Kita ni ghairahnya nak menyambut raya sampai 2, 3 bulan sebelum puasa dah sibuk memikirkan persediaan berhari raya. Kat tv iklan sofa, baju raya, kain langsir belum pun masuk bulan rejab dah disiarkan. Sampai mentaliti kita ni pun macam dah terdidik raya mesti kena sambut meriah, tukar serba baru, sedangkan sepatutnya Ramadhan lah yang kita kena raikan, hias rumah cantik-cantik ibarat menunggu tetamu agung nak bertandang.
Tu satu hal. Cer tengok pulak dua minggu atau seminggu sebelum berlalunya Ramadhan. Segala pasaraya, bazar jualan meriah sungguh dengan orang ramai yang mencari berbagai persiapan menyambut raya. Selagi rasa tak cukup, selagi tak sempurna, sanggup menapak dari satu kedai ke satu kedai, hilang letih dahaga berpuasa tu, tabahnya membuat persiapan raya.
Cer bayangkan, kita didatangi tetamu, tak kiralah..mak mentua contohnya, baru duduk dalam dua tiga hari kat rumah kita, kita dah panas punggung dah, dah mula hint-hint supaya mak mentua kita balik. Apa perasaan mak mentua kita tu? Sedih, tersinggung..ye tak?
Macam tulah ibarat kita dan Ramadhan. Ramadhan tu tetamu agung kita, bukan tetamu biasa, dia datang dengan begitu banyaknya keberkatan nak diagihkan kepada kita terutama di sepuluh malam terakhirnya, tapi apa kita buat? Sepuluh malam terakhir tu kita begitu ghairah membuat persiapan hari raya, kita tak ambil peluang keemasan yang datang bersama Ramadhan, kita pandang sepi, kita lupa bahawa mungkin inilah Ramadhan terakhir kita....
Para sahabat, para tabiin terdahulu ada yang khatam Al Quran di antara maghrib dan isya dalam bulan Ramadhan. Rasulullah di sepuluh malam terakhir mengikat ketat kain Baginda dan meninggalkan katil tidak mendatangi isteri Baginda....tapi kita, sibuk dengan tukar langsir baru, cat rumah, buat kuih raya, bakar meriam buluh, tahajud depan tv tengok euro....jadi tak hairanlah kita dok camni juga, ahklak tak berubah, ibadah tak meningkat...sedang usia makin bertambah, kederat makin berkurang...
Ermmmm...cakap banyak pun tak guna aih, selagi kita tak berubah.
Moga suatu hari Allah beri kita keinsafan dan kita mampu berubah..