28 Feb 2018
Memori Puteri Islam.
22 Feb 2018
Nak citer pasal apa ek?
Takdo idea, kering kontang. Tapi cam rasa lama tak berceloteh kek sini. Ado yang rindu tak?. Takdo? Haha. Perasan je. Eh mane tau kan, kot2 ada silent reader ke..
Nak cakap pasal apa ek? Ermmm..
Kita cakap pasal solat lah ek. Antara perkara pokok yang sangat dipesan oleh nabi dalam khutbah wada' baginda, yang dipesan sungguh2 supaya kita jaga.
Solat tu memang berat tuntutannya kan. Tapi berat tak berat kena buat juga. Sebab yang memerintahkan kita solat tu Dialah yang mencipta kita. Kita hamba Dia. Solat itu tanda kita ada hubungan dengan Dia. Macam kita ada hubungan dengan suami kita, itulah ikatan suami isteri. Bila ada ikatan tu suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap kita. Kalau takde ikatan tu nak ke seorang lelaki tu tiba2 bagi kita duit, sediakan rumah, sedia makan pakai secukupnya? Memang ada, tapi dah tentu ada maksud lain. Tapi hubungan kita dengan Allah, memamg Dia Maha Pemurah..kita engkar, kita derhaka, kita buat dosa... tapi tetap juga diberi makan minum, sihat, cantik,...tapi diberiNya atas dasar sifat Pemurah saja, sama seperti yang diberi kepada orang2 kafir sahaja. Jadi tanya balik diri sendiri, apa kelas kalau sama taraf pemberian tu kepada orang kafir sahaja. Sebab Allah dah kata... Dunia ni memang takde harga, takde nilai lansung pada Dia walau seberat sebelah sayap nyamuk pun, sebab tu orang kafir pun dapat malah berlebih2an pula. Kaya raya, hartawan, jutawan.
Tapi kalau kita ada hubungan dengan Dia, dengan kita berusaha menjaga solat kita.. tentulah lain nilai pemberian Allah itu. DiberiNya atas sifat Penyayang. Bahagia tak? Tentulah. Suami sayang pun kita bahagia, kekasih yang belum ada hubungan sah dengan kita pun, dia sayang kita, kita bahagia sampai perasaan tu melayang2 ke langit, inikan pula kalau Allah yang sayang kita. Sebab Kasih sayang Allah tu tidak sama macam kasih sayang manusia. Kasih sayang manusia boleh berubah2. Tapi kasih sayang Allah akan diberiNya syurga sebagai ganjaran, tak nak ke??
Jadi jom kita jaga hubungan dengan Allah dengan cara kita jaga solat kita.
18 Feb 2018
Nilah antara buah ati den..
15 Feb 2018
Ada macam retis tak?
9 Feb 2018
Bila nak pekak??
"Ticer, dorang ni cakap2 saya pekak, saya kan tengah solat, mana boleh cakap, saya belum pekak lagi.."
Kikiki...
" Habis, bila nak pekak?" Aku memang suka menyakat.
" Entahlah" hahaha
Sebelum tu ada conversation macam ni.
" Ticer, kalau dah b- - - k, kencing, wuduk batalkan?"
"Ha'ah, batal lah.."
" Tulah, saya dah cakap, dorang tak percaya.."
" Bila masa tak percaya?" Kawannya menafikan.
Ni kisah bebudak darjah 1 yang transit di tadika tempat saya kerja tu, tapi dorang ni bekas pelajar tadika ni juga, sebab tu mesra dengan saya.
Sebenarnya perbualan2 lucu macam ni jadi hiburan kepada saya, buatkan saya gelak keras perut berair mata kadang tu sebab saya rasa kelakar je perbualan dorang tu. Sebab tu kot antara sebab saya boleh bertahan lebih 20 tahun duduk dalam dunia bebudak ni.
7 Feb 2018
Cer teka wahai teman yang bijaksana.
Antara reramai ni mana satu yang adik- beradik? Cer perati bebetui, agak2 yang mana satu adik badik sepusat sepusing? Haa..boleh teka tak? Teman idokle nak buat peraduan ke hape, sesaje nak uji minda mike aje..hehe.
5 Feb 2018
Anak dare ambe.
ẞSayang camane pun satu hari nanti korañg berdua tetap akan jadi hak orang lain. Bila dah kawen, tanggungjawab dan ketaatan korang jatuh kat suami plak, bukan pada ibu abah lagi tau. Moga korang berdua bertemu jodoh dengan insan lelaki yang soleh, bertanggungjawab, menerima korang seadanya sebab korang pun bukanlah perfect mana, masak pun belum pandai, menjahit apatah lagi, huhu..ibu pun tak pandai menjahit, tokma yang pandai menjahit tu pun tak boleh nak ajar ibu, inikan ibu yang memang tak minat Kan..eshh...melalut plak.
Kadang tu sedih juga bila terfikir sok dah tua2, semua anak dah ada kehidupan sendiri, tinggallah kami laki bini, bak pengantin, tapi pengantin tualah Kan, huhu..nak buat camane...sudah begitu lumrah kehidupan, tak boleh nak cakap apa.
Takpelah...moga kita anak beranak bersatu di Jannah pula, Amin..