Asam Garam Kehidupan: February 2018

Pages

28 Feb 2018

Memori Puteri Islam.

"Booooooo"

Itulah memori masa tingkatan 5. Kena booo satu padang masa tengah kawad Puteri Islam untuk rehersal sukan sekolah.  Budak2 lelaki punya perangai,  geram je.  Masa orang lain lalu diorang tak booo pun,  tiba masa saya dengan sorang kawan ni lalu dorang boooo kuat2. 
Tapi acara kawad nilah saya tak suka sangat.  Sebab apa tau... habis terbakar kulit muka.  Jadi selalulah ngelat2 tak nak masuk kawad.  Join Puteri Islam tu pun salah satu sebabnya sebab tak nak kawadlah.  Dari Persatuan Bulan Sabit Merah,  masa tu bila persatuan Puteri Islam ditubuhkan,  terus lompat masuk situ plak.  Tapi rupa2nya pulasan bertukar menjadi rambutan ibaratnya... Hahaaa... Macam tak kena je ek,  eh... Ikut suko den la.. Tulah.. Rupanya Puteri Islam  pun ado yo kono kawad..

Tapi itulah salah satu memori indah zaman sekolah dulu,  sweet je bila ingat kena boooo.. Haha..
Tiba hari sukan yang dijanjikan... Errrr.. Apa2lah... Den domamlah plak,  selamattttt... Teringat plak kat dua orang kawan ni,  yang speky tu namanya kak Maznah,  yang sorang lagi tu Manisah... 
Manisah... Angkat kain,  hujan dah turun... Hihi... 
Nadhrah Hannani, macam nurse je ibu tengok dalam suit Puteri Islam zaman sekarang,  zaman ibu dulu,  macam yang kat atas tu jer. 
Ni siap join pertandingan kawad lagi,  tak macam ibu dulu,  ngelat.  Tapi sayangnya kalah,  sebab katanya kaptennya salah bagi arahan.. Agaknya suruh pusing kiri,  dorang pusing kanan,  suruh hentak kaki,  dorang senam diri,  hihi... 

22 Feb 2018

Nak citer pasal apa ek?

Takdo idea,  kering kontang.  Tapi cam rasa lama tak berceloteh kek sini.  Ado yang rindu tak?. Takdo?  Haha.  Perasan je.  Eh mane tau kan,  kot2 ada silent reader ke..

Nak cakap pasal apa ek?  Ermmm..

Kita cakap pasal solat lah ek. Antara   perkara pokok yang sangat dipesan oleh nabi dalam khutbah wada' baginda, yang dipesan sungguh2 supaya kita jaga. 

Solat tu memang berat tuntutannya kan.  Tapi berat tak berat kena buat juga. Sebab yang memerintahkan kita solat tu Dialah yang mencipta kita.  Kita hamba Dia.  Solat itu tanda kita ada hubungan dengan Dia. Macam kita ada hubungan dengan suami kita,  itulah ikatan suami isteri.  Bila ada ikatan tu suami yang baik akan bertanggungjawab  terhadap kita. Kalau takde ikatan tu nak  ke seorang lelaki tu tiba2 bagi kita duit, sediakan rumah,  sedia makan pakai secukupnya?  Memang ada,  tapi dah tentu ada maksud lain.  Tapi hubungan kita dengan Allah, memamg Dia Maha Pemurah..kita engkar,  kita derhaka,  kita buat dosa... tapi tetap juga diberi makan minum,  sihat,  cantik,...tapi diberiNya atas dasar sifat Pemurah saja,  sama seperti yang diberi kepada orang2 kafir sahaja.  Jadi tanya balik diri sendiri, apa kelas kalau sama taraf pemberian tu kepada orang kafir sahaja. Sebab Allah dah kata... Dunia ni memang takde harga,  takde nilai lansung pada Dia walau seberat sebelah sayap nyamuk pun,  sebab tu orang kafir pun dapat malah berlebih2an pula. Kaya raya, hartawan,  jutawan. 

Tapi kalau kita ada hubungan dengan Dia, dengan  kita berusaha menjaga solat kita.. tentulah lain nilai pemberian Allah itu. DiberiNya atas sifat Penyayang.  Bahagia tak?  Tentulah.  Suami sayang pun kita bahagia,  kekasih yang belum ada hubungan sah dengan kita pun,  dia sayang kita, kita bahagia sampai perasaan tu melayang2 ke langit,  inikan pula kalau Allah yang sayang kita.  Sebab Kasih sayang Allah tu tidak sama macam kasih sayang manusia.  Kasih sayang manusia boleh berubah2. Tapi kasih sayang Allah akan diberiNya syurga sebagai ganjaran,  tak nak ke??

Jadi jom kita jaga hubungan dengan Allah dengan cara kita jaga solat kita. 

18 Feb 2018

Nilah antara buah ati den..

Kuikui.. Cepat je korang skroll yea. Tak caye?  Betul.  Inilah antara wajah2 insan yang pernah bertakhta di hati den,  ada yang den takut bona sebab garang,  ada yang den raso cam terjatuh cintan sebab hensem bona,  ada yang den nyampah sobab ada perangai gatai sikit,  iyoo.. Sebab dorang maso tu mudo2 bona laie. Mungkin baru habis belajar kat maktab,  pastu terus dapat transfer ngajar.

Tulah kan kalau dah diatur Allah puluh2 tahun tak jumpa,  tetiba dapat jumpa.  Masing2 dah jauh berubah.  Almaklum masing2 dah dimamah usia termasuk den juga.

Alkisahnya semalam,  pergi kenduri kawen anak sepupu di Kuala Tembeling.  Tu yang jumpa cikgu2 den zaman sekolah menengah dulu.
Ini cikgu Roslan,  cikgu matematik di sek. Men. Keb. Kuala tembeling. Sekarang ni dah jadi guru besar. Dah tak garang macam dulu, kiki.. Sori cikgu
Nilah cikgu kelas den,  cikgu Jazuli Jalal.  Dah ada dua orang cucu ni. Pun masih mengajar. Sekarang duk di Johor. 
Ini cikgu Rahmat Omar. Orang Terengganu,  dah pencen,  balik duk Seberang Takir. Cikgu yang sempoi masa muda ni. Suka main gitar. 
Sempatlah menjejak kasih di sekolah lama yang dah hundred persen berubah. Dah cantik,  dah tak dapat kesan lagi jejak den dulu2..huhu. 

15 Feb 2018

Ada macam retis tak?

Ni time nak balik,  sebut je.. Bai.. Ticer nak balik. Haa.. Pakat serbula nak salam.  Berebut-rebut.
Nak salam, nak salam.. 
Alolo.. Cayang2 ticer ni. 
Dah salam, sambung tengok tv. 

9 Feb 2018

Bila nak pekak??

"Ticer, dorang ni cakap2 saya pekak, saya kan tengah solat, mana boleh cakap, saya belum pekak lagi.."

Kikiki...

" Habis, bila nak pekak?" Aku memang suka menyakat.

" Entahlah" hahaha

Sebelum tu ada conversation macam ni.
" Ticer, kalau dah b- - - k, kencing, wuduk batalkan?"
"Ha'ah, batal lah.."
" Tulah, saya dah cakap, dorang tak percaya.."
" Bila masa tak percaya?" Kawannya menafikan.

Ni kisah bebudak darjah 1 yang transit di tadika tempat saya kerja tu, tapi dorang ni bekas pelajar tadika ni juga, sebab tu mesra dengan saya.

Sebenarnya perbualan2 lucu macam ni jadi hiburan kepada saya, buatkan saya gelak keras perut berair mata kadang tu sebab saya rasa kelakar je perbualan dorang tu. Sebab tu kot antara sebab saya boleh bertahan lebih 20 tahun duduk dalam dunia bebudak ni.

7 Feb 2018

Cer teka wahai teman yang bijaksana.

Antara reramai ni mana satu yang adik- beradik? Cer perati bebetui, agak2 yang mana satu adik badik sepusat sepusing? Haa..boleh teka tak? Teman idokle nak buat peraduan ke hape, sesaje nak uji minda mike aje..hehe.

5 Feb 2018

Anak dare ambe.

ẞSayang camane pun satu hari nanti korañg berdua tetap akan jadi hak orang lain. Bila dah kawen, tanggungjawab dan ketaatan korang jatuh kat suami plak, bukan pada ibu abah lagi tau. Moga korang berdua bertemu jodoh dengan insan lelaki yang soleh, bertanggungjawab, menerima korang seadanya sebab korang pun bukanlah perfect mana, masak pun belum pandai, menjahit apatah lagi, huhu..ibu pun tak pandai menjahit, tokma yang pandai menjahit tu pun tak boleh nak ajar ibu, inikan ibu yang memang tak minat Kan..eshh...melalut plak.

Kadang tu sedih juga bila terfikir sok dah tua2, semua anak dah ada kehidupan sendiri, tinggallah kami laki bini, bak pengantin, tapi pengantin tualah Kan, huhu..nak buat camane...sudah begitu lumrah kehidupan, tak boleh nak cakap apa.
Takpelah...moga kita anak beranak bersatu di Jannah pula, Amin..

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign