Asam Garam Kehidupan: March 2016

Nuffnang

Pages

30 Mar 2016

Cerita akhir zaman arwah bondaku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah wakjuj makjuj telah saya dengar dari arwah mak saya sejak kecil lagi. Teringat sampai sekarang. Dalam suluhan pelita minyak tanah, al maklum waktu tu kampung belum ada elektrik, sambil ma menguli tepung karipap, mencanainya, mengelimnya...saya setia menemani ma saya saban malam. Hasil dari rajin menengok dan meneman ma saya, in shaa Allah saya pandai membuat karipap, dari zaman kecik main pondok-pondok tu, saya buat karipap betul-betul, goreng, siap makan dengan kawan, ... sampai sekarang boleh buat karipap, nak makan anak beranak tu lepaslah. Kalau nak buat frozen pun in shaa Allah boleh, cuma..malas je.

Arwah ma cerita wakjuj makjuj tu, saya tak dapat bayangkan bentuknya camane, tapi memang ngeri sebab terbayang kerakusannya memakan apa sahaja setelah keluar dari bukit Kaf, setelah terkurung sekian lama oleh benteng besi yang dibina oleh raja Iskandar Zulkarnain. Imaginasi anak perempuan berumur lebih kurang 8 ke 9 tahun waktu tu, saya membayangkan Iskandar Zulkarnain itu orangnya besar tinggi  membawa pedang tajam berkilat...terasa sangat ingin melihat raja hebat itu, sehingga menyimpan namanya kononnya nak bagi nama anak nanti, boleh pulak ye berangan camtu padahal baru umur 9 tahun.

Kemudian saban malam saya mengharapkan ada orang bangun untuk azan subuh supaya benteng besi yang menipis dikeruk oleh wakjuj makjuj kembali utuh...tapi sampai sekarang pun bila mendengar azan subuh, hati saya menjadi lega, lega bukan kerana ketakutan zaman kecil bila membayangkan kerakusan wakjuj makjuj tu, tapi kerana yakin masih ada yang bangun dalam kedinginan pagi untuk menyampaikan seruan agar seluruh ummat manusia bangun mengabdi diri kepada yang Esa..

Hari ni ( rabu semalam sebenarnya) saya menyampaikan cerita wakjuj makjuj versi arwah ma kepada anak-anak tadika. Moga-moga mereka diberi faham oleh Allah sedikit situasi akhir zaman sekarang ni.

بارك الله فىه.

28 Mar 2016

Kisah seorang isteri solehah.

Dia adalah seorang wanita muda. Namun dalam usia yang masih bergetah itu dia telahpun bergelar seorang isteri. Tapi sayang..suaminya tidaklah setampan dan sekacak lelaki-lelaki yang sering menjadi idaman anak-anak gadis sepertinya. Meskipun begitu, berbekalkan iman dan sekeping hati tulus ikhlas dia tetap redha menerimanya sebagai ketentuan dari Tuhan.

Hari demi hari dia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Telah menjadi rutin hidupnya, akan membeli barang-barang di pasar. Maka selalulah ia berdepan dengan seorang penjual daging yang tampan wajahnya. Hari-hari dia tidak dapat mengelak dari memandang wajah penjual daging tersebut. Sehingga wajah itu menjadi hafalan dan ingatannya kini.

Syaitan-syaitan mula membisikkan kata-kata indah ke dalam nuraninya. Hatinya mula dihanyut oleh lamunan perasaan, kemudi imannya mula bergoncang kini. Kesetiaan dan kasih sayang terhadap suaminya kian pudar, diganti oleh wajah tampan membekas di hatinya.

Suatu hari, si suami pulang seperti biasa. Dilihatnya wajah isterinya muram kelam, sugul, kusut masai, seolah-olah sedang ditimpa musibah yang amat dahsyat. Lalu ia bertanya dengan penuh hikmah dan lemah-lembut...

" Wahai isteriku, apakah gerangannya yang amat mengganggu hatimu. Ceritakanlah kepadaku, agar masalahmu dapat diselesaikan dengan izin Allah."

Dengan nada teresak-esak, si isteri pun menceritakan kejahatan dan fitnah hati yang berlaku pada dirinya kini. Sambil meminta ampun kepada suamunya ia berjanji...

" Suamiku, demi Allah dengarlah ikrar dan janjiku pada hari ini. Mulai saat ini aku tidak akan menjejakkan kakiku keluar dari rumah kita ini melainkan dengan sebab-sebab yang sangat perlu.."

Suami tersebut tersenyum mendengar pengakuan ikhlas isterinya itu. Dan benarlah sejak wanita itu memingiti dirinya di dalam rumah, ternyata dirasakan suaminya yang paling kacak dan tampan. Begitulah berkat patuh pada ketentuan dari Ilahi dan ternyata pilihannya itu tidak sia-sia, kerana akhirnya Allah mengurniakan rasa rahmah dan saadah kepada pasangan ini.

25 Mar 2016

Lhoh, ticer pun buntu dibuatnya.

Musim panas camni budak cepat je jadi tak sihat. Tambah lagi kat tadika ni, sorang demam pastu siaplah yang lain pun demam. Tahun lepas awal tahun tu sorang bawak virus demam campak, sorang demi sorang berjangkit sampai tinggal tujuh orang je yang tak kena. Rilekla masa tu dalam dua minggu.

Tahun ni plak diuji dengan musim panas, hari ni je dalam 4, 5 orang tak datang.

Kadang dorang datang tadika masih sihat, tetiba monyok je, rasa dahi dah panas. Macam pagi tadi ada sorang budak sambut besday maknya bawakkan cheese kek oreo, saya rasa seketul kecik, ok lagi, tambah lagi seketul dah rasa muak semacam. Pastu tetiba sorang budak termuntah masa dok tengah aktiviti nguli donat. Hebohlah kengkawannya ngadu kat saya yang tengah masak, sanggup cari sampai ke dapur, punyalah nak mengadu tu. Saya pun kata.." Auni muaklah tu makan benda bercampur-campur,"

" Muak tu apa ticer? "
" Muak tu loya." Bagus kan jawapan saya, heee..

" Loya tu apa?"
" Lhoh, ermmm..jap," saya memikio jap nak bagi jawapan yang dorang mudah faham, al maklum otak lambat naw nak switch on dah tetua ni. Dorang tunggu dengan muka penuh nak tahu, hi hi.

" Loya tu rasa nak muntahlah,"
" Ooo, semalam pun saya muntah kat rumah," haaa...faham pun.

Ni pun demam ha. Kalau ikutkan kami tak bagi budak demam datang tadika, sebab tau nya mesti berjangkit kat orang lain. Tapi tulah bila parent hantar juga dengan alasan tak dapat cuti, kami dah tak terkata apadah. Ni baring dalam bilik 6 tahun, saya dok tengah pantau dia sambil up entri kat phone,...

Tak hsbih-habih cerita bebudak yea, doh itu je yang termampu untuk mengelakkan ku diam membisu, selamat berhujung minggu, semoga sejahtera selalu..amin..
بارك الله فىه.

24 Mar 2016

Ticer, nah derma..

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebaik habis mengajar iqra Fawwaz hulurkan 30 kepada saya.." Ticer, nah derma" saya amik sambil membalasnya dengan senyum. Dari dulu Fawwaz memang selalu bagi derma kat saya, saya kumpul dan pulangkan balik pada ummi dia.

Dah musim panas camni stok air kosong kat tadika tu cepat je habis. Kadang berkorek-korek duit syiling nak beli air tapis, ada mesinnya kat depan tadika saya tu, senang juga, cuma malas nak turun naik, ticer Diyana lah selalu jadi mangsa turun sebab badannya ringan, he he..cian ticer Diyana.

Jadinya semalam saya korbankan 30 sen yang Fawwaz derma tu buat beli air tapis untuk budak-budak. Pastu membebel-bebellah saya suruh bebudak tu bawak air kosong dari rumah. Harapnyalah mak-mak diorang bagi kerjasama.

Inspirasi dari ummi Fawwaz ni. Saya bawak tabung comel milik kakak untuk buat tabung derma kat tadika tu. Boleh gak ajar bebudak ni amalan bersedekah, ye dok..

بارالله فىه.

23 Mar 2016

Hari ni 3 dalam 1.

بسم الله الرمن الرحىم.

Setiap malam kena fikir dulu bekal apa nak sediakan pagi esok. Bekal untuk mylarling and anak-anak. Memang dari dolu-dolu bangun awal pagi time orang masih nyenyak awak dah tung-tang,tung-tang kat dapur. Alhamdulillah banyak gak boleh save belanja.

So semalam lepas dah puas memikir tolak campur masa semua, hari ni senang kerja ibu, buat bekal 3 dalam 1, itulah sarapan, itulah bekal, itulah makan tengahari kat tadika kang. Nasi kuning orang Terengganu kata. Sarapan pagi lauknya telur dadar. Bekal kat sekolah lauknya ayam goreng, kang makan tengahari lauknya ikan tumis.

Alhamdulillah, kita yakin makanan yang kita sediakan bersih dan halal. Kerana hati yang bersih ditempa dari makanan yang bersih dan halal. In shaa Allah.

بارك الله فىه.

21 Mar 2016

Anehnya manusia.

بسم الله الرمن الرحىم.

Jom kita lihat dalam diri manusia, perhatikan berbagai keanehan yang diciptakan Allah, cuma mungkin perkara itu berlaku setiap hari membuatkan kita tidak merasa keanehannya.

Perhatikan bulu kening dan bulu roma kita, tak pernah pun dua jenis bulu ini terjulur memanjang seperti rambut, misai, janggut. Bayangkan kalau bulu hidung pun tumbuh memanjang.....

Perhatikan lagi, bukankah aneh dagu perempuan tidak ditumbuhi janggut, tidak seperti dagu lelaki, sedangkan kedua-duanya, sama-sama dagu..

Perhatikan pula lidah. Lidah yang satu ini berupaya merasa berbagai rasa. Kalau rasa itu ada pelbagai jenis seperti manis, masam, masin, pahit, kelat..namun lidah dapat merasainya serentak.

Perhatikan lagi...dalam apa yang kita makan itu sentiasa ada saja karbohidrat, protin, lemak...iaitu zat pemakanan yang asas. Untuk memprosesnya terdapat pula apa yang dinamakan enzim. Enzim terdapat dalam mulut, dalam perut hinggalah ke usus. Setelah diproses dengan pertolongan enzim tadi akhirnya hampas makanan itu keluar sebagai najis.

Yang anehnya...dari mana enzim ini datang dan boleh tersedia ada dalam usus kita. Kemudian macam mana pula setiap enzim itu boleh membezakan setiap zat makanan tersebut. Umpamanya enzim yang memproses lemak tidak boleh memproses protin. Dan bagaimana pula proses tersebut boleh membezakan zat dan hampas. Kita pula tak rasa apa-apa sepanjang proses itu berlaku dalam perut dan usus kita.

Cuba pula fikir mengapa enzim dalam perut dan usus manusia tidak boleh memproses rumput. Kalau kita makan rumput boleh membesar dan gemukkah kita sebagaimana lembu, kambing, kuda yang makan rumput...?  Kalaulah boleh makan rumput kan senang, tak perlu duit, makan banyak pun tak mengapa sebab tak perlu risau kena darah tinggi ke, kencing manis ke... Tapi itulah...semuanya tak boleh kita tukar sesuka hati kita.

Sebabnya kita tidak ada kuasa. Semua yang terjadi itu dengan kuasa Tuhan. Bulu kening tak pernah panjang adalah kuasa Tuhan. Dagu orang perempuan tak tumbuh janggut itu juga kuasa Tuhan.

Kita hidup ini adalah kuasa Tuhan. Makanan yang ada dan sesuai dengan perut manusia itu adalah ciptaan Tuhan. Enzim adalah ciptaan Tuhan. Fungsi enzim sesuai dengan zat makanan adalah kuasa Tuhan. Proses dalam perut yang kita tidak tahu dan tak rasa apa-apa itu adalah kuasa Tuhan. Pengasingan hampas yang dinamakan najis itu berlaku dengan kuasa dan kehendak Tuhan...

Tidak sedikit pun kita terlepas dari kuasa Tuhan. Itu semua adalah nikmat Tuhan yang wajib kita syukuri.  Ucapkanlah setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya yang menjadikan kita ini serba serbi sempurna, berguna, pelik dan aneh. Sungguh hebat Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Pencipta.

Pssstt...sori kengkawan..dah ziarah rumah, cuma tak dapat tinggalkan buah tangan je. Kuota sutak abis, loading manyak selow la.

Equinoks tiba sebagai ujian dariNya. Dia mahu kita sematkan di hati..cuaca panas takat 40°c pun aku tak mampu nak hadap, dah tiba plak macam-macam penyskit..strok habalah, batuklah, demamlah...tu pun panas equinoks ni kita masih boleh cari perlindungan, pasang aconlah, mandilah, minum air bebanyaklah...kalau panas kat padang Mahsyar, panas kat api neraka..ko mampu nak hadap? Tu pun masih tak sedar diri lagi.....( akulah tu, bukan orang lain, hu hu )

بارك الله فيه.

19 Mar 2016

Berjaya juga akhirnya..

بسم الله الرحمن الرحىم

Akhirnya...dah setahun bertapa dalam freezer, dah dua kali jemur, hampir rasa-rasa nak buang, Fair baby-pose bagi idea suh keringkan dalam oven..tapi hampir 3 minggu jugak kot bertapa dalam tu...semalam datang angin rajin, lagipun dah serabut mata nengok dia nonggok je dalam oven tu, akhirnya korang, jadi jugak kopi biji tamar, haaa...nama tu saya yang bagi.

Takla susah prosesnya pun, cuma penyakit مالس tu yang kuat sangat. Ok, dah kering betul-betul dalam oven tu, biji kurma tu jadi kehitam-hitaman, saya blend guna blender kering, tak sabar-sabar nak merasa kekawwannya. Not bad la. Ada rasa kelat sikit, macam rasa nescafe pun ada. Takla sekuat rasa kopi biasa tu. Yang bagusnya perut tak masuk angin minum kopi biji tamar ni. Saya kalo minum kopi biasa tu, siapla..erk, erk sendawa angin.

Yang kulit telur tu plak, untuk halau semut dan segala menatang yang melata tu. Keringkan kulit telur tu dalam oven jugak. Pastu blend. Pastu tabur jelah kat tepi-tepi dinding, dalam drawer, dalam kabinet, kat mana-manalah yang sesuai. In shaa Allah semut tak datang dah. Dapat petua ni dari sorang kawan. Dah jenuh sembur ridsect, tabur racun hablur gula tu, tak mau dia, harap-harap menjadi dengan kulit telur ni.

Ermmm...dah habis cuti sekolah seminggu, hari ni nak hantar abang besar balik asrama di SMAP Bentung. In shaa Allah jumpa lagi yea kengkawan.

بارك الله فيه.

18 Mar 2016

Kerana pencungkil gigi.


                    

Kisah ini berlaku di zaman Nabi Isa as. Suatu hari sedang baginda berjalan merentasi satu kawasan perkuburan tiba-tiba baginda terdengar jeritan kesakitan yang amat kuat dari sebuah kubur. Lantas tentu saja baginda ingin mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya. Seperti yang kita ketahui Nabi Isa as dikurniakan mukjizat boleh menghidupkan semula orang mati.

Lantas baginda menadah tangan memohon ke hadrat Allah swt supaya menghidupkan kembali orang yang menjerit kesakitan itu. Dengan izin Allah tanah kubur tadi merekah dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat keadaan lelaki itu baginda bertanya apakah lelaki itu tidak solat sehingga diseksa sedemikian. Lelaki itu memberitahu dia tidak pernah meninggalkan solat. Baginda bertanya lagi apakah dia tidak berpuasa, jawab lelaki itu dia berpuasa bahkan melakukan semua perintah Allah. Jadi apakah kesalahannya sehingga diazab sedemikian?

Lelaki itu memberitahu baginda semasa hayatnya beliau bekerja sebagai seorang penjual kayu api. Pada suatu hari datang seorang pembeli menyerahkan wang dan memintanya membawa kayu api itu ke rumahnya. Kayu api yang sudah diikat dipikul dan dia terus menuju ke rumah lelaki tadi.
Di pertengahan jalan, dia merasa lapar. Beliau berhenti untuk makan bekalan yang dibawanya. Selesai makan dia meneruskan perjalanannya.

Tetapi dia merasa ada sisa makanan yang terlekat di celah giginya yang membuatnya rasa tidak  selesa. Dia cuba mengeluarkan dengan lidahnya, tetapi gagal. Dicungkil dengan kuku juga gagal. Lantas dicungkilnya serpihan kayu api menggunakan kukunya untuk dijadikan pencungkil gigi.  Usahanya berjaya.

Sesampainya di rumah lelaki tadi dia terus menyerahkan seberkas kayu api tadi tanpa meminta halal akan perbuatannya mengambil sedikit kayu api untuk dibuat pencungkil gigi itu. Dia menyangka Allah mengabaikan perbuatannya yang sedikit itu. Tetapi rupanya dosa yang disangka kecil itulah yang membuatkan dia diazab begitu selama 70 tahun. Masya Allah...
..
Jom kita ambil iktibar dari riwayat ini. Apakah ada kita mengambil barang-barang yang bukan kepunyaan kita hatta sekecil klip kertas, pensil, pemadam untuk digunakan secara peribadi atau kita bagi anak-anak kita guna? Jika ada jangan ambil mudah untuk minta halal dari yang empunya. Mahukah kita diazab seperti lelaki di atas...?

Pssssst..korang cuba perati masa kenduri kawen, ada orang ambil makanan sehingga penuh pinggannya, tetapi akhirnya..tak habis pun makan. Tu maknanya apa? Membazir, mengambil hak orang lain, mengikut nafsu...jangan ambil mudah yea...semuanya akan dihisab dan dipersoalkan di hadapan kadhi Rabbul Jalil...
..

Image result for gambar pencungkil gigi
kerana dosa kecil yang dipandang ringan

17 Mar 2016

Tinggal ni je.

Selalu buat puding karamel guna telur tak laku sangat, berhari-hari simpan dalam freezer. Sudahnya ibulah yang kena habiskan.

Sekali ibu bukak freezer nak makan yang dah sejuk, tadi dah rasa sikit yang belum disejukkan...alahai tinggal banyak ni je, nasib baik ibu ni bukan mak tanjung tau, kalau tak ibu dah merajuk cari batu belah batu bertangkup tau.

Yang tinggal ni cukuplah untuk ibu dan abang besar merasa, diorang 3 beradik dah habiskan 3/4 dah. Nadhrah suruh ibu buat lagi. Ermm..kalo korang pun nak buat gi je kat blog knooriahnaim yer, sori tak dapat bagi link. Tapi memang twrbaikklah knoor.

5 things i hate most.


Assalam Fair baby-pose, saya cuba buat entri ni sebagai menghargai seorang sahabat alamaya yang saya kasihi. Dah lama tak buat benda-benda camni sebenarnya. Sebabnya saya jarang sangat 09 kat pc, lebih banyak kat phone je sebab kekangan masa, tapi ni tengah cuti, amik cuti sebenarnya untuk bersama anak-anak di rumah je pun, sambil makan-makan, rehat-rehat, kalau hari sekolah saya sibuk diorang lagi sibuk dengan homework yang tak habis-habis tu.

Ermmmm, apa ek yang saya tak suka sangat?
1) Asap rokok dan orang merokok. Baru-baru ni saya tegur untuk kali kedua seorang lelaki yang merokok di depan tangga tadika saya tu, asapnya Masya Allah busuk sampai ke atas. Harap-harap lepas ni dia tak buat lagi, kalau nak merokok pun pegilah tempat lain.

2) Saya tak suka orang tegur kesalahan saya melalui orang lain. Find..saya tak perfect, tapi saya boleh terima teguran even dari orang yang lebih muda dari saya. Kalau tegur melalui orang lain boleh buatkan saya salah faham, betul tak? Sebab gaya penyampaian orang lain kan berbeza. So to my boss, please next time, just direct to me..

3) Lipat baju. Pernah buat satu entri tentang ni, he he.

4) Orang yang tak menepati janji.

5) Orang yang tak menepati masa.

OK. Done. Fuhh..lega.  Saya tak tau nak tag sape. So saya tag sesapa je yang singgah kat umah saya ni sebab saya tau tak ramai pun yang singgah, he he..

3 jenis tidur.

Seronok tidur ni.Hadiah dari Allah kerana Dia Maha Tahu keperluan kita sebagai hamba yang lemah, perlu rehat, perlu makan, perlu tidur barulah dapat menjana balik tenaga yang hilang, Subhanallah...ruginya kalau kita tak sedar dan tak tau mensyukuri kebaikan Allah ini.

Tidur malam itu sudah semestinya satu yang fitrah, cukup masa otomatik mata mengantuk otak tak dapat fikir lain dah melainkan bantal je. Macam Umar Zikri, kalau dah penat sangat almaklum dah sekolah pagi petang, so lepas maghrib je, tak sempat isya pun ( ok..ibu yg pepandai bagi xcuse takyah solat isya sebab baru 7 tahun, pelan-pelan ajar, kalo tak ngantuk tak penat memang kena paksa solat juga ), dia dah pengsan, terpaksalah abang kakak papah naik ke bilik, kekadang tak sempat naik katil, depan pintu bilik pun jadi. Haa, parah tak parahnya budak sorang tu.

Selesai bab tidur malam. Tapi ada lagi tidur yang lain rupanya...ok, nak tau, baca seterusnya.

1. Qailulah.
Tidur sekejab ( nap ) dalam setengah jam sebelum waktu zohor. Ini memang disunatkan dengan niat semoga Allah beri kita kekuatan untuk bangun bertahajjud di malamnya. Dan yang bestnya juga qailullah ni salah satu cara untuk awet muda, amboiii, korang teruja je kan kalau bab awet muda tu. Berkenaan dengan qailullah sabda Nabi.
" Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah "

Tapi jangan terlajak qailullah plak yea, ingat..setengah jam je tau, bukan dua jam, he he..

2. Hailulah.
Haa, yang ni memang menjadi kesukaan ramai, saya pun kekadang, eh..kekadang je bila dah penat sangat. Ni tidur yang sangat dibenci Allah dan Rasul iaitu tidur selepas subuh. Burung pun tak tidur lepas subuh tau. Berterbangan bertawakkal dia mencari rezeki segenap alam.  Malu kita kat burung yek.

Orang yang tak bangun solat subuh pun termasuk juga. Hailullah ni pun rezeki menjadi mahal dan tak berkat.

3.A'ilulah.
Ni lagi bahaya kalau menjadi amalan, antara punca penyakit mamai dan gila. Tidur selepas asar. Saya ingat satu peristiwa masa saya sekolah rendah dulu tertido lepas asar. Bangun-bangun je mengingau menggagau capai tuala capai beg sekolah ingatkan dah subuh nak pergi sekolah. Satu lagi badan kita akan jadi lesu selesu lesunya bila tidur lepas asar ni. Ni adalah juga teramal masa bebujang dulu, sekarang tak dah.

Jadi, jom manfaatkan tidur kita, cari tidur yang berpahala. Bestkan..tidur pun dapat pahala, dahlah dapat rehat, dapat reward lagi. Baiknya Allah pada kita, kita je yang selalu tak sedar betapa baiknya Dia pada kita. ...

13 Mar 2016

Baby girl or baby boy?

Sebenarnya saya segan juga nak menulis perkara ni. Tapi mudah-mudahan ianya jadi manfaat kepada pasangan yang baru kawen ataupun kepada yang sedang berusaha mendapatkan samaada anak lelaki ataupun anak perempuan. Tapi saya guna bahasa saya je yek, tak reti nak berbahasa ilmiah walaupun perkara yang saya nak tulis ni benda ilmiah, tapi harap yang membacanya boleh faham dan praktikkan, hi hi..
Saya ada share juga dengan kawan yang teringin nak anak perempuan sebab tujuh orang anak sebelumnya..ha, jangan tak caye, ya..tujuh..semuanya lelaki. Alhamdulillah dapat juga sorang perempuan, tapi tak taula mungkin dah bertambah ke sebab dah lama tak jumpa kawan ni.
Okke, ready semua?
Ni sebenarnya ilmu yang saya dapat hasil pembacaan beberapa buku dan hasil kajian saya sendiri juga, cewahh..cuma tajuk-tajuk buku tu saya dah lupa. Tapi in shaa Allah ilmunya telah kusematkan ketat-ketat di dalam dada dan bakal kuwariskan kepada anak cucuku kelak, ha ha..
Camni, yang penting sesangat yea, korang kena cam waktu subur. Waktu subur nilah sangat-sangat penting sebenarnya dalam menghasilkan janin baby korang. Camane nak cam waktu subur? Biasanya waktu subur tu banyak sangat lelehan cecair umpama putih telur, camkan juga akan ada sengal-sengal di bahagian ari-ari. Haa, tu tanda telur tengah nak berevolusi lah tu. Tak pun kira hari ke 13 dan 14 dari hari pertama datang bulan.
Alaa, ni yang payah sikit nak describe nih. Hu hu..
Ok, camni, bila dah cam hari subur tu, kalau korang nak baby girl korang kena kerapkan bersama menjelang 3, 4 hari dari tarikh subur tu, kalo boleh setiap hari, supaya sperma dari lelaki tu jadi cair, jadi mengurangkan keaktifan telur tu, tu yang in shaa Allah jadi baby girl.
Tapi kalau nakkan baby boy, ni korang kena sabarlah. Tunggu betul-betul hari subur yang  ke 13 atau 14 tu baru bersama. Umpama sekali tembak terus kena gitew, atau panah tepat pada sasarannya. Jadi sperma suami tu sangat pekat dan aktif dan in shaa Allah jadi baby boy.
Haaa, ada faham semua? Hi hi. Senang je kan. Tapi ni sekadar usaha kita, yang menentukannya tetaplah Allah swt jua, korang janganlah kata mesti jadi, ...tak, yang penting setiap usaha wajiblah diiringi dengan doa. Dan, jangan putus asa kalau tak menjadi, tak menjadi usaha lagi. In shaa Allah..
Nak baby boy cam caye ke..

11 Mar 2016

Sekolah apa?

Berbuih-buih mulut saya bercakap pasal sekolah integrasi. Nak bagi semangat, nak bukak fikiran, cewahh, bebudak ni.  Ada sorang budak perempuan ni dah 6 tahun umurnya, kadang-kadang datang sekolah masih menangis, nak ikut pergi ke pejabat mama. Adiknya yang umur 4 tahun elok je tak nangis. Dia pulak yang lebih-lebih nangis, dah 3 bulan sekolah, sori ekk, no more pujuk-pujuk yea..."awak tengok adik awak tu, baru 4 tahun, dia nangis tak?" Dia geleng kepala.
" Tengok kawan lain, budak 5 tahun semua tu, sorang pun tak nangis, awak 6 tahun plak nangis, memangla seronok ikut mama pegi pejabat, tak payah belajar, tapi camana awak nak pandai kalau tak belajar, mama kata nak masukkan awak ke sekolah integrasi bila darjah satu nanti, sekolah integrasi tu semua budak pandai, semua belajar dapat markah 100, kalau tak pandai camane nak masuk sekolah integrasi?"
Dia diam je. Saya sambung lagi..pot- pet, pot-pet, entah faham entah tidak.
Tiba-tiba...
" Saya pun nak masuk sekolah gergasi juga."
Seorang budak lain menyampuk.Haaa..aduihh, penat saya dok sebut integrasi bebanyak kali, gergasi jadinya. Sabo jelah kan.

10 Mar 2016

Takde rupa, rasa tak taula.

Kak PI, susah banget nguli tepungnya, tak taula terlebih air ke terkurang tepung ke, takmo dia licin, melekat je kat tapak tangan, hu hu.

Last-last, susah sangat nak buat bentuk karipap, buat jelah bentuk bulat, tapi tak bulat mana juga, macam permukaan bulan je hasilnya, heh..heh.
Tapi bila dah kukus, rasanya,..ermm, bole tahanlah. Saya suka. Nanti nak try buat lagi, sebab kali ni intinya saya pandai-pandai ubah suai mengikut bahan-bahan yang ada kat rumah je, almaklum dah nak habis seminggu, stok barang  dah banyak habis, nak gi kedai,ermm..malas, kedai kat rumah ni mahal berdentum barangnya.
^
^
^
^
Tadaaa...inilah hasilnya siumai dumpling saya yang saya dah ubai suai inti dan bentuknya. Plizzz kak PI jangan gelak tengok rupanya yang menawan itu. Jangan nilai rasa dari rupanya tau, mwehehe..

Psssst...kak PI, padanlah susah nak uli, bila saya tengok balik resepinya pagi ni, rupa-rupanya saya tertinggal satu bahan..minyak masak saya tak masukkan, hmmmm..
walaupun rupanya buruk, rasanya boleh tahan.

8 Mar 2016

Tak lapar, tak penat.

Sorang pun tak mengadu lapar ke, penat ke..kami je yang dah tak mampu nak heret kaki rasanya, rasa macam nak pengsan pun ada.

Tengokla tu bermacam ragam anak-anak saya tu, tak tau takut, tak tau geli, semua nak cuba, tapi adalah juga sorang dua yang menangis kena sakat sebab gelikan ular, he he.

Cuma otw balik ke tadika kira-kira pukul 2.30 tu tinggal 4 orang yang betul-betul hero yang tak pengsan, yang lain termasuk ticer-ticernya ( xcept me, ofkos..he he) pun pengsan dek kepenatan. Dalam pukul 4.00 sampai ke tadika diorang dah segar balik, pot pet, pot pet bercerita sesama diorang.

6 Mar 2016

Over xcited!

Ni cerita kat Farm in the city lagi. Tulah rezeki berjalan dengan bebudak, kalo gi dengan family satu kepala dah rm32, anak bawah 90cm masuk free, atas pada tu rm27. Pergi dengan trip tadika ni bawak murid 40 orang, free cikgu 5 orang. Tentu tak lepas peluang kan.

Kat dalam tu macam-macam ada, binatang yang saya tak pernah jumpa macam tupai tanah yang tetamatla cutenya, sayangnya saya lupa nak amik gambar sebab geram sangat dapat pegang-pegang dia, ada kura-kura dinasour yang agak ngeri rupanya, ada ekor pelik, ada macam tanduk, dapat bagi makan raccoon kat tapak tangan, dapat pegang ular, dapat merasa burung makan di tapak tangan, pendek kata macam-macam adalah, tak rugi bayar rm32 tu.

Tapi memang penat sangat, sebab tempatnya luas, tapi memang puas hati, dapat tengok binatang tu dekat-dekat, dapat pegang. Kalau kita orang tua ni seronok, bebudak apatah lagi. Next entri nanti tunjuk gambar bebudak plak. Ni tunjuk gambar ticer yang terover xcited tu dulu. Mwehehe.

5 Mar 2016

Tercacak bulu roma dibuatnya.

Mencabar diri sendiri. Semalam di Farm in the city, Serdang.
Ada bran? Mak okje, kzakie, kak PI, knor, Fair...saya cabar korang mencuba keberanian diri sendiri, macam ai, he he..

4 Mar 2016

Benda mengarut dibelinya.

Beli dari acik van lah, kawan bagilah. Haa...jenuh kena leter, kena tarbiah dek abang, kakak , padahal diorang masa darjah satu dulu pun camtu, hari-hari bawak balik benda, pensil tekanlah, pemadam warna-warnilah, buku nota keciklah, ok jugalahkan. Ni dah sah-sah produk of china, entah apa kandungannya, entah tang mane halalnya tah. Abah plak bagi amaran, kalo beli lagi, no more duit belanja. Diam terkulat-kulat dia.

So, kat sinilah tempat yang sesuai buatnya...

3 Mar 2016

Imaginasi ticer melayan si Qalish.

"Haa Qalish, nape tumpahkan air, jilat air tu."

" kena jilat ke?" Dia tanya kawannya.

" kenala"

" Ala, nanti kawan-kawan jangan gelak ye"

" Tak jilat nanti semut datang,"

" Semut hitam ke semut black?"( idok ke sama, kompius jap ticer )

" Semut black, nanti dia gigit Qalish,"

" Nanti Qalish pukulla dia,"

" Mane bole pukul semut, nanti semut nangis,"

"Qalish panggil ayahla pukul semut,"

" Mane bole pukul, nanti dia pegi balai polis report kat polis, polis datang tangkap Qalish dengan ayah Qalish,"

" Alaa, bagila Qalish amik kain lap,"

Itu cerita sorang ticer saya dengan si Qalish, budak ngantuk masa tengah belajar ngaji tu. Seronok menyakat bebudak ni, pastu bercerita sesama kami, jadi bahan gelak, buat penghilang penat melayan kerenah diorang yang macam-macam tu. Ishhh...takdelah sampai kena jilat betul-betul, kang tak pasal-pasal masuk paper.

Jom layan gambar candid kat bawah. Tengokla macam-macam ragam diorang, ada yang gigit kuku kaki, ada yang hisap jari tangan, ada yang berkepit je sebelah saya, yang nangis tu, bila ditanya..nak papa, hu hu...

Macam kata kzakie, best sebab setiap hari saya dikelilingi oleh ahli syurga...saya je yang belum tentu ahli syurga, oh...

Entahle apa sudahnya.

Dek teruja bila baca banyaknya kelebihan biji kurma bila dijadikan serbuk kopi, saya pun dengan penuh keterujaan juga, semangat berkobar-kobar ngalahkan penonton gegar vaganda ( opsss...saya tak pernah tengok ek, tengok iklan jerr, tak minat lansung ai tau benda-benda cenggini )...saya pun mula mengumpul biji-biji kurma habis berbuka puasa tahun lepas, haaaa...tahun lepas punya cerita kekdahnya. Saya kumpul, saya kumpul penuh satu bekas yang orang buat jual bubur lambuk tu.

Ikutkan infonya senang je cara nak membuatnya. Jemur kasi kering betul- betul. Jemur 2,3 hari ke, 4,5 hari ke, pokoknya ditebang ya, mwehehe..pokoknya kering betul- betul. Pastu goreng tanpa minyak, pastu blend, katanya mudah je hancur sebab dia dah kering.

Bila siap, simpan dalam bekas kedap udara, bancuhla macam kopi biasa untuk secawan kopi anti oksidan yang sangat tinggi.
^
^
^
^
^
^
^
^
Habis puasa. Simpan je dalam peti, semangat yang berapi-api mula turun, tunggulah lepas raya...

Tunggu punya tunggu punya tunggu..hari minggu baru ni keluarkan dari peti sejuk sebab nak bersihkan peti, tetiba bekas tu terbalik. Tumpah habis ke lantai.... Selama setahun dia dok keluar masuk, keluar masuk, keluar masuk, akhirnya terjemur juga.

Tapi, tulah..dah seminggu ni, baru 2 kali jemur, ....agak- agak koranglah, jadike saya transformasikan biji kurma tu jadi serbuk kopi, hu hu......

Wakaka..takdak crita, buat crita..

1 Mar 2016

Ngantuknya.

Dah mahu duduk beratur dalam barisan tunggu giliran mengaji iqra. Sampai mengantuk-ngantuk la dibuatnya. Dah dibasuhkan muka pun mengantuk jugak lagi. Sampai giliran ngaji, sambil mata terpejam mulut mengikut juga apa yang disebut. Tak sampai separuh muka surat mulut dah tak mampu nyebut lagi dah.

Inilah salah seorang anak murid yang manja yang saya kena hadap tahun ni. Dengan menangisnya, tak mahu makan, tak mahu masuk kelas...tapi Alhamdulillah dah masuk tiga bulan ni, banyak perkembangan yang mengembirakan hati saya seperti dah nak makan, bayangkan dulu sampai satu hari sanggup tak makan, susah hati kami dibuatnya.

Mak ayahnya gembira bila tengok anaknya dah ada perkembangan positif. Jumaat lepas belanja semua anak-anak tadika milo kotak sekotak sorang.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign