Asam Garam Kehidupan: lagi koleksi pkp..murtabak nasi.

Pages

11 Apr 2020

lagi koleksi pkp..murtabak nasi.

Ni nama resepi yang saya kasi sendiri sebab ada rasa cam mutabak, hehe.
Jom tengok.

MURTABAK NASI.
-Nasi left over.
-Telur 2@3 biji, bergantung pada banyak mana nasi yang tak habis tu.
-Carrot, potong halus2 ikutlah banyak mana pun.
-kubis potong halus.
-Daun bawang potong halus.
-Daun sup.
-Sedikit garam 
-Sedikit rempah kari daging.
(kalau ada daging ayam cincang lagi sedap)

Telur dipukul, masukkan semua bahan yang lain, gaul rata.
Bolehla dimasak dengan saiz yang disukai, dah masak lagi sedap dicicah dengan sos.

Anak den suko sodap kato eh. Musim2 pkp ni kenalah kretip sikit, membazir pun jangan. Mana yang ada kita makan dengan rasa bersyukur sebab makan kita tak terjejas pun, ada yang berlebih2 lagi pun, macam2 jenis makanan dan masakan diupload dalam media sosial masing.

12 comments:

  1. Selalu buat nasi goreng je, sesekali tukar buat murtabak best jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, smp anak2 pun dah jemu makan nasi goreng, hehe, so kita kasi tukar

      Delete
  2. Pelik betul menu. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Owh menarik juga... Nak try nanti tu... Betul! Jgn membazir makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la sweetie, sesekali mencuba kelainan.
      Oh ye, boleh tambah bawang holland, tapi anak2 saya tak suka bawang, jadi saya tak letakla bawang.

      Delete
  4. Lempeng kelapa, letak nasi dah siap..

    Pasni boleh cuba martabak nasi pulalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh belaka2 UA, ikut kretip kita, perut lapo apa pun boleh

      Delete
  5. Nasi lebih2 ni buat cekodok pun okay

    ReplyDelete
  6. Orang kampung den pangge ni rice cake yo kak azi :D

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign