Alamak!! tinggal hari ni dan esok je lagi bagi sape-sape nak join segmen cikgu rajin ni, sape lagi kalau bukan cikgu Etuza kita. Sila klik SINI untuk lebih jelas lagi. Sila, sila..meriahkan segmen cikgu rajin, he he. |
Pages
30 Nov 2014
Segmen pencarian bloggers dan bloglist IKON GRATIFYING by Etuza.
28 Nov 2014
Jom minum ABC di kafe Ikhwan PutraJaya
Istimewa Nasi ayam Hainan yang harganya rm6 sahaja. Oye..ABC ni rm 3 je tau, sedappp..
ABC-rm3 sahaja. |
Siakap stim |
Aneka pilihan lain |
Ikan sambal membuka selera. |
Patin masak tempoyak, kesukaan orang Pahang cam UA, he he |
Air sirap dalam bekas ni, percuma saja tau. |
26 Nov 2014
25 Nov 2014
Bersepah kan..?
Agaknya dah takde mood nak ngemas, dok menghitung hari bila nak habis exam, dah tak sabar nak balik rumah, kakak..oh..kakak.
Sekali adap jer..
Sarapan pagi dengan nasi goreng. Mak sedara balik dari kelas pengajian bawak kuih-kuih. Pukul 11.30 dah mengadu lapar lagi. Masya Allah..tapi anak-anak saya ni memang camni, balik kampung je, selera makannya bukan main lagi, asyik lapar je. Ibu belum nak start masak lagi. Baru nak rehat, selesai mengemas rumah tokma.
Ibu pun dari semalam dah mengidam nak makan keropok lekor fresh goreng dan rebus, abah bagi rm10, dengan diteman by tok cik diorang, pergi beli keropok lekor yang kedainya tak jauh pun dari rumah, haaaa...sape tak pernah dengar keropok lekor Losong tu, tak taula nk cakap apa...
Kawasan Losong ni memang dah digazetkan sebagai kawasan industri keropok lekor. Ada lagi tempat lain, macam di Seberang Takir dan Marang, tapi Losong ni yang sinonim sangat dengan keropok lekor. Sebut Losong je, orang kan ingat keropok lekor.
.Bawak balik panas berasap lagi, tuang sos yang manis pekat tu, ermmmm...nikmat sungguh. Sekali hadap, selesai..
Oye...nampak tak kopiah yang Umar Zikri pakai tu, Alhamdulillah, tertinggal di rumah pak sedara masa beraya aritu, dah jumpa balik.
24 Nov 2014
Buah tangan dri Makkah.
Tasbih buah kokka untuk saya. Bau buah ni lemak-lemak, tak tau nak terangkan macamane. Saya ada terbaca antaranya rendam dalam air berkumur-kumur untuk buat ubat sakit gigi.
Buah kokka, makcik beli katanya untuk guna buat urut-urut kt tapak kaki ke, sengal-sengal kat badan. Buah ni hanya terdapat di Yaman.
23 Nov 2014
Jadi balik akhirnya.
Kesian plak kat kakak, takpelah..lagipun Alhamdulillah sehari dua ni cuaca nampak ok, langit cerah, hujan pun tak turun. Otw balik Terengganu, mohon doa dari kawan-kawan semua, agar kami semua selamat sampai ke destinasi.
21 Nov 2014
Nak balik ke tak?
Kisah benar-Surat seorang suami yang membongkar kesilapan isterinya.
Pengakuan Suami Curang, Apa yang Tidak Kena pada Isterinya?
[Sinar Harian] PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...
Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.
Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...
Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.
Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.
Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.
Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...
“Berapa kali?”
“Banyak...”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan...”
Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...
“Tak kahwin?”
“Tidak... abang sayangkan Mah...”
“Sayang?”
“Ya...”
“Ini tanda sayang?”
Soalan saya terbiar tanpa jawapan...
Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...
Minta terus terang
Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.
“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-
“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”
Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.
Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.
Surat jadi penyebab
Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...
Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...
Mah...
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu...
Dunia menipu.,
Mereka ingin memilikinya dan yakin bahawa di dunialah ada kebahagiaan dan ketenangan hidup yang sebenar. Maka berlumba-lumba dan berkejar-kejarlah mereka untuk mendapatkan sama ada harta, pangkat, nama, kemasyhuran, kecantikan dan lain-lain.
Berjuang dan berkorbanlah manusia dengan apa cara sekalipun untuk tujuan tadi, iaitu kecintaan dan kegilaan dunia yang dianggap sumber kebahagiaan yang kekal abadi. Apakah yang manusia dapat dari dunia yang dikejarnya?
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian........
20 Nov 2014
Rally formula-e di Putra Jaya.
oye..terlupa la nak bagi tau harga tiket bagi sesapa yang nak duduk kat kerusi biru ni..tak mahal..antara rm50 dan rm70 jerrrr. Erkk..satu lagi minta mahap la kengkawan yek..kualiti gambarnya kureng memuaskan.. |
19 Nov 2014
Gagahkan diri.
Tak larat. Demam urat kot, habis sengal-sengal seluruh badan. Panadol pun dah berapa kali telan, kejap je kesannya, pastu datang sejuk menggigil dan kepala berdenyut balik.
Hari ni gagahkan diri ke tadika. Banyak perkara nak kena disettlekan sebelum cuti sekolah panjang bermula. Umar Zikri pun masih kurang sihat, tinggalkan dengan abah. Abah cuti hari ni sebab dia pun demam.
Banyak dosa ni, Allah nak bersihkan dosa-dosa tu, dan masa sakit macam nilah kena banyak berdoa, In shaa Allah makbul.
Tiba-tiba terasa mcm nak makan nasi bambu, cam sedap je. Tapi kat Sungkai, Felda Sg.Kelah sana nun, nak ke abah bawak...hrmmmmm.
17 Nov 2014
Mengalah..
Sakit itu tanda kasih-sayangNya.
Sakit itu peningkatan darjat di sisiNya.
ni fakta menakutkan yang saya terima di wasap..panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan akan tinggal dalam tubuh manusiaselama sekurang-kurangnya lima tahun. Panadol ni adalah sejenis painkiller, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan. Alhamdulillah..makan sebiji tadi terus berpeluh, denyut-denyut kepala pun dah mula kurang. |
Selesai sudah...
Pasal majlis semalam tu, sorila sebab belum sempat masukkan semua gambar dalam pc..tapi Alhamdulillah..berjalan lancar walaupun ada juga cacatnya. Cuma yang saya terkilan Umar Zikri demam..dah jenuh dia berlatih untuk sukaneka tu dan punyalah dia dok tanya selalu bila nak gi dewan, bila nak gi dewan..tup-tup hari sabtu tu badan dia dah mula dedar, dan semalam dia dah demam betul-betul, hari ni pun masih demam, so..saya kena amik cuti, kesian plak nak bawak dia seharian di tadika. Sebab saya kalau dah kat sana, sibuknya tak payah nak cakap la. Pastu dia kalau dah jumpa kawan mainnya nanti tak macam orang demam.
In shaa Allah nanti saya tunjukkan gambar-gambar hari keluarga tu di mana saya sibuk dengan bahagian protokol merangkap deejay bidan terjun..ha ha ha..
ni gambar lama..saya yang pegang pembesar suara, sori tunjuk gambar lama dulu yea. |
15 Nov 2014
PENCARIAN ANUGERAH TROPI 2014 BY ETUZA.
14 Nov 2014
13 Nov 2014
Kem Motivasi ala madrasah.
Saya dah bermula, hi hi.
Aritu saya ada sebut Nak meniaga tepi jalan je rasanya, Alhamdulillah..sebenarnya saya dah bermula.
Tapi bukanlah kat tepi jalan macam yang saya cakap tu, sebab larling tak kasi. Well..dia takut bini dia ni kena ngurat kot..ha ha ha..
Saya buat kuih, namanya woh puk samba, he he.
Apa ke pelik namanya tu, mana ada pelik, orang Teganu mesti tau punya. Ni kuih tradisi Terengganu, sedappp.
Apa? Nak resepi? Tunjuk gambar? Heee..sori lupa la nak snap gambar. Lagi pun baru dua kali buat. Saya hantar kat satu kedai di JPN Putra Jaya, Kedai Madah namanya. Buat pun sikit-sikit je, first time buat adala 25 biji, habis, walaupun keras sikit, al maklum baru nak buat semula, setelah sekian lama tak buat. Then second try semalam, ok la..lembut, saya hantar 30 biji, pun habis. Alhamdulillah.
Sebenarnya selain buat kuih tu, saya ada buat aiskrim Malaysia, bawak ke KAFA. Budak-budak suka, cuma sekarang ni musim hujan, slow sikit la. Saya buat tu guna air tapis, tak main la guna air paip. Kita nak rezeki yang berkat je.
In shaa Allah, saya akan bagi resepi dan gambar woh puk sambal tu. Tapi hari ni kita tengok gambar google dulu yea.
Ni gambar google je. Bentuk nya macam nilah, tapi ni inti kelapa manis tu, saya guna inti ikan. |
Jika engkau kaya..atau miskin..
Jadikanlah dirimu si miskin yang redha. Contohilah Fatimah. puteri Rasulullah. Fikiranmu bebas dari memikirkan harta sedangkan si kaya kerisauan kalau hartanya hilang. Lupakah si kaya pada Nabi Sulaiman? Perbendaharaan dunia di tangannya tapi dia tidak cinta dunia. Bagi si miskin jauhilah sikap meminta-minta. Biarlah kau miskin harta asal kaya jiwa.
Kemiskinan adalah nikmat. Tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati atau dengki. Sabda Rasulullah.."Hai orang-orang fakir yang mukmin, sukakah saya beritakan padamu khabar gembira? Sesungguhnya orang fakir yang mukmin akan masuk syurga sebelum orang kaya kira-kira setengah hari ( iaitu lima ratus tahun )"
...1 syawal 1435H- terlepas dari lensa kamera saya ( al maklum tak berapa nak peka ), saya menyaksikan satu keluarga yang tanpa rasa malu naik motosikal yang ada kotak barang di tepi untuk meraikan syawal....
..saat menaip entri ni, tengah terngiang-ngiang plak lagu..".kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga, semua aku belanja.." Wow...betul ke bole macam tu...?.
motosikal macam nilah yang saya maksudkan, tapi tempat letak barang tu dikeluarkan supaya mudah duduk di dalam kotak-ihsan google-http://aboypunye.blogspot.com/2010/06/abg-si-penjaja-buah-potong.html |
12 Nov 2014
Lepas lelah jap.
Sebaik habis latihan sukaneka untuk hari keluarga 16/11 nanti, duduk mengadap sliding door, sementara menunggu masuk waktu zohor, duduk sambil terfikir-fikir angka 6.7 juta lambakan pekerja asing, hrmmmmm...mana tak jadi macam tu, kat Putra Jaya ni sja bersepah warga Bangla, kerja diorang..sapu sampah, potong rumput, siram pokok, dah siap kerja diorang siap santai-santai bawah teduhan pokok. Nak tanya ni..ada ke warga tempatan nak buat kerja tu semua? So..nak salahkan siapa....?? Fikir-fikirkan, bak kata DMFK.
11 Nov 2014
Pantun 2 kerat Umar Zikri.
Suka sangat buka peti sejuk duduk depan peti. Tiru upin, ipin la tuh, sebab suka sangat dengan katun tu. Macam pagi ni ( saya cuti hari ni, lega sikit dari stress dengn kertas peksa budak dan buku-buku latihan diorang tu ), habis je mandi belum sempat pakai baju dah duduk depan peti sejuk, mana saya tak bengang.
" apa hal ni, pagi-pagi dah duduk depan peti, tak tau sejuk ke? Belum pakai baju pun lagi"
Nak tau apa dia jawab? Dia jawab dengan pantuuuun, pantun dua kerat macam jarjit kot, spontan je keluar dari mulut dia.
Pagi-pagi bukak peti
Tak solat, rugi.
Terus tak jadi nak marah...
10 Nov 2014
Sibuk ngalahkan PM kot, he he..
siapkan goody bag dulu. |
9 Nov 2014
Hayati dia..untuk mencintai dia..
Di dalam rumah Baginda yang penuh barokah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Maka menangislah Saidina Umar dihadapan Baginda SAW, lalu Baginda bertanya," Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"
" Aku melihar para Kaisar dan Kisra serta raja-raja lain tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur di atas tikar seperti ini,"
" Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku, kita lebih memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia," begitulah jawaban seorang hamba pilihan Tuhan. Luluhlah hati Saidina Umar mendengar jawaban daripada Rasulullah SAW itu.
Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan. Bukan hanya dalam keadaan susah beliau mengekalkan rasa kehambaannya tetapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya pada Tuhan. Lantaran itulah Baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.
Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan. Begitu serius memperhambakan diri pada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.
Bagaimana sikap orang serius dengan Tuhan? Antaranya ialah dalam keadaan apapun, hati sentiasa cemas dan bimbang terhadap Tuhan. Kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan dirasakan belum berbuat. Kalau berjaya dalam sesuatu tugas atau kerja, dirasakan bukan dari dia, tapi milik Tuhannya.
Di dalam diri tanamkan rasa kurang, rasa lemah, rasa tidak mampu, sehingga dari situ lahirlah benih-benih cinta terhadap Tuhan. Cinta Tuhan itu sangat diperlukan dalam kehidupan seorang insan.
7 Nov 2014
Berebut kasih...
Sejam juga (dari pukul 12 hingga pukul 1 tengahari ) kami terpaksa mengadap drama 'real life' tadi. Drama apa? Drama perebutan kasih antara bekas suami isteri terhadap anak mereka yang berumur lima tahun. Si ibu telah mendapat hak penjagaan yang sah. Bekas suaminya telah berkahwin lain tapi belum ada anak dengan isteri barunya. Si ayah dapat perintah mahkamah boleh bersama anaknya selama enam hari saja dalam sebulan.
Pernah kami biarkan anak itu ikut ayahnya sebelum ni. Bila siibu dapat tahu dia marah juga, dan minta kami jangan benarkan anaknya ikut si ayah kalau si ayah datang untuk ambil anak itu.
Tadi depan kami mereka bertekak. Si ayah tetap nak ambik anaknya dengan alasan dia ada hak juga, dan terpaksa ambil pada masa tu sebab dia kerja shif dan tak boleh keluar lagi. Ibunya tak benarkan dengan alasan ayahnya dah ambil anak tu minggu lepas, dan anaknya masih ada kelas membaca sebelah petang.
Lagipun sepatutnya anak tu diambil dari tangan dia, bukan main ambil dari taska macam tu. Aduh! Pening kepala saya. Dua-dua taknak mengalah, saling salah-menyalah, saling tuduh-menuduh...taknak mendengar mereka saling membuka aib lebih jauh, saya tinggalkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka tu.
Akhirnya si ayah mengalah. Tapi si ibu bawak anaktu ke pejabat dengan janji nak hantar semula anaknya dalam pukul 2.30 untuk kelas bacaan, tapi baru je sampai dalam 3.30 tadi....
Kesian si anak, jadi mangsa, tersepit di tengah krisis ibu dan ayah. Padahal sepatutnya hal kecil macam ni boleh diselesaikan dengan tolak-ansur dan hikmah. Jadi takdelah anak mereka jadi mangsa keadaan. Kalau dok asyik berdendam dan saling menyalahkan, kita bimbang anak tadi membesar jadi individu yang tak stabil jiwanya.
Amalanku...
Aku tidak harap dengan amalanku
Walaupun aku berusaha mengerjakannya
Aku cuba bermujahadah
Melaksanakan apa yang disuruh
Meninggalkan yang ditegah
Namun yang disuruh tidak sempurna
Yang ditegah terbuat juga
Begitu lemahnya aku
Bertungkus lumus aku bermujahadah
Melaksanakan apa yang diperintah
Meninggalkan yang ditegah
Tidak mampu aku menyempurnakannya
Aduh..lemahnya aku
Aku kecewa
Aku sedih selalu
Katalah kalau bukan dengan rahmatMu Tuhan
Atau bukan dengan kemaafanMu
Aku hampir putus asa
Tak semestinya rahmatMu yang ku tunggu
Setidaknya kemaafanMu
Yang kupinta
Aku inikan hambaMu
Kalau bukn belas kasihMu
Siapa lagi yang akan mengasihi aku
Semurni dan seagung kasihMu...
5 Nov 2014
Tanya diri, kenal diri...
Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang?
Pernahkah susah hati terlewat mengerjkannya?
Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?
Pernahkah terasa berdosa tidak beradab mengadap Tuhan?
Jawapannya ada pada diri kita sendiri...
Setiap orang boleh menilai dirinya.
Tanyalah diri, kita akan dapat jawapannya.
Bila dapat jawapannya kita akan kenal diri sendiri.
Kalau kita kenal diri sendiri
Kita tidak akan nampak kejahatan orang lain.
Itulah antara soalan yang patut ditanya pada diri sendiri.
Fikirkanlah lagi, tanyalah lagi.
Tentu kita ada jawapannya.
Inilah salah satu cara menilai diri sendiri.
Lebih-lebih lagi jika kita hendak membaiki diri.
Tetapi berapa ramaikah yang memilih jalan ini?
ERTI MEMBAIKI DIRI.
1. Membaiki diri ertinya membetulkan sembahyang.
2. Membaki diri ertinya membakar mazmumah.
3. Membaiki diri ertinya membina mahmudah.
4. Membaiki diri ertinya menyakitkan nafsu.
5. Membaiki diri ertinya mengorbankan perasaan.
6. Membaiki diri ertinya membuat kemajuan.
7. Membaiki diri ertinya membina kasih-sayang.
8. Membaiki diri ertinya menjadi abid di malam hari.
9. Membaiki diri ertinya singa di siang hari.
10. Membaiki diri ertinya menajamkan rasa kehambaan.
11. Membaiki diri ertinya menajamkan rasa bertuhan.
12. Membaiki diri ertinya memerangi super zalim pada diri sendiri
kerana tidak mempedulikan Tuhan.
13. Membaiki diri ertinya meningkatkan ibadah pada Tuhan.
14. Membaiki diri ertinya memperbanyak khidmat kepada Tuhan.
15. Membaiki diri ertinya melupakan kesalahan kawan.
Inilah pendinding api neraka.
Dengan penuh harapan dia mengetuk pintu sebuah rumah. Sebaik saja terkuak, keluarlah Rasulullah menjawab salamnya. Rupanya itu rumah Rasulullah SAW. Baginda lantas bertanyakan hajat pemuda itu. Apabila Baginda mengetahuinya, Baginda terus masuk ke dalam dan mengambil dua keping roti. Sesudah menerima pemberian Rasulullah itu, pemuda itu terus berlalu.
Siti Aisyah yang memerhatikan kejadian itu merasa hairan kerana lazimnya Baginda melayan tetamunya dan menjemputnya masuk ke rumah, tapi kali ini pemuda itu hanya dilayan di luar. Siti Aisyah memberanikan diri bertanya, " Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak menjemput tetamu itu masuk?"
Baginda lantas menjawab, " Aku dikhabarkan oleh Jibril bahawa pemuda itu termasuk ahli neraka, jadi dia melarang aku menjemput pemuda itu masuk."
Berbalik kepada pemuda itu tadi, setelah mendapat roti pemberian Rasulullah, dia terus menyambung perjalanannya. Bekalan itu disimpan separuh. Sedang dia berjalan di padang pasir yang kering kontang, tiba-tiba dia mendengar tangisan kanak-kanak. Dia mencari punca tangisan itu dan akhirnya bertemulah dia dengan seorang ibu bersama anaknya yang tidak henti-henti menangis.
Melihatkan keadaan yang sangat mengharukan itu, pemuda itu bertanya, " Wahai ibu, mengapakah anak ini menangis?"
" Aku janda yang kematian suami, anakku ini sudah berhari-hari tidak makan dan sekarang aku sedang mencari-cari kalau-kalau ada secebis roti untuk makanannya hari ini."
" Nah, ini ada bekalan roti yang diberikan Rasulullah kepadaku. Aku juga memerlukannya, tapi aku rasa kamu berdua lebih memerlukannya,"
Berita mengenai pemuda tersebut sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda gembira sehingga terukir senyuman di bibirnya. Perubahan pada raut wajah Rasulullah disedari oleh Aisyah lalu dia pun bertanya, " Wahai kekasih Allah, apakah telah datang kepadamu perkhabaran dari Allah?"
" Ya Aisyah, sesungguhnya aku diberitahu oleh Jibril bahawa pemuda yang datang ke mari tempohari telah ditukarkan menjadi ahli syurga disebabkan sifat pemurahnya."
Sifat pemurah membawa manusia untuk dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Sebaliknya orang yang kikir atau kedekut akan jauh dari Allah malah tidak akan disenangi sesama manusia. Rasulullah SAW bersabda:
" Orang bodoh yang pemurah itu lebih Allah kasihi daripada orang alim tetapi kikir, dan penyakit yang paling merbahaya ialah kikir. "
Sabda Baginda lagi: " Kemurahan itu adalah daripada kemurahan Allah Taala. Maka bersifat pemurahlah kamu, nescaya Allah bermurah kepadamu. Ketahuilah bahawa Allah Azzawajalla menjadikan sifat pemurah. Lalu Ia menjadikannya dalam bentuk seorang lelaki. Dan dijadikannya kepala orang itu sebatang pokok kayu yang baik. Dahan-dahannya diikatkan dengan dahan Sidratul Muntaha. Sebahagian dahannya dikulaikan ke dunia. Maka barang siapa yang bergantung dengan suatu dahan daripadanya, nescaya dimasukkan orang itu ke syurga. Ketahuilah sifat pemurah itu serengah daripada iman dan iman itu dalam syurga.
Allah menjadikan sifat kikir ( kedekut ) dari kemarahanNya. DijadikanNya kepala kekikiran itu melekat pada pokok zaqum lalu dikulaikan sebahagian dahannya ke dunia. Maka siapa yang bergantung satu dahan daripadanya, nescaya dia dimasukkan ke neraka. Ketahuilah bahawa kikir itu daripada kufur dan kufur itu di dalam neraka."
Marilah kita jadikan sifat pemurah itu pakaian peribadi kita. Mudah-mudahan ia menjadi pendinding dari azab neraka yang maha pedih.
ihsan google. |
3 Nov 2014
Boleh terima tak...?
Agak-agak kalau kengkawan sebagai ibubapa mendengar luahan kemarahan begini dari mulut seorang guru bergelar ustaz, bagaimana perasaan kengkawan?
Terus-terang saya katakan saya takkan dapat menerima kata-kata begini dihamburkan terhadap anak saya, walaupun katalah anak saya nakal sekalipun ( Alhamdulillah, anak saya takdelah nakal melampau )
Sebenarnya kata-kata seorang guru terhadap muridnya makbul seperti doa sorang ibu terhadap anaknya. Memang tak dapat disangkal kadang-kadang kita hilang sabar dengan kenakalan anak-anak murid. Tapi... kalau anak murid anda nakal, ganas, tidak mendengar kata, susah didisiplinkan, koreksilah diri sendiri... suluhlah ke dalam diri sendiri, apakah kita seorang yang taat pada Allah? Guru yang baik, maka akan baik juga murid-muridnya.
Siapa guru sebenarnya?
Kecintaan dan takutnya pada Tuhan membuatkan anak-anak muridnya amat menyayanginya, bila bersamanya anak-anak muridnya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayahnya sendiri, ada pertautan hati yang cukup kuat. Diamnya melambangkan kewibawaan yang membuatkan anak-anak muridnya semakin menghormatinya.
p/s: maaf ye para cikgu, sebenarnya saya menulis entri ni setelah anak saya balik sekolah, dengan sungguh2 mengadu ada kawannya kena marah, sampai dia boleh ajuk gaya dan nada suara cikgu yang sedang marah itu. Saya tak berniat nak menyinggung perasaan sesiapapun, ampun maaf banyak-banyak.
ihsan google |