Pages
31 Jan 2018
Hari ni kita rajin..hhehe..
29 Jan 2018
Makin tua weyh.
25 Jan 2018
Mau tak stress.
Kes demam influenza A yang berjangkit2, sehingga ada parents salahkan kami, boss pun marah kami, kami pun marah pada diri sendiri, huhu..
24 Jan 2018
Selipar.
Ini post lama saya. Tak tau kenapa, apa masalah dengan blog ni..dari semalam try nak pos entry baru, tapi tak dapat2. Dari letak 4 gambar, buang 2 gambar pun takleh juga. Tu yang bagi link post
lama nak tengok camane. Boleh plak. Hrmmm...tak taule apa masalahnya. Nampaknya makin malap le blog ni.
18 Jan 2018
Berfikir, berzikir, bertindak.
ToSetiap takdir Allah ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.
Kalau sesekali Tuhan sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antaranya Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu Kita insaf di atas kelemahan diri Kita, Dia mahu ingat2kan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat. Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar Kita menjadi orang yang lebih prihatin dan bersimpati. Dia juga mahu Kita lebih bergantung dan berharap kepadaNya.
Kalau sesekali Tuhan miskinkan Kita, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu Kita meneliti semula segala tindak-tanduk Kita, apakah Kita sudah melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu Kita.
Begitu juga apabila sesekali dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana Kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu Kita ungkai rasa sombong yang bersarang dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat Kita di sisi Nya.
Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit2 hati yang masih bersarang di dalam hati kita seperti sombong, pemarah, hasad, dendam dan yg lainnya. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit2 inilah yang membuatkan Kita tension. Bila tension barulah Kita tahu siapa kita. Kalau sebelum ini nampak lemah- lembut, bila tension kita akan jadi marah2 tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.
Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan atas kita adalah untuk kebaikan diri Kita. Dia mahu mendidik kita agar kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhaiNya. Agar kita selamat dari kemurkaanNya.
16 Jan 2018
Siput sedut vs cheese.
14 Jan 2018
Si abang yang berdikari dari darjah 1.
11 Jan 2018
Bila ada yang buat tak faham.
Aduhaiii...mak, ayah...taulah nak kerja, cari rezeki..tapi mana yang lebih penting? Anak ke duit??
10 Jan 2018
Potong kuku.
Eh..suko ati den la, blog den kan..hehe.
8 Jan 2018
Saiyyidah safiyyah binti Abdul Muttalib.
Perkongsian dari IKIM.
Saiyyidah Saffiyah binti Abdul Muttalib merupakan ibu saudara kepada Junjungan Nabi kita saw, adalah kakak kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib yang syahid dalam medan Uhud. Beliau juga antara muslimah terawal menerima cahaya keimanan bersama2 saidatina Khadijah binti Khuwailid. Semasa beriman itu umurnya sudah menjangkau setengah abad. Beliau juga seorang ibu yang sangat tegas dalam mendidik anak2nya, anaknya Saidina Zubair Al Awwam adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga.
Semasa suasana berkecamuk di medan Uhud, kaum muslimah ditugaskan di barisan belakang iaitu merawat tentera2 Islam yang tercedera. Tetapi di saat melihat keadaan kacau-bilau sehingga para sahabat yang mempertahankan Rasulullah terpisah agak jauh dari Baginda, yang mana membahayakan Rasulullah, Saiyyidah Saffiyah meluru ke hadapan Baginda, yang merupakan anak saudara kesayangan beliau, sehingga dikatakan beliau adalah wanita pertama yang turun ke kancah peperangan. Beliau dengan berani meluru ke arah musuh dan dapat membunuh beberapa orang musyrikin Quraisy.
Beliau terus meluru di tengah2 kancah itu, lalu ketika itu Baginda menjerit ke arah Saidina Zubair Al Awwam..." Zubair, ibumu, ibumu.." Baginda menjerit begitu kerana bimbang sayyidah Safiyyah terlihat keadaan Saidina Hamzah yang dibunuh dengan keadaan yang ngeri, dadanya dibelah, jantung nya dikeluarkan, telinga dan hidungnya dipotong, merasa sedih sehingga dikhuatiri tidak dapat mengawal perasaannya. Tetapi beliau terus berjalan sehingga terlihat lah olehnya jasad adiknya terbujur kaku. Tetapi alangkah tabah hatinya., Beliau tidak menunjukkan kesedihannya sebaliknya mengucapkan..tak mengapa, Hamzah sudah beroleh kemenangan dan sudah berbahagia...
Di satu ketika pula, ketika kaum muslimah, kanak2 serta orang2 tua ditinggalkan di dalam kubu pertahanan, orang2 Yahudi Khaibar yang berniat untuk mengkhianati Rasulullah mengintai2 mencari peluang untuk memasuki kubu pertahanan tersebut. Sayyidah Safiyyah yang ketika itu bersama dalam kubu pertahanan melihat seorang Yahudi sedang memanjat dinding kubu, lalu beliau menyuruh Saidina Hassan bin Tsabit yang ketika itu masih remaja supaya menjatuhkan Yahudi itu. Tetapi Saidina Hassan menjawab.." aku tidak berani wahai ibu.."
Sayyidah Safiyyah mengambil sebatang kayu lalu menjolok Yahudi itu sehingga jatuh, lalu dia memukulnya sehingga mati. Beliau menyuruh Saidina Hassan memenggal kepala Yahudi tersebut. Sekali lagi Saidina Hassan mengatakan yang beliau tidak berani. Jadi Sayyidah Safiyyah yang ketika itu sudah berumur 60-an mengambil pedangnya lalu memenggal kepala Yahudi tersebut dan mencampakkan kepala tersebut ke sebelah benteng pertahanan, melihat keadaan itu, kaum Yahudi merasakan gementar kerana merasakan Baginda Rasulullah tidak meninggalkan kubu itu begitu sahaja, sebaliknya dikawal oleh tentera2 yang kuat. Membuatkan mereka membatalkan niat untuk menceroboh kubu itu, padahal di sebalik keberanian itu hanyalah seorang perempuan tua...
6 Jan 2018
Ada apa dengan M.E.N.A.N.T.U..
Nampaknya hajat hati nak menulis entri sehari satu tak kesampaian weyh. Semakin hari semakin malas adanya.
Tapi hari ni kita keluar dengan tajuk entri tergempar, sensasi lagi kontroversi, haha.
Memandandangkan den ad anak dara yang kalau tahun 60-an dulu, umur 20 tu dah ada anak sorang dua. Anak bujang pun dah memanjang tersengih2 bila pegang phone, sure dah ada makwe tu.. walaupun dalam hati den tak berapa nak redha hubungan pakwe makwe ni, benda tak syariat kan. Tapi kalau ditanya manjang takde jawabnya.
Lagi..den suka kalau menantu den tu nanti peramah orangnya, ada unsur2 humor, tak kedekut, yang boleh terima anak den seadanya sebab anak2 den tu pun banyak kekurangannya.
1 Jan 2018
Hari2 terakhir 2017..
Sabtu- urusan rumah tangga sudah semestinya, pastu bertolak ke Rembau ada kenduri kawen sedara sebelah suami. Pastu bermalam kat rumah MIL. Huhu..tak best.
Ahad- makan tengahari awal kul 10.30, nak bertolak ke Banting tengok anak sedara baru, anak adik ipar den yang kawen bulan satu 2017, Alhamdulillah, rezeki dapat anak awal, cantik tarikh lahirnya, 17/12/2017. Tapi tak amik gambarnya pun, ingat nak amik gambar sambil pegang babynya tapi dah den selemo aka selsema kang berjangkit plak kat baby, lagi pun kalo tunjuk gambar pegang baby kang orang ingat bergambar ngan cucu Kang, haha..
Nanti den nak buka lembaran 2018 dengan citer pasal menantu plak. Uishhh, siyes?
Iyooo...tak cayo sudah.