Asam Garam Kehidupan: Nak berniaga tepi jalan jer rasanya..

Nuffnang

Pages

15 Oct 2014

Nak berniaga tepi jalan jer rasanya..

takde idea. Kuota broadband pun dah habis, tunggu loading pun dah cukup seksa. Cuma rasa nak kongsi perasaan jer pagi ni, entah ada yang sudi membaca ke tidak..takpe..pada yang sudi terimakasih saja mampu diungkap yea. Terimakasih juga buat teman ukhwah yang baru Zakaria Mamat, nak follow semula tak tinggalkan link, harap kalau terbaca kat sini, tinggalkan link kat komen ke, saya akan berdesup follow semula. In shaa Allah yea.

Saya rasa saya nak berjualan, tambah duit belanja dapur dengan berniaga pagi ahad, pagi ahad jer la. Boleh ke...? Entah la..tak pernah dan takde pengalaman lansung sebenarnya.

Kesian kat larling tu sebenarnya. Semuanya atas bahu dia. Gaji cikgu tadika macam saya ni berapala sangat, takat lepas nak beli suplimen sikit, topap sikit, tu je lah. Tengok muka larling kelat je bila hujung-hujung bulan, kesian tau...

Saya cadang nak buat yang simple-simple je, nasi goreng, mee hoon goreng, spageti goreng citarasa tekak melayu saya tu..keluar sikit dari kawasan perumahan saya tu ada kolej MARA Jepun, bolehla saya buka meja kat situ. 

Tapi kan, larling macam tak sokong jer. Agaknya dia tak yakin saya boleh buat, atau..ke dia malu, takut nanti orang kata dia tak cukup duit nak sara keluarga, ishhh..jahat betul hati saya ni, suka nak sangka buruk je.

Apapun saya masih dalam usaha memujuk dia. Dalam keadaan serba-serbi mendesak sekarang ni, barang tu naik harga, barang yang tak kena-mengena pun aikkk..boleh naik harga juga, rasanya kami perlu berbuat sesuatu,lagipun kan Rasulullah pun dah jamin, 9 per 10 rezeki ni adalah dari perniagaan.

Doakan saya, moga ada antara doa kawan-kawan yang berkat..In shaa Allah..
ni tumpang duduk kat gerai kawan dulu, amik feel...










11 comments:

  1. semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki yer kak... In Shaa Allah...Amin...

    ReplyDelete
  2. Insha allah, tapi harap mohon lesen ye kak..kalau tak nanti kena angkut majlis perbandaran.saya selalu rasa kesian tengok peniaga tepi jalan kena angkut gerai..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah...semoga dipermudahkan. Memang terasa bebanan ekonomi sekarang...

    ReplyDelete
  4. bguslh gitu... benda yg baik usah di tunggu lgi... semoga Allah permudahkn..
    kos sara hidup sgt menekan skrg... tmbh duk di KL ni...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Azie. Kakak sokong dan doa dari jauh moga hasrat dan impian murni akan menjadi kenyataan.
    Rezeki ada di mana-mana di tempat kita ni. Apa lagi pasal makan mana-mana pun org nak makan..

    ReplyDelete
  6. akakpun sokong.. insya allah niat murni dipermudahkanNya tapi perlu dengan izin suami.. pelan2 pujuk dia erkkkkkk...

    ReplyDelete
  7. Kak Ain rasa ambik kuih dari orang lain dan jual untuk dapat komisen, ok jugak. Nor jual air saja. Bila nak memasak sendiri tu rasanya perlukan masa dan tenaga. Zaman sekarang ni masa sungguh cepat berlalu. Suami rasa keberatan mungkin dia bimbang anak-anak terabai. Apa-apa pun buat sembahyang istikharah, baru buat keputusan.

    ReplyDelete
  8. kak NA, saya tukar url blog..jemput singgah ye blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Penting kena dapat izin suami.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, ramai yang sokong nampaknya, terimakasih Farah, Sal, UA, Shaliza, kzakie, kak Suri Ain, Knor dan NA, masih dalam fasa mencari kekuatan ni.

    ReplyDelete
  11. Salam NA, tak tau nak cakap NA, takut letih, kalau ada oramg tolong ok. kalau buat frozen dulu, hari jual baru perangat ok jugak macam secret recipe atau old twon atau makanan dalam flight tu tapi kena hantar lab kut tengok ketahanan. hehe tudia aih cerita samai ke situ :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign