Asam Garam Kehidupan: January 2018

Nuffnang

Pages

31 Jan 2018

Hari ni kita rajin..hhehe..

Tiba mood rajin kan, sempena cuti hari ni. Dah lama tak masak2 kasi anak2 makan. Eh...bukanla tak masak lansung. Maksud den tu, masak spesel la. Selalu masak singgang je. Sampai muka pun dah jadi rupa ikan singgang terutama muka toklaki den, den curi2 gak makan kolestrol, sebab hari tu doktor kata kolestrol den baru 56, doktor tak Kasi ubat, dia suruh kontrol makan je, sebab tu berani lagi curi2 makan, haha. Tak insap lansung Kan.
Akhirnya...terguna juga cheese yang dah dekat dua bulan bertapa dalam esbok. Kita buat roti sardin cheese. Boleh tahan sedap weyh.
Spegeti Kari. Toklaki taknak makan Mee kuning tu, so kita ganti dengan spegeti. Entahla bila last masak Mee Kari nih, tak ingat dah. Bila kakak balik sebut nak makan Mee Kari, tetiba semangat nak masak, sambil ajar si kakak tu masak, eshhhh..kenala belajar Kan, tahanla telinga tu dengar ibu membebel..Kang tak pandai masak, camano nak kawen...

29 Jan 2018

Makin tua weyh.

Peringatan untuk diri sendiri...
Kemudaan kian hilang...
Kecantikan kian pudar...
Kematian kian dekat...
Datangnya tanpa diundang..
Tanpa isyarat maupun kiasan..
Jadi mengapa lupakan Tuhan..


25 Jan 2018

Mau tak stress.

Nampaknya awal tahun 2018 ni dimulai dengan warna yang tak berapa nak cantik, huhu..

Di tempat kerja.
Kes demam influenza A yang berjangkit2, sehingga ada parents salahkan kami, boss pun marah kami, kami pun marah pada diri sendiri, huhu..

Ujian kan. Berperang jugalah hati Ticer tua sorang ni, rasa macam nak berenti kerja pun ada ni. Tapi tulah..rasa rugi plak sebab nanti tak dapat pula duduk di kalangan ahli syurga ni.
Aktiviti hari jumaat lepas- ajar bebudak ni bust onde2 atau buah Melaka. Seronoknya dorang, dah bust sendiri, dapat plak makan reramai. Cuma takut plak nak letak gambar banyak2, takut tak dapat upload entri macam semalam. Alhamdulillah hari ni dah boleh.
Ni budak2 yang baru nak belajar solat, nak sujud terus meniarap😂😂

24 Jan 2018

Selipar.

http://srikandiofficialblog.blogspot.my/2014/04/selipar-dan-kasut.html?m=1
Ini post lama saya. Tak tau kenapa, apa masalah dengan blog ni..dari semalam try nak pos entry baru, tapi tak dapat2. Dari letak 4 gambar, buang 2 gambar pun takleh juga. Tu yang bagi link post
 lama nak tengok camane. Boleh plak. Hrmmm...tak taule apa masalahnya. Nampaknya makin malap le blog ni.

18 Jan 2018

Berfikir, berzikir, bertindak.

ToSetiap takdir Allah ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.

Kalau sesekali Tuhan sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antaranya Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu Kita insaf di atas kelemahan diri Kita, Dia mahu ingat2kan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat. Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar Kita menjadi orang yang lebih prihatin dan bersimpati. Dia juga mahu Kita lebih bergantung dan berharap kepadaNya.

Kalau sesekali Tuhan miskinkan Kita, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu Kita meneliti semula segala tindak-tanduk Kita, apakah Kita sudah melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu Kita.

Begitu juga apabila sesekali dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana Kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu Kita ungkai rasa sombong yang bersarang dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat Kita di sisi Nya.

Apabila  berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit2 hati yang masih bersarang di dalam hati kita seperti sombong, pemarah, hasad, dendam dan yg lainnya. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit2 inilah yang membuatkan Kita tension. Bila tension barulah Kita tahu siapa kita. Kalau sebelum ini nampak lemah- lembut, bila tension kita akan jadi marah2 tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan atas kita adalah untuk kebaikan diri Kita. Dia mahu mendidik kita agar kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhaiNya. Agar kita selamat dari kemurkaanNya.

16 Jan 2018

Siput sedut vs cheese.

" Bi ko rasa siput sedut ngan cheese mana lagi sedap? B rasa siput sedut lagi sedap."

Dia tanya, dia jawab sendiri. Bi yang dimaksudkan adalah si kakak Nadhrah, manakala B pula merujuk dirinya sendiri, yang sudah besar panjang, selalu orang ingat dah darjah 4,5 hakikatnya baru masuk darjah 3 tahun ni. Memangle perangainya masih sangat kebudak2an, suka buat suara 'pingu' yang menjengkelkan hati aku maknya, tapi manakan dia peduli, diam kejap kena  marah, pastu buat balik...sakit je hati. Dah tu perangai cari pasalnya tu memang buat aku geram juga, dicuitnya si abang atau kakaknya,  bila kena balas mulalah dia terjerit2 memanggil aku. Nak tidur malam kemain susah kecuali malam jumaat mungkin dah penat sekolah 5 hari, nak tidur liat, nak bangun pagi lagilah liat, selalulah aku bertukar jadi tarzan senjakala,  dan subuh hari sampai terfikir lah aku agaknya dengar ke suara aku ni kat rumah jiran sebelah??

Heshhh...kalo cerita pasal dia ni memang takkan habis punya.

Patah balik pasal siput sedut dan cheese, Hari sabtu lepas..aku masak siput sedut lemak cili api fevret si abang yang sambung belajar di UIA tu. Si abang ni dah berbunyi kenapa aku asyik masak ikan macam tu..tu dia tegur aku sebab dok asyik masak ikan singgang je. Dia tak tahu betapa senangnya hati aku sebab tak perlu penin2 memikio resepi apa nak masak, ekoran kolestrol abah yang tinggi sikit, so kalo hari2 masak singgang pun takpe alkisahnya. Jadi aku belilah siput sedut, si abanglah yang kena ketuk buntut siput supaya aku dapat masak dengan cepat Kan, ok je dia, demi siput sedut.

So bila dah masak berlumba2lah dorang makan termasuk si abah, apa ada hal, sesekali Kan. Kecuali aku, memang tak boleh masuk walaupun sekor. Makanlah korang anak beranak, ibu dah cukup bahagia dengar bunyi crrottt...crrot..siput disedut.

Lepas makan si kakak Nadhrah nak meratah cheese keping yang dah bertapa lebih dari sebulan dalam freeze tu, si mak ni masih terpikir2 apa resepi paling sesuai nak buat setahap dengan kerajinan maknya sekarang.
Haa..tulah, bila dah makan, baru tau Kan, siput sedut lagi sedap dari cheese..mwehehe..nampak naw kampungnya Kan, tak reti makan keju. Takpe...ibu lagi suka, jimat duit ibu takyah beli keju selalu. Bukannya murah2 keju weyh.

Anak ibu yang paling baik dalam dunia.

14 Jan 2018

Si abang yang berdikari dari darjah 1.

Dari darjah 1 dah menggosok baju sekolah sendiri budak ni. Dia ni pendiam, sepatah ditanya sepatah dia jawab. Dalam kelas pun kata cikgunya dulu la, takdelah nak angkat2 tangan respond macam kengkawan yang lain, tapi bila cikgu tanya personal boleh je jawab. Ingat masa dia nak pereksa upsr dulu, takde pun nampak dia study, dua minggu lagi nak pekse, dia lambak semua buku depan tv, konon nak ulangkaji, adalah lima belas minit kot nampak dia serious, pastu hanyut. Nasiblah otaknya Allah bagi lebih.

Trobek plak masa dia kecik dulu, umur setahun dua camtu, kalo belikan mainan, kereta mainan fevret dia, danlah dua minit bertahan mainan tu, pastu dia bukak tayar, bukak atap, kekunun nak pasang semula, tapi mana ke ada. Apa aje mainan yang beli semua diproses balik, baiklah ibu belikan kete dua ringgit je, takdelah ibu terasa sangat kalo rosak pun.

Yang ni solatnya kita kena peringatkan selalu. Liat sikit. Pernahlah masa darjah 4, ibu kejut solat subuh, taknak bangun, ibu tarik dia sampai depan bilik air. Sampailah sekarang kalo dia ada Kat rumah, waktu subuh memang pintu biliknya kena ketuk, pastu ibu kena dengar ada tak bunyi air, haa..sampai camtulah dengan abang sorang ni.

Hari ni kami hantar dia ke asasi UIA Gambang, tempat yang sama dengan kakaknya dulu, sambung lagi 5 bulan selepas habis di PJ, PJ tu bangunannya dah lama benar, dah nak dipulangkan kepada tuannya semula. Tapi lepas 5 bulan sok patah balik ke KL sambung kat UIA Gombak plak. Kakak sekarang ni di UIA Kuantan.
Sedang mengemas Kain baju, setiap kali pindah, setiap kali kena beli hanger..
Pilih katil tepi tingkap, sayangnya kipas slow, 5 pun macam 1, tu yang dia duk meninjau2, agaknya dia memikio camane nak ditukangnya kipas tu supaya laju...Kan?


11 Jan 2018

Bila ada yang buat tak faham.

Dah dikato an, dah dibagi noted, dah tampal kenyataan dari KKM, anak tak sihat, demam ko, batuk ko, ciken pox ko...jangan hantar ke tadika, jangan hantar, jangan hantar tapi ada juga yang hantar. Bila kami bagitau demam, suruh pick up anak segera, buat tak tau juga.

Aduhaiii...mak, ayah...taulah nak kerja, cari rezeki..tapi mana yang lebih penting? Anak ke duit??

Ni kira entri nak melepaskan stress ni, aduh..stress..

Betul, stress..bila ada yang buat tak faham, hantar juga anak tak sihat, siap hantar ubat lagi, minta ticer bagi ubat. Adoi..kami cikgu, bukan nurse, bukan doktor, kang kami tersilap bagi ubat, tak ikut sukatan ke, tak dapat on time ke, pastu anak tu demamnya makin teruk, haaaa..macamane? Silap2 kami kena saman.

Bermula dengan seorang budak demam, seorang demi seorang plak berjangkit, dan yang mengejutkan rupanya bukan kes demam biasa, rupanya kes influenza A. Simptomnya sama macam demam biasa, selsema, batuk, tapi demamnya tinggi sampai cecah 40°©. Demamnya lambat kebah, on off. Ada yang kena warded. Daripada 60 lebih kids tinggal separuh je yang datang.

Mungkin parents fikir kami saja2 taknak jaga anak yang dihantar, bila kami tak terima, siap sound kami balik, atau mungkin dia fikir sakit anaknya tak serius..sepatutnya mereka fikirkan parents lain juga, bila berjangkit, dah menyusahkan orang lain juga. Kami pun susah, kena marah dengan boss sebab terima budak demam. Padahal parent yang buat tak faham.

Apa2 pun semoga semua anak2 yang sakit segera sembuh dan dapat bersekolah semula. Amin.
Kena warded sudah.
Potong bawang...letak di sudut2 tadika, petua untuk menyerap kuman2 dan virus, mudah2an ada perubahan.

10 Jan 2018

Potong kuku.

Huhu..itupun nak buat entri ko?
Eh..suko ati den la, blog den kan..hehe.

Korang potong kuku apa? Selasa? Isnin? Ikut suka jer, tak kira hari apa? Eh..takleh le macam tu.

Den ni seboleh- bolehnya nak potong kuku hari Isnin, khamis atau jumaat. Masalahnya menjelang jumaat tu terlupa nak potong kuku, tunggu plak hari Isnin, pun terlupa juga..nak tunggu khamis..kuku dah panjang jenggong kata arwah mak den orang Teganung, yang maksudnya panjang sangat..last2 rasa tak mampu nak tunggu lagi dah macam tadi ( rabu ) terpaksalah dengan berat hati potong juga.

Kata orang, tak taulah mana sumbernya, nak kata dari hadis ke, kata2 para hukamak ke, dari orang2 tua berilmu dulu2 ke..potong kuku hari rabu ni akan memasukkan penyakit ke dalam badan kita dan mengeluarkan sihat. Kalau hari selasa pula akan mengundang bahaya..Wallahu a'lam..

Tapi pada den lah, kita potonglah kuku pada Hari Isnin, khamis dan jumaat seperti yang dianjurkan dan diajar oleh Nabi kita tercinta..sekurang2nya bila Kita tak dapat amalkan Sunnah yang besar2, Kita hidupkan Sunnah yang kecil2 dulu contohnya memakai wangi2an semasa hendak menunaikan solat, mencukur bulu ari2 sebelum tempoh 40 Hari, memakai celak, membaca Bismillah dalam setiap pekerjaan..mudah2an kita tergolong dalam golongan yang menghidupkan Sunnah..
Nail clipper, pemotong kuku..arwah ma punya, masih tajam,meskipun ma dah 6 tahun pergi... masih boleh berbakti kepada aku yang menjadi tuannya sekarang..moga2 jadi jariah buat ibuku tercinta.. 

8 Jan 2018

Saiyyidah safiyyah binti Abdul Muttalib.

Perkongsian dari IKIM.

Saiyyidah Saffiyah binti Abdul Muttalib merupakan ibu saudara kepada Junjungan Nabi kita saw, adalah kakak kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib yang syahid dalam medan Uhud. Beliau juga antara muslimah terawal menerima cahaya keimanan bersama2 saidatina Khadijah binti Khuwailid. Semasa beriman itu umurnya sudah menjangkau setengah abad. Beliau juga seorang ibu yang sangat tegas dalam mendidik anak2nya, anaknya Saidina Zubair Al Awwam adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga.

Semasa suasana berkecamuk di medan Uhud, kaum muslimah ditugaskan di barisan belakang iaitu merawat tentera2 Islam yang tercedera. Tetapi di saat melihat keadaan kacau-bilau sehingga para sahabat yang mempertahankan Rasulullah terpisah agak jauh dari Baginda, yang mana membahayakan Rasulullah, Saiyyidah Saffiyah meluru ke hadapan Baginda, yang merupakan anak saudara kesayangan beliau, sehingga dikatakan beliau adalah wanita pertama yang turun ke kancah peperangan. Beliau dengan berani meluru ke arah musuh dan dapat membunuh beberapa orang musyrikin Quraisy.

Beliau terus meluru di tengah2 kancah itu, lalu ketika itu Baginda menjerit ke arah Saidina Zubair Al Awwam..." Zubair, ibumu, ibumu.." Baginda menjerit begitu kerana bimbang sayyidah Safiyyah terlihat keadaan Saidina Hamzah yang dibunuh dengan keadaan yang ngeri, dadanya dibelah, jantung nya dikeluarkan, telinga dan hidungnya dipotong, merasa sedih sehingga dikhuatiri tidak dapat mengawal perasaannya. Tetapi beliau terus berjalan sehingga terlihat lah olehnya jasad adiknya terbujur kaku. Tetapi alangkah tabah hatinya., Beliau tidak menunjukkan kesedihannya  sebaliknya  mengucapkan..tak mengapa, Hamzah sudah beroleh kemenangan dan sudah berbahagia...

Di satu ketika pula, ketika kaum muslimah, kanak2 serta orang2 tua ditinggalkan di dalam kubu pertahanan, orang2 Yahudi Khaibar yang berniat untuk mengkhianati Rasulullah mengintai2 mencari peluang untuk memasuki kubu pertahanan tersebut. Sayyidah Safiyyah yang ketika itu bersama dalam kubu pertahanan melihat seorang Yahudi sedang memanjat dinding kubu, lalu beliau menyuruh Saidina Hassan bin Tsabit yang ketika itu masih remaja supaya menjatuhkan Yahudi itu. Tetapi Saidina Hassan menjawab.." aku tidak berani wahai ibu.."

Sayyidah Safiyyah mengambil sebatang kayu lalu menjolok Yahudi itu sehingga jatuh, lalu dia memukulnya sehingga mati. Beliau menyuruh Saidina Hassan memenggal kepala Yahudi tersebut. Sekali lagi Saidina Hassan mengatakan yang beliau tidak berani. Jadi Sayyidah Safiyyah yang ketika itu sudah berumur 60-an mengambil pedangnya lalu memenggal kepala Yahudi tersebut dan mencampakkan kepala tersebut ke sebelah benteng pertahanan, melihat keadaan itu, kaum Yahudi merasakan gementar kerana merasakan Baginda Rasulullah tidak meninggalkan kubu itu begitu sahaja, sebaliknya dikawal oleh tentera2 yang kuat. Membuatkan mereka membatalkan niat untuk  menceroboh kubu itu, padahal di sebalik keberanian itu hanyalah seorang perempuan tua...

6 Jan 2018

Ada apa dengan M.E.N.A.N.T.U..

Apa kabo? Sihat? Alhamdulillah...
Nampaknya hajat hati nak menulis entri sehari satu tak kesampaian weyh. Semakin hari semakin malas adanya.
Tapi hari ni kita keluar dengan tajuk entri tergempar, sensasi lagi kontroversi, haha.

Memandandangkan den ad anak dara yang kalau tahun 60-an dulu, umur 20 tu dah ada anak sorang dua. Anak bujang pun dah memanjang tersengih2 bila pegang phone, sure dah ada makwe tu.. walaupun dalam hati den tak berapa nak redha hubungan pakwe makwe ni, benda tak syariat kan. Tapi kalau ditanya manjang takde jawabnya.
Raso eh boleh dah den cakap pasal menantu ni. Kepada bakal2 menantu den di luar sana baik lelaki mahupun perempuan, dengar dan hadam elok2 yo.

Den ni takdolah sampai nak menetapkan syarat2 yang tak terjangkau dek akal fikiran. Kang tak laku plak anak daro den tu. Tapi yang sebona eh den ni selalu doakan anak2 dara den kawen cepat, bila dah jumpa orang yang boleh terima dorang seadanya, den ok je. Tapi den adalah juga syarat2 ringan kalau bakal menantu lelaki tu kurang2nya macam Syeikh Habib Ali Zainal Abidin ke, kalau yang perempuan tu macam ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ke, sejuk mata mandang Kan. Den ni ciri2 separuh ustazah tu adalah juga, mestilah nak menantu yang baik2. Tapi rasanya semua bakal mak mentua nakkan menantu yang baik2, yang soleh, solehah, rajin, pandai mengaji hafal sekurang2nya surah Al kahfi, haaa...berat ke? Lagi..kalau dapat yang rajin puasa sunat, solat-solat sunat, kalau dapat.. uishhh..tak kayo pun takpo, tak ensem pun ok jer.

Lagi..den suka kalau menantu den tu nanti peramah orangnya, ada unsur2 humor, tak kedekut, yang boleh terima anak den seadanya sebab anak2 den tu pun banyak kekurangannya.
Baik den senaraikan juga calon menantu bukan pilihan den. Ini syarat den soranglah, toklaki den takdo kono mengono, mungkin dia pun ada syarat2 dia tersendiri Kan.

Pertama- kalo boleh den takmo bermenantu dan berbesankan orang nogori. Korang jangan sibuk tanya, why eh, why..

Yang kedua- den takmo menantu kaki rayap. Kalau nak merayap, ajak anak den sekali. Jangan merayap sorang2 macam orang bujang. Cuba bayangkan perempuan kaki rayap, merayap dari rumah jiran ke rumah jiran. Kalau yang lelaki, balik dari merayap sibuk nak makan, lepas makan terbongkang. Tak pun lepas makan merayap lagi. Tak ke merana anak den nanti.

Yang ketiga- den takmo menantu panas baran, silap2 kaki pukul. Nauzubillah..simpang malaikat.

Yang keempat- den takmo menantu yang pemalas. Kaki menyepah, Kain pelikat campak bawah katil, Kain batik tersadai celah almari, rumah ibarat tongkang pecah. Tolonglah bini hang tu weyh. Rasulullah pun rajin tolong isteri dia, barulah bahagia rumah tangga.

Yang seterusnya- den takmo menantu kaki merokok. Kalau den tau dia merokok, den reject awal-awal yo. No chance ok!!

Yang seterus-seterusnya- den tak mo menantu pompuan yang tak tutup aurat, pastu gedik-gedik manja tak bertempat. Berbulu mato den.

Lagi- den reject menantu pompuan maleh masak. Kalau tak tau tak ngape, asal dia kemahuan belajar, pastu rajin mencuba, tak pandai masak tak ngape, rajin belajar, lama2  in shaa Allah pandai juga.

Wow..boleh tahan banyak syarat2nya tu. Ada bran? Hehe..
Ada rupa bakal makpak mentua tak?

1 Jan 2018

Hari2 terakhir 2017..

29/12/2017- genap 6 tahun perpisahan sementara aku dan ma. Hujung tahun yang selalu ku tunggu sambil mengingat kembali hari2 terakhir bersama arwah bonda tercinta.

30/12/2017- bermula cuti 3 hari, sabtu, ahad, Isnin.
Sabtu- urusan rumah tangga sudah semestinya, pastu bertolak ke Rembau ada kenduri kawen sedara sebelah suami. Pastu bermalam kat rumah MIL. Huhu..tak best.
Ahad- makan tengahari awal kul 10.30, nak bertolak ke Banting tengok anak sedara baru, anak adik ipar den yang kawen bulan satu 2017, Alhamdulillah, rezeki dapat anak awal, cantik tarikh lahirnya, 17/12/2017. Tapi tak amik gambarnya pun, ingat nak amik gambar sambil pegang babynya tapi dah den selemo aka selsema kang berjangkit plak kat baby, lagi pun kalo tunjuk gambar pegang baby kang orang ingat bergambar ngan cucu Kang, haha..

Cucu?? Oihh...den belum bersedia nak jadi grandma weyh..

Tulah cerita penutup 2017 yang tak berapa nak happening.
Nanti den nak buka lembaran 2018 dengan citer pasal menantu plak. Uishhh, siyes?
Iyooo...tak cayo sudah.
Singgah di Pantai Morib salah satu agenda kalo ke Banting.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign