30 Aug 2018
Sambutan merdeka@ dataran masjid Putra.
27 Aug 2018
Sambung ke Gombak pula.
26 Aug 2018
Makwe baru @ Setia ecohill Park.
22 Aug 2018
Kerepek ubi kayu @ raya haji.
20 Aug 2018
Sabtu @ makan2 di Ikhwan Delight.
Suasana dalam ICR atau nanti Ihhwan Delight. Kenapa tukar nama? Nanti akan pindah ke premis lot tepi, suasana lebih selesa, sebab kata pengurusnya bila bulan puasa berpusu2 orang datang, nak masuk tak cukup ruang. Kalau lot tepi at least ada kawasan yang lebih besar kat kaki limanya, so boleh taruk meja kat luar. |
Sempena harijadi beberapa orang, antaranya ensuamiku, si kakak Aishah, kakak Nadhrah, abang Danish dan Umar Zikri, haa.. Bayangkan berapa punya jimat, jadilah kan, at least ada juga raikan. Kami pilih ayam goreng ala kfc. Mytoklaki tu kalau sebut nak makan kfc mau dia jeling maut kan, yang ni ok.. Dia pun makan, tapi kena topap dengan nasi goreng goreng kampung supaya kenyang. Nak menu masakan panas pun boleh oder kat sini, nanti dorang amik kat kafe Ikhwan kat seberang jalan je. |
Antara menunya. |
Lagi menu, lebih kepada masakan western sebenarnya. |
Kami pilih set kombo, rm49. 90 untuk 15 ketul. So dapatlah makan 2 ketul sorang. Kenyang la juga. Ada fries sekali. Ada menu lain yang nampak sedap sangat, ramai orang oder malam tu, tapi kami nak oder dah tak cukup bajet, ngeh... Namanya ayam salai.. dibungkus dan dibakar dengan sos pilihan contohnya kuah lemak kuning, atau sos lada hitam, memang nampak sedap sangat orang makan sambil menjilat jari, nasib dah kenyang, kalau tak mau guling2 minta suami pegi cari atm... |
19 Aug 2018
Sabtu @ Taman wetland Putrajaya.
14 Aug 2018
Mutawwif pencen.. at haji cilik.
Dalam hati tu teringin nak pegi jadi pengiring macam 2 tahun sebelum ni. Tahun ni memandangkan jemaahnya agak ramai, so pihak pengurusan sewa bas untuk ke masjid Shah Alam. First year tu jemaah bersempit2 naik exora boss, sampai mutawwif pun rasa macam nak patah pinggang sebab berhimpit2 dengan jemaah. Tahun lepas upgrade sikit sebab jemaahnya bertambah ramai, sewa van naik 18 orang jemaah dengan mutawwif 3 orang, pun rasa macam nak pengsan.. Sempit juga, acon pun tak rasa. Tahun ni nampak nampak selesa perjalanan jemaahnya, bas besar, acon pun terasa. Tapi mutawwif sorang rasa dah tak larat, bagilah chance pada mutawwif2 muda menimba pengalaman.
Jemaah2 yang keriangan sebab dapat naik bas, dorang tak tau kepenatan yg menunggu di 'Makkah ' nun. Takpe. .demi sebuah pengalaman dan ilmu kan. |
Dah dapat naik bas bertambah2 hepinya masing2. |
8 Aug 2018
Den sibuk, nak citer pasal sukaneka pun tak sompek.
Iyooo.. Memontanglah den guru bosar, habih dari tema, acara, perjalanan acara, alat2 yang diperlukan dan segala makneka den yang kono pikirkan. Atoiyaiii.. Sok2 den pencen time tu ticer2 muda ni korang pikirlah sendiri yo camano plak nak buek..
