Asam Garam Kehidupan: 2019

Pages

27 Dec 2019

Buku tulis rm4.50 sebiji???

Adoiii, tak taulah..dah jual siap balut plak.. Adoiii, kenapalah tak pakai buku tulis biasa yang macam dulu2 tu baru berapa ploh sen...adoiii camanelah yang ada 2,3,4 orang anak yang semuanya memang kena beli juga buku tulis, kalau takde camane plak nak belajar, adoiii tu belum lagi masuk buku2 latihan yang lain...adoiila, adoiiila...sakitttttt...sakittt sangat weiiii..
bila nak masuk sekolah, nilah yang memeningkan..
Sampai tersilap2 menulis nama, nak tulis nama anak tertulis nama sendiri...
Rm4.50 sebiji buku tulis macam ni, dua biji?3 biji, 10 biji dah berapa??? Tak tau kenapa mesti dah siap berbalut, padahal makpak boleh je beli dan balut sendiri. Buku tu pun kalau beli sendiri kat kedai biasa baru dalam rm1.50 sebiji..dan yang parah buku tu tak tebal mana pun, jadi berapa kali setahun agaknya makpak kena berhabis duit nak beli buku tulis macam ni? Kalau makpak berduit tentulah tak berkesah, habis makpak serba marhaen macam kami ni macamana???? 

18 Dec 2019

Haru biru 18, 19..

Ha..xcited deme nok baca yok, apekeheynye..kikiki..tapi janganlah deme semua salah faham yok..kome idokle bermaksud ada rimau di sebalik semak..cuma hati kome ni dok dig dug2x aje dari tadi..


Apa ke idoknye...esok kan result pt3 nak keluo..anak kome si Nadhrah Hannani tu harap2 okeyla resultnya. Nilah anak dare kome yang nak amik result pt3 esok..19hb Disembar 2019.

4 Dec 2019

Dah hujung tahun ye kome.

Allahuu..tak perasan dah masuk bulan doblas yek. Punya tak perasan kadang tulis tarikh ngaji kat iqra budak2 pun masih tulis bulan sebelas, punyalah..tak perasan. Tak beberapa hari lagi masuk tahun baru 2020, tapi tahun Hijrah memang dah masuk lama kan 1431. Dan kalau ikut tahun Hijrah umur kita2 ni kena tambah lagi 3 tahun tau kome, contoh umur 47 sebenarnya dah 50, umur 50 plak kalau ikut tahun hijrah sepatutnya 53, huhu..makin tua lah yek kalau ikut tahun Hijrah
 Macam umur Nabi Muhammad waktu wafat tu umur baginda 63 tahun, tapi kalau tahun masihi baru 60 tahun..jadi pada yang dah masuk 60 tahun tu kena lebih bersedialah yek, eh...tapi yang umur bawah2 pun kenalah bersedia sebab...mati tak syarat tua...huhu...peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Hari ni kami sekeluarga balik ke Terengganu. Errmmmmm...tak taulah kenapa rasa tak seronok sangat perasaan kali ni.
Cuma dalam hati ni berharap supaya semuanya baik2 saja. Balik kali ni in shaa Allah nak bersihkan rumah arwah ma sebab balik raya hari tu tak sempat nak kemas bahagian atas rumah tu. Kat atas takde orang duduk, jadi memang berhabuk bersawang berdebu tu tak payah ceritalah. Bahagian atas tu sebenarnya ada bilik tidur arwah mak, katil, almari baju dan Quran yang selalu ma baca masih di situ, sayu bila masuk bilik ma tu. Ruang tak berpenghuni, lebih2 lagi dah takde orang solat dan mengaji di dalamnya..suasana tu memang suram..tapi aku tak kisahkan tu sebab kesian dengan bilik yang pernah didiami oleh orang yang paling disayangi..

Telefon mak sedara bagitau kami otw, dia bagitau situasi yang tak berapa best..air pasang malam, eh deme takyah nyambung lagu tu..air pasang malam masuk dalam rumah, rumah bersepah, rumah kotor..huhu..

27 Nov 2019

Jadi gak akhirnya ubi ketuk aku.

Dah seminggu aku peram dalam esbok. Ubi kayu yang aku rebus dengan kulit tu, isinya ok je, cuma ada warna coklat2 sikit, tak kisahla sebab aku yang nak makan, kalau anak2 nak tumpang makan pun boleh aje, almaklum kuih2 macam ni kadang2 budak2 tak suka kan.
Sebelum masuk esbok tu aku dah lenyek2 isi ubi tu. Resepi tu nak kena ada kelapa, so kelapa aka nyoq asyik lupa je nak beli.

Back to the our recipe..hehheh..dah jadi blog masak2 plok ye. Lantok pilah labu oii..

-Setengah kg ubi kayu..sebelum rebus kopek kulitnya dulu..kikiki..(jangan ikut cam den, tak ghoti tak mau tanya )
-Dah masak, penyek2an isinya.
-Masukkan gula secukup rasa.
-Dua genggam kelapa parut.
-2 ke 3 sudu besar tepung gandum.

Dah siap campurkan semua bahan, kepalkan bulat2. Sediakan tepung goreng macam tepung goreng pisang tu. Den buat camni, tepung gandum secawan campur tepung beras setengah cawan, garam dan kunyit sedikit, campurkan dengan sedikit minyak panas, baru diadun dengan air..siaplah tepung untuk menggoreng dan dah sedialah untuk menggoreng ubi ketuknya..

Tadaaaa..
Comey juga kan, hihi..tak sangka plak anak2 suka, mungkin sebab rasanya yang manis dan lemak berkrim kerana ada campur kelapa, tambah lagi ubi kayu yang isinya melekit2 sikit tu, mabeles untuk minum petang tau deme.

25 Nov 2019

Gulai masam.

Salam isnin. Salam cuti sekolah. Salam musim hujan, hihi...
Hari ni jom den nak share satu resepi yang sangat2 simple tapi, den jamin sodapppp.  Ni lauk kampung sangat2, even den pun dah lupo pasal lauk ni, teringat balik sebab terjumpa balik dengan kawan2 lama kampung dalam group wassp. Antara kawan2 tu ada sorang kawan yang sangat rapat masa sekolah rendah dulu, terpisah sekian lama, lost contact, tapi Alhamdulillah di zaman teknologi sekarang ni, yang jauh jadi dekat, yang hilang dapat dicari gitew. In shaa Allah den akan kisahkan pasal sahabat den ni di lain entri ye.

Ok, back to our resepi, bahan2nya.
Ubi kayu seketul.
Ubi keledek manis seketul.
Putik jagung 5 ketul.
Terung kampung 5 biji.
Ikan bilis (nak sedap taruklah banyak)
Cili api merah.( nak pedas taruklah ikut mana kemampuan anda menahan pedas )
Serbuk kunyit.
Asam keping.
Garam.
Sedikit serbuk perasa (kalo suka)

Semua bahan dipotong sewajarnya. Ikan bilis buang perut, jangan tumbuk, nanti just lebur  je dalam periuk, cili kenalah tumbuk. Dah siap semua bahan masukkan dalam periuk, masukkan air..ok..hidupkan kompor anda..hahaha..sejak bila aku jadi indon nih, ok..tutup periuk tu biar cepat empuk semua bahan.

Tadaaaaa...
Seyes sedakkkk wey..kalah tomyam. Ubi kayu dia, ya Allah dengan melekit2 isinya, keledek yang sweet2 tu bercampur2 dengan rasa2 masam...ya Allah...cubalah kome, tak rugi. Den jamin sedap. Den dah laaaaaama tak makan lauk ni, semalam den masak ni, berhirup2 kuahnya, nasi sikit je, tapi kenyang sampai ke petang sebab bantai sayur tu sorang2, ensuamiku cuma amik isi jagung dengan kuah,anak2 amik kuah je..hihii..ensuami ku itu tak pernah rasa lagi lauk ni, jadi tak kena lagilah kot dengan tekaknya, anak2 plak jenis tak suka sayur. Jadi semua tu..denlah tukang perabihnya. Sekian,hihi..

22 Nov 2019

Last day sekolah for 2019, uhuk uhuk..

Sedar tak sedar dah habis sesi setahun persekolahan yek. Cuti lebih kurang sebulan lebih maka bermulalah pula sesi baru 2020😲😲😲..nape? Terkezut?? Tak perasan hari ni last day sekolah bagi 2019??  Maka bermulalah juga sesi mengira2 duit di poket dan di akaun berapakah yang tinggal selepas pokai akibat membeli serba serbi kelengkapan persekolahan untuk tahun depan.

Itu belum masuk bajet nak balik kampung sempena cuti panjang, belum lagi kisah anak2 nak pi jenjalan bercuti sana-sini sinun, adoiiiii...pokai, berlubang poket makpak.  Bagi makpak yang takde bajet besar macam kami lakibini cukuplah bawak balik kampung sari, dua..kat kampung den Terengganu tu macam2 ado, nang masjid terapunglah, nang pulau warisanlah, nang jembatan angkatlah..pendek kato pueh hati lah kalo balik ke sanun, tu belum citor pasal kopok leko, nasi dagang, pulut lepa, sata..eh macam2lah.. Sapo pernah sampai mesti tau keistimewaan dan ke-best-an berada di Terengganu, hihi..
Dengan bangganya dia simpan anugerah semalam di sini. Kesian abang Iman..kata dia, dia je takde medal dalam rak ni, abang kakak, Ibi, baby semua ada..nak wat camane..abang Iman takde kebolehan dalam pelajaran, tapi in shaa Allah tetap ada kelebihan lain..

Ermmm tak taulah dapat ke idok Umar Zikri jadi pengawas, temuduga yang sepatutnya pada hari rabu, cikgu temuduga tak masuk kelas katanya. Rupa2nya temuduga tu dibuat semalam hari khamis, dia pulak tak pergi sekolah. Semalam kami lakibini ada hal di luar kawasan seharian, dia ada anugerah kat sekolah agama pukul 2 petang, van sekolah pulak datang lebih awal dari biasa. Jadi kalo dia pergi sekolah kebangsaan lambat pulak nak ke sekolah agama..so terpaksa korbankan satu..


Tapi mak eh ni memang rasa terkilan.


20 Nov 2019

Boleh ke ko jadi pengawas nak oiii?

Baru dipilih temuduga pengawas untuk tahun depan. Harap2lah ko berjaya jawab temuduga tu ye nak..Umar Zikri, si bongsu ambe umur 10 tahun tu. Tapi kat rumah perangainya masihla sangat kebudak2an. Tak taulah macamane di sekolah.

Sempatlah maknye nih google cari soalan temuduga pengawas tu dan berlagak jadi penemuduga, hihi..yelah, nak juga tengok dia bergaya dengan baju biru pengawas berlengan panjang kan, 😁..
Mudah2an dia berjaya, mana tau kan nanti bila dah jadi pengawas tu bolehla dia lebih berdisiplin kan?
Ni dia budaknya. Hari tu balik dari kidzania punya penat nak berjalan pun kononnya tak larat, merayap ke meja makanπŸ˜‚πŸ˜‚

18 Nov 2019

Aku rebus ubi kayu dengan kulit2 sekali.

Sebab apa? Sebab dah laaaaaaama sangat tak rebus ubi kayu. Tiba2 teringin nak makan ubi ketuk dan tiba2 ku rasa teringinn hendak cuba buat sendiri...wakakak...tiba2 terikut rentak lagu teringin penyanyi Shima tu, eh lagu tu bestt woo, masa zaman remaja2 sekolah menengah dulu, sukalah juga layan lagu jiwang2 gitew..tapi bila dah meningkat dewasa, akal pun dah matang, kita tukar tune..minat nasyid2 pulak sampailah ler ni lebih2 lagi lagu2 arab yang mendayu2 tu, walaupun den tak faham maksud, tapi suka sangat dengar..eh...haha..dari ubi kayu melalut ke nasyid arab ek..adoiii...dari dalam solat ko melalut sampailah citer ubi kayu pun ko melalut ek..hehe.

Tulah tu, masa nak rebus tu terpikir gak, kopek kulit ke tak kopek, kopek tak kopek,kopek tak kopek...last2 tak kopek..
Bila memandai2 sendiri tak cuba google2 dulu, tak tanya kengkawan dulu, bukan ape..nanti takut juga orang kata .."aiiii, dah tetuo pun tak ghoti2 lagi nak rebuih ubi.."
Habis isinya jadi kuning.

7 Nov 2019

Muhammad Hilman dan SPM.

Adiknya selesai pt3. Sekarang si abangnya pula sedang bergelut dengan exam papernya..SPM yok. Si abang ni, ibu tak letakkan harapan besar dalam pelajaran..yelah antara anak2 mesti ada kekurangan yang Allah beri, nak kata takde usaha, ibu tengok adalah juga, nak kata malas tak lah sampai ponteng sekolah pun, gigih ikut kelas tambahan, sanggup kumpul duit untuk pergi seminar SPM, ya..ibu faham, dan ibu tak terkilan..ibu tau pasti ada jalan untuk Iman, sudah Allah atur rezeki dan jalan hidup untuk Iman.
Ibu bangga sebab Muhammad Hilman rajin ke surau berjamaah, semoga Iman jadi anak muda yang hatinya sentiasa diikat dengan masjid,ibu bangga Iman tak mberontak pun walau ibu abah tak belikan phone macam ibubapa lain belikan utk anak2 mereka, ibu berbesar hati kerana Muhammad Hilman sangat mudah diminta tolong, ibu sangat bersyukur bila dengar cerita kakak Nadhrah, dalam bas sekolah ada kawan Iman yang suruh Iman cuba hisab vape, Iman boleh jawab..takpelah, aku tak mainlah benda2 macam tu...terus ibu panjatkan doa supaya Allah terus pelihara hati Iman dari melakukan maksiat, jauhkan Iman dari anasir2 jahat. 

Ya Allah..sesungguhnya mereka adalah amanahMu kepadaku, sedang Engkau tau aku hanyalah hambaMu yang lemah, maka bantulah aku, berilah aku kekuatan yang berterusan untuk terus mendidik mereka hingga ke hujung nyawaku..

30 Oct 2019

Sesaat masa berlalu bukan milik kita lagi.

Setuju tak?

Satu lagi..rasa nak berfalsafah plak hari ni..ni gara2 tengok yuotube lah ni, cantik amat sorang perempuan tu, lalu terpikirlah kat benak den...

Cantik macamana pun rupamu, wangi macamana pun badanmu disembur minyak wangi sebotol pun, secomey mana pun kau mekapkan wajahmu dengan mata pakai contact lens plak tu..uihhhh...bangganya dirimu kelihatan bila dikelilingi lelaki2 bukan muhrimmu..TAPI ingat yang ni satu..kentutmu tak wangi, taikmu juga busuk macam taik orang lain juga, satu hari kau akan keriput macam aku juga...ngehhhh.


Setuju tak kome??😁😁😁

23 Oct 2019

Ustazah Asma Harun.

My faveret ustazah..ustazah ni best. Suka dengar ceramah dia. Pandai mencuit hati dengan sindiran2 lucu yang memang akan terkena pada batang hidung kita. Ustazah ni gigih, baru bersalin anak yang ke 8 ke..kalo tak silap, secara ceaser..sekarang ni kembali gigih memenuhi jemputan berceramah merata tempat.

Sempatla berselfie dengan ustazah walaupun terpaksa berebut2 dengan para peminatnya, tapi dah namanya dalam keadaan berebut2, so muka pun tak berapa nak ready, tapi ustazah ni mungkin dah selalu peminat ajak bergambar so senyum dia memang dah ready je. Ustazah datang ke surau Mukhlisin, Semenyih pada 20/10/2019 ahad lepas, pukul 9 pagi tepat..ha, ni yang best..ustazah yang sangat punctual, walaupun letih baru sampai pukul 2 pagi sebab memenuhi undangan sebelum tu di UIA Kuantan..sempatlah bisik kat ustazah.."ustazah semalam jumpa anak saya di Kuantan, hari ni jumpa mak dia plak.." ustazah sempatlah berbasi basa.." Oo. Ye?"  Hihi..

So, kalau kengkawan nak kenal lebih jauh dengan ustazah ni, cari je ceramah dia banyak dalam Youtube. Mesti korang pun jatuh hati dengan ustazah ni.

14 Oct 2019

Mama Yan tanya, den jawab yo.

Dah 2x mama Yan tanya, berkali2 juga den berkira2 apa nak jawab..tak jawab rasa kang rasa cam tak patut juga. Tapi minta maaflah yek mama yan, akk ni jawab takdolah secara profesional, cam kekok je bila nak tulis proper2 ni..kan, hehe.

Kepada yang tertanya2 apa yang mama Yan ( Aryan Azra ) tanya, dia tanya camano den ajar bebudak ngaji, lebih kurang kekdah apolah tu kan.

First yang akk buat.
Turunkan ke bacaan asas semula.
Sebab apa akk buat camtu, boleh kata yang datang tu, walaupun dah jauh ngaji Qurannya, tapi bacaannya aduhaiiiii..tunggang langgang terutama bacaan mad asli (panjang / pendek ), sakit telinga dibuatnya. Tapi akk inform la mak2 diorang dulu nak suruh baca iqra balik. Start dari bawah balik, betulkan mahkraj huruf semua. Alhamdulillah la mak2 budak ni tak kisah. Tapi dalam masa yang sama bacaan Quran tu tetap terus juga, tapi tak baca banyak2la. Buat apa baca banyak2, tapi salah, merangkak2. Sekarang ni Alhamdulillah..ada dulu antaranya boleh baca sebaris dua je..sekarang dah yakin boleh baca satu, dua mukasurat.

Buat gruop wassap.
Senang nak bagi info, contoh kalo ada apa2 hal kan.

Duduk mengadap.
Yang ni pun penting. Akk tak guna rehal sebab rehal rendah. Akk guna meja kecik. Duduk dalam barisan, sekali ajar 2,2. Dudukkan yang agak boleh baca sendiri, kurang kesalahan bacaan dengan yang kita kena bagi tumpuan untuk betulkan bacaan. Ingat masa kecik2 dulu, duduk dalam barisan panjang, sorang demi sorang mengadap ustazah/ustaz..ibarat bertemu lutut. Tapi akk takdelah ajar sorang demi sorang, akk sekali ajar, 2 orang sekaligus sebab mengejar masa, diorang balik dari sekolah agama singgah dalam pukul 10.45 rumah akk mengaji, pastu van diorang datang pikap semula dalam 15 minit macam tu je, masa suntuk kan..nanti nak bersiap ke sekolah kebangsaan plak mana2 yang sesi petang tu. Kalo yang sekolah agama petang tu dorang singgah dalam pukul 5.30 petang camtu. Sebelah malam tak ramai sebab nak tumpu budak2 tuisyen.

Rasanya tu jelah yang akk buat. Macam kaedah lama juga, teringin jugak nak amik kaedah bacaan Al Baghdadi tu, tapi kenalah pegi kursus. Dah pegi kursus takkan nak caj ngaji rm15 lagi kot, kang caj lebih bising plak makpak dorang. Takpelah kekdah apapun, asalkan kita yang dah sanggup terima tanggungjawab tu buat betul2, in shaa Allah budak2 tu boleh ngaji dengan sempurna.
Akk guna meja kecik, duduk dalam barisan..bolehla betul2 dengar diorang baca, tak lancar bacaan, keesokkan hari kenalah ulang balik. Selagi tak lancar kena ulanglah. Tapi sekali baca, agak dalam 3, 4 minit sorang je. Tak boleh lama..mengejar masa.

9 Oct 2019

Peringatan dari seorang adik.

Ada ditulis di atas sekeping nota dengan pen di setiap buah buku tulis si abang. Tanda kasih sayang dan ambil berat seorang adik..
#Anak2ku
#Muhammad Hilman.
#Nadhrah Hannani.

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat, kasih  sayang, peliharaan Allah di dunia dan akhirat.
Ibu terharu..iskk..iskkk..

4 Oct 2019

Hari jumaat oiii..

Paling best, paling ditunggu, paling bahagia, wahaha..lebih2 lagi kalo tengah cuti solat. Hehe..tapi hari ni tak cuti solat pun, satgi pukui 9 nak pi surau baca surah al kahfi dengan kawan2 muslimah taman ni. Seronok baca berjamaah ni. Boleh saling tegur menegur kalo ada salah2 dalam bacaan..no heart feeling lah.

Apa yang best sangat kalo hari jumaat pado den sang surirumah entoklaki den tu? Sebab pagi2 rumah dah senyap sunyi. Awat hari lain tak senyap sunyi ka? Eh dak aih, sunyi juga, tapi satgi dalam pukui 11 pagi ada pulak budak2 ngaji datang, kang petang pun ada, kang malam pun ada...ha..cer bayangkan camana sibuk den sekarang nih? Hehe..takdelah sibuk mana pun, cuma terasa ada gangguan2 lah juga bila baru habis solat tetiba.."semekom, ustazahhhh( sila baca dengan lenggok kanak2 ribena)..takdan nak wirid2 sepatah dua cepat2 cabut telekung nak ngadap dorang. Tapi Alhamdulillahla juga, dah bertambah juga anak2 murid ngaji den tu, ada dekat2 40 orang rasanya. Oihhh masyukkk hang na...eh, jangan salah kira2an. Sebenaqnya den caj sorang rm15 je, tu pun ada yang dah 5 bulan tak bayaq.. Bukanlah den berkira bona do, tapi berkiralah juga..masa den ngadap depa, bil elektrik den..ater, takkan tak buka lampu, tak buka kipas kan...tapi tulah nak wat camana? Mungkin makpak dorang fikir, alah takat ajaq ngaji apa susah..ater kenapa korang tak ajaq sendiri anak korang?

Ada ustazah Asma Harun cerita dulu dia ada buka kelas ngaji, caj rm50 satu kepala, ada ustazah ustaz yang digaji untuk ajar ngaji. Tapi ustazah tak dapat bayar gaji yang sepatutnya pada ustazah ustaz yang ajar ngaji tu, dorang terpaksa buat 2 kerja, contoh buka warung, meniaga kat pasar malam sebab nak menampung gaji yang tak cukup tu, sebab apa gaji tak cukup? Sebab makpak ramai yang tak bayar duit ngaji. Jadi lama kelamaan kelas ngaji ustazah Asma terpaksa ditutup sebab ustaz ustazahnya berenti kerja sebab gaji tak cukup nak menampung keperluan hidup.

Orang tua2 kampung atau ustaz dulu2 kat kampung ajar ngaji makpak ni faham, walaupun tak dapat bayaq duit, dorang bagi beras, bagi ikan, bagi sayuq, bagi tepung..jadi ustaz2 yang ajar ngaji tu tak perlu keluar mencari rezeki lain sebab apa yang makpak kasi tu cukup dah menampung hidup dorang. Tapi sekarang ni takkanlah takat nak bayaq rm15, rm20 pun nak berkira? Ilmu yang diajar tu ilmu yang akan dibawa ke akhirat kan, quran yang dibaca tu nanti akan jadi pembela kita di alam kubur sana..

Tapi betul apa yang ustazah Asma Harun cakap, dia kata kalo makpak bayaq ikhlas kita jadi seronok nak ajaq anak dia. Betui tak tipu, den tengok budak tu pun sejuk hati, seronok ajar dia ngaji walaupun dia tak pandai, jenuh nak ajaq bagi betui sebut satu2 huruf tu. Oo..kalo camtu bila makpak tak bayaq tu hang tak seronok la nak ajaq dia? Meh den nak terus terang, memang den ada rasa tak seronok nak ajaq tu, tapi den ajaqlah juga, ajaq bagi betui juga sebab den takut oiii kalo buat sambil lewa sok2 kat akhirat den kono hisab weiiii..eh, sat na, sambung kemudian..nak siap pi surau pulak.

Pukul 10.42.pagi..
Sambung. Den baru sampai kt rumah ni. Banyak laie kojo nak buat, tapi tongah semangat nak cerita ni, kena sambunglah. Kalo benti kang sah2 seminggu dua lagi baru dapat sambung.

Jauh den kona baring kan, entah..saje nak bercerita pasal budak2 ngaji ni. Takdelah ramai yang tak bayaq tu, ramai yang baik..masuk je bulan baru cepat je den dapat sampul duit raya. Yang sebenarnya den tengah kumpul duit sebab nak beli basikal elektrik tu. Anak cakap belilah motor, hamboii cantik mak hang mana nak cekau duit banyak2, lagipun den takdo lesen motor. Ada basikal tu senang sikit kot nak ke kedai ke, ke surau ke, ke rumah kawan2 yang jemput baca yasin ke..kan..nak minta duit toklaki, ermmm takpelah selagi boleh usaha sendiri, den usaha je sendiri..tu salah satu sebab den perlukan bayaran duit ngaji tu. Lagipun hari sabtu petang den buat kelas hafalan surah al kahfi untuk budak2 ngaji tu kat surau, buat ulangkaji solat juga, tak caj apa2 pun. Jadi dengan adanya basikal tu nanti takdelah siksa nak menapak ke surau di panas2 petang pukui 3 tu.

Kalo ikut toklaki den, dia kata kalo ada budak tak bayaq takyahla minta2. Memang den tak minta pun, malu aihh..cuma den harap sangat2 makpak ni faham2 sendiri zaman leni takdo yang free. Plastik kat pasaraya pun kono caj 20 sen.
Bingka ubi kayu dari surau. Sedap dah lama tak makan. Ni kuih zaman dolu2 kan? Arwah mak selalu buat. 
Ni saje nak share. Produk keluaran Ikhwan GISB holding ada macam2, kilang coklat pun ada..sempena kempen BMF#ni kan, nak dapatkan boleh pergi ke Rawang, di sg Buloh dah ada pasaraya Ikhwan. In shaa Allah tak lama lagi dibuka satu lagi pasaraya di Putrajaya.


2 Oct 2019

Pt3 Nadhrah Hannani.

Dah nak habis pt3 dah baru mak dia teringat nak update citer, haha..cian anak den..
Apa2 pun semoga ebi(panggilan manja sejak kecik takleh nak ubah dah) berjaya menghadapi pt3 dengan aman, dilapangkan dada, ditenangkan hati seterusnya lulus dengan baik. Walaupun mungkin tak secemerlang kakak, at least ebi  lulus semua subjek...aamiiin3x.
Ni kenangan first time pakai uniform sekolah menengah..13 tahun,tup2 dah masuk 15 tahun..dah anak dara sunti, sementara ibunya pulak semakin menginjak ke usia senja, huhu...semoga Nadhrah Hannani dewasa jadi muslimah yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah...aamiinn.

19 Sept 2019

Otw balik yang mencabo kesabaran.

Hari ni den semangat sikit nak sambung cito sebab den ada follower baru yang ke 198..uhuk,uhuk..haha..orang dah ribu riban , awak 200 pun susah nak capai..tapi tak kesahlah..sebab den berblog pun bukan serius mana, just suka2, ada masa, ada rajin, ada mood baru update, apa ada hal kan.

Okeh kita sambung..oh lupa plak nak bagitau pagi sabtu tu tiba2 hujan lebat kat pekan kulim tu, wah..rasa teruja tengok hujan sebab sekian lama hujan tak turun kan dek bahana jerebu ni.

So macam dlm entri sebelum ni, kami kena bertolak balik tak dan cari peknga lawan gulai ikan temenung tu..tapi dapatlah singgah di kedai jeruk Pak Ali di Seberang Prai.
Macam2 ada kat sini rupanya bukan jeruk aje, ada kerepek2, kuah rojak, bahulu, t shirt muslimah tapi main dia ofkoslah jeruk pak Ali, belilah sikit jeruk sebab anak2 den tak minat jeruk.
Dah puas perabeh duit kat jeruk pak ali, kita sambung jalan. Kami dah jamak qasar kat masjid pekan kulim tu, so tak risaulah nak jalan tu. Penat agaknya si baby anak adik ipar tu nak tiduq pun tak berapa nak lena, jadi asyik menangis je dia. Kesian nengoknya.

Sampai kat rnr Tapah Perak..ha..kat sinilah dah mula cerito tak seronok tu. Kita tak biasa kat rnr tu, nak cari surau bukan main jauh, tandas pun jauh. Orang pun ramai yelah cuti kan, ramai orang berjalan.. Penuh orang kat surau, kena tunggu turn nak solat.. Dah solat, perut plak lapar, cari ensomi ntah mana tah, den tunggu kat gerai lain, dia pi gerai lain, pendek kata habis masa pusing2 je..tapi akhirnya jumpalah, dah makan. Selesai..oh tak selesai rupanya, sampai kat bas, perut dah menunjukkan tanda2 meragam, tapi bolehla tahan lagi, minta turun semula, driver tak kasi turun, tapi disebabkan ada yang belum naik ke bas, akhirnya dapat turun juga. Turunlah 3 orang, den, anak den dgn sorang anak sedara. Tetiba makteh pun turun masa kami dah selesai di tandas tu diminta plak tunggu, dia keluar tak nampak kami duduk di kerusi luar tandas tu, dia terus ke bas. Yang kami menunggu manalah makteh tak keluar2 nih..nasib baik ensomi turun cari kami..aduiii..habis masa kat situ. Driver bas dah bengang. Laju kemain dia bawak bas, dalam hati den tak putus2 mengucap ni, takut weyh kalo jadi apa2, buatnya terbalik bas tu kan sebab memang laju sungguh.

Tengah laju tu, orang lain pun dah lena, agak den dalam pukul 10 malam kot, si Umar Zikri plak nak t..b...k.. Aduii...mula2 tu boleh tahan lagi katanya, tapi akhirnya tak tahan dah, ensomi terpaksa juga minta driver berenti kat mana2 stesen minyak. Agak dalam setengah jam jugaklah dia drive laju2 akhirnya jumpa stesen minyak kat mana ntah rak perasan den, ingatkan umar zikri je yang nak turun, rupanya 4,5 orang juga yang turun..agak2nya masing2 perut meragam makan macam2 tambah perisa dengan jeruk pak ali plak..

Akhirnya sampai juga kat masjid besi, putra jaya dalam pukul 11.30 macam tu..ingat dah tamat citer, tapi ada lagi rupanya, si kakak nadhrah plak tak tahan2 nak membuang..kenalah cepat2 beredar sampai tak sempat nak salam2 dah, tapi sempatlah nampak sorang anak sedara tu kena tinggal dengan suaminya, sisuami tak perasan bini belum masuk dalam kereta dia dah jalan entah sampai mana agaknya, nampaklah si anak sedara tak keruan tepon sisuami suruh patah balik, hihi..

Tulah kan..kalau berjalan jauh, ramai2 plak tu..memang akan jadi macam2 cerita..
Ensomi kita sedang memilih2 jeruk pilihan hatinya..pilih bah pilih..bukan senang nak jumpa.

18 Sept 2019

Trip antor pengantin ke Kedah.

Ada dalam 40 oranglah yang ikut, mak2, ayah2, anak2, baby pun ada sorang, anak adik ipar baru dalam 6 bulan kot. Kami naik bas kat masjid Besi, Putra Jaya sebab boleh simpan kereta kat basement tu. Bertolak jumaat malam sabtu 14/9/2019.

Perjalanan pergi  takdelah apa2 sangat sebab jalan malam kan, so tiduq jelah. Sampai2 di satu masjid kat pekan Kulim tu. Solat subuh kat situ. Dalam hati dah simpan hajat nak cari peknga...

Sabtu 14/4/2019.

Alhamdulillah pihak keluarga lelaki ada sediakan homestay yang selesa. Dapatlah rehat, mandi2, tukar baju, siapkan muka sebelum bertolak ke rumah pengantin pada pukul 12pm.

Tapi best lah sambutan keluarga belah Kedah ni, siap ada kumpulan kompang lagi. Jadi dapatlah berarak bersama pengantin bersama paluan kompang gitew. Meriah, siap ada sound effect bunyi helikopter konon2 pengantin naik helikopter hehe.

Dan yang paling best,...lauk diorang, memang sedap sebab dorang rewang masak sesama kariah taman tu. Tapi takdo gambar sobab perut dah lapar semuo tak ingat dah. Kami diraikan di meja khas nasi lauk berhidang. Dah makan nasi dijamu plak dengan kuih muih, laksa kedah, bubur pulut hitam, bubur gandum, roti jala, cucuq udang, semua dihantar ke meja..mana nak dapat weyh, kenyang sungguh hari tu.

Dah kenyang, dah bergambar2, dah bersalam2 dengan keluarga belah lelaki kami tak boleh lengah nak bertolak balik sebab driver bas tu ada trip lain pulak keesokannya. Kami minta nak cari peknga pun tak dapat, uhuk uhuk..kempunan tau.

Kami bertolak dalam pukul 2 petang camtu. Dalam perjalanan balik ni baru ada story lain. Tapi nantilah ek, kalau2 den terajin nak update.
Kali ni pengantin pakai baju pepel plak.

9 Sept 2019

Pengantin berpurdah.

Selamat sudah sorang anak sedara sebelah suami, akad nikah dan bersanding pada malam sabtu, kendurinya pada siang sabtu 7/9/2019.
Jauh berkenalannya masa masing2 belajar di Mesir, balik Malaysia lansung bertunang bulan 6 lepas raya baru ni, 3 bulan ikat terus kawen. Muda lagi ni, baru 23 masing2. Dah jodoh, muda pun mudalah.

Minggu depan, sabtu nak gi rombongan mengantar pengantin ke Kedah pula. Tak sabo dah den ni, nak pi jalan2 ke Kedah nun, dah lama tak jalan ke Kedah, entah bila last pergi pun tak ingat dah..dah sampai Kedah bolehla cari peknga cicah kari ikan kembung..hihi, tak pernah rasa lagi peknga ni., teringin gak nak rasa.
Pakai purdah tak nampaklah mekapnya. Sok2 anak den kawen takyahla mekap2 nih, bukan murah2 upah mekap..lagipun ngeri juga dengo ustazah kata..suami jadi dayus hari pertama kawen dah biarkan isteri tu mekap cantik2 pastu semua orang tengok, yang bukan muhrim pun tengok...

5 Sept 2019

Boikot.

Wah tajuk berat nih..haha..kita santai2 ikut cara den yo.
Sebona eh, den tak berapa suka guna perkataan boikot nih. Rasa macam ada sensitiviti kat situ, pada den la. Tak taulah pada orang lain. Sebab bila benda sensitif ni dimainkan di tengah masyarakat, dia boleh menyebabkan cuaca corah bertukar kelabu asap betul tak apa den cakap nih?

Pada den la lebih sodap kita kato an..kempen...kempen beli/guna barangan keluaran muslim...ha, kan lebih sodap telinga yang mendengar.  Tapi den memang dari dulu lagi memang cari produk buatan muslim dulu, contoh minyak masak, tepung, cili/tomoto/tiram sos, kicap, garam...selagi ada produk keluaran muslim, den akan dulukan..tapi ada certain produk macam sardin tin tu, den beli sardin keluaran ayam brand sebab sardin lain tu gatal, sebab den ni resdung kan, belacan tak boleh makan, jadi sardin ayam brand je yang ok tak gatal. Macam biskut kan, nak cari produk bumiputera memang takde kat pasaraya, kalo ada pun mungkin kat pasaraya yang jauh dari tempat tinggal den, so den belilah biskut keluaran munchi ke, julie ke..selagi ada tanda halal den beli dengan yakin. Sebab den yakin nak dapatkan halal jakim tu bukan mudah, banyak proses dorang kena buat. Kalo korang nak tau pasal proses halal jakim ni susah tak susahnya silalah dengar ceramah ustazah Asma Harun, dia ni pernah kerja di bahagian sijil halal ni.

Lagi satu, den tak sukolah bila suasana camni, jadi hangat je cuaca..suasana harmoni dah jadi kurang harmoni. Memanglah den pun tak suko bila ada pihak yang macam, alahhh..korang taukan..tapi sebenarnya kita ada cara yang lebih tepat dalam membangunkan ekonomi islam ni, sekaligus kita dapat menjaga kemaslahatan ummah. Den tak pandai nak cerita panjang sebab den bukan pakar. Den rasa cara yang dipelopori oleh jemaah Al Arqam atau sekarang GISB holding adalah sangat tepat. Mereka bertindak tanpa kecoh, mereka membangunkan ekonomi, pendidikan, hiburan, pertanian dan banyak lagi yang sepatutnya dibangunkan dalam masyarakat islam. Tanpa bising2, tanpa kecoh2, tapi dah berjaya berkembang ke merata dunia...
Mereka ada ekonomi sendiri, klinik kesihatan, wisma bersalin, pasaraya, kafe..semuanya berasaskan ekonomi tanpa riba, terbaru mereka nak buka kafe di Moscow pula, sebelum ni mereka dah buat ekspo barangan halal di Bosnia. 

31 Aug 2019

Antara duku, duku langsat dan langsat.

Mana satu pilihan hati eh..tekak korang? Antara 3 jenis buah ni, kalo letak depan muko den..takdo plak yang bagitau namo antara 3 tu, memang takkan cam lah, melainkan suruh kopek, makan..ha in shaa Allah lah tau. Ajaib kan korang, nampak luar memang sama, tapi Allah boleh buat rasa antara 3 tu berbeza-beza. Bayangkan plak di syurga sebiji buah Allah boleh buat punya 99 rasa..Masya Allah..tak terbayang dek mata, tak terfikir di kepala kan..tapi takde yang mustahil pada Allah kan.

Terpulanglah pada selera memasing kan, ada yang suka rasa langsat yang kemasam-masaman, ada yang suka rasa duku langsat yang manis2 masam, ada yang suka rasa duku yang manis. Kalo den, pilihan tokak den sudah semestinya duku. Duku ni kalo tengah musimnya memang banyak kat Terengganu. Kat pasar Payang tu singgit sekilo pun boleh dapat. Kadang tak payah beli pun, tetiba je ada orang hantar ke rumah, best weyh kome kalo dapat balik teganu bila musim buah duku ni. Tapi tengah2 sekolah ni, tambah2 anak den ada dua orang nak menempuh exam tu, sorang nak amik SPM, sorang nak PT3, lagilah mustahil kalo sekedar di pinggiran, eh..kalo setakat nak makan duku takyahlah balik teganu, beli jelah kat pasar semenyih tu, dapatlah 3kg rm10.
SALAM MERDEKA buat anda semua. Nah den belanjo buah duku Terengganu, hehe.

28 Aug 2019

Allah Yang Maha Baik.

Betapa baiknya Allah, sedang kita bermaksiat pun Dia masih mengizinkan kita hidup dengan aman, makan minum sehingga kenyang, tidur lena tiada yang mengganggu..jahatnya kita ni, takde pun rasa malu, apatah lagi berterimakasih di atas semua kebaikan yang diberikan secara percuma..kerana Dia sentiasa menunggu kita kembali kepadaNya dengan taubat..

8 Aug 2019

Dapat juga janda bolong.

Teringau2x kat janda bolong..opsss..kasi tukar itu nama jadi keladi bolong lah, lebih sopan. Nama kan cerminan diri kita ye dok, ni punya cantik pokok ni Allah cipta, kasilah nama yang sepadan..entah sapelah yang first2 kasi nama camtu..

Rm15 sepokok. Bolehla..nanti ada rezeki beli pokok lain plak. Selagi toklaki tak berbunyi oklah kan. Seronok weyh ada bunga dalam rumah ni, sejuk mata memandang..fresh je rasa.
Nilah pokoknya..panggil keladi bolong tau.

5 Aug 2019

Dia pun tertarik.πŸ˜†πŸ˜†

Nampaknya dah ada yang tertarik masuk ke dalam rumah den yo. Dah tu tak tau cari jalan keluar. Duduk ontok2 yo, jangan kau makan lak daun bungo den tu.
Kupu-kupu cari bunga, terbang2 waktu petang, sudah masuk sesat jalan, duduklah kau diam2..

2 Aug 2019

Konon nak studilah sangat..

Hrmmmm...eh..dah masuk bulan ogos bersamaan 1 zulhijjah hari ni, jumaat 2/8. Lama dah tak menulis, ngeh..malas naw rasanya.

Tengoklah ni penangan Umar Zikri. Nak ulangkaji katanya minggu depan ada pekse sekolah agama. Haraplah dia dapat masuk kelas mumtaz semula..bayangkan dari kelas terbaik bedebum jatuh ke kelas tercorot, tapi tengok markah exam dia last year takdelah teruk sangat, semua 80 ke atas, terkilan hati mak ni weyh. Haraplah tahun depan kalau tak dapat kelas terbaik pun at least kedua terbaik pun jadilah..aminnn..

Tapi tulah dia perangai dia, habis dilambak semua buku depan tv pulak tu, ada katun tengok katun..habis katun nak ulangkaji, dah nak makan plak..hari ni sekolah agama cuti sempena 1 zulhijjah, tu yang kekonon sangat nak studi tu. Sudahnya adalah setengah jam kot dia studi, pastu tinggal camtu je, adoiiila anak..

25 Jul 2019

Petua supaya buah tak busuk.

Tetiba teringat petua dari mak sedara di kampung. Sejauh mana berkesannya tak taulah. Tapi bila mak sedara buat tu nampak ada betulnya. Buah mangga atau pelam kan bila dah lama berbuah, mulalah buahnya jadi busuk, ada pulak yang menghuninya. Tapi pokok yang mak sedara guna petua tu, elok buahnya, takde pun kumbang hitam tu. Balik raya baru ni puaslah dapat makan pelam fresh2. Kat kampung tu, setiap penjuru ada orang tanam pokok pelam, bila tiba musimnya, penuh pokok berbuah sekeliling kampung bergayut2 buahnya sampai tupai pun tak larat nak makan. Orang pun tak peduli nak amik makan, tapi den memang tak lepas peluang, pagi2 raya orang makan ketupat rendang, den bantai makan pelam, sedapnya..manisnya..puas hati sebab takde kumbang.

Jadi nak share lah apa yg mak sedara buat tu. Amik minyak hitam yang dah terpakai tu. Ingat..lain kali jangan buang, boleh guna untuk pokok pelam rupanya. Caranya..tuang minyak hitam tu sekeliling pokok, agak2 sekaki dari pokok tu..lepas tu kat batang pokok tu sapu2 minyak tu. Mak sedara cakap nanti akan keluar ulat2 dari batang pokok tu. Tapi buat tu kena tunggu masa pokok tu berbunga dulu, jangan buat masa pokok tu tengah rileks2 berdaun, tunggu berbunga yea..tapi kenalah yakin kan. Den yakin sebab dah nampak, pokok2 lain yang ada keliling rumah tu, yang mak sedara tak guna petua tu, ada je ulat, kopek sebiji ada kumbang, kopek lagi ada juga, geram dibuatnya.

Nanti nak cuba buat kat pokok jambu madu belakang rumah yang ditanam oleh ensuami yang buahnya banyaklah sangat ulat tu, harap2lah menjadi.
Tempat dating hari sabtu, ahad di bawah pokok jambu dan pelam di belakang rumah, nanti bila pelam kami berbuah bolehlah makan pelam kat sini, hehe..



19 Jul 2019

Hari itu.

 Hari di mana aku bangkit sendirian..
Hari itu tiada seurat benang pun di tubuhku..
Hari itu aku diarak beramai2 ke tempat pengadilan dalam keadaan kepala tertunduk takut..
Hari itu tiada siapa sanggup membelaku..atau aku membela org lain..
Hari itu hari nafsi2..
Hari itu dlm perjalanan maha panjang, aku sempat berselisih dengan ibuku, ayahku, suamiku anak2ku, sahabat2ku ..kami sekadar melontar sekilas pandang dengan wajah penuh kebimbangan dan...: Kembali menekur wajah ke bawah tanpa sebarang sapaan..
Hari itu hari penuh penyesalan..

Hari itu hari yg tiada pun sebarang teduhan kecuali buat yg dijanjikan..
Hari itu adalah hari perhimpunan sekian makhluk dari awal penciptaan sehingga makhluk terakhir yg sempat hidup di alam fana...semuanya bakal diadili dgn seadil2 pengadilan..
Menunggu, menunggu seolah2 tanpa batasan waktu...
Hari itu di mana aku dan kamu berada di Yaumil Mahsyar...

10 Jul 2019

Janda bolong?πŸ˜‚πŸ˜‚

Bolong tu berlubang kan? Ker ada maksud lain? Kalo maknanya lubang..aduiii..rasa cam tak patut je bagi nama camni. Bagilah nama yang lebih sopan patutnya macam parut jerawat ke..ye tak?

Ke kat Malaysia nama dia lain? Sebab kat satu youtube Indonesia tu yang saya jumpa pokok bunga janda bolong ni. Cantik pokoknya. Saya nak carilah sebab saya tengah kemaruk menanam pokok indoor.
Namamu tak seindah rupamu..

9 Jul 2019

TP dan hobi barunya.

Sapa TP..?? Den la, singkatan ticer pencen, hehe..
Eh pencen2 pun, mak2 budak kalo jumpa tetap dorang panggil ticer, dan TP pun baru dapat sorang lagi anak murid tusyen, budak tadika tahun lepas, maknya tak puas hati, dikato eh anaknya tak lancar membaca, padahal budak tu boleh membaca, tapi omak eh nak anaknya membaca laju cam speed boat tu, cam ERL ke camtulah..takpo, joki den lah tu kan..Alhamdulillah..

Sejak dah pencen ni baru TP perasan rupanya banyak naw hobi mengisi waktu lapang. Memanglah ado budak2 ngaji, tapi ado ye masa senggang tu bolehla dimanfaatkan..

Antara hobi baru TP..
DIY.
Buat lemari dari kotak, boleh yo isi tupperware2 and tipuware2 yang ada. Kabinet dapur rumah TP tu kocik yo, jadi dari duk berabuk kek luar eloklah TP buat lemarinya..agak banyak juga benda alah yang terhasil, ada kotak tempat isi roti, kotak tempat isi tisu dan macam2 lagilah..tak canrik pun, malu nak tunjuk..kihkih..

Mengumpul syiling lama.
Weii ini untung nak habaq hang..boleh buat duit Ooo..boleh jual ribu riban you, ada orang boleh jual sekeping syiling emas $1 dengan harga rm10k you, kaya habaq hang. Tapi setakat ni TP belumlah berhasrat nak menjual syiling2 TP tu, TP ada satu syiling seposen yang belakang dia ada gambar parlimen tu tahun 1968, TP takdak pun lagi dalam dunia ni. Agak2 hangpa berapa rege syiling tu??

Tanam indoor plant.
Haa, yang ni memang TP betui2 suka..TP adalah berangan nak buat betui2 sampai boleh buat bisness tu, tapi selalunya angan2 TP ni berlalu cam angin je..huhu..
Macam TP pernah berangan nak jual nasi lemak kukus dalam cawan, jual panas2 lauk ayam goreng berempah dengan sambai pun cukup dah rasanya..bukan main beria2 TP berangan nak buat nasi lemak kaw2 punya, sambal terangkat, ayam goreng kebabommm, last2 tinggai mimpi jerrr..eh..tapi sapa yang berminat bolehla pakai idea TP tu..kalo nak tau TP ni memang banyak idea dalam otak ni, tapi yelah mungkin sebab salah satunya faktor usia..jadi idea bernas pun tinggai jadi debu jelah..
Disebabkan semangat tengah berkobar2, pasu tak semenggah pun jadik..kena tunggu hari minggu baru dapat keluar cari pasu baru, kalo hari kerja takdo maso toklaki TP tu..
Amacam?? Cantik tak?? Cer like, komen, share hashtag ko..haha..

7 Jul 2019

Daripada dibuang2, jom manfaatkan.

Dah habis raya. Anak kucing pun dah selamat dibuang,mudah2an selamat, aduiii..takleh dikenang2 weii..sedih, iskkk, iskkk..

Dalam otak ni penuh dengan bermacam2 hal, banyak naw benda nak difikirkan, manalah tak cepat naik uban. Tapi itulah nak kabonya kelebihan ataupun boleh juga jadi kelemahan orang pompuan, dah banyak benda dalam otak tu mulalah keluar kat mulut, membebel2..nasib baik boleh kawal diri jangan sampai berleteq kat ensomi..tapi lepaih kat anak2 ler, haduihh..terutama Umar Zikri..baju dia, tuala dia, mainan dia, kalau tak dileteq jawabnya bersepah merata2, tapi tulah dianya..kena leteq hari2 dah tapi perangai menyepah dia tu sama je, kasut sekolah hitam tu dari awai tahun pakai sampai la..tak pernah basuh, hrmmm..nasib kaulah kasut, nasibla warna kau hitam..

Haha..nasib korangla juga terbaca bebelan den hari ni. Ni saja ja nak share, hasil kekretifan den memanfaatkan sampul duit raya yang menimbun tu. Tadaaa..
Bunga dari sampui duit raya, cumanya tak tau dah kat mana nak letak..

2 Jul 2019

Selamat sudah mak buyung.

Masa saya up entri sebelum ni, sebenarnya mak buyung tu dah selamat beranak. 4 ekor anaknya. Dia beranak pagi ahad tu. Malam ahad tu hujan, subuh ahad tu abang Iman cerita dia mengiaw2, mencakar2 pintu nak masuk dalam. Sebelum tu dia memang dah usha2 banyak kali juga kat dalam, pantang pintu terbuka masuklah dia naik sampai tingkat atas dengan perut yang memboyot tu.

Kalau ikutkan hati saya memang tak sampai hati nak buang, tapi suami tak suka nak buat camane. So malam isnin tu dia pegi buang.Mula2 suami hantar kat area kedai runcit kat taman kitorang je. Tapi pagi isnin semalam dia dah sampai semula mula2 dengan sekor anaknya. Saya pegi kedai terserempak dengan dia tengah gonggong sekor lagi bawak balik ke rumah kami, dia mengiaw tegur saya..agaknya dia cakap.."janganlah buang saya.."
Tak lama tu cukup 4 ekor dia bawak balik. Petang suami balik kerja dia tanya siapa yang ambik bawak balik. Saya cakap dia datang sendiri, dia gonggong sekor2 bawak semula.

Malam tadi suami hantar jauh ke taman lain, tapi tempat tu ada kedai makan. Harap2 adalah orang yang sudi jaga dia dan anak2nya.

Hukum membuang kucing..tak berdosa, asalkan jangan kita buang kat tempat yang tidak ada makanan.
Saya memang teringin nak jaga. Anak2 pun semua suka kucing, tapi dah suami tak suka tak boleh buat apalah.
Beranak dalam almari kasut.

30 Jun 2019

Kesian mak buyung ni.

Masa awal2 dia datang tu, perutnya takdolah memboyot sangat lagi, tapi taulah dia tengah pegnant. Kesian nengoknya, layu mato eh.  Tak sampai hati kami nak biarkan...jadi kita tolonglah apa yang patut..Sudahnya melekat dia tak mau dah pegi memana. Takpelah, tak susah mana pun menolong pada yang perlukan pertolongan kita kan..cuma abahla macam berat hati sikit...

Abah sebona eh risau kang terberanak dia kat rumah den kang, jenuhla nak melayannya plak...




















































Inilah si mak buyung yang kita borakkan..










20 Jun 2019

R nR Gambang Barat.

Korang suka singgah R n R tak? Rasanya ramai yang akan singgah otw balik kampung atau balik semula ke rumah tercinta masing2. Antara sebab singgah ofkoslah nak rehat, solat, makan ye tak?
Antara R n R yang kami suka singgah ialah...RnR Gambang Barat. Tempatnya cantik ada banyak bunga2 you, tandasnya bersih, suraunya bersih, tempat makannya banyak, so ada banyak pilihan makanan. Saya selalu bawak bekal makan macam nak berkelah, sebab kadang2 singgah kat RnR yang takde jual makanan berat, so kami akan pilih RnR yang ada pondok2 kecil, boleh bukak bekal di situ..bukan kami saja, ramai family yang buat macam tu..lebih jimat belanja, lebih santai..rasa macam berkelah pun ada.

Jadi kita ni bila singgah kat tempat2 macam ni kenalah ada rasa tanggungjawab bersama menjaga kebersihan, memang ada makcik cleaner..tapi apa salahnya kita ringankan tugas dia dengan sama2 menjaga kebersihan..pahala pun dapat iye dok?
Ha cantik kan, tenang mata memandang. Tandas OKU di luar, so taklah susah sekiranya ada OKU nak guna tandas, tak perlulah kalut2 di tandas biasa yang ramai orang tu.

17 Jun 2019

52!!!!

Uiiii...ekau dah 52?? Tuo eh..
Oiii..ekau melampau, 52 orang cuculah, bukan umur den 52!!

Ramai boto cucu wan Jarah haa. Kalau berkumpul semua penuh satu dewan dah. Apa taknya, adik beradik toklaki den tu semua ada 15 orang dari dua emak. Mak mentuo den tu kawen dengan ayah mentua den tu selepas isteri pertama dia meninggal. Anak isteri pertama tu ada 6 orang, anak mak mentuo den ada 9..bayangkanlah semua dah kawen dan semua ada anak dalam 4 ke 5 orang. Memang meriah cucu wan Jarah weyh.

Kalau ikut belah toklaki den, den ni dah jadi moyang, dah ada cicit..hihi.
Berkumpul raya kat rumah adik ipar. Ni belum pun separuh yang terkumpul. Time berjalan raya macam ni memang meriah betul. Tapi dah ramai2 macam ni nama2 diorang pun tak ingat dah, jenuh nak menghafalnya, tanya tahun ni tahun depan jumpa dah lupa balik. Tapi in shaa Allahla kalau jumpa kat mana2 tu kenalla inilah dia cucu2 kaum kerabat arwah Mohd Noor dan wan wan Zaharah.

11 Jun 2019

Ikan di laut, asam di darat...

Cikgu Rahmat Omar, cikgu yang mengajar saya masa form 1 dulu. Rumahnya di Seberang Takir, Terengganu. Kat sini keropoknya boleh tahan sedap juga, pada yang teringin nak mencuba selain dari keropok Losong.
Cikgu dah pencen dah..Punyalah lama tak jumpa, 30 tahun lebih, masing2 dah tua..baik cikgu, baik anak muridnya..hihi. Banyak juga yang kami bualkan, cuma masa agak terbatas, cikgu pun sibuk sebab ramai tetamu datang beraya.Banyak juga kenangan bersama cikgu ni, almaklum masa tu cikgu muda, hensem, putih..kiki..kami plak anak2 murid yang nakal, eh..nakal2 biasa je..lain nakal budak dulu2x dengan nakal budak zaman sekarang.

Cikgu ni cikgu kelab seni. Pandai main gitar. So kalau ada sambutan Hari Guru cikgu sibuklah menyusun acara2 sambutan contohnya nyanyian, sajak, lakunan..dan..hehheh..malu ah nak citer, tapi citerlah juga..saya ni pandailah juga menyanyi sikit2x..bakat terpendam gitew, so entah sape bagitau cikgu saya boleh nyanyi, cikgu panggil saya audition gitew, terus dapat masuk..cikgu pilih lagu tajuknya..Ikan di laut, asam di darat..

Tiba hari persembahan di atas pentas, bila dah naik pentas tu saya tengok ramai cikgu, ramai kawan..saya jadi kaku dan sejuk kaki tangan, suara keluar..tapi tegak setegaknya lansung takde lenggang lenggok badan ni..jadi tak dapat tempat lansung, entah jatuh nombor berapa tak ingat dah, tapi nak ceritanya..lagu tu jadi siulan rakan2 kejab, mungkin suara saya sedap kot, hehe..
Ok saya bagi lirik lagu tu yea..tapi tak ingat sepenuhnya..alahhh..inikan lagu lama tahun 60an kot..

Kalau menyanyi perlahan2x
Dibawa angin terdengar jauh..
Kalau hati tidak tertahan..
Di dalam air badan berpeluh..

Bunga melati di dalam taman..
Daun yang hijau banyak yang gugur..
Kalau turut makrifat iman..
Minyak dan air mungkin bercampur..

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai..
Ikan di laut, asam di darat..
Dalam periuk bikin muafakat..


9 Jun 2019

Jambatan angkat yang dibanggakan.

Oleh rakyat teganu kita. Ingatkan dikata jambatan angkat tu bila kapal besar nak lalu dia terangkat ke atas di bahagian tengah tu, rupa2nya bahagian tengah tu terbuka ke kiri dan kanan, wahaha..imaginasi tak menepati daya fikir yang kian lembap dan malap..

TAPI..anak2 den semua tepat imaginasinya. Jambatan angkat tu dibuat sebagai jalan altenatif kepada jambatan lama ke Seberang Takir yang selalu jem. Kalau musim2 perayaan macam ni dengan adanya jambatan baru tu, dapatlah mengurangkan kesesakan tu...cumanya mungkin sebab baru dibuka, so ramailah orang yang teruja nak lalu, nak berenti selfie lah..menyebabkan jem juga di situ, dan jambatan lama tu pulak jadi lengang..
So..kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuala Terengganu bolehlah datang tengok ikon baru bandar Kuala Terengganu ni..kat Terengganu ni macam2 ada..dari makanannya yang sedap2 dan murah, pemandangannya yang cantik, rakyatnya yang baik, sampailah ke bangunan dan kawasan peranginannya yang serba indah...chehhhhh...puji nampak..hehe..ofkoslah kena puji, bangga weih kita jadi rakyat teganu..
Nilah jambatan angkat Kuala Terengganu, bahagian tengah tu antara dua tiang tu yang dibuka bila ada kapal2 besar yang nak lalu.

8 Jun 2019

Jambatan angkat Kuala Terengganu.

Punyalah teruja nak tengok. Lebih2 lagi teruja bila tengok betapa ramainya orang teruja bergambo di kala rembang matahari atas kepala weih, takdoklah kita sanggup berpanas2 macam tu sekali cuma nak ambik gambar berlatar belakangkan jambatan angkat tu.

Kita lalu di jambatan angkat tu sebab nak pergi ke Seberang Takir. Nak pegi beraya di rumah cikgu masa kita tingkatan 1 dulu, punyalah lama dah 30 tahun lebih tak jupe, perasaan teruja nak jumpa cikgu kita tu melebihi rasa teruja nak tengok jambatan angkat tu, wahaha..

Ha..sanggup berpanas2 nak amik gambar. Balik dari Seberang Takir tu, kira dah lepas asar, hajatnya nak berenti juga amik gambar, tapi hujanlah pulopnya, jadi tak jadilah kita nak amik gambar.

4 Jun 2019

Petua merebus ketupat.

Tahun lepas saya beli ketupat siap rebus, yang besar singgit sebiji, yang sedang 70 sen sebiji, jadi saya beli yang sedang dalam 15 biji, tinggal masak kuah kacang dengan rendang, jadilah untuk meraikan syawal yang sederhana, tapi memang sederhana sokmo nok kabo, takdoklah grand2 ger orang lain.

Jadi tahun ni kita balik teganu mok sedara kita buat ketupat. Kita buat kuah kacang dengan rendang negeri semilan hok simple tu, jadilah.
Eh, tak habis ceritalah pasal ketupat yang kita beli tahun lepas tu okeh sambung.. Jadinya ketupat tu masa sampai kat tangan kita..rupanya 'tersengih'..dok faham eh? Gini..daun ketupat tu jadi jarang2 menampakkan isi ketupat, jadi tak cantiklah kan, dahla tersengih, keesokkannya dah basi..2 kali terkilan kita weih..

Jadi mok sedara kita kabo, dia bagi petua..ketupat tu bila dah siap rebus, rebusnya pun kena lama dalam 4 jam gitew..dah masak jangan terus diangkat, biarkan ketupat agak sejuk terendam dalam air rebusan, eh..nak rebus tu, taruklah daun pandan kasi wangi ketupat tu. Bila dah agak sejuk barulah kita ikat sesama dia dan sangkut kat batang buluh ke, kat ampai ke supaya betul2 kering, barulah ketupatnya tertutup rapat bak anak dara senyum tak nampak gigi, ketupatnya pun tahan tak basi sampai 4,5 hari..in shaa Allah..
Daun pandannya dah dikeluarkan. Kejap lagi dah agak sejuk barulah boleh di'hang'kan.

2 Jun 2019

Salam Aidil Fitri 1440H..sehari sebelum balik kampung.

Tahun ni in shaa Allah kami sekeluarga bercuti di Kuala Terengganu. Semua ada 5 orang anak kat rumah, so tak taulah camane nak sumbat 7 orang dalam grand livina kami tu, dengan barang2 lagi...ishhhh3x..jangan bersungut, cer fikir camane orang yang takde kereta, ko nih, tak reti2x nak bersyukur yea..

Hari ni ahad 2hb Jun..sebelum balik kampung, kena kemas rumah dulu, mop, lap, cuci kipas..sebelum puasa haritu dah kemaskan juga, buang sawang semua, so kali ni taklah teruk sangat kerjanya...dengan kerahan tenaga anak2. Balik kampung esok hari isnin, raya jatuh hari rabu..in shaa Allah balik sini semula hari sabtu 8/6/2018.

So, apa yang best raya tahun ni, in shaa Allah kami nak tengok jambatan baru siap tu, jambatan yang boleh diangkat tu..bangga weih jadi anak Terengganu..oh..kepok nasi, nasi dagang, nasi minyak, pulut lepa..mung tunggu aku balik nah..

Kepada semua..Salam Aidil Fitri, maaf zahir batin.😘😘😘
Haa..silalah bagi yang berkemampuan..

30 May 2019

Tak sengaja terbazir juga.

Seboleh2nya den memang elakkan pembaziran pembaziran di bulan ramadhan ni. Sedih bila mengenangkan anak2 syria, anak2 palestin, anak2 ghaza yang usahkan nak menjamah seadanya, tapi kadang nak berbuka pun takde apa yang boleh dimakan..kalau ada kuasa super power nak je rasanya kumpul makanan2 yang tak habis tu bawak terbang hantar kat sana, tapi apalah daya hamba...

Yang cerita tak sengaja membazir ni, bila si abang Iman tu, bila dah selesai mengemas jamuan moreh kat surau tu ada je bawak balik apa2 yg tak habis, kuih2x lah terutamanya. Kalau yang boleh dikukus semula macam kaswi, kuih lapis den kukuslah semula keesokan harinya untuk buat berbuka puasa, tapi....biasanya den sorang je yang akan makan, si abah lansung tak sentuh sebab dia tak suka kuih2x kukus ni. Kadang tu karipap, den gorengkan semula, habislah dimakan. Ada sekali tu dia bawak balik donat..aterr camane nak dipanaskan semula sebab ada gula kan, dah berhari2 dalam esbok tu..sorang pun tak sentuh..akhirnya terpaksa buang..

Sekarang ni anak2x den semua ada dah balik, si kakak sulung dengan si abang tengah dah start cuti sem 3 bulan tu ha. Si kakak tu kemain kemaruk dia dengan tauhu bergedil, beli kat bazar la kan, den ni selama puasa tahun ni belum pun menjejak kaki kek bazar nun, dia balik2x kerah si abang drive pi bazar cari tauhu bergedil tu, tapi dah sampai bazar macam2x yang dia nampak, berjinjit3x ha kau, 3 kali jinjit plastik makanan, dengan air lah, mertabakla, taufa lah, ayam goreng lah..haa tu, dok ada lagi tauhu bergedil dalam freeze tak habis makan, harap2x kang dia sambung makan buka puasa petang karang.

Akhirnya den pesan kat abang Iman takyahlah bawak balik makanan dari surau lagi, dah tengah malam takde sape nak makan, simpan dalam freeze esok puasa pun takde orang nak makan, dah dipanaskan pun kadang tak termakan juga masa berbuka tu.

Kita kat Malaysia ni mewah makannya, Allah belum uji dengan kesusahan yang besar macam rakyat Syria dan Palestin tu. Itupun kita asyik merungut2x bila harga getah, sawit turun, mengeluh bila harga minyak naik, kita tak bersyukur dengan nikmat keamanan yang Allah bagi kat kita selama ni, kita rasa kita dah cukup susah bila makan nasi berlaukkan garam, padahal anak2 Palestin kutip sisa2 roti di atas pasir, anak2 Syria ada yang makan rumput..Allahu Akbar...janganlah sampai kita diuji seperti mereka baru kita nak insaf...
Ampun maaf terbebel plak, janganlah ada yang terasa yea..

Dah 25 Ramadhan..masih berbaki 5 hari untuk kita isi dengan sebaik2nya..
Bubur lambuk dari surau, ada sebekas lagi dalam esbok, petang ni in shaa Allah den habiskan..

27 May 2019

Rindu kat blog.

Rindu tu rindu tapi maleh naw rasanya nak menjenguk ke sini. Ada je benda nak dibebelkan, tapi last2 terdraft dalam otak je cam selalu. Tapi ni dah nak habis puasa dah ya Allah..dah 22 Ramadhan weih kome, Masya Allah, Subhanallah..cepat sungguh masa berjalan tik tok2 tup2 dah nak habis sebulan puasa..

Kita nak cerita pasal anak kita yang bernama Muhammad Hilman, umur 17 tahun. Antara adik beradik 5 orang tu, dialah yang paling kurang dari segi penampilan maupun otaknya..yelah kan, setiap anak tu tak sama Allah bagi kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi dia ni rajin budaknya, senanglah kalau kita nak minta tolong apa2...itulah kelebihan dia.

Bulan puasa ni, mulanya dari tahun lepas lagi, dia rajin menolong moreh kat surau. Kemas, basuh pinggan semua, adalah 2,3 orang lagi kawannya. Tahun ni pun sama, tapi sebongsu umar zikri pun dah menyibuk sama, cuti sekolah ni takpelah balik lewat pun, kadang pukul 11 malam, kadang pukul 11.30, cuma yang masalah time sahur, susahla sungguh nak suruh bangun, tapi memang kena paksa juga sahur. Lepas sahur, sambung tidur, pukul 6.30 kang jenuh kejut bangun solat subuh plak, kadang kena sedia rotan, bunyi pap2x cepatlah sikit bangunnya sambil merengek2. Lepas subuh sambung tidur lagi sampai pukul 11 pagi, senyap sunyilah rumah, tapi berbuka puasa kang, dengarlah suara dia membising tah apa2x ntah..

Sekarang ni ada plak budak2 tabligh datang iktikaf kat surau tu, jadi si abang Iman ni diajak join iktikaf sesama, oh dia on aje..ditanya abah masa iktikaf malam tu solat apa, solat tahajudlah, solat taubatlah..solat hajatlah..abah tanya lagi cane niatnya.."usalli fardan sunatan..." hahaha..takpe salah, boleh dibetulkan..sengih jelah dia. Baguslah ibu pun sejuk hati tengok anak ada usaha nak mempertingkatkan amalan.
Tapi dah si abang tidur kat surau, umar zikri pun sibuk nak tidur kat surau juga. Merengek2x nak pegi, bukan taknak bagi, tapi fikir kang dia susahkan orang ke, kacau abang2 tu nak iktikaf ke..hrmmmmm..tahan jelah telinga bila dia merengek2.

Bila korang balik kampung? Tapi in shaa Allah rasanya tak jem sangat, sebab dah cuti awal, so rasanya cikgu2 dah balik awal dah, mak2 yang tak bekerja mungkin dah balik dulu, tinggalkan dulu suami kat rumah, kemudian menyusul ye tak?, tapi cam den ni sejak arwah mak pergi, takdelah rasa ghairah nak balik beraya..tapi tiba giliran balik Terengganu kena balik juga, kesian anak2 nak balik rumah tokma, tokma takde pun takpe, janji balik juga rumah tokma.

Mudah2an Ramadhan tahun ni bukanlah Ramadhan yang terakhir bagi kita kan, mudah2an ada lagi rezeki kita bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan. Tapi andai inilah Ramadhan terakhir kita, mudah2an segala amalan yang kita buat di dalamnya Allah nilai semuanya, penuh markahnya, mudah2an kita bertemu juga dengan Lailatul qadr dan diberi kekuatan juga untuk beramal di malam al qadr itu.

Akhir sekali, den nak ambik kesempatan mohon maaf semuanya ye salah silap disengaja atau tidak, manalah tau ada komen2 yang negatif ke..kan, so mintak maaf kosong2 yea. Semoga anda dan saya pergi dan balik dengan selamatnya , in shaa Allah...
Muhammad Hilman dan Nadhrah Hannani.

10 May 2019

5 Ramadhan dah wehhh..

Jumaat 5 Ramadhan, anak2 dah pergi sekolah..aku duduk di kerusi sambil menahan mata yang mengantuk..hari jumaat, cuti abc, tidak ke tadarus, tidak ada budak2 ngaji, tidak perlu rushing masak, tak perlu rushing kemas rumah., rumah yang senyap sunyi, hanya kedengaran kicau2 burung di luar rumah, dengungan peti sejuk#..aduiiii apa yang paling best??? Ya...sambung tidur...wahaha..ni sambung menaip pun mata terlelap2, berapa kali typo...

Camane korang? Tentu semakin bersemangat untuk buat yang terbaik di Ramadhan 1440H ni kan? Iyahhh, iyahhhh...cuma sebaiknya selain kita nak dan kejar fadhilat tu, kita niatlah sungguh2 supaya ramadhan kali ni kita nak tekan2 nafsu2 jahat kita yang asyik nak rumah besar, makan besar, gelang besar..nak sombong, riak, menunjuk2..ya Allah...sayalah tu...

Ada seorang waliullah yang menjual ganja di depan pintu masjid, sehingga orang ramai memandang serong terhadap wali tersebut. Orang ni terkenal sebagai hebat ibadahnya, baik akhlaknya tapi kerana pekerjaannya dia dipandang hina. Suatu hari imam masjid tersebut sewaktu mau masuk menunaikan solat maghrib bertembung dengan wali tersebut sedang mengemaskan barang2 jualannya iaitu ganja2 tersebut. Lantas terdetik di hati imam itu..."kenapalah dia melakukan pekerjaan begini sedangkan dia terkenal baik akhlak dan kuat ibadah..."
Sewaktu mengimamkan solat maghrib tersebut, tiba2 imam itu tidak mampu membaca surah al fatihah sehingga terpaksa dibimbing satu persatu ayatnya. Pelik, aneh..sesuatu yang tidak pernah berlaku..hatta kalau taraf kita pun rasanya tidak pernah lupa bagaimana bacaan surah alfatihah tu..
Sehabis solat, dia ditanya oleh para makmum kenapa terjadi begitu, apakah kesalahan yang mungkin dilakukannya. Katanya dia tidak ada melakukan apa2 yang bertentangan dengan syariat..kecuali...

Lantas imam menemui wali tersebut dan meminta maaf. Kata wali itu.."tak mengapa, aku tau engkau musykil akan pekerjaanku.."
Lalu terjadi perbualan antara mereka.
Imam: tapi..mengaka engkau melakukan kerja ini, bukankah ini pekerjaan yang tidak elok sehingga ramai orang yang tidak senang denganmu..
Wali: ada sebab aku melakukannya..
Imam: apalah sebabnya?
Wali: kau tunggulah di sini bersamaku selepas solat isya' nanti.

Kerana rasa ingin tau imam sanggup duduk di tempat jualan wali tersebut walaupun ada mata2 yang kehairanan melihatnya. Tidak lama kemudian datanglah seorang pemuda membeli ganja. Wali itu lantas menyuruh imam mengekori pemua tersebut untuk melihat apa yang dilakukan dengan ganja itu.

Imam dapat melihat pemuda tersebut menghisap ganja tersebut tetapi selepas hidapan pertama dia mencampak ganja tersebut ke tanah dan memijak2nya sehingga hancur..
Sungguh hairanlah imam tersebut.
Lantas segera dia menemui wali tersebut menceritakan apa yang dilihatnya. Rupa2nya wali itu sudah membacakan beberapa potong ayat Al quran sebagai penawar, bagi sesiapa yang menghisap ganja itu dia akan terus membenci ganja dan tidak lagi teringin menghisapnya..
Rupa2nya itulah tujuan wali itu, untuk membasmi gejala penagihan ganja waktu itu, bukanlah dia sengaja menjual ganja sebagai mata pencariannya...

Ya..kita manusia ni kan cepat sangat buruk sangka terhadap orang lain tanpa menyelidik dulu hal yang sebenarnya..
Tapi janganlah lepas ni kita nak buat macam wali tu yek, wali tu orang berilmu, kekasih Allah..kita kang tak pasal2 masuk dalam plak, ehehhh..
Minta maaflah juga...sebab saya lupa nama2 wali dan imam dan tempat kejadian..
Ramadhan kareem..



8 May 2019

Camane plak nak buek ni??

Akhirnya ko terperangkap jua dalam jebak berumpan janji manis siikan masin, wahaha...
Hilanglah sikit risau tu, asal jangan datang yang lain plak sudahlah..
Ater..camane nak eleminate menatang ni?? Tak boleh bako ek, berdosa..ensomi kata nak masukkan dalam plastik pastu ketuk kasi mati. Dia kata, ada kawan dia rendam dalam air bagi lemas..boleh ke kome??
Tadi pagi kat dalam..pastu suruh anak letak kat porch luar nun, dah terberak, terkencing dah ni..tunggu ensomi balik kojo kang, biarlah dia yamg uruskan. Ni dah seharian tak makan ni..kena ke kasi makan dah terkurung camni ni ek?? Risau plak kot kita teraniaya kat dia..

6 May 2019

Ramadhan seorang suri rumah..

Tahun ni kira mula lain sikit dari tahun2 puasa sambil bekerja sebelum ni. Eh...lupa plak yea..hari ni first day Ramadhan, den taknak lepaskan peluang ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia..Ramadhan kareem...semoga kita semua semakin insaf dengan bertambahnya usia, kita usahalah ye sama2 meningkatkan kualiti puasa kita dengan amalan2 yang sepatutnya, buang2 jauhlah amalan2 yang tak sepatutnya yang boleh meminuskan pahala puasa kita yek..sayang weyh..penat2 puasa, tapi tak dapat apa2..dapat makan? Isshhh...pastu makan sedap2 tu semua proses pastu jadi hampehhh busukkk jerr..


Walaupun bergelar suri rumah, yang macam banyak masa lapang..hihi..tapi cam biasa awal pagi kira2 time camnilah, den dah start planning nak masak apa untuk berbuka. Bagi den la tak salah, tak taulah bagi orang lain kan, sebab kita tak sama. Bagi den tu bukan apa, senang nak fixkan masa untuk contohnya pukul berapa nak kemas rumah, nak ajar budak ngaji, nak qailullah sat, nak ngaji..den ada join grup tadarus juga kat surau..jadi tu yang kena plan baik2, tidaklah terbazir masa2 yang berkat dalam bulan ramadhan ni kan..

Korang pukul berapa mula start pikir nak masak apa untuk berbuka?? Terutama yang suri rumah cam den ni?? Yang berkerja tu kang boleh singgah bazar beli apa patut ye tak?

Tapi sebenarnya den ni bukan takat awal pagi dah pikir menu berbuka..yang selalunya den ni den plan menu untuk 5 hari sebab pegi beli barang dapur setiap hari sabtu. Tapi antara menu hari biasa dan menu berbuka takde banyak beza pun, kalau beli ikan tu nenunya ikan sambal ke, ikan kicap ke, asam pedas ke, kalau ayam tu buatlah ayam masak merah ke, ayam lemak kuning ke, ayam kari ke..cuma adalah sikit tambah dengan kuih2 atau bubur..camtulah dari dulu in shaa Allah sampailah sekarang. Yang lebih sikit tu pun sebab nak raikan anak2 yang berpuasa, teruja nak berpuasa lagi bila omak eh masak lain dari biasa. Kekadang tu ada juga ensomi beli sikit apa2 kat bazar ramadhan, selalunya dia suka beli murtabak sebab den tak pandai buat murtabak..ehehh..

Hari ni plak kebetulan first day puasa sama dengan genap umur Umar Zikri 10 tahun..dari minggu lepas dah dia dok tanya nanti nak masak apa untuk dia untuk besday dia hari ni. Tulah plan nak masak nasi ayam sebab dia suka nasi ayam. Tahun lepas pun masak nasi ayam hari pertama puasa..apa? asyik masak yang tu ajerr?? Eh mana ada..den jarang2 masak nasi ayam ni..so nasi ayam ni kira menu spesel la bagi keluarga den.

Cukuplah takat ni dulu catatan first day puasa ni. Pasni den nak qailullah jap, pas zohor kan nak start masak dah, tak boleh lambek sebab petang pun ada budak ngaji. Kalau lambek masak kang tak berbuko anak2 den kang. Maaf zahir batin yo.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign