Asam Garam Kehidupan: August 2018

Pages

30 Aug 2018

Sambutan merdeka@ dataran masjid Putra.

Apa kelas kalau tiap2 tahun dok buat benda yang sama je,  hehe.. Jemulah dok asyik lukis bendera,  kaler bendera bila tiba dekat2 tarikh merdeka.  So kali ni kita buat sesuatu yang lain,  yang gah sikit,  yang mesti budak2 suka punya.

Haaa,  apa dia?  Ya.. Kami sambut merdeka di dataran masjid Putra,  Putra Jaya.  Learning trip ke Putra Jaya kalau biasa2 saja acaranya parents akan rasa.. ermmm.. Dah biasa pergi sana,  takyah pegilah.. So ticers kita kreatif otaknya supaya parents rasa berbaloi bayar duit walaupun hanya ke Putra Jaya..
Kids kena bawa bendera,  lagu patriotik dah latih di tadika,  bawa speaker, haaa. .Ini dia.. Anak2 dengan gembiranya mengibar bendera sambil menyanyi lagu Tanggal 31 dan Jalur Gemilang. 
Keberadaan kids dengan uniform yang terang,  sambil mengibar bendera menarik perhatian pelancong,  ada yang berlari2 menghampiri kami. 
Haa. .Tengok tu,  suka sangat dapat ambil gambar dengan bebudak tu. 
Dengan ticer pun dia nak bwrgambar,  eh.. Tu bukan saya,  tu tc lain.  Saya tak menjadi pilihan,  huhu...
Anak pelancong ni suka hati dapat jalur gemilang. 

27 Aug 2018

Sambung ke Gombak pula.

Habis dah pengajian asasi di Gambang Kuantan lebih kurang 4 bulan. Semalam anakanda Muhammad Danish selamat meneruskan pengajian peringkat degree dalam bidang engineering di UIA Gombak pula. Macam biasa mestilah sebagai seorang ibu nak tengok juga tempat jatuh bangun tersungkur bangkit lagi seorang anak dalam meniti kehidupan, betul tak..
Gambar curi ni,  dahi luas menurun abah, wakaka.. Semoga nanti jadi engineer yang bertaqwa. 
Abah nak juga pantau dari belakang,  ngeh. ..biole anak tu berdikari bah. 
Selamat meneruskan perjuangan,  jangan sampai dilalaikan dengan sibuknya dunia ye nak.  Semoga selamat dunia akhirat. .

26 Aug 2018

Makwe baru @ Setia ecohill Park.

Wit wit sape tu?  Janganla terkezut korang,  ini bukanla imej baru hakak,  ni saje je taknak bagi muka sun burn masa naik bukit setia ecohill ahad minggu lepas,  haaa.. .salah niat?  Hehe,  pelan2 kayuh. .In shaa Allah satu hari dapat istiqomah semula,  la ni tengah mengumpul kekuatan mental dan fizikal ni.  Tak caye?  Ni tengah mendaki bukit ni,  tengah mengasah kekuatan fizikal la ye tak? Walau pun sayup tertinggal di belakang.. 
Takdela rasa janggal sangat pun sebab dah pernah pakai zaman bujang dulu2 dalam jemaah Al Arqam sebelum diharamkan,  mytoklaki pun suko den pakai ni,  lansung diajak bergambar kenangan. 
Selepas mendaki bukit,  singgah ke majlis perasmian pecah tanah projek perumahan setia ecohill 2, ada basikal free boleh kayuh dua orang,  jom kita kayuh basikal,  lupakan kejap lutut yang sakit tu
Sebenarnya kawasan rekreasi ni baru dibuka kepada orang ramai,  jadi belum ramai yang tau tempat ni. Kalau korang nak pergi sini,  sampai ke semenyih korang google map jelah,  in shaa Allah sampai.  
Nak kata bukitnya tinggi tak juga,  dan tak perlu struggle pun sebab jalannya bertar,  tapi den tetap tak mampu bersaing dengan ensuami tu,  tengok tu,  sayup dia tinggalkan den di belakang. 
Hutannya sunyi,  udaranya segar.. Elokla sesekali kita berekriasi bagi badan berpeluh sikit kan,  terutama bakal2 jemaah haji yang nak menguji stamina,  nanti kat Makkah kena banyak guna kaki kan,  eh. .bukan den.. Den lambat lagi,  tak taulah daftar TH dah lambat,  gilirannya dalam 60 tahun lagi,  entah sempat entah tidak...Tapi minta2lah ada rezeki dipermudahkan jalannya. 

22 Aug 2018

Kerepek ubi kayu @ raya haji.

Kenal tak wahai generasi i phone,  smart phone pebenda nih? 
Ingat tak wahai generasi nokia 3306? Apa?  Tak ingat?  Ok turun sikit,  generasi tepon dail tu.. Ha.. Ingat pun. Nilah dia kerepek ubi kayu. Makanan orang dulu2 sebelum adanya twisties and the gang. Anak2 den pun tak tau benda ni.  "apa ni bu? " haih.. Terpaksalah ibu menerangkan untuk pengetahuan am dorang. 

Apa?  Korang pun nak tau?  Orait.  Apa salahnya.  Beli ubi kayu ikutlah kalo nak banyak beli banyak.  Pastu rebus.  Tunggu sejuk.  Potong nipis2.  Jemur kasi kering 2,3 hari.  Dah kering betul2 barulah boleh digoreng. Last kenalah sira gula kasi manis.  Ha.. Takla susah pun cuma remeh sikit,  banyak gak step nak kena ikut. Ini takdo buat pun,  boli je rm15 dalam bekas plastik bahulu tu.  Ralit2 kunyah di raya haji sambil layan phone.. Ngeh.. 

20 Aug 2018

Sabtu @ makan2 di Ikhwan Delight.

Dah jenjalan.. Eh,  naik bot  di tasik wet land tu,  semestinya perut berkeroncong minta diisi.  Memang plan awal2,  nak paw duit mytoklaki hari ni,  sempena harijadi dia 15/8/2018 yang ke berapa,  takyah taulah,  biarlah rahsia,  wakaka. So,  ke mana kita?

Jom kita ke Ikhwan Delight.  Salah satu anak syarikat di bawah GISB Holding yang makin meriah di seluruh dunia.  Lokasinya di presint Diplomatik,  senang nak cari,  jumpa MyMydin,  ke depan sikit akan jumpa lah Ikhwan delight tu,  tapi buat masa ni namanya Ikhwan Chicken roested.  Ada juga kafe Ikhwan,  bakeri Ikhwan dan poliklinik  Ihkwan.  Baguskan?  Memang terbaik lah syarikat bumiputera Islam yang memperjuangkan ekonomi dan cara hidup Islam yang syumul ni.
Suasana dalam ICR atau nanti Ihhwan Delight.  Kenapa tukar nama?  Nanti akan pindah ke premis lot tepi,  suasana lebih selesa,  sebab kata pengurusnya bila bulan puasa berpusu2 orang datang,  nak masuk tak cukup ruang.  Kalau lot tepi at least ada kawasan yang lebih besar kat kaki limanya,  so boleh taruk meja kat luar. 
Sempena harijadi beberapa orang,  antaranya ensuamiku,  si kakak Aishah,  kakak Nadhrah,  abang Danish dan Umar Zikri,  haa.. Bayangkan berapa punya jimat, jadilah kan,  at least ada juga raikan.  Kami pilih ayam goreng ala kfc.  Mytoklaki tu kalau sebut nak makan kfc mau dia jeling maut kan,  yang ni ok.. Dia pun makan,  tapi kena topap dengan nasi goreng goreng kampung supaya kenyang.  Nak menu masakan panas pun boleh oder kat sini,  nanti dorang amik kat kafe Ikhwan kat seberang jalan je. 
Antara menunya. 
Lagi menu,  lebih kepada masakan western sebenarnya. 
Kami pilih set kombo,  rm49. 90 untuk 15 ketul.  So dapatlah makan 2 ketul sorang. Kenyang la juga.  Ada fries sekali. Ada menu lain yang nampak sedap sangat,  ramai orang oder malam tu,  tapi kami nak oder dah tak cukup bajet,  ngeh... Namanya ayam salai.. dibungkus dan dibakar dengan sos pilihan contohnya kuah lemak kuning,  atau sos lada hitam, memang nampak sedap sangat orang makan sambil menjilat jari,  nasib dah kenyang,  kalau tak mau guling2 minta suami pegi cari atm...

19 Aug 2018

Sabtu @ Taman wetland Putrajaya.

Dah lama tak jenjalan di Putra Jaya.  Padahal kat sana banyak sangat tempat best boleh kita pusing2 makan angin. Ada Taman Warisan Pertanian,  taman botani,  masjid Putra.. Eh.. Macam2 lagilah,  sebut jer,  apa yang takde.. So semalam petang den dan toklaki bawak anak2 kami berlibur di Wet land naik bot. 
Sewa yang boleh naik satu keluarga,  satu bot muat 6 orang kalau saiz badan sihat2,  kalau macam kami yang saiz masih steady nih,  cheh... Janganla jelez kome,  betul.. Kawan2 kami kata saiz kami tak banyak berubah,  hihi.. Jadi saiz kami ni bolehla muat 7 beranak,  sewanya rm50 setengah jam. 
Bot ni dibenarkan handle sendiri,  tak susah pun,  pusing2,  press je.  Anak bujang den yang handle tu.  Tersorok tak nampak mukanya. 

14 Aug 2018

Mutawwif pencen.. at haji cilik.

Program haji cilik 1/8/2018. Seramai 25 jemaah haji dari tadika i brain islamic berpeluang mengerjakan 'haji' tahun ni.  

Dalam hati tu teringin nak pegi jadi pengiring macam 2 tahun sebelum ni. Tahun ni memandangkan jemaahnya agak ramai,  so pihak pengurusan sewa bas untuk ke masjid Shah Alam.  First year tu jemaah bersempit2 naik exora boss,  sampai mutawwif pun rasa macam nak patah pinggang sebab berhimpit2 dengan jemaah. Tahun lepas upgrade sikit sebab jemaahnya bertambah ramai,  sewa van naik 18 orang jemaah dengan mutawwif 3 orang,  pun rasa macam nak pengsan.. Sempit juga, acon pun tak rasa. Tahun ni nampak nampak selesa perjalanan jemaahnya,  bas besar,  acon pun terasa. Tapi mutawwif sorang rasa dah tak larat,  bagilah chance pada mutawwif2 muda menimba pengalaman.
Jemaah2 yang keriangan sebab dapat naik bas,  dorang tak tau kepenatan yg menunggu di 'Makkah ' nun.  Takpe. .demi sebuah pengalaman dan ilmu kan. 
Dah dapat naik bas bertambah2 hepinya masing2. 

8 Aug 2018

Den sibuk, nak citer pasal sukaneka pun tak sompek.

Iyoo boto,  memang den sibok,  den keluar kul 6, den balik rumah dah dekat kul tigo,  sampai rumah den rehat jap,  pastu masuk baju dalam mesin,  walaupun mesin yang basuh kalo den tak masukkan takdo do baju2 kotor tu nak melompek masuk sendiri dalam mesin basuh tu.  Pastu konolah tido jap barang sejam duo,  penat weiiii,  bangun kul ompek siap2 masak untuk bekfes,  untuk makan lunch anak2 yang balik sekolah kang.  Sampai tak sompek nak up entri,  manjang tak sompek,  tapi arini den sompekkan juo,  kesian lak aiii kot ado yang rindu ket den ni ha.. Oishhhh... Siap ada follower baru tu ha,  hai awak... Aisya.. Selamat berkenalan lah yo, nanti jap2 lagi den follow sana plak yo..

Ni nak citer pasal sukaneka tadika den ritu ha,  19 julai.. Maaaak aiii,  dah lamo,  baru nak cito,  apo citer ni?  Anggaplah den memang sibuk sesangat yo, macam den koba an kat atas tu,   iyooo.. Ni pun dah ngantuk dah ha..

Jap yo.. Den nak nap kejap,  kang den sambung.. Skang ni kul 3.25 pm..

Sukaneka this time kita ada ada sukaneka permainan tradisional.  Puas jugalah den memorah kepala otak memikio camane nak melaksanakannya. Ngeh..
Iyooo.. Memontanglah den guru bosar,  habih dari tema,  acara,  perjalanan acara,  alat2 yang diperlukan dan segala makneka den yang kono pikirkan.  Atoiyaiii.. Sok2 den pencen time tu ticer2 muda ni korang pikirlah sendiri yo camano plak nak buek..
Malehla nak bebel panjang2. Kang baco caption bawah gambar tu jelah ek.
Dah katanya sukaneka tradisional,  so gegirlnya kenalah berselempang batik cam anak daro dulu2. Pikir ticernya kena berselungkop batik juga,  tapi masing2 tak bawa kainnya,  so takdolah chance nak meraso cam anak daro walaupun den dah nak jadi makcik daro,  kuikui.. 
Ha,  yang si boboynya kenalah ikat kepala dengan kain pelekat cam semutar tu,  tapi fikir besar plak kain batik sibapak tu,  jadi den korbankan kain pelekat lamo anak den,  potong2 buat ikat kepala cam Othman dalam wayang Pulang tu. 
Majlis perasmian.. Melastik belon.  Ha,  ada gaya pelastik handalan zaman kokocik dulu ni. 
Ni antara acara untuk 4y. .Bowling kelapa. Jenuh den menawar rege nak dapatkan kelapa murah,  dapatlah sebiji rm2. 40. Amacam?  Ada gaya pemain bowling handalan tak? 
Ha... Nostalgia gitew.. Acara 5y.. Main tarik pelepah kelapa. 
Acara 6y.. Terompah tempurung kelapa,  dapat free tempurungnya dari kedai Aceh kat bawah tadika tu,  yelah dah beli kelapa,  tempurung free jelah kan. 
Ni acara untuk gegirl,  permainan musang dengan ayam. Comeynya mak ayam ni,  hihi.. Oh ye,  lupa nak bagitau,  sukaneka kali ni,  ada tadika lain join sekali, sbb anak muridnya ada 10 orang je,  nak buat sendirian berhad tak berbaloi kan.  Kami ok je,  sekurang2nya ada cikgu tambahan untuk kontrol budak, kerja2 yang berkaitan pun buat sesama,  ringanlah sikit. 
Ni acara pembukaan,  sori.. Terkebawah gambarnya.. Ni acara senaman berirama,  diiringi lagu2 tradisional seperti lagu lodeh mak lodeh,  lagu sembah beradat noraniza idris. Meriah sangat. 
Acara untuk ibubapa pun ada.. Sambung getah sayur panjang2,  tengok.. Sape punya paling panjang. 
Bersama para pemenang.  Alahai gambar acara bapa terdeletelah plak,  malas dah nak letak semula. Acara bapa. .Lepas kaum ibu siapkan tali getah,  kaum bapa kena main skipping dengan tali getah tu,  pemenangnya ialah siapa paling banyak boleh buat lompatan skipping tu. 
Acara berkumpulan,  so hadiahnya juga berkumpulan. 
Sape kenal mc ni,  dia ni pelakun,  cuma takdelah terkenal pun,  pandai dia menghidupkan majlis.  Mr Alib namanya,  yang baju pepel kuning tulah cikgu tadika yang berkolaberasi dengan kami.  In shsa Allah ada rezeki boleh kita bekerjasama lagi. 

2 Aug 2018

Anak dare den kena kacau.

Sape yang kacau anak dare den ni,  Oooooooo... Berani ek?  Tak nampak omak eh dah berdiri cekak pinggang dengan kain batik senteng sebelah tangan pegang parang nih??  Ooo... Meh ni,  den kasi ajor sikit,  berani eh.. kacau anak dare den,  meh sini2x,  siap kau!!

Hehheh..

Sape tak sayang anak weyh.  Lagi2 anak perempuan,  seribu kerisauan,  kekacauan bermain dalam otak mak2 yang ada anak pompuan,  lebih2x lagi kalau anaknya cantik ala2 retis kan,  retis cantik ek?  Kalau den tanya toklaki den.. "Bah,  cantik tak"? Sambil tunjuk gambar kat tv.. Toklaki den pandang sekilas,  pastu biasa dia cakap,..."emhhh.. Mekap je tu",  Ade ke?  Padahal kat mata den memang retis tu cantik.  Eh.. Takdelah den nengok drama melayu sangat pun,  sesekali adalah.. Cam terpaksa rela mengkhatamkan episode2 "andainya takdir 1 dan 2" hehe.. Pecah rahsia den.

Walaupun anak dara den si kakak tu tak secantik Nina Iskandar tu,  tapi adalah manisnya. Tu yang kono kacau tu..

Camni citernya.. Dah cuti sem 3 bulan kan,  memangle boring dok rumah sesaja,  padahal ada je kerja2 surirumah yang boleh dibuat,  dah namanya anak dara tak cukup umur lagi,  lagi best layan twitter kan,  kekunun nak belajar masakla sangat,  den start masak dinner kul 6, dia turun 6.30..bolehla takat2 potong bawang,  potong sayur.  Manalah tak kena bebel selalu, kata nak kawen...kan.

So,  selain dari main twitter naklah juga cari duit poket.  Sebenarnya banyak je kerja2 part time macam cashier,  pembantu taska.. Masalahnya takde kenderaan,  nak harapkan abah hantar, ambil takkan adanya,  hari tu dah dapat kerja pembantu taska. Bolehla kononnya duduk kat situ,  ada staff sorang duduk situ,  kalau duduk berdua ok lah kan.  Gajinya kira gaji hari,  sehari rm35 katanya.  Dah kerja sehari tapi masa nak pergi tu tak sempat bawak kain baju,  kicap,  beras,  telur semua sebab kena 'makan' sendiri.  Jadi den dengan toklaki pun malam tu pergilah hantar barang semua tu.  Tengok2 si kakak tinggal sorang.  Kata bossnya staff lagi sorang tu dah duduk rumah kakak dia dekat2 situ jer.  Yang toklaki den ni memang berkesah orangnya,  dia check semua atas bawah,  tingkap,  dapur,  bilik air.  Tengok2 tingkap pintu semua takde jeriji.  Dahle takde jeriji,  takde mangga plak tu.  Dah sah2 le abah tak kasi kerja,  kena balik malam tu jugak.  Tapi tulah.. Bila tanya gaji,  si BOSS taknak bayar,  walhal katanya gaji hari,  patutnya dah kata gaji hari kenalah bayar walaupun kerja sehari.. Ye tak? Bila den suarakan ketidakpuasan hati den sebagai omak nih,  dia pulak meroyan marahkan kami katanya masuk taska dia tak minta izinlah,  siap bukak tv lah,  mau je den jawab,  "tu anak dare den yang bukak,  habis tu dah duduk sorang2 takkan tv pun takleh bukak? " tapi kekdahnya den ni bukanlah orang yang suka bertokak walaupun dalam wasap je.. So den diam jelah, dan lepaslah den delete jelah contact nombornya.

So menganggurlah kakak dah 2 bulan dah. 

Semalam dapat offer kerja taska tempat lama dia kerja dulu. Yang ni senang sikit nak pergi,  boleh tumpang bas sekolah sebab otw je,  balik kerja bolehlah abah amik.  Lagipun dah biasa kerja kat situ sebelum ni,  dah ada pengalaman dengan suasana tempat tu.

Semalam dia start kerja.  Tapi abahnya takde sebab out station ( tapi masa kisah ni dientrikan,  abah dah balik,  dah tidur tu hah), nak balik naik grab,  amboii mak aii.. 9hengget tambangnya,  padahal takdelah jauh naw pun.  So si kakak decide nak tidur kat taska tu,  sorang2x...

Maka bermulalah kisahnya selepas pukul 12 malam.. Jeng3x..

Katanya dia baru terlelap,  tiba2 dengar ada bunyi benda jatuh, dia dah seram semacam,  bulu tengkuk pun dah meremang, dada dah dup dap2x,.lepas tu sunyi semacam.  Dalam dok takut tu,  dia buka surah al baqarah dalam phone.. dok tengah baca2 tu,  sekali lagi ada dengar bunyi benda jatuh.. Dia teruskan juga bacaan,  dalam dua jam lah juga.  Nasib baik lepas tu dah takde,  dia tidur.. Pukul 3 terbangun dah tak boleh tidur sampai ke subuh...

Tadi abah sampai rumah pukul 5, dia habis kerja pukul 6, tapi tak berani dah nampaknya nak tidur situ,  balik juga naik grab,  sampai rumah abah bayarkan.

So,  camane?  Nak kerja ke tak?  Entahle.  Tunggulah next episode yer.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign