Pages
31 Jan 2015
Apo laie tu azimah oiiii...
30 Jan 2015
Kisah seorang sahabat yang terkentut.
28 Jan 2015
Betul.
Dah ada akta ibubapa merotan anak akan didakwa, biarlah didakwa di dunia, jangan didakwa di depan Tuhan kelak...
26 Jan 2015
Air kencing anjing hitam.
Tersebut kisah di zaman nabi Musa seorang lelaki yag telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Lalu terlintas di hatinya untuk bernazar....sekiranya dikurniakan anak dia akan minum air kencing anjing hitam. Maka nak dijadikan cerita isteri lelaki itu mengandung, dan genap sembilan bulan, mereka pun mendapat sorang cahaya mata....
Susah sungguh hati lelaki tadi. Tak tergamak hatinya untuk melakukan
nazar tersebut. Air kencing anjing hitam...oh...jijiknya, hinanya...terdetik penyesalan di hatinya, tapi apa kan daya...
Syariat di zaman nabi Musa berbeza dengan syariat di zaman nabi Muhammad. Di zaman nabi Musa, nazar yang haram tetap wajib dilaksanakan, tetapi di zaman nabi Muhammad nazar yang haram tidak wajib dilaksanakan, cuma dikenakan denda atau dam sahaja.
Dengan susah hati lelaki tadi pergi menemui nabi Musa dan menceritakan masalahnya. Apa agaknya penyelesaiannya...alangkah terkejutnya lelaki itu apabila disuruh menadah air hujan dari cucuran atap rumah orang yang meninggalkan solat dan meminumnya!!! Nabi Musa mengatakan air itu lebih hina dari air kencing anjing hitam. Dengan perasaan yang lega lelaki itu melakukannya.
Jadi, itulah...tengok betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sehingga dikatakan air hujan yang menyucur dari atap rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam, jadi bayangkan air tangan seorang ibu atau isteri yang yang saban hari menyediakan hidangan untuk keluarganya....
22 Jan 2015
Ubat.
Mengantuk...tidurlah
Letih....berehatlah
Sakit fizikal..pergilah ke doktor
Sedih...hiburkanlah..
Merajuk..dipujuklah..
Namun jarang yang ambil peduli mencari ubat penyakit hati.
Sakit fizikal, masalah luaran mudah dicari ubatnya..
Kasihan..penyakit hati yang menyebabkan jiwa mati
Jarang diperhati
Walhal sakit fizikal, masalah luaran hanya melibatkan duniawi
Tapi penyakit hati
Akan melibatkan orang lain di sekelilingnya
Malah petaka yang jauh hebat dan dahsyatnya
Nun di sana..di neraka yang azab pedihnya menanti
Tak terperi.
21 Jan 2015
Mengapa hati resah gelisah.
Mengapa hati resah gelisah
Berkeluh-kesah
Segala yang dibuat serba payah tiada bantuan..
Mulalah meneka-neka konon sebab musababnya..
Itu pun samar, kadang hitam-kelam
Rupanya mudah saja..
Mengapa hati resah gelisah
Lantaran dosa yang menghitamkan kalbu
Jalan selesainya mudah sahaja..
Lafazkan taubat di bibirmu, di hatimu, di jasadmu
Dan hatimu akan kembali tenang damai
Walau seberat mana ujian menimpamu..
In shaa Allah...
Dalam kemelut rindu kepada anak-anak tadikaku...
20 Jan 2015
Anak tadikaku di Putra Jaya.
Rindunya dengan diorang ni. Tiga tahun di sana, cara didikan, tarbiah dan asuhan kami terhadap mereka sangat berbeza dengan tadika-tadika lain. Kami sangat menekankan disiplin solat di samping aspek pembelajaran yang lain. Kami didik mereka menjadi matang, 5 tahun kena sedar diorang dah jadi kakak kepada 4 tahun, 5 tahun bila menjejak kaki ke 6 tahun kami ajar mereka jadi kakak atau abang yang dapat sayang dan bantu adik-adik di bawah umur mereka. Aduh....sungguh saya rindukan mereka....
Peliknya...sebenarnya ada cerita...nantilah cerita kemudian..
19 Jan 2015
Selesai.
Alhamdulillah, selesai operasi banjir. Ni otw nak balik KL semula. Harap sampai awal. Ada kerja lain nak kena settlekan. Begitulah...selagi hidup..segala kerja yang baik diniatkan sebagai ibadah...moga jadi perbekalan di sana nanti. Aminn.
18 Jan 2015
Lapar sesangat.
Operasi bermula seawal jam 8 pagi. Hanya sempat bersarapan dengan kopi dan biskut. Bila dah buat kerja tu, kalau bole nak cepat selesai, jadi takde nak nyambung makan. Selesai dalam pukul 2 petang. Baru masak nasi. Baru perasan perut dah nyanyi lagu keroncong teramatlah rancak. Nasib baik ada lauk yang mak sedara masak malam semalam, masih elok. Panaskan jer. Siap masak terus hidang cam ni je. Tak sempat dah nak berhidang-hidang. Macam berkelah dengan periuk kuali semua, perut lapar, semua sedap.
Alhamdulillah terimakasih ya Allah..
Operasi banjir kat rumah arwah Ma.
15 Jan 2015
Persepsi sebahagian suami terhadap isteri mereka...
Isteri...umpama sayap kiri bagi seorang suami.. |
Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal:
Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor:
Halimah pula?
Encik Zainal:
Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor:
Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal:
Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor:
Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal:
Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30
pagi.
Kaunselor:
Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal:
Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor:
Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal:
Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.
Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor:
Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal:
Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor:
Apa Halimah buat?
Encik Zainal:
Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah
menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting - Hargai mereka!!
Esok balik Terengganu jap.
Esok kami bercadang nak balik Terengganu. Nampaknya anak-anak terpaksa memonteng sekolah hingga hari isnin, saya pun amik cuti juga jumaat dan isnin tu. Apa? Oo..kenapa tak balik masa cuti sekolah ritu? Nak balik, tapi takut tersangkut tengah jalan, sebab masa tu masih hujan, dan sesetengah tempat cam Kemaman tu takleh lalu sebab banjir.
Tak taula apa jadi dengan baju-baju kakak dalam satu beg besar tu. Mak sedara cakap dia tak larat nak angkat bawak naik tingkat atas rumah. Tenggelam dalam air pasang. Air pasang naik 10 malam berturut-turut. Kesian kakak. Baju dalam beg tu semua baru-baru. Saya dah beberapa kali bebel kat en. abah ..." Bah, kenapa tak bawak naik atas beg tu, letak dalam stor dapur Ma tu, memangla tenggelam.." Sat lagi bila datang rasa terkilan tu saya bebel lagi..." Bah, sayang baju kakak dalam beg tu, rasanya sume rosak tu, kenapala tak bawak naik atas..". En. abah awalnya menjawab juga..." Mana abang tau air nak pasang.." Tapi bila dah banyak kali kena bebel dia dah tak kuasa menjawab.
Masa amik kakak dari asrama SESTER Kuala Terengganu tu, barang-barang dia je dah penuh satu Exora. Jadi masa nak balik KL tu, barang-barang kakak ditinggalkan separuh kat rumah arwah mak. Tak muat nak bawak balik semua. Ingatkan suami angkat semua bawak naik tingkat atas, rupanya beg baju kakak tu disimpan dalam stor dapur arwah mak. Stor tu memang dah kosong, tu la kot disimpannya beg kakak kat dalam tu.
Kalau ikut apa yang mak sedara cerita banyak yang nak kena kemas. Yela...saya takleh nak harapkan mak sedara buat semua. Dia dah tak larat juga. Mesin basuh, dapur, peti sejuk, almari pinggan semua tenggelam. Almari pinggan kena buang sebab dah kembang berendam air. Bilik air mak sedara tak larat nak basuh, jadi banyak jugala kerjanya.
Seingat saya sejak empangan Kenyir dibina dah jarang air pasang malam, cuma setahun dua ni ada balik air pasang ni, dan tahun lepas paling teruk, sampai 10 malam berturut-turut. Pukul 5 petang dah start naik, pagi surut, mak sedara cuci juga apa yang dia larat, sebab kalau biar lagi tebal lumpur tu, lagi susah nak cuci, jadi siang cuci, malam air pasang, cuci lagi esoknya..cam tula berturut-turut 10 malam.
Ruang tamu arwah Ma, air pasang hingga tingginya sampai ke singki tu, kalau ikut cerita mak sedara, jadi almari pinggan ma tu ( sebelah tv ) memang almari lama, mana tak kembang terendam air . |
Harap-harap dapat settle dalam masa dua hari tu, sabtu dan ahad. Isnin balik sini semula. In shaa Allah.
My Birthday Give Away-by Dr. Shikin.
Saya ditag untuk join segmen Dr. Shikin ni. Tq Ciksiti PruBSN.Takaful. Pastu saya pun disyaratkan untuk tag sorang lagi rakan blogger, jadi saya nak tag...Fair babY_pose |
14 Jan 2015
Cuba tips ni.
Selesai kelas. Duduk rehat jap. Sambil belek-belek phone, jumpa tips ni. Macam best jer. Bagi ibu-ibu yang anaknya baru masuk darjah 1, belum tahu tengok jadual, cer ikut tips ni, tapi rasanya anak-anak yang dah boleh ikut jadual pun boleh pakai ni. Saya pun nak cubalah...ok..nanti nak sticker warna-warni ni kat pasaraya.
Kisah sedih seorang ibu..pasti air matamu mengalir..
google imej |
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak.
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”
“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
* hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan dia jika dia sudah menghadap yang Maha Esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lama anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira. *
SUMBER
13 Jan 2015
1st Mini Cash Giveaway 2015 wwwbubblynotes.com.
Klik banner untuk join Farah..akak join segmen Farah yea. Tapi first nak minta sori sebab jarang berkunjung ke blog Farah, bukan sombong tau, cuma kekadang tu bila Farah banyak bagi tips tentang anak-anak, bila anak demam, camane nak hilangkan lebam atau camane penjagaan rambut anak yang kerinting...( sori tau tak dapat bagi link kat entri-entri yang akak sebut tu, line tenet slow sangat ni ) jadi rasa macam dah tau, keh-keh.. Cuma, akak memang salute sebab Farah rajin sangat update entri, kadang tu sampai empat lima satu hari kan, ishh..dalam sibuk-sibuk kerja dan menghadapi kerenah si mata boolat Ash yang makin lasak tu kan, kalau akak memang tak terkejar, pastu takde idea la nak selalu update..shhhhh..Farah cer bagi tips camane nak cari idea untuk update blog selalu.. ok la Farah..semoga terus gigih membesarkan Ash, terus dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan bubblynotes terus ceria dengan berbagai tips berguna untuk ibu-ibu muda di luar sana. |
Hebatnya kata-kata ini.
*** Aku gembira bila Allah menerima doaku***
~~ kerana itu adalah kehendakku~~
*** Tapi aku lebih gembira jika Allah tidak mrnerima doaku***
~~ kerana itu adalah kehendak Tuhanku~~
Hebatkan kata-kata di atas tu. Penuh sangka baik terhadap Tuhan. Tidak memberontak, tidak mengeluh. Kalau kita-...? Uishhh...jenuh mengeluh, ...."bilalah nak kaya ni" kalau kita miskin, atau..." bilalah nak baik sakit ni, rasa macam nak mati dah ni"...ingat senang ke bila dah mati? Mati, ingat habis semua jadi tanah macam tu aje, tak payah nak berdepan dengan malaikat mungkar nakir? Takde siksa kubur? Mati...Masya Allah...lagi susah jika tak bawak balik bekal banyak-banyak. Kita menghadap banjir yang air tu pun dah cukup siksa, tu pun ramai je yang sudi menolong, menghulur simpati....kat akhirat, nak minta tolong sape, nak minta syafaat Rasulullah, boleh ke...? Masa hidup dulu, nak berselawat pun malas....aduhaiiii, Rasulullah pun tak sudi nak pandang.
~~~~ sekadar peringatan untuk diriku yang selalu terlupa., pun dok asyik mengeluh, asyik merungut, jarang bersyukur....ampun ya Allah...~~~~
Masya Allah..hampir terlupa..kata-kata kat atas tu, nak tahu tak kata-kata siapa? Aci tak kalau kengkawan cuba teka? Kalau betul ucapla tahniah untuk diri sendiri..hi hi.
Selamat menempuh alam baru Muhammad Hilman
12 Jan 2015
Keajaiban Allah di sekolah tahfiz.
Sungai yang dimaksudkan |
sukarelawan bersama ahli pondok. |
Kawasan pondok yang terselamat dari bencana banjir. |
11 Jan 2015
Amalan mudah yang sering dilupakan.
Banyak amalan sunnah yang mudah yang beerkait dengan kehidupan kita sehari-hari contohnya mendahulukan anggota kanan, bersugi setiap kali nak solat, memakai wangi-wangian ( kaum wanita tidak boleh berlebihan, jika sampai tercium oleh lelaki bukan mahram kita dianggap berzina, so berhati-hatilah ), yang kita abaikan, padahal benda tu cukup mudah sebenarnya.
9 Jan 2015
Kot nak baca, bacalah, he he..
Salam jumaat kengkawan, semoga semuanya mendapat keampunan Allah, kasih-sayang dan rahmatNya sentiasa.
Saya masih berpeluang bekerja di tempat kerja lama dulu, ebuah tadika di pr 18, putra jaya. Masih menumpang seorang kawan, kak Faridah Saad. Tinggal agak jauh, jadi saya kena keluar dengan suami, turun di sebuah stesen bas, dan tunggu kak Faridah di situ. Nanti dah bukak sekolah suami kena keluar sebelum subuh, sebab subuh pun masuk lewat, jadi saya turun di sebuah masjid, solat subuh di situ, lepas tu yunggu kak Faridah di situ.
Nak balik, saya tak balik dengan kak Faridah, sebab suami dia selalunya ada OT sampai pukul 6. Jadi balik saya dihantar oleh sorang kawan di tadika, saya turun di sebuah stesen petronas, solat asar di sana, dan tunggu suami yang sampai kekira pukul 5.30 petang di situ.
Mak aiii...susahnya.
Tak. Perkara yang kita suka buat, ibarat dah jadi darah daging kita, in shaa Allah tak menjadi satu kesusahan. Saya ni dah 20 tahun bersama dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ni. Kenapa tak cari tadika berhampiran? ( mungkin ada kengkawan yang tanya macam ni kan)
Susah saya terangkan di sini, kengkawan tak kan faham...cuma apa yang dapat saya katakan, duit bukan segalanya.
Ataupun kalau ada yang bertanya ..." aikkkk, balik pun sampai berantar..?" Laaaa, saya takde transpot sendiri, kenalah diambil, dihantar. Lagipun mereka nak gunakan cikgu berpengalaman macam saya, sebab tu mereka sanggup hantar saya balik. Lagipun saya suka, sebab saya cuma kerja 3 hari je, he he..
Oklah kengkawan, takat ni dulu untuk hari ni, in shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi.
8 Jan 2015
Bukan rezeki saya..kot..
keluarga bahagia itu juga rezeki yang wajib disyukuri- google imej |
6 Jan 2015
Merokok itu bagus! Boleh mendatangkan ilham dan idea..katanya..
Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan anda kaya dan berjaya.
Bertemu Sahabat Lama
Baru baru ini, saya berjumpa dengan beberapa sahabat lama saya. Mereka semua kawan saya di sekolah rendah dahulu.
Semasa bersembang di kedai makan, kawan saya A menyalakan lighter beliau. Beliau duduk disebelah kiri saya.
Saya rasa beliau tahu kot saya tak suka bau asap rokok.
So, beliau pun pegang rokok dengan tangan kiri agar ia jauh daripada saya.
Ada sikit sikit angin yang datang ke saya, saya terbau jugalah asap rokok tu sikit.
Saya cover la sikit sikit hidung saya dengan tangan. Tak nak sedut asap tu.
Pendek kata, ok la.. Ada angin yang menolak asap tu menjauhi saya.
Asap rokok yang dilepaskan boleh membahayakan kesihatan orang lain.
Tidak lama selepas itu, rakan disebelah kanan saya pula yang hisap rokok.
Fuh....kali ni saya agak tersentap. Sebabnya, asap rokok datang ke arah saya.
"Ko ni Z, bila nak berhenti merokok?"
Hehe... Terus kami semeja semua bercakap pasal rokok.
Kata mereka yang merokok, bukan mereka tak nak berhenti tetapi dah jadi ketagihan. Tak leh nak berhenti.
Selepas itu, seorang lagi sahabat saya menceritakan pengalaman beliau memberi tazkirah kepada bapa saudaranya yang merokok.
"Rokok ni haram.. Bla bla bla....."
Semua dalil dikeluarkannya kepada bapa saudaranya. Tapi, bapa saudaranya berhujah merokok ni bagus sebab boleh bagi idea dan ilham ketika nak buat kerja.
Bila merokok, idea yang mantap akan datang.
Pendek kata, merokok satu amalan yang bagus dan perlu diteruskan.
Tiba tiba, ayah kawan saya ni terdengar perbincangan mereka.
Terus dia sound, "Kalaulah hang kata merokok ni bagus, la ni tok sah cakap banyak. Hang suruh anak hang yang kecil tu hisap rokok. Bagi kat dia. Baru otak dia jadi bagus. Baru idea dia datang banyak. Kalau merokok tu bagus, tolong galakkan anak hang hisap rokok."
Perghhh......
Satu hujah yang sangat power dan dah tak boleh nak dilawan lagi. Tersenyap mereka yang mempertahankan hujah merokok tu bagus.
Kesian kan... Bagi saya.... Kesian mereka yang merokok.
Allah bagi rezeki kemudian pi bakar. Then berdoa kat Allah minta murahkan rezeki. Allah pun malas nak bagi rezeki kat orang macam ni yang tak tahu nak menghargai rezeki yang Allah bagi.
Tak tahu nak bersyukur.
Sanggup beli rokok sehari RM13. Tetapi rasa takut nak menderma bila masuk ke dalam masjid. Seminggu derma RM1. Itu pun bila tabung Jumaat lalu masa solat Jumaat. Itu pun kalau tak tidur. Kalau tak,'selamat' duit tak menderma.
Agak agaklah kan... Allah nak bagi rezeki banyak tak kat orang macam ni?
Cakap kat orang sebelah, "Memang tak lah kan !!!!!"
Kepada rerakan yang membaca entri ini, jika anda merokok dan merasakan ia bagus. Jangan bertangguh lagi, sila galakkan anak anda hisap rokok.
Jika anda rasa ia tindakan yang bodoh, cadangan saya berazam lah untuk berhenti merokok.
Ingat yer, merokok itu HARAM.
Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berhenti hisap rokok.
Wassalam
5 Jan 2015
4 Jan 2015
Saya tengah belajar ni.
senang bagi orang yang dah faham, tapi saya nak kena study lagi ni. Sebab apa nak buat duit? Laa..duit kan, sape tak suka duit. Orang kata nak mati pun kena guna duit, apalagi bagi yang hidup ni. Tapi duit bukan matlamat, duit tu kalau betul caranya boleh jadi jambatan ke syurga. Nauzubillah..jauhkan hambaMu ini dari cinta dunia...niat hamba cuma nak sedikit ya Allah..jadikan hamba miskin yang redha ya Allah.. Menurut bro HH ada 4 cara nak buat duit dengan blog ni. Tapi saya baru tinjau, tu pun sikit-sikit je, tapi saya tengah cuba nak faham-fahamkan diri saya tentang teknik SEO tu. Tak tipu la..sebenarnya dah nak masuk dua tahun dalam dunia blogger ni, saya tak pernah jana apa-apa income pun. Ermmmm..serius ke saya nak belajar ni? Takpelah..saya cuba belajar pelan-pelan dengan bantuan blog bro HH, then kalau tak boleh juga, nak buat camana kan. Mungkin saya stick dengan menulis untuk suka-suka je lah..kan? |
3 Jan 2015
Bergema di seluruh alam.
Hari ini 3 januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiul Awwal 1436 H, seluruh alam bergema dengan selawat, mudah-mudahan tanda rindu, tanda cinta pada seorang manusia yang begitu besar jasanya kepada seluruh ummat manusia. Sungguh tidak kami terbalas akan jasamu, kerana Tuan kami mendapat iman dan Islam, kerana kasih-sayang Tuan kami selamat.
Moga bait-bait selawat yang lahir di bibir kami, benar-benar tanda rindu kami terhadapmu, mudah-mudahan bukan hari ini sahaja kami berselawat, tapi anugerahkan hati kami agar tidak lekang dari merinduimu, wahai Tuan yang amat berjasa, sebagaimana Tuan merindui kami lebih dari 1400 yang lalu.
2 Jan 2015
Sikit je pagi ni.
Hari ni takde apa nak cerita sangat. Cuma pagi ni nak pegi tengok tempat kerja kakak di sebuah taska, kakak jadi pengasuh bebudak, itulah pilihan yang ada buat masa ni, Alhamdulillah..nampak sangat kakak dah jemu duduk kat rumah, yelah..duk asrama macam-macam benda boleh buat, panjat gunung, outing, berkayak, memanah..kat rumah asyik-asyik kena marah dengan ibu sebab tak pandai potong bawang pun..
Pastu, kalau sempat nak ziarah pusara bonda, dah hampir dua bulan tak ke sana.Bukan sengaja..sibuk dengan hari penyampaian hadiah dan hujan sejak kebelakangan ni..mudah-mudahan hari ni Allah izinkan.
Dan sekali lagi..minta sangat dengan kengkawan yang join segmen saya hari tu dapat segera hubungi saya di whatsapp 0122127148, atau sms ke 0189010340 dan tinggalkan alamat anda untuk sedikit cenderahati, in shaa Allah..
Dan..tak lupa..ampun maaf salah silap, semoga rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah selalu bersama kita, aminn.
kenangan syawal 2014. Kakak dan adik-adik. |
1 Jan 2015
Nilai bencana banjir dengan seluruh pancaindera.
Mungkin selepas air sudah mulai beransur surut, perasaan bimbang kita akan keselamatan mangsa banjir, baik yang ditempatkkan di pusat pemidahan, maupun yang terkepung atau kelaparan kerana kesukaran pasukan menyelamat masuki sudah tiada, tetapi perasaan lain pula kini menyerang kita, dan ia lebih menyayukan perasaan apa menyaksikan kesan pasca banjir.
kemusnahan di Kelantan 2014. |
Kemusnahan di Aceh kerana tsunami 2004. |
Bagi mereka yang sudah terbiasa menyaksikan keadaan demikian, (bencana alam) mungkin tidak begitu luluh hatinya. Tetapi bagi yang baru pertama kali menyaksinya, perasaan hiba dan sebak tidak dapat dielakkan. Mungkin sudah ada yang kekeringan air mata apabila menyaksikan audio visual banjir itu.
Gambar-gambar yang dikirimkan dalam media baru kini menceritakan segala-galanya. Kini segala kedahsyatan itu tidak boleh
disembunyikan lagi atau dilindungi dengan perkataan-pekataan untuk memujuk hati agar tidak bimbang cemas. Tangisan dan air mata tidak biasa sapu dan diusapi oleh sesiapa jua.
Saya yakin kalau kita menjejaki sendiri kaki ke lembah bencana itu kita jadi makin sayu dan terharu. Tidak dinafikan bukan semua audio visual yang dipaparkan dalam media massa rasmi (Kerajaan) memaparkan perkara sebenar kerana ia ada etika tersendiri.
Ucapan atau kenyataan banjir kononnya terkawal, ataupun ia tidak seteruk bencana banjir tahun 1967, atau pun pihak kerajaan mampu menanganinya dengan baik, ia sudah tidak relevan lagi. Perkataan itu tidak boleh menutupi apa yang dapat disaksikan kini. Mungkin timbul perasaan kesal kepada mereka yang berkeras untuk "membela" banjir kali ini dengan tidak mengistyharkan darurat untuk menunjukkan wibawa diri yang hebat dan prihatin?
Malam tadi saya menghabiskan masa hingga ke Subuh melihat gambar-gambar kesan banjir yang diposkan oleh rakan-rakan facebook masing-masing. Semua bentuk kemusnahan dan kehancuran ditunjukkan dalam gambar-gambar yang dipaparkan. Lihatlah sendiri mungkin bahasa hati anda lebih tepat untuk menilai dan menguhumnya dan saya sama sekali tidak cuba memberi gambaran berlebihan daripada yang hakikat.
Sepanjang saya melihat gambar-gambar itu deria bau saya terhindu wap kehancuran di Aceh. Aroma mayat manusia yang serta bau hanyir dan hampir lumpur tsunami yang terhidu 10 tahun lalu menerpa saya kembali. Seolah-olah bau sama sedang berterangan di seluruh Kelantan pada masa ini. Air mata saya berseka-seka di mata ketika ini.
Cuma apa yang dapat saya tegaskan di sini, banjir yang doleh dinamakan sebagai BAH KUNING melanda negeri Cik Siti Wan Kembang khasnya pada hujung tahun ini amat dahsyat dan memilukan sekali. Walaupun jumlah kehilangan nyawa dan hilang yang dilaporkan rasmi oleh pihak polis tidak ramai, (tidak sampai 10 orang) tetapi kesan dan bah itu telah memakan korban harta benda yang banyak. Kandati pun banyak sudah pasti nilainya tidak sama dengan nyawa yang hilang sebanyak 9 orang itu? Hatta kalau Bah Kuning itu meragut satu nyawa pun bagi saya ia adalah satu kehilangan.
Mengenai bah Kuning yang melanda Kelantan itu tidak salah kalau saya menamakan ianya seolah-olah sebagai menyambut ulang tahun tragedi Tsunami yang melanda Aceh 26 Disember 2004. Apakah ia adalah satu kesenimbungan. Kebetulan pula kedua negeri Kelantan dan Aceh dikenali dengan nama jolokan Serambi Makkah. Apakah ia satu ujian untuk kedua-dua rakyat negeri berkenaan? Dan satu isyarat jelas dari Tuhan untuk seluruh manusia dan isi alam?
Saya bukan berlebih dan emosional kepada Kelantan dalam membuat penilaian ini, tetapi hakikatnya Kelantan adalah negeri paling menderita dan sangsara dilanda banjir. Manakala Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang adalah paling memilukan. Saya yakin dan percaya gambar-gambar yang dipapar rakan-rakan di dalam Facebook masing-masing adalah gambar asli dari dua jajahan berkenaan.
Tiada kata-kata lagi yang boleh digunakan untuk menggambar keparahan itu. Hanya deria dan pancaraindra kita sahaja dapat mentafsirkannya. Di sini juga saya ada paparkan gambar-gambar kesan tsunami di Aceh yang saya rakam sendiri 10 tahun lepas untuk dijadikan perbandingan dan penialaian adil dari sudut perikemanusiaan.
Anda budiman dapat menyaksikan dan membuat penilaian sendiri. Saksi dan bandingkan kemusanahan di Kuala Krai atau Gua Musang dengan kemusanahan di Aceh itu. Mungkin perbezaan yang ketara ialah di Kuala Krai dan Gua Musang tiada longgokan mayat seperti di Aceh. Tetapi yang jelas bumi, tumbuh-tumbuhan dan rumah sampai lunyai dan lumat serta segala macam kehancur berlaku seperti di Aceh.
Bagi saya kesangsaraan mangsa banjir dan tsunami Aceh sama sahaja. Mereka kehilangan harta benda dan mengalami truma dengan kejadian. Deruan air dan kocakan gelora yang melewati di hadapan mata kemudian merembatkan apa yang ada di hadapan mata, menenggelam dan menghilangkan kediaman mereka terus menghantaui minda mangsa. Begitu jugalah yang disaksikan oleh rakyat Aceh bahana tsunami dahulu. Ombak besar itu menyapu licin kediaman mereka. Tapak rumah hanya tinggal tungku-tungku tiang, nah begitu juga di Kuala Krai dan Gua Musang.
Tidak benar kalau ada orang mengatakan bencana banjir di Kelantan itu adalah perkara biasa. Sebenarnya ia luar biasa yang saya luar biasa diluar jangkaan manusia. Ia bukan lagi pesta air di hujung tahun seperti sebelum ini. Ia adalah cabaran dan tidak boleh ditangani secara tradisi dan konvensional lagi. Justeru bencana banjir itu tidak lagi dinanti dengan seadanya, tetapi harus dengan penuh bersiap siaga.
Di bawah ini saya paparkan beberapa keping gambar kemusanahan akibat banjir terutamanya di Kuala Krai dan Gua Musang. Gambar ini saya paut daripada wall Facebook rakan-rakan saya. (Harap izinkan). Manakala dibawah pula saya paparkan kembali suasana tsunami di Aceh yang saya rakam sendiri dengan lensa kamera saya. Banding dan saksikan semoga kita akan mendapat pengajaran dan iktibar daripadanya. Dalam pada itu jangan lupa tabung derma untuk mangsa banjir Bukit Bekok masih dibuka.
Landskap alam sekitar hansur. |
Kemusnah harta benda yang banyak. |
Jalan runtuh dan memutuskan hubungan. |
Puing-puing keruntuhan rumah. |
Menjadi padang jarak padang terkukur. |
Masalah pasca banjir, membersih lumpur. |
Rumah hancur yang tinggal tapak sahaja. |
Jalan ditutup lumpur tsunami. |
Tangga masjid dilumur selut bekas longgokan mayat. |
Timbunan sampah yang dibawah arus tsunami. |
Sebuah ruhmah lumat sama sekali dipukul tsunami. |
Sebuah kapal kecil diheret tsunami ke depan hotel. |
Bungkusan mayat yang tidak wujud di Kelantan. |
Sebatang sungai dipenuhi sampah dan mayat di Aceh. |
Tsunami memusnahkan landskap sungai. |