Jumaat lepas eventnya.. 6/7/2018. Parent pakat bawak potluck. Tapi biasalah makanan bebudak kan, mak2 bawak nuget, apam pisang, spegeti, makaroni.. So ticer yamg berangan nak makan lemang rendang, sila abaikan saja. Sebut pasal juadah raya, tahun ni tak jumpa plak lontong, bila baca mama Yan buat lontong sambal bilis rangup, den plan nak masak lontong jugak weyh, tak leh jadi ni, kempunan kang.
Sampai hari ni, rabu dah weyh. .Kek pisang, kek gulung dok bergulung lagi dalam esbok tadika tu, pagi petang bebudak tu jadi mangsa menghabiskan kek pisang, aterrr sape lagi nak makan, takkan den kot, kang den kono koncing maneh sapo nak jawab..
Ha.. Meriah gitew, masing2 hepi tayang baju raya, pasang plak lagu raya, siap berjoget2 lagi punya hepinya, bila dengar lagu Balik kampung arwah Sudirman tu, lagi sakan dorang menyanyi, bebudak pun tau lagu tu ek.
See... Myanakdarekecik# semua comey2, maneh2x. .siap ada yang bergaya dengan contact lense lagi tu, kalah ticer.
Ni sibujangkecik# kamain bergaya dengan songkok, sampin, tapi ni sebelum acara makan2x yea, apa2hal amik gambar dulu, sebab tau dah, lepas makan, dah tak rupa anak orang, hehe.. Semua comot macam anak kucing jatuh dalam tepung.. Kikiki.. Tau jelah, makan sesuka hati, makan selagi boleh makan, sampai surenderlah tak larat sudah. Dan lepas tu, ticer2lah penat nak ngemop ngemas bagai, meleket2 satu tadika..
Saya budak 4 tahunlah.. Ermmmm.. Tengoklah gaya makannya tu. Yang tengah tu, mysayang.. Comey sangat budaknya.
Mak aihhh.. Macam2 gaya makan yea. Oh ye.. Yang hujung belah kanan tu, tengah suap apa tu Jannah. .haa.. Nilah Jannah yang bagi duit raya kat den tu, selalu sebut..Jannah sayang tc Azimah.. Padahal den bukan selalu dapat masuk kelas 5y ni.
Dah nak habis bulan syawal, tapi nampaknya sampai ke hujung raya ni den nak kena sedia juadah raya untuk anak2 sendirilah plak, si Umar Zikri jamuan raya kat sekolah agamanya hari Jumaat ni, cadang nak wat megi goreng je, sempoi.. Budak2 suka, lagipun tulah yang termampu nak masak sesubuh hari kan, idokle kuasa nak berketupat rendang semua tu. Yang si abang Iman dan kakak Nadhrah plak hari sabtu esoknya.. Abang Iman nak bawak air sirap je sebab taknak susahkan omak eh ni, hihi.. Yang si kakak Nadhrah nak bawak mango float, pun sonang kojo den tu.. Bagusnya anak2 den ni, semua pakat taknak susahkan den kan.. Haha.. Sapo lagi nak puji kalo den sebagai omak eh tak puji.. Kan.
Oklah, korang hujung minggu ni ada nak beraya lagi ke?