Kakak, dua dari depan. |
Pages
31 May 2017
4 Ramadhan 1438H.
30 May 2017
3 Ramadhan 1438H.
Jadi imam untuk kawan-kawan di zaman tadika, sekarang ni solatnya masih kena paksa-paksa. |
29 May 2017
2 Ramadhan 1438H.
Try jual laici dan mix cocktail keluarga Yusuf Taiyoob la plak bulan puasa ni.. |
28 May 2017
1 Ramadhan 1438H.
Alhamdulillah, berjaya juga bawak keluarga berbuka dengan kurma dan air je dulu. Ibu dah bagitau awal nak buat camtu, sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. No objection pun, yelah belum menghadapinya kan.
Tapi sebelum berbuka semalam, tengah Ibu dok masak-masak tu, lebih-lebih lagi tengok ibu masak ayam masak merah lawan plak dengan tomyam seafood, memasing mula merengek nak makan nasi juga masa berbuka, yelah tak pernah-pernah sehayat hidup dorang berbuka dengan air dan kurma dulu, ingat tak berat ke ujian tu, hihi..
Azan maghrib je si Umar Zikri yang berazam nak puasa penuh tahun ni, ha ah..sebelum2 ni dari zaman tadika dan darjah 1 tahun lepas, puasanya puasa sambung2, kot dahaga ibu bagi je izin Kalo nak minum air, so..Kita tengok jelah tahun ni camane. Ibu kalo bulan puasa ni stock kudap2an memang ibu tak beli, jadi kalo lapar pun memang takde benda nak dimakan..eh..jauh lak kona kisah si Umar Zikri dengar Azan maghrib semalam, haa..dialah menangis nak nasi juga, jadi abah pun sendukkan jelah nasi untuk dia, tapi tengok orang lain takde yang menyenduk nasi, dia pun tak jadi menyuap, tapi monyok jer mukanya..kesiann..😂😂
Jadi bermulalah semalam acara berbuka mengikut Sunnah, yang ibu pun tak pernah-pernah buat seumur hidup ibu ni, menderita weyh nafsu ni kena tekan camtu, dah berkobar-kobar nak mengisi perut sekenyang-kenyangnya tetiba kena stop dulu, berbuka sekadarnya, solat maghrib dulu barulah makan nasi.
Cuma semalam tak dapat nak hantar juadah ke surau, sebab tengah-tengah masak tu gas habisla plak. Sempat buat je keria ubi keledek ungu nak sira dengan gula merah, tapi tak sempat goreng, in shaa Allah hari ni kita hantar, tugas abang Imanlah tu.
27 May 2017
Ma makna Ramadhan kareem?
Kita dengar, Kita pun ada tulis, ada mengucapkan sesama kita ucapan Ramadhan Kareem yang bermaksud bulan yang Kita digalakkan bersikap pemurah, dengan saling memberi dan berkongsi rezeki.
Tapi bagaimana agaknya kita nak membalas ucapan itu? Sebaiknya kita jawab begini..Allahu Akram, yang bermaksud Allahlah yang Maha Pemurah, Pemurah dari segala yang pemurah.
Sedikit dari perkongsian radio IKIM.
26 May 2017
Masuk gobok dulu yea
Intro yang entah apa-apa kan. Abaikan..
24 May 2017
Exam yang memeningkan kepala ticer.
Kat bawah ni perbualan aku dan bebudak tu.
" Susah ke senang periksa?" Aku tanya.
" Senang." Bebudak jawab ramai- ramai.
" Habis tu kenapa tak boleh jawab?"
" Memanglah, susah..."
Cer teka, sape yang tengah sawan meniti kat titi bebudak tu?? |
Wajah-wajah ceria dan seronok. |
Camni caranya sayang oii, tengok ni ticer buat.. |
Jenuh dua ekor kuda nak bawak sorang-sorang bebudak yang ada 45 orang aritu, habis je dengar dia merengek penat kot. |
Lapar sudah, sedapnya nasi ayam. |
23 May 2017
Rabbit Fun land- penat naw gayanya.
Tresure hunter, cari telur ayam plastik celah2 rumput, nak no 6 jer.. |
Meniti titian gantung, gayat gak dorang. |
Bagi makan rusa, hebat rusa makan carot you. |
Tak ramai yang berani dan minat nak perah susu lembu, semua pakat lari taknak. |
Unta pun makan carot juga. |
Petik sayur bayam, bagi makan kambing, kandang kambing kat sebelah kebun sayur tu je. Ada gak acara bagi makan ayam, tapi takdelah nak taruk semua gambar kat sini. |
Rabbit pun dah jemu kot makan carot, ada yang buat dek je takmo makan. |
Sampai bertindih. |
Terlentok. |
Terkulai. |
22 May 2017
Kurma ajwa.
Blend kurma campurkan dengan susu segar pun sodap kan, segar je buat juadah berbuka.
21 May 2017
Jom kita bersedia untuk Ramadhan.
Alhamdulillah, menjelang Ramadhan, sunquick ni ada turun harga sikit. Rm10.80, selalu 11.30, berbanding tahun lepas rm10.30. My family suka perisa sunquick ni, rasanya cukup terangkat, ada perisa mangga, buah campuran, rasberi..pendek kata jenama lain memang tak boleh tanding. Minggu depan kalau masih harga yang ni, kita nak amik lagi dua botol. |
Abah...selamat pulang ke kampung halaman..
11.40 pagi, sabtu 20/5/2017 bersamaan 23 syaaban 1438H. |
16 May 2017
Bulan-bulan bahagia.
Sekian banyak ujian..
Sekian banyak juga kegembiraan..
Mungkin kecil pada pandangan orang lain..
Tapi bahagia buatku..
Akhirnya Goki dan Satish bersatu...tapi ada drama di sebaliknya, nak tau nantilah kuceritakan. |
Aku takde insta...ini ucapan yang membahagiakan dari seorang anak.. |
Muhammad Danish dapat dua tawaran, matrik di Perak atau asasi kejuruteraan di UIA, abah lebih suka dia buat matrik, dia nampaknya lebih berminat nak buat asasi, apapun anakku ibu ikut saja, sebaiknya istikharah dulu. |
My first foto book akhirnya siap, sebulan weyh tunggu, berbaloila juga rasanya rm45. Apapun yang Kau takdirkan, semuanya terbaik buatku.. Alhamdulillah..terimakasih ya Allah. |
15 May 2017
Bagaimana wanita pada pandanganmu??
Kita selalu mendengar kisah pemerintahan dinasti Mongol, kisah-kisah kepahlawanan dan keberanian mereka setelah kerajaan mereka menerima kedatangan agama islam, tapi bagaimana agaknya Dinasti Mongol ini menerima islam?
Hari ni kita share lagi ye perkongsian dari radio IKIM dalam slot pesona d zahra yang dikendalikan oleh ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin. Kisahnya begitu menarik dan begitu memberi inspirasi tentang kegigihan pendakwah silam yang tidak mengenal gentar atau takut piada kematian, sehingga islam dapat dimenangkan, itulah kejayaan bagi mereka.
Bagaimana agaknya Raja Mongol ini menerima islam? Sebelum itu sudah ramai pendakwah islam yang syahid ketika cuba menyampaikan islam kepada raja ini. Sehinggalah datangnya seorang yang bernama Syeikh Syamsuddin Buhaizi, waktu itu mungkin juga timbul rasa hairan di hati raja kenapa agaknya para pendakwah ini tetap juga datang walaupun sudah sekian ramai yang dibunuh. Lalu dia bertanya apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Syeikh Syamsuddin Buhaizi menjawab bahawa dia cuma mahu duduk dalam perhimpunan mereka. Itu saja...
Dalam perhimpunan mingguan ini ada saja satu topik yang akan dibincangkan bersama ahli konsul mereka. Satu ketika mereka membincangkan tentang kedudukan wanita di sisi mereka. Wah! Topik hangat nih.
Lalu berbagai pendapat dan pandangan diberi. Ahli konsul yang pertama berkata..dia melihat wanita umpama syisya yang punya berbagai perisa,habis satu perisa akan dibuang dan dia akan cuba pula perisa yang baru.
Seorang ahli konsul yang lain memberikan pendapatnya yang melihat wanita umpama pedang, yang diasah dan diguna sehingga tumpul, dan diasah lagi, diasah lagi..lalu berderailah tertawaan di dalam dewan itu.
Bila tiba giliran syeikh Syamsuddin memberikan pandangan, dia berkata..menurut nabi kami, wanita umpama tulang rusuk kiri kami, dekat dengan kami yang perlu kami lindungi. Raja Mongol itu terdiam, seluruh dewan turut terdiam..
Setelah agak lama, Raja Mongol itu meminta syeikh Syamsuddin menceritakan lagi tentang islam, Syeikh Syamsuddin ini bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan ajaran islam sehingga akhirnya Raja Mongol ini menerima islam dengan hati yang terbuka. Di tangannya islamlah antaranya negara Tajikistan, Uzbekistan..raja yang bernama Bayan kuli khan ini begitu terkenal, tetapi dia meninggalkan wasiat supaya mengebumikan dia di bawah telapak kaki gurunya Syeikh Syamsuddin Buhaizi.
14 May 2017
Mengidam dari minggu lopeh.
12 May 2017
Nama panjang ke nama pendek??
Ticer, nak tulis nama panjang ke nama pendek??
Nama panjang. Tegas je suaraku.
Buat latihan, buat latihan, buat latihan, siap...ticer, tulis nama pendek eh??
Nama panjanggg..nada suara ticer turut panjang.
Jap lagi siap latihan, dia tanya lagi soalan yang sama, esok tanya lagi. Macam tulah kerenah seorang budak yang asyik tanya soalan..nak tulis nama pendek ke nama panjang..bila selesai latihan, padahal namanya takdelah panjang mana pun, nama pendeknya dipanggil Suri. Nama panjangnya Nurliyana Suri Nabila.
Tu kira takdelah rumit naw nak menulisnya. Cer bayangkan nama yang lagi panjang yang berbelit- belit, yang bersimpul- simpul contohnya, Tengku Puteri intan syazwina balqis..contoh,haa, kalau nak isi form dah tak muat.
Nape ek orang sekarang suka sangat bagi nama panjang-panjang kat anak memasing, suka hati akula..dah anak aku, bukan anak kau..kuikui..mesti ada yang jawab macam tu ek.
Korang, kesianlah kat anak korang tu. Yelah, nanti kena marah dek cikgu tadika cam teman ni, ater..cikgu tadika yang memula nak ngajo tulis nama, yang anak kome tetiap kali buat latihan dok tanya nak tulis nama pendek ke nama panjang. Mestilah nak tulis nama yang proper macam yang tertulis dalam birth certificate tu, tapi kalau dah namanya panjang tu yang nak tulis nama sendiri pun sikit punya bercinta, sampai terlentok-liuk, tulis pun terbalik-terbalik, uishhh..nampak naw susahnya.
Tapi ticer kena juga ajar tulis nama betul-betul sampai pandai. Kalau tak pandai kang cikgu darjah satu plak yang susah. Darjah satu masih banyak guna work sheet, bila guna work sheet kena tulis nama, kalau tak pandai tulis nama cikgu nak bagi semula kertas latihan tu dah tak tau sape punya, haa...nampak tak, besar tau tanggungjawab teman as cikgu tadika ni.
Teringat plak arwah mak cakap sok kat Padang Mahsyar malaikat nak panggil nama pun susah, malaikat panggil nama yang mudah2 dulu macam Muhammad, Aminah, Abdul Rahman...tapi tak tau lah betul ke idok cerita mak teman tu, nak tau sahih ke tak kenalah tanya ustaz yek.
10 May 2017
Pensil kontot.
Entah kat mana dikutipnya dua benda ni, yang warna merah tu aku tak tau pebendanya. |
Arwah ma cari batang buluh kecil masukkan hujung pensil supaya boleh dipegang dan boleh menulis, macam nilah kot rupanya..masuk pensil dalam batang pen yang dah habis dakwat. |
8 May 2017
Trending ko???
Berhempas pulas nak memakeinya, masuk tangan kanan, tamgan kiri tak lepas, seksa kome nengoknya. |
Masuk pulak tangan kiri, kat sebelah kiri ni ada zip sampai bawah ketiak, iah...iahhh...tak lepas juga, ater..camane ke nak makeinya kome?? |
Rupanya kena masuk tangan dua2 dulu, pastu baru masuk kepala, baru lepas, ngehh.. |
Mak, aku pinjam abam baju merah tu jap. Camane ada rope model ke kome? Teman ni bukan tak sabo nak raya, tapi tulah, sok2 bulan puasa kalo lapo dahaga keluar soping takleh makan minum. Lagi pun banyak naw dugaan nafsu di bulan Ramadhan nanti, kang tengok tu rasa nak, tengok yang ni rasa nak beli, haa..kan susah tu. |
7 May 2017
Si pekak Hatim al Assom.
Satu perkongsian yang sangat mengharukan dari radio IKIM dalam slot Usrah Nurani, saya nak sharekan di sini, moga menjadi iktibar kepada kita bagi mengharungi Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa hari saja lagi, moga kita direzekikan berada di dalamnya.
Hatim Al Assom ini seorang ulama sezaman dengan imam Ahmad bin Hambal.
Pada suatu hari seorang wanita datang untuk mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom. Dia belum pernah mengikuti majlis ilmu yang dikeñdali oleh Hatim Al Assom. Oleh kerana teruja dapat mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom, beliau duduk agak hampir dengan Hatim Al Assom dan agak jauh dengan penuntut yang lain.
Sedang wanita ini ingin mengajukan satu soalan, dia terkentut dengan agak kuat, alangkah malunya wanita ini, air mukanya terus berubah. Tapi dia terus juga bercakap mengajukan soalan.
Tetapi Hatim Al Assom seolah-olah tidak mendengar suara wanita tersebut, dia meminta wanita itu meninggikan suara kerana dia tidak mendengar. Alangkah leganya perasaan wanita itu, kerana pada sangkaannya Hatim Al Assom pekak...
Sejak hari tersebut, Hatim Al Assom mendapat jolokan Al Assom tersebut yang bermakna Hatim si pekak, setiap orang yang bercakap dengannya terpaksa meninggikan suara...
Berapa lamakah Hatim berpura-pura pekak begitu, selama 30 tahun. Suatu hari ada seorang mahu bercakap dengannya, Hatim berkata..perlahankan suaramu, aku boleh mendengarnya..
Rupa-rupanya kerana wanita tersebut sudah meninggal dunia..
Sahabatku semua... itulah buah akhlak yang tumbuh hasil ibadah yang tulus kepada Allah, sehingga seorang tuan guru sanggup berpura-pura pekak untuk menjaga maruah seorang muridnya.
Ramadhan bakal tiba, semoga kita mendapat roh Ramadhan yang menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa.
4 May 2017
Ingatan.
Isnin malam selasa 26/12/2011, Petangnya kami terima khabar pemergian sepupu ku ( selang tiga hari ma pula menyusul ) yang usianya lebih kurang sebaya aku juga, cuma tua 4 atau 5 tahun saja. Petang tu pun kami sempat singgah di gerai keropok leko, nak beli bawak balik KL. Sempat juga ma menyapa orang di gerai tu, masih ramah dan masih tersenyum seperti kebiasaannya.
Selepas maghrib, ma ajak ziarah sepupu ku itu. Kelihatan ma lemah tak bermaya tapi menggagahkan diri juga nak ziarah kematian anak saudaranya itu.
Ma lebih dahulu membacakan yasin sementara aku mengambil peluang melihat buat kali terakhir wajah sepupuku itu. Terkenang saat-saat indah waktu kecil kami bersama, kami agak rapat waktu tu. Terfikir juga, alangkah cepat kematian menjemputnya,(tapi aku tidak menjangka ma juga akan pergi, tak terfikir lansung walaupun ma nampak uzur ) belum pun 50 usianya, bagaimana aku..??
Bila aku duduk memulakan bacaan yasin, ma sekali lagi ikut membacanya bersamaku...membuatkan aku terkenang bila membaca yasin malam jumaat begini, entah kenapa malam ni hatiku sebak benar terkenangkan ma, mungkin ma menunggu aku menziarahi pusaranya, ya.. dah lama aku tak ziarah ma di sana...
Rindunya aku pada ma..
2 May 2017
MC bidan terjun.
Kelas den tu memang kena ada dua ticer, tak terkejar rasanya tugas management dengan nak mengajar ni. Dari dulu lagi den taknak jadi guru besar, biarlah jadi cikgu kelas je, senang nak tumpu. Tapi kena juga rela paksa jadi guru besar.
Jadi orang yang kena sub ni dah marah kat kami sebab ada orang nak guna pa system dia untuk kenduri kawen, janjinya pukul 1. Kami plak tak faham kenapalah kami kena marah.
Nak tak nak den amik mike, dengan takde skrip, dengan gelabah juga sebab malu weh kome nak cakap depan makpak reramai tu..
Dahla kena jadi mc, dalam masa yang sama kena kontrol budak, dalam masa yang sama juga nak kena arrange peralatan sukan, susun kat mana kon, kat mana bakul, pendek kata berpeluhla ketiak den berkojar-kojar nak buat semua tu. Tahun ni boss tak dapat cari staf sambilan macam sukan tahun lepas, tahun lepas ada bebudak U cuti semester, upah je dorang. Tahun ni betul-betul kami 6 orang ticer je handle semua. Mana tak terkejarnya.
Warm up. |
Sebahagian dari acara. |
Anak itik tokwi mandi dalam kolam. |
Mewarna bunga matahari. |
Belajar lipat baju ye anak2, nnt boleh tolong mak lipat baju. |
Pengacara bidan terjun tunjuk bakat. |
Sambil kontrol budak. |
Acara kemuncak, penyampaian hadiah. |