Dah katanya sukaneka tradisional, so gegirlnya kenalah berselempang batik cam anak daro dulu2. Pikir ticernya kena berselungkop batik juga, tapi masing2 tak bawa kainnya, so takdolah chance nak meraso cam anak daro walaupun den dah nak jadi makcik daro, kuikui.. |
Ha, yang si boboynya kenalah ikat kepala dengan kain pelekat cam semutar tu, tapi fikir besar plak kain batik sibapak tu, jadi den korbankan kain pelekat lamo anak den, potong2 buat ikat kepala cam Othman dalam wayang Pulang tu. |
Majlis perasmian.. Melastik belon. Ha, ada gaya pelastik handalan zaman kokocik dulu ni. |
Ni antara acara untuk 4y. .Bowling kelapa. Jenuh den menawar rege nak dapatkan kelapa murah, dapatlah sebiji rm2. 40. Amacam? Ada gaya pemain bowling handalan tak? |
Ha... Nostalgia gitew.. Acara 5y.. Main tarik pelepah kelapa. |
Acara 6y.. Terompah tempurung kelapa, dapat free tempurungnya dari kedai Aceh kat bawah tadika tu, yelah dah beli kelapa, tempurung free jelah kan. |
Ni acara untuk gegirl, permainan musang dengan ayam. Comeynya mak ayam ni, hihi.. Oh ye, lupa nak bagitau, sukaneka kali ni, ada tadika lain join sekali, sbb anak muridnya ada 10 orang je, nak buat sendirian berhad tak berbaloi kan. Kami ok je, sekurang2nya ada cikgu tambahan untuk kontrol budak, kerja2 yang berkaitan pun buat sesama, ringanlah sikit. |
Ni acara pembukaan, sori.. Terkebawah gambarnya.. Ni acara senaman berirama, diiringi lagu2 tradisional seperti lagu lodeh mak lodeh, lagu sembah beradat noraniza idris. Meriah sangat. |
Acara untuk ibubapa pun ada.. Sambung getah sayur panjang2, tengok.. Sape punya paling panjang. |
Bersama para pemenang. Alahai gambar acara bapa terdeletelah plak, malas dah nak letak semula. Acara bapa. .Lepas kaum ibu siapkan tali getah, kaum bapa kena main skipping dengan tali getah tu, pemenangnya ialah siapa paling banyak boleh buat lompatan skipping tu. |
Acara berkumpulan, so hadiahnya juga berkumpulan. |
Sape kenal mc ni, dia ni pelakun, cuma takdelah terkenal pun, pandai dia menghidupkan majlis. Mr Alib namanya, yang baju pepel kuning tulah cikgu tadika yang berkolaberasi dengan kami. In shsa Allah ada rezeki boleh kita bekerjasama lagi. |
2 Aug 2018
Anak dare den kena kacau.
Sape yang kacau anak dare den ni, Oooooooo... Berani ek? Tak nampak omak eh dah berdiri cekak pinggang dengan kain batik senteng sebelah tangan pegang parang nih?? Ooo... Meh ni, den kasi ajor sikit, berani eh.. kacau anak dare den, meh sini2x, siap kau!!
Hehheh..
Sape tak sayang anak weyh. Lagi2 anak perempuan, seribu kerisauan, kekacauan bermain dalam otak mak2 yang ada anak pompuan, lebih2x lagi kalau anaknya cantik ala2 retis kan, retis cantik ek? Kalau den tanya toklaki den.. "Bah, cantik tak"? Sambil tunjuk gambar kat tv.. Toklaki den pandang sekilas, pastu biasa dia cakap,..."emhhh.. Mekap je tu", Ade ke? Padahal kat mata den memang retis tu cantik. Eh.. Takdelah den nengok drama melayu sangat pun, sesekali adalah.. Cam terpaksa rela mengkhatamkan episode2 "andainya takdir 1 dan 2" hehe.. Pecah rahsia den.
Walaupun anak dara den si kakak tu tak secantik Nina Iskandar tu, tapi adalah manisnya. Tu yang kono kacau tu..
Camni citernya.. Dah cuti sem 3 bulan kan, memangle boring dok rumah sesaja, padahal ada je kerja2 surirumah yang boleh dibuat, dah namanya anak dara tak cukup umur lagi, lagi best layan twitter kan, kekunun nak belajar masakla sangat, den start masak dinner kul 6, dia turun 6.30..bolehla takat2 potong bawang, potong sayur. Manalah tak kena bebel selalu, kata nak kawen...kan.
So, selain dari main twitter naklah juga cari duit poket. Sebenarnya banyak je kerja2 part time macam cashier, pembantu taska.. Masalahnya takde kenderaan, nak harapkan abah hantar, ambil takkan adanya, hari tu dah dapat kerja pembantu taska. Bolehla kononnya duduk kat situ, ada staff sorang duduk situ, kalau duduk berdua ok lah kan. Gajinya kira gaji hari, sehari rm35 katanya. Dah kerja sehari tapi masa nak pergi tu tak sempat bawak kain baju, kicap, beras, telur semua sebab kena 'makan' sendiri. Jadi den dengan toklaki pun malam tu pergilah hantar barang semua tu. Tengok2 si kakak tinggal sorang. Kata bossnya staff lagi sorang tu dah duduk rumah kakak dia dekat2 situ jer. Yang toklaki den ni memang berkesah orangnya, dia check semua atas bawah, tingkap, dapur, bilik air. Tengok2 tingkap pintu semua takde jeriji. Dahle takde jeriji, takde mangga plak tu. Dah sah2 le abah tak kasi kerja, kena balik malam tu jugak. Tapi tulah.. Bila tanya gaji, si BOSS taknak bayar, walhal katanya gaji hari, patutnya dah kata gaji hari kenalah bayar walaupun kerja sehari.. Ye tak? Bila den suarakan ketidakpuasan hati den sebagai omak nih, dia pulak meroyan marahkan kami katanya masuk taska dia tak minta izinlah, siap bukak tv lah, mau je den jawab, "tu anak dare den yang bukak, habis tu dah duduk sorang2 takkan tv pun takleh bukak? " tapi kekdahnya den ni bukanlah orang yang suka bertokak walaupun dalam wasap je.. So den diam jelah, dan lepaslah den delete jelah contact nombornya.
So menganggurlah kakak dah 2 bulan dah.
Semalam dapat offer kerja taska tempat lama dia kerja dulu. Yang ni senang sikit nak pergi, boleh tumpang bas sekolah sebab otw je, balik kerja bolehlah abah amik. Lagipun dah biasa kerja kat situ sebelum ni, dah ada pengalaman dengan suasana tempat tu.
Semalam dia start kerja. Tapi abahnya takde sebab out station ( tapi masa kisah ni dientrikan, abah dah balik, dah tidur tu hah), nak balik naik grab, amboii mak aii.. 9hengget tambangnya, padahal takdelah jauh naw pun. So si kakak decide nak tidur kat taska tu, sorang2x...
Maka bermulalah kisahnya selepas pukul 12 malam.. Jeng3x..
Katanya dia baru terlelap, tiba2 dengar ada bunyi benda jatuh, dia dah seram semacam, bulu tengkuk pun dah meremang, dada dah dup dap2x,.lepas tu sunyi semacam. Dalam dok takut tu, dia buka surah al baqarah dalam phone.. dok tengah baca2 tu, sekali lagi ada dengar bunyi benda jatuh.. Dia teruskan juga bacaan, dalam dua jam lah juga. Nasib baik lepas tu dah takde, dia tidur.. Pukul 3 terbangun dah tak boleh tidur sampai ke subuh...
Tadi abah sampai rumah pukul 5, dia habis kerja pukul 6, tapi tak berani dah nampaknya nak tidur situ, balik juga naik grab, sampai rumah abah bayarkan.
So, camane? Nak kerja ke tak? Entahle. Tunggulah next episode yer.