Asam Garam Kehidupan: Sama tapi tak serupa..

Pages

19 Nov 2017

Sama tapi tak serupa..

Ke serupa tapi tak sama..?? Kikiki...mana2 ajelah.

Salam Isnin semua.
Semalam ke mana mike semue? Kita semalam dari pagi ngemas rumah, cuci esbok dan segala macam lagilah mana yang sempat sebab nak gi jemputan kenduri kawen, anak pakcik driver bas bebudak ni,..haruslah pegi kan, memenuhi jemputan itu satu kewajiban iye Kan? Aah..dah dekat musim kenduri kawen ye kome.

Lepas makan kenduri kita pi jenjalan Kat Bukit Ampang nun, dah lama beno tak ke sana, adalah 2,3 tahun juga rasanya. Best pegi sini kalo kebetulan time matahari nak terbenam, tapi semalam singgah, masih awal..so takdelah sempat melihat panorama alam yang indah tu, ceh..
Tapi sempat juga bergambar, di tempat yang sama, recap kenangan 6 tahun lepas..
Jarak 6 ke 7 tahun gitulah antara dua gambar ni. Toklaki den masih maintain cam dulu, den je dah macam makcik2 naw, ek eleh...dah memang makcik Kan, tak lama lagi jadi nenek, aww...
Best ke sini, boleh tengok sun set, tengok bandaraya KL, nampak dari sini KL tower dan menara berkembar tu.

10 comments:

  1. Kiranya kembalikan kenangan silam lh ni ya...
    Memang nmpk cantek pemandangan dari atas kan tapi rasanya pembangunan di belakang sana makin bertambah dah.
    Takde nya makcik2 pun ,akak tengok maintain je pasangan ni...

    ReplyDelete
  2. pernah lalu je, tak pernah stop..katanya ada menara tinjau di sini..

    ReplyDelete
  3. Romantic gitu ticer he he...

    Kita penah lalu juga sini tapi tak penah pulak singgah bergambar. Takat stop keta jengok kepala tengok pemandangan dari dalam keta je..

    ReplyDelete
  4. Bila tengok gambar NA dan suami, tiba2 kita teringatkan jiran MD yang hari sambut anniversary 2 hari lepas.

    Wowwww romantik giler pasangan serasi merpati 2 sejoli, kalah pengantin baru, opssssssss..

    (Matilah saya NA dikerjakan dalam group aweks blogger nnt gaya2 termengumpat di sini.. )

    ReplyDelete
  5. Ticer pun maintain juga pada pandangan PH. Kalau tak cakap, tak tahun beza antara dua gambar tu, mana yang lama dan mana yang current.

    ReplyDelete
  6. Ni tempat yg selalu org berlakon kan mak.... Aku mcm pernah pergi.... ada restoren kat sini kan, ada mcm menara tinjau semuakan.
    Rasanya mcm pernahlah datang sekali dua...

    Amboiii bukan main lagi.... silang tangan ko hihihi....takut sangat laki dia terjun kat bawah tu ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa lak nak komen, tak nak kalah jugak, sedondon weyh! kikiki...

      Delete
  7. apa nama tempat ni kak...tak pernah sampai nanti nak singgah....maklum di blog saya ya

    ReplyDelete
  8. Apa yang penting bab pegang tangan tu masih lagi kekal tak kiralah 6 tahun sudah mahu pun sekarang.

    Tapikan memang tau, bila usia meningkat kenapa lelaki jarang nampak berbeza sangat berbanding kita yang lebih kemakcik-makcik'an nih? Hahahaha!

    ReplyDelete
  9. kemain tu bersilang tangan baju sedondon warnanya..sweet tahap diabetes jugak gaya nya nih, boleh lawan mak nom tu nampaknya hehehe

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign