Asam Garam Kehidupan: September 2018

Pages

27 Sept 2018

Tercabut lagi.

Apa ek istilah yang betul nak pakai untuk tampalan gigi yang terbuka?tercabut? Tertanggal?  Tapi memang dah terkeluar dan melopong besarlah lubang gerahamku.  Asal berlubang kecil saja,  masa pegnent so doktor tampal. Pastu tercabut,  tampal lagi,  terbuka lagi dan ini rasanya dah masuk 4 kali tampal, terbuka,  tampal,  terbuka dan yang pasti lubang bekas tampalan tu dah makin melopong dan yang sadisnya nak minum air pun seksa,  bukan air sejuk berais tu,  tapi air mineral biasa.. Ngilu... Sssstttt...

Dan yang pasti lagi aku taknak gi klinik kerajaan sebab yang tampal terbuka beberapa kali ni, buatkan aku seriau satu hal sebab apa tau,  ubat kebas dia buatkan aku rasa bibir aku jadi kejang dan tebal semacam,  dah tu rasa kebas dia lambat hilang.. Dan yang aku ngilu juga sebab doktornya agak kasar,  bergoyang2 kepala aku dibuatnya...
So,  aku nak pergi jumpa dentist yang buat demo penjagaan gigi kat tadika aku dulu,  doktornya nampak lembut, cakapnya pun lemah-lembut jer, dan kot2la ada diskaun ke.. Kan?
Macam gigi,  sebab warnanya putih,  dulu kan warnanya macam silver tu kan. 
Ni doktor datang buat demo macamana nak gosok gigi yang betul kat tadika kami. 

24 Sept 2018

Bila ko tengah bertazkirah.. Tetiba..

Dinding tadika dah bercat baru.
Alhamdulillah, suasana baru.  Dinding2 comot sebelum ni dengan contengan2 kreatif bebudak tak nampak sudah.  Dan semestinya as a ticer kenalah aku memberi 1001 satu amanat dan ancaman2 supaya mereka tidak lagi mengekspresisenikan dinding tadika. Jangan tak sangka,  dorang ni kalau jumpa mata pensil yang patah kat lantai  boleh dikutip dan siaplah ko,  dinding jadi mangsa sedar2 dah berawan larat sana sini.  Jadinya aku pun pot pet2 berbuih2 mulut,  berserta dengan beribu2 nasihat, penuh perasaan, tinggi naik nada suara,  antaranya aku kata..." Jangan conteng,  tu ada cctv,  kalo ticer nampak ada conteng,  ticer tengok cctv,  ticer nampak sape yang buat,  ticer terus panggil polis,  biar kena bawak kat balai polis" sambil tunjuk muka serius.  Macam paham,  angguk2.  Pastu aku cakap lagi.. " Memang ticer tak boleh nampak semua yang kamu buat,  tapi siapa yang boleh nampak apa saja yang kita buat,  walaupun kita buat kat dalam gelap ke,  kat tempat yang takde orang ke? " so masing2 jawab.. "Allah.. " dan panjang lagilah tazkirah ku.. Tetiba... 

"ticer... 3+3 jadi 6 kan"




Aku macam....what happen... Potong stim betui.. 
Ini rupa dinding sebelum bercat baru,  lukisan2 bermotif pendidikan kebanyakkannya aku lukis sendiri. 
Ini anak2 murid pemulihan bawah pemantauan aku,  ada 7 orang.  Mereka ni belum lancar membaca,  sedangkan ada lebih kurang 2 bulan je lagi nak habis sekolah dan nak masuk darjah 1. Tolongla doakan aku success dengan dorang ni.  Sebagaimana makpak dorang risau aku lagi risau sebab takut dorang ketinggalan pelajaran kat sekolah rendah nanti. 

