Asam Garam Kehidupan: Resepinya tak tau nama apa..

Pages

1 Nov 2017

Resepinya tak tau nama apa..

Kalo dapat ikan tenggiri kome, lagi ampuh, den takdo beli tenggiri do, mahei serope bedil layaknya, so kita ganti dengan ikan sardin jelah, pon sodap weyh. Haruslah kita share sementelah dipuji sodap oleh laling kita kan. Meraih Jannah dari dapur kekdahnya.

Tapi tulah, lauk sempoi camni jelah yang den mampu masak di petang2 weekdays ni kan, tapii.. frankly speaking kuikui...kadang sabtu ahad pun lagi sempoi, takpelah, janji ada makan, sebab Kita ni jenis makan untuk menyambung hidup jer..isk..isk..
Ikan sardin, goreng garing2. Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili hidup, ikutlah cili api k, cili akar ko,suko podeh taruklah doploh biji ko- potong ikut suka hatilah camane pun pastu goreng sampai naik bau, tomato potong dadu, campak sekali dalam kuali tu, masukkan air, jangan banyak sangat, agak berkuah gitulah, tunggu mendidih, masukkan asam jawa, den pakai asam jawa Adabi je, sonang. Masukkan sikit je kicap manis, pastu potong daun ketumbar, masuk sekali. Pastu bolehlah masukkan ikan yang dah digoreng tu. Jangan lupa garam yo, last tutup api. Sebelum diangkat dari kuali perahkan sebiji limau kasturi...perghhh...
Mesti ada sayur, malam ni kita tumis bening lobak putih, campur dengan sayur fucuk dan suun, tapi ni ado campuran lada hitam. 
Lobak putih kalo taknak yang maung sangat, beli lobak putih kampung, sedappp.

18 comments:

  1. Sayapun suka masak ikan lebih kurang gini caranya, sedap w/pun main campak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kadang kalo masak cerewet2 dahla tak cukup Masa, Kang Tak habis plak,so kita masak yg Kira boleh potong2, campak2 je lagi senang.
      Telur bersarang tu cemana ke nak membuatnya UA?

      Delete
  2. Dpt idea dah ni nk masak, ikan sardin ado tu ha dalam esbox esok boleh cubo masak ni kak...eh lauk simple mmg sedap lah kal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubo jgn tak cubo, senang je kekdahnya, hehe.
      Akk mmg selalu masak lauk sempoi

      Delete
  3. Wahhh sempoi ke macamni huhu sedapnya! petang tadi makan telur dan nasi kicap sahaja hahaha. Tapi still alhamdulillah. Macam akak kata, makan untuk teruskan hidup sahaja hihihi

    btw jom join Lazada punya contest yang terbaru!
    https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2017/11/lazada-online-revolution-blogger-contest_1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolo tuang kicap tu mmg lauk femes Masa bujang2 dulu, hari2 kot smp la ni dah Naik muak tengok tolo, hihi.

      In shaa Allah ye, jika Masa mengizinkan, ececehh..btw, tq singgah sini.

      Delete
  4. Meraih Jannah dari dapur. hihi, Yezzza kak. hihi. Lobak putih mmg sangat bagus dimakan kerana banyak khasiatnya. Org cina suka makan sup lobak putih. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah itu khasiat nya GV, hihi..
      Kan, selalu tengok dorg beli lobak putih ni. Jeruk lobak putih pun dorg yg buat, Kita Tak pandai.

      Delete
  5. ikan sardin goreng garing mmg sodap...suka yg saiz kecik, mmg layan..
    jarang jumpa lobak putih kampung..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg saiz kecik tu buat ikan goreng celup tepung cicah sos, makan petang2 minum lak air kopi, perggh

      Delete
  6. Kiranya ni resepi belum bernama lagilah ya. Kalau belajar Sainskan, bila jumpa haiwan/tumbuhan takda nama, kita namakan dengan nama kita di belakang tau sempena kita yang jumpa dulu.

    Makanya kalau resepi ni KakG yang createnya, sukahatilah nak letak nama apa for example ... Resepi Sardin Masak Baling-baling Laling I Suka ^_^

    Nampak macam sedap. Nanti kalau takda masa nak bermain masak-masak di dapur boleh juga campak baling gaya gini. Janji menjadi dah habis untuk dimakan, kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, trmkasih create name for my resepi ciptaan teragung den tu yo, haha..boleh diviralkan nih.

      Baling campakle ikut suka hati ko, janji siap terhidang Dan selamat dari keracunan bila disantap.

      Delete
  7. Den tak pernah beli lobak putih mak... beli lobak merah yo.

    Ha a...lauk simple simple gini lagi sedap sebenarnya. Den kalau masak kurang podeh sebab si kecik tak tahan podeh. So kurau kawlah ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobak putih kampung punyo kocik ket roman eh, ni Tak maung, boleh goreng, buat masak bening, masak lemak putih pon sodap.

      Den pun masak Tak podeh pun, acah2 je tu, laki den perut Tak tahan, pedih porut eh kalo makan podeh.

      Delete
  8. Oh, kiranya dah Ada org lain dululah create resepi ek?

    ReplyDelete
  9. Macam sedap ni, ticer. Takde nama pun takpe. Rekaan sendiri :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign