Asam Garam Kehidupan: February 2016

Nuffnang

Pages

29 Feb 2016

Khas untuk adik azhmoha;)

Ala cian adik akak si arz ni kempunan tak dapat pegi ke flower show kat Setia Ecohill. Setia Ecohill tu sebuah pemaju perumahan yang ermmm..faham-faham jelah, kalaulah ada bumiputera yang mampu menjadi seperti mereka. Tapi memang rumahnya caaaaantik sangat, secantik harganya yang makan setengah juta tu, nak pujuk hati cakaplah kat hati, ...ermmmm, buat apa beli rumah besar-besar, cantik-cantik, nanti dah tua, anak-anak dah besar, tinggal berdua juga, kalo mati pun tinggal juga, kat akhirat kena hisab plak....tu kata hati orang yang tak mampula, kalau mampu mungkin rembat gak barang sebuah, mwehehe...

Sempat bawak anak- anak pegi semalam. Manusia, perghh...ramai jiddan, macam pesta apa dah. Yang buat den sakit mata, sakit aty tu sempat lagi satu couple melayu ni melentok-lentok manja kat satu satu sudut taman tu, ndak je rasanya snap gambar pastu masukkan kat sini. Taknak malu kat Allah, malulah kat mata-mata yang memandang tu, errr ..betul ke?

Tu keindahan yang mampu dijamu mata kat dunia, keindahan syurga? Masya Allah, tak terjangkau dek fikiran dan perasaan, tak mampu dibayangkan....

28 Feb 2016

Di pameran bunga Setia Ecohill.

Seronok sangat anak-anak saya ni bila sesekali dapat keluar. Jumaat baru ni bawak diorang ke pameran bunga di Setia Ecohill, Semenyih.
Well, bangga nak bagitau, tempatnya bole kata, sebelah tadika saya je, he he..

Tengokla gelagat anak-anak saya tu, macam-macam gelagatnya. Jumpa patung lembu, sampai tercabut ekor dibuatnya. Jumpa pondok telefon, pondok telefon pun kena serbu, al maklum tak pernah jumpa.  Terjerit-terpekik ticer-ticernya, tak dengar lagi dah, teruja nak explore semua tempat.

Penat.

22 Feb 2016

Bole bukak agensi cari jodoh kekdahnya.

Dalam dok bercerita masalah anak bongsunya yang tak pernah habis tu, uncle Rajan bukak plak topik anak lelakinya yang nombor dua, dah nak kawen, dah ada makwe, tetiba makwe tak nak kawen dengan anak uncle ni. So uncle risaula, anaknya yang bekerja sebagai driver lori tu, kerja jauh-jauh, kadang bawak lori sampai ke Singapura. Kalau boleh uncle nak anaknya tu kerja dekat-dekat je.

Tapi orang India ni nak kawen kena tengok keturunan, ala..kasta kot.

So, saya pun teringatkan Goki, ticer India saya tu, umurnya dah 33, menurut citer dia, dia nak kawen masa umur 21, tapi takde calun. Jadi dia dah berjanji depan dewa dia, kena kawen juga menjelang umur 33 ni, kalau tak dia tak dapat kawen sampai bila-bila, aiyokk..dahsyat juga diorang ni kan.

Saya pun cubalah kenen-kenenkan Goki kepada  uncle Rajan. Eh, tak sangka uncle setuju. Cuma tulah, saya masih dalam misi penyiasatan, saya kena amik gambar Goki, cari tarikh lahir dia, tanpa membuat dia syak apa-apa. Yelah uncle memang suka, saya dah cerita yang Goki ni memang baik, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh bekerja, pendek kata saya pun suka, bole jadi calun menantu, wakaka...
Oh ye, syak yang dia nak dijodohkan dengan anak uncle, kang dia dah suka, anak uncle plak tak mau, nanti ada plak hati yang terluka..

Anak uncle tu bole tahan hensem, Goki kurang sikit, anak uncle tu putih gak, Goki gelap sikit, satu lagi..umur Goki lebih tua dari anak uncle, tua empat tahun, tapi macam saya cakap tadi, uncle tak kisah, tapi manalah tau anak dia yang kisah..

Ada satu kali uncle mintak saya tanya Goki keturunan apa, uncle keturunan kaundher ( entah betul kr tidak ejaannya ), jenuhla saya nak memahamkan apa benda keturunan yang uncle msksudkan tu, mungkin macam kita orang melayu ada keturunan jawa, keturunan bugis, ...kot. Tapi saya tak tau nak tanya camane...

Dan ada satu lagi misi mencari jodoh, untuk my adik ipar, umur 32, lelaki, sape nak jadi calon? Wakaka..

21 Feb 2016

Keindahan cahaya pagi.

Keindahan cahaya sang mentari awal pagi...
Lembut, berseri...
Ditemani kokok ayam, suara unggas hutan..
Juga kedinginan yang nyaman..
Sungguh damai..
Sungguh Maha Berkuasanya Dia..
Antara keindahan cahaya pagi..
Panas terik tengahari..
Rembang petang...
Cahaya yang sama..
Namun berbeza keindahannya...

17 Feb 2016

Ni plak aktiviti lepas mandi

Tengoklah aktiviti anak-anak dara kecik ni plak. Dah namanya budak perempuan kan, tak sah kalo tak bersikat rambut, berbedak bagai, ada yang bawak cologne lagi. Kalo ada bawak mandian baru ke, bedak baru ke mulalah menunjuk-nunjuk sesama dorang..." Nak bau tak, nak bau tak? wangi.."

Selesai bersolek, sila ambik buku yea, kita sambung baca, jangan nak cantik je, tapi tak pandai baca.

" Cepat, ticer nak solat plak ni.."
" ok ticer, jap..nak simpan bedak jap.."

Begitulah ragam mereka setiap hari yang menceriakan hidup ku.

Tengoklah kerenah solat bebudak nih.

Tengokla kerenah dorang waktu solat. Kadang buat saya marah, kadang gelihati.  Kalau saya tak jerit camnilah dorang, ada yang tertonggeng, ada yang sujud kat pipi, ada yang sibuk betulkan tudung. Yang tak pakai uniform tu unuformnya belum dapat, sebab masuk tadika lewat, kena tempah ikut saiz, so kenalah tunggu.

Hari ni saya biar je dorang nak solat camane pun, tak larat juga asyik nak marah je..

15 Feb 2016

Beruntungnya kita ada Allah..

" Hari-hari saya serupa animal juga, jerit-jerit banyak kuat, saya cakap satu, dia sudah cakap sepuluh.."

Aku terus memasang telinga.

" Sekarang dia mau itu kereta, nanti aa dia naik sama 2, 3 kawan-kawan, pusing itu macam( dia membuat gaya orang berlumba kereta ), kalau eksiden, saya juga mau kena keluar duit.."

Dia terus bercerita sepanjang jalan menghantar saya pulang. Begitulah sehari-hari. Ada saja keluhannya terhadap anak lelakinya yang kini berusia 19 tahun.

" itu hari dia kena saman motor, saya kena bayar rm600, dia naik sama dia punya kawan tarak pakai topi keledar."

" apa pasal uncle kena bayar sampai rm600? Banyak tu.." Aku menyampuk.

" itu dua kali punya saman cikgu, haii, saya tak taula itu anak, saya ingat besok saya sudah mati baru dia tau macamana susah mau hidup, mau cari wang.."

" uncle takdak pukul ka?"

" Takdak cikgu, saya takut aa, saya pukul, dia pukul saya balik, dia punya badan ini macam,( dia membuat gaya orang berbadan besar )

" saya kesian sama uncle, tapi saya cuma bole dengar saja cerita uncle, saya tak bole tolong."

Memang terasa kesian bila dengar keluhan uncle Rajan ni, hampir setiap hari. Hari ni dia memuji anak-anak saya, katanya anak-anak saya bagus, berdisiplin. Dalam hati saya cuma mampu berkata...aku ada Allah tempat mengadu, tempat aku meletakkan seluruh harapanku terhadap kebaikan, disiplin, akhlak anak-anakku.

Saya tak tau macamana nak terangkan tentang kelebihan cara hidup Islam kepada uncle tua ni. Sebab saya rasa uncle ni zero tentang Islam. Tapi uncle ni sangat baik orangnya, tak perengus, bawak van sekolah pun sangat berhati-hati, saya suka naik van uncle ni, boleh kongsi macam-macam cerita dengan dia. Saya suka dengar cerita tentang anak-anak dia, dengar cerita anaknya yang melawan cakap, yang kasar, yang suka enjoy, yang asyik minta duit saja.....membuatkan saya merasa betapa beruntungnya kita ada Allah, apa-apa masalah kita ada tempat mengadu, apa-apa kesusahan kita diajar supaya sabar dan redha, baru tiada keluh-kesah, ujian yang menimpa kita terima sebagai satu penghapusan dosa, peningkatan darjat iman di sisi Allah swt. Anak-anak kita, kita ajar dengan akhlak supaya tidak menderhaka, kita tekankan solat supaya berdisiplin, beradap dengan Allah, sekaligus beradab dengan kita sebagai ibubapa.

Tapi mereka? Mereka ada siapa? Kepada siapa mereka mau mengadu, siapa yang boleh selesaikan masalah mereka? Siapa yang mau mendengar rintihan mereka? Mereka susah di dunia, di akhirat lebih lagi sengsara.

Jadi, marilah kita merasa, sematkan di hati mulai saat ini, rasalah betapa beruntungnya kita menjadi hamba Allah.

Peringatan kita bersama.

Jom kita check hati masing-masing. Mudah-mudahan jadi penyuluh hidup kita seterusnya dalam menuju destinasi abadi...

14 Feb 2016

Versi menayang lauk mak pak marhaen lagi.

Wah, hari ni dalam sejarah ni. Pukul 10.20 pagi dah solosai masak. Hari ni den masak lauk nogori sembilan. Jadi kono cakap nogori, he he.

Den masak  lemak ikan tonggiri campo perio, ikan goreng, sepat ronggeng goreng belado. Ha ha, larling..pas tak den cakap nogori?

Hari ni abang bosa nak balik asrama. Abah nak makan dulu sebelum poi, abang bosa tu pun kan main suko laie masak lomak kuning camtu, berirup-irup kuah eh. Tapi yang bona eh den tak lopeh bona laie masak nogori ni, ontah apo yang kurang eh, hu hu.

Alhamdulillah, kehidupan hari ni moga masih diberkati Allah, sentiasa dalam rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah walau hanya sedikit kebaikan yang dapat kita lakukan. Yang penting ikhlas dan istiqomah, kerana ikhlas dan istiqomah itu amat berat..

13 Feb 2016

Layan kopi dengan tempeyek.

Haa, dah ada geng penggemar kopi, si abang besar yang balik bercuti seminggu semoena CNY. Selama ni ibu sorang je dalam rumah ni yang suka minum kopi. Yang lain pun ngikut abah, tak suka kopi, hu hu..jadi selalu kopi yang ibu beli akhirnya masuk angin sebab ibu jarang buat kopi, yelah, buatnya seteko, ibu sorang je nak minum, manakan larat, nak buat secawan tak menjadi.

Jadi, malam ni selesai dinner ibu buat kopi dalam teko besi tu. Teko besi tu nostalgia tau, arwah mak suka buat air kopi dalam teko besi camtu tu. Pergi pasar pagi tadi beli tempeyek, tempeyek ni kesukaan kami sekeluarga, tapi ibu tak pernah try buat sendiri lagi. Rasanya bole..kot, he he..kalo agak ragu-ragu google jelah resepi tempeyek knor cinnamon kan, hai knor, sihat hendaknya.

So malam ni, jom layan kopi bersama tempeyek, sambil tunggu Lord of the ring, malam-malam minggu ni bersama anak-anak dan suami.

Errr...tempeyek dalam tupperware tu dah selesai masuk perut, he he..

12 Feb 2016

Komik hadis yang menarik.

Mengandungi hadis-hadis pendek, iaitu memuatkan lebih 60 hadis pilihan,  ilustrasi katun yang menarik, sekaligus in shaa Allah menarik minat anak-anak untuk membacanya.

Buku yang mendapat best seller dengan lebih 20, 000 unit terjual keluaran Humaira Publication Sdn Bhd. Harganya takla mahal, cuma rm 10.90 sahaja. Korang bole telefon 03 87242216 atau hubungi email: humairabookstore@gmail.com.

Antara hadis yang menarik:

DARIPADA UMAR BIN ABU SALAMAH BERKATA;
KETIKA AKU MASIH KECIL DAN BERADA DI BAWAH ASUHAN RASULULLAH SAW, TANGANKU KE SANA KE MARI DI DALAM TALAM MAKANAN MAKA RASULULLAH SAW BERSABDA:

" WAHAI ANAK KECIL, BACALAH BISMILLAH, MAKANLAH DENGAN TANGAN KANANMU DAN MAKANLAH MAKANAN YANG ADA DI HADAPAN MU "
( HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM )

Jom kita dapatkan untuk anak-anak kita, daripada kita beli majalah katun yang bukan-bukan, takde nilai tarbiah pembentukan akhlak anak-anak kita, walaupun berlatar belakangkan kisah kehidupan kanak-kanak tetapi juga sesuai untuk semua yang ingin mengamalkan sunnah-sunnah Nabi.

Ini jawapannya.

Bagi yang belum baca kisah anak Syeikh Abdul Qadir Jailani, sila baca dulu supaya faham persoalannya. Saya cuba huraikan kenapa ucapan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang biasa-biasa saja tetapi dapat membuat para hadirin menangis.

Sebabnya inti ceramah bukan terletak pada susunan kalimat, tapi pada kesucian hati dan sifat siddiq si pembicara. Sewaktu Syeikh Abdul Qadir berbicara para hadirin menangis kerana memahami dan membayangkan kucing dalam cerita beliau itu sebagai syaitan yang mencuri amal ibadah anak cucu Adam dengan cara menimbulkan sikap riya, ujub dan sombong.

Ada yang menangis kerana mengibaratkan cerita itu dengan keadaan suul khatimah. Dibayangkan seorang yang memiliki amalan yang banyak, tapi usianya berakhir dengan suul khatimah. Mereka menangis kerana merasa sangat takut kepada Allah. Ucapan Syeikh Abdul Qadir itu membuatkan mereka berfikir, menerbitkan cahaya di hati mereka berkat cahaya yang memancar dari hati Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Dan ilmu yang masih ada unsur riya, ujub, sombong dan merasa dirinya paling benar sekalipun bersumberkan Al Quran dan hadis maka semuanya adalah sia-sia di sisi Allah swt.

11 Feb 2016

Kisah anak syeikh Abdul Qadir Jailani

Diceritakan anak syeikh Abdul Qadir Jailani yang merasa hairan bila melihat ucapan ayahnya yang biasa-biasa saja, tetapi para hadirin sangat tertarik dan tersentuh hati bila mendengarnya. Dia merasa dengan ilmunya yang banyak dia mampu memberikan ucapan yang lebih baik dan menarik.

" Hrmmmm, jika aku diberi peluang memberikan ucapan dan tazkirah, aku akan sampaikan dengan lebih menarik lagi..." Itu bicara hatinya yang diketahui oleh ayahnya yang kasyaf.( kasyaf ni satu kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang berhati bersih sehingga dia mampu mengetahui apa yang terdetik di hati orang lain )

Lalu suatu hari ayahnya yang mahu mendidik anaknya memberikan peluang supaya dia menyampaikan satu tazkirah kepada hadirin. Dengan penuh yakin, dipenuhi dalil, hadis dan ayat- ayat Al Quran dia pun menyampaikan tazkirahnya. Tetapi ucapannys itu sedikit pun tidak berbekas di hati pendengar, malah mereka merasa bosan dan jemu pula.

Melihat keadaan itu bangunlah Syeikh Abdul Jailani memberikan satu ucapan pendek dan ringkas sahaja.

" Suatu hari isteriku Ummul Fuqoro memasak ayam panggang yang sangat lazat, tetapi datang seekor kucing melarikan hidangan itu."

Mendengar ucapan itu, ada para hadirin yang menangis, menjerit bahkan pengsan..

Hairanlah perasaan anak Syeikh Abdul Qadir melihat keadaan itu, kenapalah ucapan ayahnya yang sangat biasa itu menyebabkan ada yang menangis, menjerit sedangkan ucapannya yang dipenuhi ayat-ayat Al Quran sebaliknya mendatangkan jemu di hati pendengar.

Korang rasa camane? Apa yang ada di sebalik ucapan Syeikh Abdul Qadir Jailani itu?

10 Feb 2016

Sambung cuti ek?

Kalo ikut yang diwartakan cuti sekolah agama hanya cuti pada isnin dan selasa je. Sekolah kebangsaan yang bercuti seminggu, raya sakan bebudaknya..mak ayah sekali amik peluang balik kampunglah, pergi bercutilah, memacam lah. Ikutlah poket memasing, banyak bajetnya jauhla langkahnya kan.

Hari ni selain yang kerja cikgu, dan murid sekolah rendah, semua dah start kerja semula. Tapi relaksla sikit, tak perlu tergesa-gesa cam hari-hari biasa, jalan tak jem, kalo tak, jangan mimpi nak kuar keje kul 6.30 am tanpa sangkut jem, pin pon sana- sini, betul tak?

Macam nilah suasana dalam van sekolah pagi tadi. Adalah 2, 3 kerat termasuk Umar Zikri. Sampai kat sekolah pun adalah 2, 3 kerat juga nampaknya.

`~~ dalam hatiku tertanya-tanya, kenapa pendidikan agama ni macam tak penting je, sesuka hati mak bapak kasi anak-anak bercuti, macam ada double standard je kan, padahal ini kan ilmu yang nak menjamin kita di akhirat nanti....?~~

8 Feb 2016

Pokok petai belalang.

Teringat zaman sekolah rendah, umur dalam 8 ke 9 tahun, hobi panjat pokok tak padan budak pompuan. Pokok jambu, manggis, rambutan, ciku, pokok kelapa pun bole panjat, tapi pokok yang sedang-sedang je, yang tinggi melangut tu tak berani juga.

Masa kekecik dulu, mana lah ada jajan-jajan cam sekarang ni, adalah cikedis tu, tapi manalah ada duit sangat. Jadi kami bebudak kampung ni kalau jumpa pokok-pokok buah kampung tu tak kira pokok sape, main panjat je, tapi tuan punya pokok tu tak marah pun.

Tak pun kami cari buah ara sungai, jambu air tepi sungai, sambil terjun sungai cari anak udang. Ni pokok ni, pokok petai belalang namanya. Kat kampung tu ada sepokok, buahnya jadi rebutan. Rasanya macam petai juga, bau mulut kalau dah makan tu memang busuk la, tapi tetap jadi rebutan kami, belah dua kulitnya, makan cam kuaci tu. Kalau dah takde buahnya, pucuknya kami petik bawak balik ulam dengan nasi.

Banyak memori zaman kecil ku bersulam suka dan duka, terkenang arwah bonda...bonda...In shaa Allah, kau berbahagia di sana...

6 Feb 2016

Cara mudah membuang sisik ikan.

Ikan kerisi ni ikan kegemaran anak-anak saya, terutama kalau digoreng garing dan cicah sambal kicap. Tak payah tambah lauk lain dah. Isinya lembut dan manis. Bagi penggemar ikan kerisi, ni cara mudah membuang sisik ikan ni.

Rendamkan dalam air, buanglah sisiknya sambil direndam begitu. Sisik tak bertaburan dan lebih mudah tertanggal. Tak percaya? Cuba dulu..

4 Feb 2016

Syukuri nikmat.

Pernahkah kita bersyukur kerana mata kita masih dapat melihat? Selalunya kita lupa bersyukur, rasa biasa saja. Tahukah kita betapa besar nikmat penglihatan yang diberikan Allah kepada kita ini? Kita baru tahu nikmatnya apabila Allah butakan mata kita. Ketika itu baru kita tersedar.

" Alangkah baiknya kalau aku masih boleh melihat, betapa nikmatnya dulu aku dapat memandang, sehingga aku lupa bersyukur, aku tengok semua benda maksiat, aku menyesal.."

Menyesal pun dah tak berguna..

Gigi yang kita gunakan untuk mengunyah makanan ini, pernahkan kita bersyukur? Kita baru merasakan betapa besarnya nikmat gigi, ketika gigi yang kita gunakan setiap hari untuk mengunyah itu sudah tidak ada lagi, rompong semuanya. Bagaimana kita hendak mengunyah makanan kegemaran kita sedangkan gigi kita sudah habis. Waktu itu barulah kita berkata..." Kalau ada gigi, alangkah nikmatnya.."

Kita naik kereta, pernahkah kita bersyukur? Kita akan mengetahui betapa besar nikmat naik kereta sendiri apabila kita terpaksa naik bas atau menunggu teksi sekian lama..

Begitulah juga dengan nyawa yang Allah pinjamkan ini, pernahkah kita bersyukur? Berapakah harga nyawa kita sekali tarikan nafas? Udara yang Allah benarkan kita sedut setiap saat ini pernahkah kita sedar nilainya? Itu pun percuma saja Allah berikan, kita cuma diminta mensyukurinya saja, tapi adakah kita pernah bersyukur, .." Oo, hidup lagi aku pagi ni ya Allah, syukur.."

Kita hanya akan tau betapa nikmat kita dapat bernafas bila kita terbaring di tengah rumah...nafas kita turun naik dengan sesak dan payahnya , barulah kita tahu,  " Matilah aku kali ni.." Mulut tidak dapat berkata-kata lagi, lidah telah kelu, waktu itu hati kecil kita berbicara... " Tuhan, berilah aku kesempatan untuk bernafas sekali saja lagi, sekali saja lagi, bukan setahun, ambillah semua hartaku sebagai tukarannya ya Allah.."

Bolehkah begitu?
Begitulah besarnya harga nafas kita ini. Itulah yang setiap hari kita buang merata-rata tempat..kedai kopi, taman bunga, panggung wayang, tepi pantai, shopping komplek...sia-sia saja. Allah memperingatkan kepada kita yang mensia-siakan usia...

" Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu ( menyangka pula ) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
                        Al Mukminun ayat 115.

Mengapa Allah memberi ingat tentang mati ini? Supaya kita jangan menyesal apabila kita mati kelak.

3 Feb 2016

Ada je yang jadi perhatian mereka.

" Ticer tu apa?" Dia menunjuk je arah tahi lalat di pipiku.

" Oo, ni tahi lalat."

" Macamane dia bole ada kat situ?" Agak dah, akan keluar soalan macam tu. Tahi lalat ku ini dari dulu menarik minat anak-anak muridku. Ada sorang anak muridku berpindah dari tadika lain ke tadika ku kata maknya sampai ajak pergi buang tahi lalat atas bibirnya sebab kena ejek, bila pindah ke tadika ku, dia jadi seronok sebab dia ada geng. Katanya..." Takyah buang tahi lalat ni, ticer pun ada tahi lalat," tu cerita maknya. Aku tumpang bangga dengan jasa tahi lalat ku ini, hi hi..

" Ada lalat terbang, eyong..eeyong..puk dia berak kat sini," saja aku nak tengok soalan dia seterusnya.

" Oo, bole bukak tak?" Matanya masih melekat di wajahku. Kubukak cermin mata, suruh dia pegang, dia enggan, geli kot, sebab tahi..ha ha..

" Tak boleh bukak," kataku.
" T....k Qalish boleh bukak," tungkahnya mengundang gelak besar. Ha ha, sakit perut aku gelakkan dia.

Tulah dia perbualanku dengan budak ni sebab nak pancing dia supaya mau belajar membaca. Budak-budak lain saling berlumba nak baca banyak, bangga je bila dah baca lebih dari kawan, dapat star lagi seronok, tapi ini budak, haaa...tak jalan semua tu, dalam kepala dia lebih nak bermain jer. Sabo jelah.

Cerita anak murid lagi, hu hu...

Cerita anak-anak tadikaku

Semalam, pagi selasa, sedang nak ajar solat dhuha diorang, seorang anak murid ku yang comel, datang mengadu sambil tunjukkan kedua-dua tangannya yang nampak kemerahan, berbiji-biji dan bengkak. Gatal katanya, sambil tak habis-habis digaru-garu menambahkan merah dan bengkak. Alamak..first aid box dah kosong, my boss tu dah nak bersalin semuanya lupa, padahal sudah kuingatkan supaya membeli semula isinya. Aku nak belikan katanya dia dah beli cuma lupa nak bawak.

Alamak, apa nak buat ni...

Ok....try je, try dengan penuh yakin dan harap..pada DIA.

Kupegang kedua tangannya, mulakan dengan Bismillah, selawat berulang-ulang, hembus ke tangannya, baca Al Fatihah, hembus. Begitulah kuulang buat dua tiga round. Rasanya adalah 3 kali Fatihah kubaca dengan niat minta Allah sembuhkan penyakitnya.

Alhamdulillah, sehabis dhuha, kulihat tangannya sudah hilang merah.

Tapi...

" Ticer, kaki pun gatal ni." Katanya sambil menggaru kedua kakinya pula. Alahai...dah kul 9, nak sarapan, nak masuk kelas.

"Ok, nanti ticer buat lagi lepas ni" dia tersenyum dan melangkah tanpa aduan lagi untuk ke dewan makan. Dan Alhamdulillah, sampailah waktu tidur diorang kul 2 petang tu, dia dah tak sibuk dengan kakinya gatal, merah pun dah tak ada.

Aku ni kira garang juga, tapi bebudak ni selalu nak apa-apa, aku yang dicari, hatta aku tengah masak kat dapur( my turn masak on friday, offer diri, kekonon nak masak spesel sikit setiap jumaat, nasi ayam, nasi kuning ayam masak merah, spesel lah juga kan) diorang cari aku juga. Ada sorang budak darjah satu ni parentnya bekalkan minyak wangi untuk aura semangat katanya, kena sapu di pergelangan tangan, pun aku yang dicari, kadang aku tengah sibuk dengan latihan solat bebudak tadika, padahal ada je ticer lain. Ermmm...selagi larat layan je..

Pssst...kzakie tq bagi idea..

Cerita anak-anak tadikaku

Semalam, pagi selasa, sedang nak ajar solat dhuha diorang, seorang anak murid ku yang comel, datang mengadu sambil tunjukkan kedua-dua tangannya yang nampak kemerahan, berbiji-biji dan bengkak. Gatal katanya, sambil tak habis-habis digaru-garu menambahkan merah dan bengkak. Alamak..first aid box dah kosong, my boss tu dah nak bersalin semuanya lupa, padahal sudah kuingatkan supaya membeli semula isinya. Aku nak belikan katanya dia dah beli cuma lupa nak bawak.

Alamak, apa nak buat ni...

Ok....try je, try dengan penuh yakin dan harap..pada DIA.

Kupegang kedua tangannya, mulakan dengan Bismillah, selawat berulang-ulang, hembus ke tangannya, baca Al Fatihah, hembus. Begitulah kuulang buat dua tiga round. Rasanya adalah 3 kali Fatihah kubaca dengan niat minta Allah sembuhkan penyakitnya.

Alhamdulillah, sehabis dhuha, kulihat tangannya sudah hilang merah.

Tapi...

" Ticer, kaki pun gatal ni." Katanya sambil menggaru kedua kakinya pula. Alahai...dah kul 9, nak sarapan, nak masuk kelas.

"Ok, nanti ticer buat lagi lepas ni" dia tersenyum dan melangkah tanpa aduan lagi untuk ke dewan makan. Dan Alhamdulillah, sampailah waktu tidur diorang kul 2 petang tu, dia dah tak sibuk dengan kakinya gatal, merah pun dah tak ada.

Aku ni kira garang juga, tapi bebudak ni selalu nak apa-apa, aku yang dicari, hatta aku tengah masak kat dapur( my turn masak on friday, offer diri, kekonon nak masak spesel sikit setiap jumaat, nasi ayam, nasi kuning ayam masak merah, spesel lah juga kan) diorang cari aku juga. Ada sorang budak darjah satu ni parentnya bekalkan minyak wangi untuk aura semangat katanya, kena sapu di pergelangan tangan, pun aku yang dicari, kadang aku tengah sibuk dengan latihan solat bebudak tadika, padahal ada je ticer lain. Ermmm...selagi larat layan je..

Pssst...kzakie tq bagi idea..

1 Feb 2016

Apa nak dibebel nih...,? Kering, kering..

Apa nak cerita ni? Habis idea sudah, malas pun sudah datang, mak tolong aku mak, kzakie, UA, Fair...tolong bagi idea, ke kengkawan baru CH, PI, Arzmoha...apa sudah jadi sama saya?

Ermmm, jap...

Dah masuk bulan Februari yek korang. Minggu depan kita sambut kongsi laye. Padanla panas berdenting semacam je. Perasan tak? Malam tido bukak kipas paling laju pun tetap hangat semacam kan..Nak guna acon kang melambung bil sampai ke bulan sape nak jawab..

Dahla, tu je kot.

Jom syer satu petua.
Amalkan membaca surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur untuk mendinding diri dari azab kubur. Caranya..cari satu rakaman surah Al Mulk tu, simpan dalam phone, in shaa Allah sekejap je boleh hafal.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign