jadi balik, call pun dia tak angkat. Jadi ingatkan dia tak balik den dadar telur nak keeping jelah untuk bungkus nak nasi goreng. Siap masak den naik mandi, baru perasan dia ada dalam bilik, ah sudah..nak masak lagi dah tak sempat. Tapi nasib baik gak anak daro den dua orang tu uzur syar'i. Dorang dah makan apa patut. So den terpaksa suruh dorang berdua kongsi, dan yang sepinggan lagi bagi Kat si abang. Alhamdulillah, kenyanglah juga.
Tahun ni jatuh turn kitorang balik beraya di kampung suami kat nogori nun, kato eh nak balik pagi raya nanti, taknak balik awal2, bimbang mak mentuo den tu pening kepalo naik darah semua kalau dah bising2 reramai tu kang. Den ok je. Lagi mudah rasanya nak masak2 dulu apa patut, packing bawak balik sana. Nak masak apa? Entah. Tengoklah last minit punya decide.
Tak pun masak je nasi impit Adabi kuah kacang macam yang si kakak mintak tu.
Korang mesti seronok kan nak raya, masih ada kampung, ada mak ayah yang tunggu kepulangan korang, dah masakkan juadah fevret korang, kumpul ramai2, bestnya. Macam den ni, Raya pun takde seronok dah, dah takde mak, huhu..Dulu walaupun dah tua bangka nak balik kampung beraya tu kan main xcitednya sebab nak jumpa mak, last2 day puasa tu dapat berbuka puasa dengan dia, tengok dia seronok makan reramai dengan kami, pastu kemas2 rumah dia, tukar langsir bagai, tu yang buat hati rasa bahagia. Tapi yelah...dah takdirnya mak pergi dulu..
Balik rumah mak mentua tu bukan tak seronok, cuma lebih seronok balik rumah mak sendiri, walaupun mak dah takde.
Korang, sempena eid Mubarak yang bakal menjelang tak seberapa Hari lagi ni, den mintak mahapla yo mano yang tersentap, terguris, terkucil semua tu. Moga Hari Raya korang penuh dengan keberatan dan rahmat dari Allah, aminnn.
Hehe
ReplyDeleteSelamat berhari raya untuk Azi sekeluarga.
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullah, moga akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteMengambil kesempatan, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada akak sekeluarga. Mudah-mudahan dengan kedatangan syawal yang mulia ini memberikan kegembiraan dan keceriaan dalam hidup.
rajin akak update blog. entry ramadhan saya boleh dikira dengan jari..haha.
ReplyDeleteMak aku mana rajin mak.....Tahun ni mcm malaslah pulak nak beraya sakan mak...... cukuplah ala kadar gayanya gitu
ReplyDeleteBetullah tu mak, dah nak Raya tu makan apa yg ada cukuplah, aku pun buat nasi goreng petang tu mak.