18 Sept 2018

Kiut -miut

Ni saja nak share wajah2 comel anak2 tadika den dengan pelbagai aksi dan gaya  yang mencuit hati. Jom tengok.
Wajah2 ceria. 
Sayangi Malaysiaku. 
Terer ni,  boleh berdiri atas air...haha. 
Comelnya jelingan manja tu. 
Senyummm,  piece. .. 
Aksi simanja. 
Bergaya dengan spek itam tu. 
Umur saya 4 tahun la,  tapi saya dah pandai amik wudhu tau.. 
Ya Allah,  jadikan saya anak yang soleh,  amin,  amin. 

17 Sept 2018

Doa memupuk kasih sayang.

Hari ni cuti sempena hari Malaysia,  jadi Alhamdulillah banyaklah urusan rumah yang sempat disettlekan,  mendobi,  mengemop,  cuci esbok,  siang ikan.. Tulah kan kerja2 SRT yang dok selalu kena hadap kan. Siang ikan siap2 untuk seminggu jarang dapat buat sebab tak larat berdiri lama,  penat.  Banyak kot nak kena siang sebab toklaki den tu peminat ikan tegar,  dia tak suka ayam,  daging semua tu.  Kalo den masak ayam selalu untuk makan anak2 je,  sampai kadang tu sebab jarang masak ayam,  bila masak si Umar Zikri bersorak, "yey,  ibu masak ayam.. " Lagipun den taknak jadi macam mak2 moden sekarang ni,  asyik bagi anak2 makan ayam,  contoh macam kat tadika den tu,  kalau lauk ikan ada yang tak reti makan tau.  Padahal lauk ikan ini den pernah dengar kat IKIM adalah lauk yang disukai oleh Rasulullah. Lagipun orang yang makan ikan ni otaknya cerdik,  cam budak2 kat Terengganu dalam berita baru ni, dikatakan cerdik sebab suka makan ikan.  Uishhhh... Terpanjang pulak celoteh ikan..
Doa ni tadi dengar kat segmen pesona D Zahra radio IKIM pukul 10.30 pagi setiap hari isnin,  perkongsian tip2 menarik alam rumah tangga oleh ustaz Muhammad Abdullah Al Amin. Ustaz kata kaum ibu terutamanya bila nak masak tu sebelum masak bacalah selawat 3x dan surah Al Kautsar sekali kat makanan yg nak dimasak tu.  Bila dah siap masak sekali lagi baca selawat 3x dan surah Al Kautsar sekali kat makanan,  in shaa Allah dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. .
Tu ikan selar,  siang siap2 simpan esbok senang balik kerja nak masak. 
Ni gambar pokok lidah buaya kat rumah arwah mak,  ada bunga rupanya lidah buaya ni. 

Takde sape nak kemaskan rumput2 dan semak ni,  kali ni balik kejap sangat,  tak sempat nak buat,  huhu. .Kesian rumah ma. ..

Lempeng nasi cicah sardin, nyum2x.

Korang,  nasi tak habis jangan buang,  membazir. Cer blend campurkan tepung,  tambah garam sikit, buat lempeng.. Cicah pulak dengan kari sardin dengan kentang cam den buat ni,  ermmmm... Pasti tak menyosal berpeluh kat dapur pagi2x. Rupanya lempeng nasi ni lagi sedap dari lempeng tepung cam den dok biasa buat tu,  dia punya lembut sampai menjilat jari.  Dulu2 buat cekodok campur nasi,  pun lembut je walaupun dah sejuk.
Jemput makan lempeng nasi di musim2 hujan ni,  lawan plak dengan kopi panas2x.. Ermmm,  dapnya. 

12 Sept 2018

Pisang ma/ Pulau Kapas.

Mungkin usia pokok pisang tu dah melebihi 7 tahun. Pokok pisang yang ditanam oleh arwah ma, masih hidup berbuah dan kalau kebetulan aku balik,  buahnya menjadi rezeki kami sekeluarga. Itulah berkat namanya.  Ma dah pergi kira-kira 7 tahun, tapi pokok pelam,  pisang,  limau kesturi yang ma tanam masih berbuah.
Pisang abu yang arwah ma tanam,  menjadi rezeki kami,  walaupun penuh bonet kereta ku sumbat2 juga bawak balik key ell. Ehhh. .Selangor. 
Di dataran shah bandar kuala Terengganu,  hepi sungguh anak2 dapat naik kete berhias ni termasukla yang umur 21 dan 19 tu tak lepaskan peluang menjadi kanak2 ribena. 
Lautan manusia bercuti di Pulau Kapas. Korang kalau nak pergi,  pergi waktu tak cuti umum tau,  sebab bila dah ramai macam ni time nak balik tunggu boat rasa macam nak pitam kepanasan,  dah tu berebut2 rasa macam pelarian rohingya pun ada. Bersesak2 dlm boat. 
Anak2 yang hepi dapat mandi laut.  Ensuami dan anak2 lelaki sempat gi hiking juga ke Bukit Singa dekat pulau kapas tu,  tapi den tak pergilah,  nasib baik tak pergi kalau tak hangus kulit macam ensuami ku itu.. Oh sebelum terlupa ada satu petua dari makcik saya,  katanya kalau dah mandi laut atau kepanasan berjemur kena angin laut petuanya..SEDIAKAN AIR KELAPA,  sapu basuh muka dan kulit2 yang kena matahari tu dan biarkan kering baru mandi,  in shaa Allah kulit tak jadi kemerahan atau terbakar. 
Tapi berhati2 jangan sampai masuk ke kawasan yg ada resort orang,  mau kena halau mandi tempat lain.. Huhu.. Satu lagi suraunya tak memuaskan hati sebab takde tabir so susah nak solat,  kan nak kena buka2 tudung.  Tempat wudhuk pun terbuka nasib baik bawak kain batik,  so anak pegang buat macam tabir masa nak amik wudhu tu. 
Di jeti Marang pukul 7 pagi,  sempat tengok matahari naik. 
Kukukukkk... Perasan tak?  Ayam hutan weyh. 
Dua orang anak dara kesayangan den. 

7 Sept 2018

Gang gigi rongak/semoga IRDA GARMIN selamat bersalin.

Macam biasa pagi tadi ( semalam)  dia masuk dengan salam.. dan menyeringai.. Oh,  ticer perasan sebab 2,3 hari sebelum tu dia ada mention pasal tu.
Dalam kelas dia dok asyik bercerita sambil menganga tunjuk kat kawan sebelah..
Ticer.. ( sila baca dengan lenggok kanak2 ribena) gigi patah boleh berjangkit tak?  Oh.. Hahaha.. Hasil ajaran siapakah ini?  Habislah lepas ni pakat rongak semuanya.. 
Gang rongak yang tetap comey ye tak? 

Geng,  korang kenal IRDA GARMIN tak? Alah. .yang selalu citer pasal coway,  pasal prudential,  pasal tour.. Alhamdulillah dah nak bersalin dah dia anak kedua,  tunggu harilah rasanya tu dah 38 minggu.  
Irda,  akk doakan semoga selamat semuanya,  irda dan baby semua dalam peliharaan Allah swt,  baby sihat,  mamanya pun sihat,  in shaa Allah yea.  Moga2 doa akk dalam musafir balik kampung ni makbul hendaknya. 

5 Sept 2018

Harap2 ada rezeki/ perencah omak den.

Terlebih dahulu nak buat announcement, ehermm,  ehermmmm... Perhatian2x.. diumumkan dengan hepinya bahawa den satu keluarga in shaa Allah akan bertolak balik ke kampung halaman tercinta Terengganu Darul Iman pada jumaat 6/9 ni. Doakan semoga takdo aral melintang ye.  Sebona eh dah 3 kali plan nak balik tapi takdo rezeki,  raya puasa ritu den tak sihat,  pastu nak balik raya haji baru ni si kakak tu kena kerja tak dapat cuti,  kesian plak kang dia tinggal sorang2 kat rumah,  pastu nak balik cuti merdeka baru ni tak kesampaian juga sebab abah kena hantar si kakak balik kampus kat Kuantan nun,  bonet kereta penuh dengan barang dia saja.  Mudah2an kali ni dapatlah balik,  dah rindu bona nak makang kepok leko goreng panas2,  fresh2 cicah sos, yoooo... Sedapnya kalah ayam kepsi tau.
Nilah perencah masakan semulajadi omak den.  Bukan mak mentuo,  omak den betul,  yang den nak balik rumah dia,  walaupun dia dah takde,  dah 7 tahun hilang dari mata,  tapi tak pernah hilang dari hati. Arwah yang ajar ni,  nak bagi cepat siap masak.  Tapi dia blend cili,  bawang merah,  bawang putih simpan dalam esbok tak dimasak dulu.  Tapi mememandangkan den ni terlebih kretip,  den blend pastu masak siap2.  Dah sejukkan baru simpan dalam esbok.  Memang mudah hidup den,  nak masak asam podeh ko,  ikan sambal ko,  ayam masak merah ko,  nasi goreng,  mihun.. Tinggal panaskan masukkanlah bahan2 lain cam kalo nak buat nasi goreng tu,  campak udang ko,  ayam ko,  tambah kicap sikit,  tuang nasi,  kacau2 siap. 
Ni den nak masak asam podeh,  letak je perencah tu,  tuang air,  tambah gula,  garam,  asam jawo,  tomato,  bunga kantan,  ikan pastu tunggu menggelogak. Siap.  Den ni tak berapa nak suka perencah segera kat kodai tu bukannya apo do,  kalau perencah asam podeh tu banyak bona belacan eh,  habis bau satu rumah,  dahle den laki bini alah belacan,  dah tu takdo sapo nak makan,  busuk kato eh,  terpaksa kuarkan ikan tu,  goreng semula,  buang je kuah eh.. Kalo buat perencah omak den ni,  memang fresh takdo lansung bahan kimia, pengawet semua tu,  in shaa Allah selamat. 
Tada.. Den persembahkan dalam piuk omak den walaupun dah kemek2,  den pakai yo,  biar omak den dapat jariah berterusan.. Ha,  tengok tu betapa cantik merahnya kuah asam podeh den ni,  tak terliur ko?  Ish2x,  korang ni kato nak pahala,  konolah rajin2 masak untuk ensuami tu,  nak cepat siap,  nak mudah masak,  buatlah perencah omak den cam den ni ha,  kompom memudahkan kerja2 memasak di dapur tu. 

3 Sept 2018

Pulang ke sarang.

Sunyi dah rumah ibu abah.  Dari bertujuh tinggal berlima.  Takpe.. Ringan sikit kepala otak ibu ni,  kalo tak dok asyik nak kena ketuk bilik kejut solat subuh,  bising2 suruh tolong basuh pinggan,  sapu sampah,  tolong masak,  tolong tu,  tolong ni.. Kalo tak dok asyik main twitter,  main game jerr,  penat tau ibu nak marah2 ni,  haihh..dah besar panjang pun ibu nak kena berleter juga baru nak bergerak.
Barang dia saja macam barang orang nak pindah rumah,  itupun dah tinggalkan kain baju,  tudung,  telekung.. 
Haa,  penuh bonet,  ibu nak ikut pun tak dapat. Ibu memangle nak ikut sebab abah nak gi panjat bukit Panorama kat Sg Lembing tu,  nak gak menyedut udara bukit yang segar tu,  tapi takpelah,  takdo rezeki. 
Renyai pagi sabtu..

Alhamdulillah,  dapat bilik kata mahallah tu,  kalau tak naiya kena menyewa kat luar.  Lain kali beringat sebelum balik settlekan dulu urusan2 yang penting. Dah tukar coarse,  patutnya isi borang maklumkan. Eh katanya dah isi,  tapi rupanya tak isi.  Nasib baik,  ada bilik.  Ingat senang menyewa luar,  mana nak cari kenderaan nak gi kolej,  mana nak pikir duit sewa.  Haa.. Beringat lain kali. 

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign