Asam Garam Kehidupan: January 2016

Pages

29 Jan 2016

Yes, yesss..

Tak sabar dah, penat dah, letih bebeno, tak larat, tak kuasa...haa...apa lagi yang tak, tak..
Akhirnya hari ni tiba jua. Salam jumaat saiyidul ayyam korang, terutama para sahabat alamaya yang sangat ku kasihi, moga korang semua berada dalam rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah selalu, aminnn..

Bagi orang bekojo cam den ni memang nunggu hari jumaat, sebab esok boleh cuti weyh. Penat, tak larat, tak koso dah bila sampai hari khamis, pagi jumaat segar balik, hi hi..

Tue doh, mane dok ghok nye...., wey, tue jangang sebuk nah, sebuklah hok sedak sikit dengo, otai ke, berpelangamang ke, baru ah semangak sikit, dok gitu..

Idok le kome, hari jumaat ni kan banyak kelebihannya. Maih nak sebut mana yang teringat.

1) Boleh potong kuku, ikut sunnah nabi, potong kuku hari jumaat, dapat pahala. Korang tau tak cara potong kuku yang betul? Alaaaa....takkanla tak tau.

2) Sedekah hari jumaat, bergando pahalo eh.

3) Baca surah Al Kahfi, amalkan moga kita terhindar dari fitnah dajjal. Kalau tak dapat baca penuh bacalah 10 ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.

4) Ada satu detik dalam hari jumaat ni, detik doa yang sangat makbul, haa...ambik kesempatan, kita minta yang elok- elok je hari ni, sepanjang hari. Tak silap yang lebih tepatnya selepas waktu asar.

5) Bagi orang lelaki dapat gi solat jumaat, mandi sunat hari jumaat, berwangi-wangian kan best tu. Rugi besar tau korang orang lelaki kalau ponteng solat jumaat, dahla seminggu sekali je, amikla peluang ni.

Ermmm, tu jelah yang teringat kat den ni ha. Esok-esok gok kalo tingak lagi baru tulih lagi.

Tq korang singgah, baca, komen. Sayang korang, in shaa Allah moga kita semua hari ini berada dalam rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah hendaknya, aminn.

27 Jan 2016

Sedekah sepotong roti.

Saya sangat terkesan dengan kisah kelebihan bersedekah yang saya syer di bawah. Memang banyak sungguh fadhilat bersedekah yang saya kira ramai kita telah maklum. Cuma pada saya kisah di bawah ni menunjukkan betapa sifat Rahman dan Rahim Allah pada hamba yang berdosa. Jom..kita hayati bersama.

Dahulu, di sebuah tempat ibadah, ada seorang lelaki yang tekun beribadah. Tujuh puluh tahun lebih dia tekun beribadah. Dia tidak pernah meninggalkan tempat ibadahnya, kecuali pada hari-hari tertentu yang telah ditetapkannya sendiri. Tetapi pada suatu hari dia telah digoda oleh seorang wanita sehingga dia terpedaya oleh pujuk rayunya.

Dia hidup bergelumang dosa selama tujuh hari seperti mana hubungan suami isteri. Tapi kemudiannya dia tersedar dan segera bertaubat dan dia meninggalkan tempat ibadahnya, mengembara sambil tak putus-putusnya melafazkan taubat dan mendirikan solat.

Akhirnya sekian lama mengembara dia sampai ke sebuah pondok yang didiami oleh dua belas orang fakir miskin. Dia ingin menumpang bermalam di situ kerana keletihan yang amat sangat.

Berhampiran pondok itu tinggal seorang pendeta yang setiap malam menghantar sepotong roti untuk fakir miskin tersebut. 12 potong roti untuk 12 orang fakir miskin, tetapi malam itu lelaki yang sedang bertaubat itu turut mendapat sepotong roti kerana disangka fakir miskin yang tinggal di situ.

Jadi salah seorang dari fakir miskin tersebut tidak mendapat roti. Lalu dia bertanya kepada pendeta yang memberikan roti tersebut. " Mengapa aku tidak mendapat roti seperti selalu?"

Lalu dijawab sipendeta, bahawa roti yang dibawanya telah habis kerana dia hanya membawa 12 potong roti seperti selalu. Mendengar hal itu, si lelaki yang bertaubat segera memberikan rotinya kepada lelaki yang tidak mendapat roti tadi. Keesokan harinya lelaki yang bertaubat itu meninggal dunia...

Di hadapan Allah, ditimbang amal ibadahnya yang selama 70 tahun dengan dosa yang dilakukan selama 7 hari itu. Ternya hasil timbangan tersebut: Amal ibadah yang dilakukannya selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukan selama tujuh malam. Tetapi ketika dosa yang dilakukan selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikan kepada fakir miskin yang sangat memerluksn, ternyata amalnya dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Sungguh besarnya rahmat dan kasih sayang Allah pada hambaNya yang ikhlas .Dan yang penting juga kita sebagai hamba tidak boleh sama sekali berputus asa dari Rahmat Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana nafas belum sampai ke ghalgharah.....

Tauhidnya belum mantap.

" Baby, kenapa tak habiskan ikan tu, tak baik membazir, nanti kat akhirat kena hisab, Allah tanya kenapa membazir, camane nak jawab?"

Aku memang tekankan supaya anak-anak habiskan makanan di pinggan, licin tak tinggalkan seulas nasi pun, tapi biasalah kalo lauk ikan bebudak ni kurang gemar, kecuali ikan goreng garing-garing cecah sambal kicap, barulah licin sampai ke tulang-tulangnya sekali.

Ni jawabnya si budak pandai ngelat ni..

" Takpelah, nanti bb jawab la bb dah kenyang, tak larat dah nak habiskan."

Ha kan, itulah jawabnya si budak yang belum mantap tauhidnya ni, nampaknya ibu kena buat sesuatu ni.

Dah tu mentang-mentangla dia tu bongsu, ada je kakak abang tolong itu, ini, banyakla dia lepas tangan. Tapi aku tetap tekankan tanggungjawab yang dia wajib buat sendiri, macam sangkut baju sendiri, simpan beg sekolah, tengok jadual, tapi cam biasa, ada je ngelatnya..

Cam biasa, suara ibu mula meninggi bila cakap elok-elok dia buat dek je.

" Ni camane ni, semua nak harapkan ibu buat, sok kalo ibu mati camane?"

" Takpela, ibu mati, abah ada bole buat," jawabnya buat ibu sentap sikit,...Oo, kau tak sedih ek ibu takde..

" Habis, kalo abah pun mati?" Umpanku.

" Abah mati, Iman ada." Jawab dia senang hati. Sampai la habis disebut abang, kakak semua ada, bila aku sebut sorang-sorang mati. Ermmm..memang nak kena budak ni. Mati akal ibu dibuatnya.

Tulah dianya cerita anak- anak, ibu abadikan untuk kenangan hari dewasa korang nanti dan kenangan hari tua ibu nanti. Doa ibu selalu untuk korang.

25 Jan 2016

Jom try sesiapa yang sakit lutut.

Tak malu ngaku, aku pun dah mula sakit lutut. Gel pelincir dah nak habih kot. Padanlah dengan umur yang dah nak masuk senja ni. Sakit sana-sini tu lazim, kalo tak sakit memanjang rasa muda je, tak ingat pulak nak beramal, tau-tau dah sampai ke batu dua...

Lutut kanan ni dah rasa sakit dari tahun lepas dah, lagi-lagi hari-hari dok kena manjat tangga kat tadika tu. Lot rumah kedai kan, tadika kat tingkat atas, kalo yang muda tengah sibuk dengan urusan memasing, terpaksala yang tua ni menggagahkan diri turun naik sambut budak, pastu dan-dan rasa nak quit, tapi bila dah dapat gaji rasa semangat balik, hi hi.

Nak syer satu amalan ni, mana nak tau kan, sesapa yang rajin ngukur jalan, yang dah rasa longgaq lutut tu, jom kita amalkan ayat ni, in shaa Allah, yakin dan istiqomah...
Ayat ni dari surah yasin ayat 78 dan 79.
قا ل من يحى العظم وهى رميم. ٧٨
قل يحييهاالذ انشاءهااول مرة. ٧٩

Baca 7 kali sambil sapu lutut yang sakit tu. Amalkan selalu, sambil duduk-duduk kat depan tv ka, daripada duduk sesaja, baik kita cuba kan, mana nak tau kan dengan berkat keajaiban mukjizat Al Quran, hilang sakit lutut tu. In shaa Allah.

23 Jan 2016

Korang bersedia tak?

Hari ni telur goreng, esok ikan goreng dua ekoq syer sekeluarga, lusa teluq masak kicap, tulat ikan kering 3 rasa, tungging...entah...korang plan la sendiri.

Yelah, kenala bersedia bajet keluarga apa patut, demi survival anak yang nak sambung belajar kat u, tahun depan abang tengah plak in shaa Allah sambung u, si kakak tengah pun nak masuk tingkatan satu. Semua tu makan belanja bukan sikit. Kalo biasiswa kakak kena tarik balik, si abang besar tak dapat biasiswa, tentulah duit poket ibu abah yang kena keluar habis-habisan. Sekarang ni pun abah cuma mampu bagi belanja bulan rm300 untuk kakak, si abang besar yang kat asrama rm100, habis kalo tak dapat biasiswa atau biasiswa kena tarik, aduihhh, aduihhh...sakit semuanya,....kesian anak-anak ku terpaksa ikat perut, dengan belanja makan kat kolej yang serba mahal, dengan bahan-bahan untuk assigment yang bukan sikit, aduihhh...taknak ngeluh, tapi termengeluh jugak nih nampaknya.

Jadi, kenalah belajaq awai-awai. Cam arini, goreng teloq, rebus sayuq bendi, sambai kicap, perut tengah lapaq sangat, lauk camni dah cukup heaven dah ni.

Ni lauk emergency bila dah lapaq sangat balik dari pasar, mana sempat dah nak siang ikan, sotong bagai. Dan macam saya cakap kat atas tadi, persediaan awal mak pak marhaen cam kitorang ni demi kebajikan anak yang nak sambung belajar.

21 Jan 2016

Jangan buang masa.

Contohi diorang ni, kena paksa rela..ha ha..sebab ticernya nak bagi cepat pandai baca. Sambil tunggu masa mandi pun kena membaca..

Takpe, bersusah-susah dahulu..menuntut ilmu kan tak pernah berhenti. Semoga anak- anak ini menjadi anak yang soleh semuanya, aminnn...

18 Jan 2016

Kucing dan kita..

Diriwayatkan telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu sang hakim bertanya..

" kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini?" Jawab lelaki tersebut.." Aku jumpa kucing ni di sebuah lorong ketika ia masih kecil dan lemah, kesejukan dan kelaparan, lalu kubawa pulang, ku pelihara dengan baik sehingga ia besar dan kuat, tetapi sekarang bila ia sudah besar dan sihat, ia membuatku marah dan sakit hati dengan berak di merata-rata tempat dalam rumahku, tak patutkah aku memukulnya...?"

Kemudian berkata hakim tersebut..." Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita daripada kecil yang tersangat lemah dan dhaif lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah kita kecapi, kita masih derhaka kepada Allah. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka Dia masih belum menyiksa dan memukul kita dengan azabNya"

Tersentap dengan teguran hakim yang bijaksana itu, tersedarlah lelaki tersebut di atas dosa-dosanya terhadap Allah.

Aku.....isk..isk...akulah kucing yang tak mengenang budi itu.....

14 Jan 2016

Takkan beralih arah kot...?

Tulah kan, aku sekarang ni dok up entri santai bantai je. Tak macam dulu, entri penuh tazkirah dan pengajaran. Kenapa ek? Aku dah beralih arah ke?

Sebenarnya aku rindu juga nak menulis macam dulu, bahasa tertib, ayat tersusun, ada pengajaran, ada hikmah...tu semua jadi saham aku gak kat akhirat nanti..cuma nak menulis macam tu kena la aku menelaah kitab, cari dalil-dalil, kalau perlu dalil ayat Al Quran kena cari makna ayat...yelah, aku pun ilmu takat cukup makan je, nanti kalo salah tulis, salah beri ilmu, aku gak tanggung dosa. Bukanla aku takmo atau berenti lansung menulis  entri ilmiah ni, in shaa Allah,...ada masa yang sesuai aku akan tulis. Tapi korang pernah baca tak blog tarbiah sentap( sori tak dapat bagi link), aku teringin gak nak tulis entri ilmiah dengan gaya macam tu, tapi tak bole la, tak pandai.

So..buat masa sekarang ni, aku lebih senang dengan entri santai, sebab apa tau,..bila nampak sesuatu, contoh waktu kerja aku dengan di kelilingi oleh ahli syurga setiap hari tu, nampak situasi yang lucu, menarik, terus snap gambar guna hand phone, dah bole up entri guna phone jugak..mudahla bagi aku. Gaya bahasa pun tak perlu nak rasmi sangat, betul tak Okjer, he he..

Jom aku nak share satu ilmu awet muda, kot kita pun bole jadi ahwet muda cam mak kita dengan suaminya Tuan Anas jilapah tu..he he..

Caranya mudah saja, pokok pangkalnya amal dengan yakin dan istiqomah..
1. Selepas solat isya ambil segelas air masak.

2. Selawat 3 kali, lebih lagi bagus, baca Fatihah sekali, ayat kursi sekali dan ayat 35-35 dari surah Al Waqiah sebanyak 7 kali.

3. Minumlah dengan niat untuk menjaga kecantikan diri untuk suami kita aje. Amalkan setiap malam. In shaa Allah..

Dah tau? Takpe, kadang kita memang tau, tapi tak buat, so..manalah tau dengan membacanya sekali lagi di sini, terus tergerak nak amal, ye tak?

Kepada kengkawan baru aku cam PI, arzmoha, Ija Rased, CH sori tau, aku tak dapat balas kunjung ondespot, tapi in shaa Allah aku tetap terjah laman korang, tunggu tau.

13 Jan 2016

Perkara yang buatkan aku sakit hati.

Rasanya baru ahad aritu settle, kosong bakul ni, aikss...ni dah penuh balik, dan yang parahnya sebakul ni kain baju aku sorang je. Camana ek korang cara paling efektif nak settlekan masalah ni, sebab aku tunggu pagi ahad je baru dapat ngadap kain baju ni, sementara nak tunggu pagi ahad tu mata aku sakit je mandang bakul ni..

Kat syurga kain baju tak payah basuh kan, aduhaiiii...peluh pun wangi bak kasturi....

10 Jan 2016

Pengalaman pertama.

Selama ni dia hanya memerhati. Tapi kali ni dia perlu melakukannya sendiri, tiada kompromi, belajarlah sendiri, susah ke, tak pandai ke, tak bersih ke..buat je, belajar je..nanti dah lama sikit nanti okla, bersihla.

Jom, kak tengah ajar..." Macam nilah, letak sabun, gosok-gosok sampai bersih, jemur sampai kering, pastu nanti kita kapo kasi putih"

9 Jan 2016

Kecoh tengah malam.

.Habis gelak dengan citer The god must be crazy 11, naik nak tido, bebudak ni kecoh dengan kehadiran belalang besar di dalam bilik air. Bebi yang dah tido terbangun dek kecoh. Kalo ada my MIL sure belalang tu tak selamat, ditangkap, dibakar sebab katanya belalang pelesit.  MIL aku nih takut belalang tu bawak mudarat, sanggup diligan selagi tak dapat. Aku pun siau gak nengok saiz kan main besar. Anak- anak aku plak anak-anak bandar la sangat..memasing pun penakut juga, terutamanya dengan lipas, baik yang lelaki, baik yang pompuan semua takut, geli..jangan harap nak masuk bilik air kalo ada makhluk tu kat dalam.

Kejut abah bangun, abah kata halaulah sendiri, nak tak nak usahalah sendiri jugak.

Tengok tu, pakai vakum, sekali hampir nak kena sedut, belalang tu menghambur terbang, diorang pun menjerit sakan tetengah malam buta ni. Berselang-seli dengan gelak, aku pun tak bole tahan gelak. Usaha lagi, belalang terbang, menjerit lagi, siram air bagi sayap belalang basah, akhirnya....belalang masuk vakum. Tutup vakum, terkeluar balik, tekup ngan bekas plastik,  tutup..haaaa.. tengok tu saiznya, besar tak besar.

Dah tertangkap dengan bekas sekali dicampak keluar, tak taulah apa nasib belalang tu. Esok gi tengok.

Tiada yang mampu memberi mudharat kecuali dengan izin Allah,  sesungguhnya aku berlindung dari kejahatan syaitan yang direjam..

7 Jan 2016

Walau berat.

Liat juga, macam-macam alasan juga, kadang katanya lapar, tak pun katanya abang tengah takmo tutup tv nanti dia gelak, atau pun menangis mendudu-dudu sebab dah mengantuk sangat bila kena paksa juga. Anak...ibu kena paksa dari sekarang, ajar dari sekarang, tekan dari sekarang kerana jika ibu tak laksanakan tanggungjawab itu, bukan saja tak selesai di dunia, malah lebih hebat, lebih berat ibu akan dipersoalkan di hadapan kadi Rabbul Jalil jika ibu pandang ringan, pandang remeh perkara ini.

Sebenarnya dari kecil kami sudah membiasakan dia dengan solat. Dia suka ikut solat berjemaah dengan kami. Antara kenangan yang sangat kuingat, masa tu umurnya belum mencecah dua tahun, dia cuba melipat dan menyimpan sejadah, bila tak berjaya meletakkan sejadah dengan elok kerana lipatan sejadah terbuka, dia cuba melipat kembali, berulang kali, tak berjaya juga, dia suruh abah lipat, ibu lipat, terburai juga...akhirnya dia menangis, sayangnya video tu tak sempat save dalam pc bila tepon rosak, hanya tersimpan dalam memori ibu je.

Tak terasa begitu cepatnya masa berlalu, 'bebi' ku ini sudah mencecah umur 7 tahun. Nabi kata ajarlah anak solat bila umurnya 7 tahun, dan jika dia enggan menjelang umurnya 10 tahun, rotanlah ia untuk mengajarnya. In shaa Allah anak, ibu akan laksanakan walaupun berat.

6 Jan 2016

Cerita first day and second day.

Alhamdulillah masuk hari kedua ni, rasanya urusan di rumah, urusan nak ke tadika dan kerja di tadika dipermudahkan Allah. Cuma rasa janggal sikit sebab dah takde 'ekor'. Dari umur dia tiga tahun dia mengekor ibu di tadika di Putra Jaya, sampailah tahun lepas di tempat kerja ibu di Semenyih ni, grad ( mbik kau, grad la sangat ) di tangan ibu, hi hi..

Alhamdulillah dua hari ni abah cuti. Kalau tak kes naya juga. Abah kata sampai kat sekolah agama turun dari van dia berdiri je bawah pokok tak tau nak pergi ke perhimpunan, abah le pimpin tangan dia bawak pergi ke padang perhimpunan. Tu cerita kat sekolah agama.

Kat sekolah kebangsaan pun haru juga. First day semalam ibu belikan roti untuk makan masa rehat, ibu bimbang juga masa rehat cuma 20 minit tu dia tak sempat beli makanan, tapi rupanya abah kata bukan takat tak bawak turun roti, air minum, duit belanja semua tak bawak turun ke kantin. Abahla belikan nasi ayam dan air. Kalo tak berlaparla dalam kelas jawabnya.

Hari ni tertinggal air plak. Tapi ibu dah bekalkan karipap. Dia beli la air mineral. Dalam kelas pun dah dapat ramai kawan juga, cuma kelakarnya ada kawan dia tak tau namanya, berkawan je, tapi tak tanya nama, gitew le bebudak.

Ibu pun dah start tekankan solat, menangis jugakla dia solat maghrib sebab penat dan lapar katanya. Eh! mana bole, dari sekarang dah kena mula. Masa tadika dulu cuma berlatih satu waktu je setiap hari, mula dari hari isnin belajar solat subuh, sampailah jumaat solat isya. Alhamdullah semua bacaan dalam solat dia dah tau.

Cuma esok....abah dah start kerja. Bimbang juga nih. Tapi mintak-mintakla dia dah bole bawak diri. Permudahkanlah ya Allah...

kenangan ibu khusus untuk Umar Zikri...moga suatu  hari anak ibu ini dapat membacanya.

3 Jan 2016

Kasih abang dan kakak.

Alhamdulillah, seronok tengok keprihatinan si abang tengah dan kak tengah kepada si bongsu tu. Sorang tolong cari tie, sorang cek alat tulis, pendek kata si bongsu tinggal bangun, mandi, pakai baju, angkat beg. Yang lain semua dah disiapkan oleh abang dan kakak. Kak tengah dah boleh harap tolong gosokkan baju sekolah si bongsu. Alhamdulillah lagi sekali, kurang sikit beban kerja ibu..
Bukan tu aje, berbagai pesan dihambur kepada si bongsu,...." Jangan malu nak jawab bila cikgu tanya, jangan berlari, jangan tu, jangan ni, ingat tak nombor tepon ibu kalu baby demam, cikgu nak tau nambor tepon.."

Dalam hati saya ni berkecamuk juga. Entah macamanelah nak menghadapi esok dan hari-hari seterusnya? Saya dok memikir-mikir jalan nak reduce bayar duit taska, so saya bawak nadhrah transit kat tadika tempat saya kerja tu dengan umar zikri sekali. Itu ofkoslah dengan keizinan my boss, lebiu boss, mmmuah..
........cuma camane nak handle banyak beg ni, beg sekolah, beg baju, beg bekal...sebab takmo pegi dengan suami, awal sangat, sebelum subuh korang..habis, naik apa? Naik van sekolah.  Saya takde kete, ada lesen tapi takut nak drive, habih tu camano?

Begitulah kehidupan, memang selalu diuji, muga aku terus diberi kekuatan jiwa berserta iman dan taqwa dalam menghadapi setiap ujian itu. Kesusahan hidup di dunia ini tak setara dengan kesusahan di akhirat, aku yakin itu.

Allah kan ada, jangan bimbang dengan kesusahan hidup di dunia..

Mana nak dapat benda nih?

Weyh la korang, mana nak cari benda nih? Si abang besar dok merengek mintak carikan, senang nak bawak ke asrama, jahit-jahit seluar trek dia yang selalu koyak di celah k......g tu, google punya google rupanya  alat jahit comey ni mai dari indon sana. Korang sape yang pi jenjalan ke sana tolong belikan untuk saya satu bole? Hi hi.. tapi kat Malaysia mesti ada kan, cuma tak jumpa je.

Ni dah beberapa hari kumengerjakan menjahit lencana baju sekolah kebangsaan, pastu baju sekolah agama, tiga orang anak, sorang 6 helai, cuma si abang tengah je 2 helai baju sekolah menengah. Yang jenuhnya dari dulu-dulu, menjahit pakai tangan ni, kadang tersimpul benang, eee..frust je, kena gunting, kena sambung balik, simpul mati supaya tak terbukak jahitan. Kadang plak tersenget jahitannya, kena buka jugak, macam pagi ni..haaa, ni yang stop kejap, up entri pasai nak cari mesin jahit stapler ni. Nak kena cari jugakla macam gini gayanya, tak kuasa asyik tergendala kerja lain.

2 Jan 2016

Nangka pertama kebun kami.

Kebun kami, ha ha..kebunla sangat. Tanah rezab jalan, belakangnya hutan pokok getah yang dah tak ditoreh. Pokoknya dah lama mylarling tanam, rasanya dah lima tahun. Sebelum ni buahnya selalu kena curi dek monyet. Banyak pulak tu sekali datang, dahla tak takut orang, kita sergah dia, dia sergah kita balik. Mylarling tanam pokok jambu air, pokok kedondong. Pokok jambu adala beberapa kali berbuah, buahnya baru sebesar ibu jari, datang monyet sekali serbu dengan bunga-bunga jambu habis bertaburan di tanah. Sekarang macam merajuk, dah lama tak keluar bunga pun.

Hutan belakang rumah kami ni pernah terbakar masa kemarau tahun 2014. Pokok-pokok di kebun kami ni separuh terbakar daunnya, Alhamdulillah tak mati, sekarang dah merasa kami hasilnya. Dapat juga kongsikan bersama jiran, ermmmm...manis betul buahnya, tapi tak berani makan banyak, takut angin dan sakit urat. Anak-anak pun tak pandai makan.

Tadaaa...buah nangka, mylarling ambil semalam, elok masaknya macam sambut tahun baru 2016 je.
belakangnya hutan, ada monyet.
abadikan kenangan dulu.
kena balut dengan guni supaya selamat.
harum semerbak satu rumah.
masuk plastik, kongsikan dengan jiran.

1 Jan 2016

Lambakan kelendar 2016.

Rasanya tahun ni paling banyak dapat kelendar. Sampai 6 kelendar tu. Kek mano nak sangkut bebanyak ni, tula tamak bona, orang bagi amik, orang bagi amik.

Aku juga ingin menulis di awal tahun 2016 ini.

Antara kenangan istimewa 2015 ialah pertemuan/gathering dengan sepupu sepapat yang sekian lama terpisah, ada yang tak pernah bertemu pun dan pada hari yang sama anak sulungku mendaftar masuk ke UIA Gambang, Kuantan..selebihnya hanya kenangan biasa rasanya. So, selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016 yang tentunya ada cerita lain yang bakal mewarnai hidup kita. Bertambah juga umur, muga bertambah amal untuk bekal di sana. Cuma yang agak musykil di hatiku, kenapa awal tahun hijriah tak disambut semeriah awal tahun masihi ni?

Penutup 2015 semalam, 31/12/2015..ke sekolah Umar Zikri, ada hari suai kenal bagi pelajar tahun satu 2016
, dan ada ujian penentuan kelas juga, dan pembentangan format baru UPSR yang bakal dihadapi oleh Nadhrah Hannani.

Pagi sebelum ke sekolah tu beria-ia dia mencari songkok. Awalnya adalah dua orang termasuk dia yang pakai songkok, steady je dia. Tapi habis kelas jumpa abah dah takmo pakai songkok lagi, agaknya dia tengok orang lain tak pakai pun, jadi dia pun taknak pakai, ermm..anak, anak..

So, hari ni jumaat, 1/1/2016, cuti sempena awal tahun. Kepada kengkawan yang ada agenda ngukur jalan ke, balik kampung ke, cari baju sekolah anak ke..atau apa-apa jelah, didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah, aminn..

Oppss..satu lagi, buat semua teman alamaya dan sesapa je yang tersinggah di teratak saya ni, terimakasih kerana sudi memeriahkan laman ini, ampun maaf jika ada apa yang saya tulis secara tak sengaja menyentuh peribadi kalian, dan semoga ukhwah kita ini kekal hingga ke jannah, aminnn.

Opss, satu lagi, azam? Maleh le kome nak masang azam dah tetua ni, bio le oghang mude je yang masang azam, moge tercapai semuanye, aminnn.

Dah lapar la plak perut ni, nak turun ke dapur dulu ye korang, tengok apa yang ada kat dapur tu untuk sarap pagi ni.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign