Asam Garam Kehidupan: Kena beghuk...

Pages

30 Oct 2017

Kena beghuk...

" Ticer2x, nak tau tak saya kena beghuk, sebab tu saya tak datang.." xcited dia bercerita.

" Ha, kena apa?" Saya tanya sebab nak dengar dia sebut lagi sekali. Tapi nampaknya dia taknak sebut lagi, mungkin dia tengok muka saya macam nak gelakkan dia.

" Kena apa Qalish, ni yang bengkak ni nama apa?"

Tapi dia tetap taknak sebut.
" Beguk la Qalish, bukan beghuk. Beghuk( I mean beruk la kan) yang duduk dalam hutan tu, yang macam monyet tu."

Kuikuikui..
Daripada penuh dewan ni, tinggal separuh je. Lepas sorang, sorang kena beguk. Ada juga yang kena ciken pox. Risau weyh saya, hujung bulan ni Ada graduation day, sekarang tengah latih dorang buat persembahan, bila ramai yang tak datang, nak buat latihan pun susah, tak cukup korum.
Tengahari tadi, si Comey baju biru yang depan sekali ni plak ngadu sakit kat bawah dagu, Saya raba2 dah rasa ada benjol, hmmmm...beguk jugalah gayanya.
Umar Zikri baik sebelah pipi, naik sebelah pipi lagi, tapi tak demam..so saya suruh je pegi sekolah, dua2 sekolah ada exam, sekolah agama, sekolah kebangsaan serentak pagi tadi ( pagi Isnin )

13 comments:

  1. Biasanya diakhir nak baik, ia berjangkit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo, mcm ciken pox juga ek, bila nak kering tu yg berjangkit kan.

      Delete
  2. Dapat bayangkan excitednya dia bercerita.....hehe....comel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ticer jadi tukang gelak, lansung terbantut nak cerita, hihi.

      Delete
  3. ala kesian...semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu lebih juga Ainn, package demam sekali tu.

      Delete
  4. Ofkos la beguk en Lan, budak ty yg cakap beghuk, so saya imagine beruk pulak.

    ReplyDelete
  5. ohh..berjangkit rupanya beguk/beghuk ni ye?terabur la program ticer bila anak2 bergilir cuti sakit, semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. Laa kesiannya.. ramai yg berjangkit ke tu..
    Ingat masa kecik2 dulu kalu kena beguk, orang tua2 letak nila ngn cuka..

    ReplyDelete
  7. Tengah musim kan....

    Haha ko mmg sajakan mak nak menyakat je kerjanya. Aku pun suka gak menyakat budak ni hihi....

    Yelah ek kalau dah ramai yg sakit susah gak nak melatihnya tu. Kang tak menjadi pulak di hari persembahannya tu. Camne tu mak?

    ReplyDelete
  8. Oh, beguk pun berjangkit juga ya! Habis tu kalau dah berjangkit, cikgu tak kisah ke kalau datang sekolah/tadika? Macam chicken pox, kalau kena siap-siap suruh bawa anak balik tak bagi datangkan.

    ReplyDelete
  9. Alahai comelnya beghuk dipanggilnya haha. Bahaya beguk ni berjangkit

    ReplyDelete
  10. Selalunya beguk mmg akan bengkak dua dua bawah dagu. Hope cepat sembuh semua ya. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign