30 Jul 2014
Keutamaan puasa 6 di bulan syawal.
Begitu juga dengan keadaan manusia, di bulan Ramadhan mereka berpuasa, mengerjakan solat, membaca Al Quran dan melakukan berbagai amalan kebaikan iaitu semata-mata mengharapkan diterima semua amalan dengan sebab berkatnya bulan Ramadhan. Tanda diterima segala amalan itu ialah sesudah Ramadhan dia masih tetap selalu taat dan istiqomah melakukan segala kebaikan.
Puasa enam di bulan Syawal ialah amalan Rasulullah SAW, para sahabat dan orang soleh. Banyak kelebihan dan keutamaan yang disebut dalam hadis antaranya:
Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikut sertakannya enam hari di bulan syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya.
Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian menyertakan bulan Ramadhan itu dengan puasa enam hari di bulan syawal, dia seperti berpuasa setahun penuh.
Seterusnya sabda Nabi lagi:
Orang yang berpuasa sesudah bulan Ramadhan seperti orang yang mengulangi (perang) sesudah melarikan diri.
Banyak rahsia dan hikmah berpuasa enam hari di bulan syawal ini. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya Allah telah menciptakan tujuh langit dan bumi ini selama enam hari di bulan syawal. Barangsiapa berpuasa enam hari di bulan syawal itu, maka Allah mencatat baginya kebaikan sebanyak bilangan makhluk yang telah diciptakan dan menghapuskan semua kejahatannya dan mengangkat pula akan darjatnya.
Sabda Nabi lagi:
Sesungguhnya mayat itu mempunyai enam ratus anggota badan dan pada tiap-tiap anggota badannya itu terdapat seribu mulut kecuali hati, sebab hati itu tempat makrifat (ilmu). Barangsiapa berpuasa pada yang enam ini Allah meringankan dia dalam sakaratulmaut seperti mudahnya meminum air sejuk bagi orang yang dahaga.
Bersambung...
26 Jul 2014
Jem giler
.......jem di akhirat...berbaris menuju padang mahsyar, matahari sejengkal dari kepala....
Kalau hari biasa cuma ambil masa lebih kurang sejam untuk lepasi tol gombak dari rumahku di Beranang, tapi hari sabtu 26/7/2014 betul-betul jadi hari bersejarah, bayangkan perjalanan satu jam menjadi empat jam.... |
Balik kampung, ooo...'balik kampung'....
Banyaknya persediaan yang perlu kubuat untuk balik ke rumah arwah ma. Rumah ma sudah menjadi agak 'asing' bagiku. Masa ma masih ada aku tak perlu fikirkan asam, garam, bawang dan sebagainya. Semuanya sudah tersedia, nak masak apa je, semuanya ada.
Rumah yang ku tinggalkan juga perlu difikirkan, jangan ada sampah yang tak disapu, dibuang..jangan ada pinggan mangkuk yang terperuk di sinki, jangan lantai tak dimop, jangan sawang bergantungan....jika tidak alamat balik nanti aku berperang dengan semut dan bau busuk...
...................
Alangkah banyaknya persediaan yang perlu kubuat untuk pulang ke kampung yang tempohnya cuma 3 ke 4 hari saja, kalau tak buat persediaan aku susah...
Ya Allah, ya Allah, ya Allah...sepatutnya untuk perjalanan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi, jarak yang jauh dan masa yang tak dihitung oleh tempoh waktu itu aku wajib membuat persediaan yang lebih rapi, yang kesusahannya tidak terbayang dan terfikir oleh akal sepatutunya aku wajib lebih bersedia dengan segala macam bekal, ampunkan aku Tuhan, hulurkan tanganMu selalu, jangan Kau biarkan aku....
25 Jul 2014
Muhasabah akhir ramadhan untuk si kaya.
Setiap hari mereka tambah tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan - walaupun ianya di tahap yang paling asas. Soal makan minum pun, mereka tidak mampu mendapat apa yang sepatutnya dimakan. Inilah hakikat rakyat marhaen di negara Malaysia yang dikatakan maju ini. Jika soal lain lebih-lebih lagi.
Kita boleh membaca setiap hari kisah sedih golongan ini. Ada yang hanya mengharap belas ehsan jiran tetangga. Ada warga emas yang mati busuk berhari-hari tanpa diketahui kaum keluarga. Kemiskinan menjauhkan sesama mereka. Ada yang mati tidak sempat mendapatkan rawatan kerana tidak ada yang mengambil tahu hal mereka.
Ada anak kecil yang terpaksa berhenti sekolah, untuk bekerja demi membantu keluarga yang susah. Ada ibu tunggal yang terpaksa menggadai maruah menjadi 'GRO' demi mencari 'rezeki'. Ada yang kena kejar 'along' dan lari menyorok di merata tempat. Ada pula yang bergaduh sesama keluarga - berebutkan sumber pendapatan yang sedikit atau harta pusaka sekangkang kera.
Kisah penderitaan golongan bawahan di negara kita sangat banyak. Jika kita mahu mencari dan mendapatkan kisah kehidupan mereka, kita pasti sedar betapa perlunya kita bingkas bangun membantu mereka sesungguh hati.
Hak mereka sepatutnya mendapat pembelaan daripada golongan kaya. Mereka yang hidup sengsara ini tidak akan mampu keluar dari garis kemiskinan melainkan dengan ditolong dan dibantu oleh orang kaya. Tetapi berapa ramai orang-orang kaya yang berhati mulia seperti Nabi Muhammad SAW?
Kebanyakan orang kaya hanya asyik mengumpul harta dan merancang untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan untuk diri dan keluarganya sahaja. Jika dihitung jumlah kekayaannya, mungkin boleh memberi kehidupan selesa kepada berjuta umat yang miskin. Kekayaan berbilion ringgit, hanya untuk dirinya dan keluarganya sahaja. Bayangkan jika wang itu diagihkan kepada setiap yang susah dan menderita, tentu berjuta rakyat miskin akan terbela dan boleh memajukan diri mereka.
Islam hanya minta setiap individu membayar zakat fitrah sebanyak lebih kurang RM7.00 setahun!! Setiap orang hanya wajib membayar RM7.00 setahun. Jumlah umat Islam di Malaysia sekarang ialah 17,375juta (61.3%). Jika di darab dengan RM7.00 jumlahnya akan melebihi RM100 juta!! Itu baru sumber zakat tahunan (Zakat Fitrah)!!
Bayangkan jika zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat emas perak dan lain-lain yang begitu banyak - daripada individu serta korporat. Kita akan dapati betapa kayanya masyarakat Islam Malaysia. Dan kalau kita benar-benar mengagihkannya kepada semua rakyat yang melarat di negara kita secara tersusun dan menyeluruh, pastilah tidak akan ada lagi yang susah!! Allah!!! kita kasihan kepada golongan yang tiada tempat mengadu.
Bagi yang beriman mereka tahu mengadukan hal mereka kepada Allah. tetapi sebaliknya jika iman tidak kuat, sembahyang pun tidak, hidup pun lebih kurang cara hidup bukan Islam, kalau menghadapi susah dari sudut kewangan, jalan yang salahlah yang ditempuh mereka.
Kalau mereka keluar rumah dalam keadaan tidak ada wang untuk dibawa balik ke rumah, mereka akan meragut, mencuri, merompak malah membunuh. Kadang-kadang mereka tidak merancang untuk jadi penjahat tetapi desakan kehidupan menjadikan mata hati mereka tertutup melihat penyelesaian yang baik-baik. Maka yang ditempuh ialah kejahatan demi kejahatan.
Betul apa yang disebut Nabi SAW bahawa "hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran". Mereka mudah terjerumus kepada hal-hal negatif yang di hujungnya adalah kekufuran. Untuk menyelesaikan kesusutan hati dan kebuntuan fikiran, mereka akan terjebak dengan dadah dan arak. Kalau sudah biasa meragut dan mencuri, itulah kehidupan mereka yang asalnya sekadar melepaskan sesak (sebab itu mencuri). Akhirnya meragut jadi 'profesion' harian. Pandai buat pandai sembunyi diri.
Sebab itu tugas menjadi pemimpin masyarakat sangat berat. Lagi berat amanah kekayaan yang Allah pinjamkan, lagi berat hisab pengiraan Allah di akhirat! Di akhirat, baru sedar rupa-rupanya kakayaan yang Allah berikan hanyalah sebagai ujian. Tidak ada sehelai baju pun yang terlebih dari keperluan kita melainkan akan disoal di akhirat oleh Allah!! Bayangkan hak orang susah yang terdapat pada kekayaan berbilion ringgit atau ratusan juta ringgit atau puluhan juta ringgit atau jutaan ringgit?
Kekayaan, jika menyebabkan kita masuk neraka, jelaslah bahawa kekayaan itu adalah bala bencana yang dahsyat. Ianya pemberian dalam keadaan Allah tidak redha dengan kita. Ianya sama sepertimana yang Allah berikan kepada bukan Islam. Apapun semuanya ini hanya akan dikesali sebaik kematian sudah di hadapan mata.
Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi ini sepatutnya mendorong kita mencari lagi siapa yang patut kita bantu. Ibadah dalam bentuk membantu orang susah lebih besar ganjarannya berbanding solat sunat, membaca al-Quran dan lain-lain. Ibadah sedemikian hanya untuk manfaat diri sendiri berbanding menolong orang lain yang susah dan menderita.
Apa pun, hanya yang cerdik dan pintar sahaja yang melihat akhirat lebih utama dari dunia. Orang-orang yang kurang cerdik hanya tertumpu dengan penuh gila terhadap dunia yang menipu lagi sementara - yang sekejap ini. Ampun maaf!!
http://suaramuhajirin313.blogspot.com/
24 Jul 2014
entri pra balik kampung
Baru sebentar tadi kakak beritau dia pun dah mula bercuti hari ini dan akan balik ke rumah arwah mak hari ni juga, adik-adik dah tak sabar nak jumpa kakak, terutama si Umar Zikri yang dok membilang hari nak jumpa kakak.
Hari ni sebenarnya banyak urusan juga, ermmm..urusan apa tu, macam konfidensyel sangat yek, takdelah..urusan surirumah ler, apa lagi..rumah kena clear sebelum balik, kalau tak semut datang buat highway plak dalam rumah, semut dari rumah kosong sebelah punya sebelah, rumah saya nombor tiga dari tepi, rumah tu corner lot, terbiar lama..takdelah menyeramkan pun, cuma menyakitkan hati sebab semut yang suka sangat berhijrah ke rumah saya, kalau rumah tak di'clear'kan betul-betul, alamaknya, balik dari kampung je saya kena berperang dengan semut plak.
Semalam,majlis berbuak puasa di syarikat tempatku bekerja GISB, dapatla hamper..tapi belum sampai rumah dah terbarai dikerjakan deka anak-anak yang excited tengok besarnya hamper tu. |
23 Jul 2014
Bubur lambuk Terengganu
Beras ( ikut suka nak buat banyak mane)
Santan ( saya buat 2 cawan rice cooker, santan 2 cawan juga, bole ganti dgn susu cair bagi yang takut kolestrol )
Isi ikan ( saya suka guna ikan sardin, isinya manis-ikan direbus dan ambil isinya )
Bawang besar sebiji-potong dadu
Halia setengah ibu jari-potong dadu
Halba ( kalau takde, tak jadi bubur lambuk Terengganu )
Lada hitam ditumbuk
Sayur kampung seperti pucuk paku miding, daun kaduk, pucuk mangi.pucuk manis ( kalau takde bolela ganti dengan kangkung, daun bawang cam saya buat ni )
Budu ( kalau suka, tak suka tak payah )
Kot nak buat kenangan...
kredit:FB |
Kita dok tang mana??
Cik Yah: Alamak, alamak..apa lagi yang tak siap nih, shopping baju raya..dah, eh! alamak ..baju raya baru ada 3 pasang, tak cukup, kuih raya..hmmm, jap, jap..1,2,3, 4, 5...10, ..15 balang, cukup tak? tak cukup rasanya, kena tambah oder nih, langsir, sofa, TV LCD model terbaru, bang, bang..mana abang ni..jom bang..gi Court Mammoth..ada lagi barang nak kena beli ni..
En. Seman: Apa lagi cik Yah oii..cukup-cukuplah tu, apa lagi yang awak nak cari, kering-kontanglah poket saya bulan ni..
Cik Yah: Ala bang, raya bukannya selalu, setahun sekali je kan, lagi pun kalau kengkawan abang datang tak la abang malu, mesti diorang kagum tengok betapa pandainya isteri abang ni hias rumah..
En. Seman: Hmmm, yelah..yang awak ni beria beno buat persiapan raya, puasa awak camane? Ada meningkat diri awak tu? Ada bertambah sedekah awak? Ada bertambah baca Quran awak? Yang saya tengok awak ni masih lagi jadi ajk mesyuarat tingkap...
Cik Yah: Eh! ke situ plak, cari alasan nak ngelak le tu, yang abang tu..terawih pegi seminggu sekali, tengah malam dok layan bola, kalau cuti lepas subuh tidur, lepas zohor tidur, lepas asar keluar dengan motor besar abang tu, saya tak bising pun..
En. Seman: ..Garu kepala yang dah separuh botak...
Situasi luar biasa.
Cik Maimunah: Abang, Nah rasa la kan, puasa tahun ni Nah tak dapat apa-apa la, rasa macam dok tang tu jugak, nak bersedekah tak mampu, mengaji pun takat baca je la, tak faham pun, terawih pun Nah buat kat rumah je...
En. Ismail: Abang pun rasa macam tu, tak meningkat pun rasa hamba, abang rasa abang masih pemarah kat budak-budak kilang tu, nak sound abang sound je, tak kira la perasaan diorang terkucil ke, tergeliat ke, aishh..apa nak jadi dengan abang ni..
Cik Maimunah: Habis, apa kita nak buat ni bang, bulan puasa pun lagi 2, 3 hari nak habis dah..
En. Ismail: Macam ni la, malam ni jom kita buat ihyaa'ul Lail, mana tau kita direzekikan dapat Lailatul Qadr..
Cik Maimunah: Ha elok tu bang, Nah setuju sesangat, jom kita kejut anak-anak, pakat ngaji, abang bagi tazkirah, kita selawat sesama, mudah-mudahan ada nilai di sisi Allah..
Ihsan google |
22 Jul 2014
Pemurah.
Sayyidina Hassan menjawab" Aku sendiri meminta kepada Allah dan ingin memperolehi keredhaanNya. Aku sangat malu kalau aku sendiri meminta kepada Allah tetapi aku menolak permintaan orang lain."
ORANG YANG PEMURAH ITU DEKAT DENGAN KEBENARAN DAN DEKAT DENGAN MANUSIA, ORANG YANG BAKHIL ITU JAUH DARI KEBENARAN DAN JAUH DARI MANUSIA- MAKSUD HADIS.
Persediaan iman menyambut hari raya.
Di hari yang mulia ini, ramai wanita yang dilalaikan dari mengingati dan membesarkan Allah. Malam-malam terakhir menjelang hari raya disibukkan dengan periuk belanga, ketupat, rendang dan segala macam hidangan yang berlebihan untuk menjamu nafsu yang telah dikekang selama sebulan Ramadhan dulu.
Sepatutnya malam-malam terakhir menjelang raya ialah waktu kemuncak kita dalam usaha mendekatkan diri pada Allah, dengan meresapkan rasa syukur di hati kerana telah diberi kekuatan oleh Allah dalam menjalani ibadah puasa. Ucaplah rasa kesyukuran dan berdolah agar Allah menerima segala ibadah yang kita lakukan, dan diampunkan segala dosa kita yang tak terhitung.
Moga kita dapat mencontohi akhlak dan kehidupan wanita-wanita solehan seperti isteri-steri Rasulullah, para sahabat dan orang-orang soleh dalam meraikan hari raya. Malam-malam terakhir Ramadhan ini jugalah Allah turunkan suatu malam yang penuh berkat iaitu Lailatul Qadar, yang mana siapa yang beribadah di malam itu pahalanya menyamai seribu bulan.
Semoga berlalunya Ramadhan dan beradanya kita di bulan syawal ini memberikan kita kekuatan hasil dari ibadah dan perjuangan melawan hawa nafsu agar apa yang kita usahakan selama sebulan Ramadhan tidak sia-sia.
21 Jul 2014
Ahli parlimen Israeil mahu ibu-ibu Palestin dibunuh!!
Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home yang melabelkan warga Palestin sebagai pengganas menegaskan semua ibu rakyat Palestine yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih.
"Mereka perlu mati dan rumah-rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas. Mereka adalah musuh-musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang telah mati," kata Shaked di petik PressTV.
Kenyataan shaked itu dianggap sebagai gesaan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine kerana beliau mengisytiharkan semua rakyat Palestine adalah musuh Israel dan mesti dibunuh.
Kenyataan ini muncul apabila ramai pegawai dari pelbagai negara menyelar serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Turki adalah yang terbaru mengutuk serangan itu dan menuduh Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestine.
Recep Tayyip Erdogan juga membidas Israel dan menyifatkan negara mereka sedang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestine di rantau itu, bahkan ketika bercakap di parlimen beliau mempersoalkan sikap berdiam-diri dunia terhadap kekejaman berterusan Tel Aviv.
Sebagai reaksi terhadap kenyataan Shaked itu, Perdana Menteri Turki berkata dasar Israel di Gaza tidak ada bezanya dengan mentaliti Hitler.
"Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli parlimen Israel. Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" soal Erdogan.
Kenyataan ini muncul apabila agensi PBB bagi pelarian Palestine baru-baru ini berkata, wanita dan kanak-kanak adalah sebilangan besar angka kematian rakyat Palestine disebabkan oleh serangan Israel ke atas rantau yang dikepung itu.
MH17...kambing hitam???
MH17...17 julai..Hidden agenda: Mengalihkan tumpuan dunia terhadap kekejaman Yahudi di bumi GAZA, satu dunia sedang menyaksikan kekejaman Israel di bumi Gaza dan banyak negara mula melancarkan protes , demo dan boikot secara besar-besaran. Tiba-tiba pesawat Malaysia MH17 dijadikan kambing hitam baru selepas peristiwa MH370 yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini. Ditembak dengan missile dan terhempas di bumi Ukraine yang sedang bergolak menjadikan keadaan atau krisis semakin sulit dan bakal merumitkan lagi proses damai. Masing-masing saling menuding jari mencari siapa dan kenapa, bagaimana dan mengapa? Maka satu dunia pun beralih tumpuan ke MH17..sedangkan di bumi Gaza, serangan 24 jam dilepaskan pihal Israel, bumi Syria pun tiada siapa lagi yang ambil peduli, penduduk islam Palestin da Syria dibantai saban hari. Maka episod duka umat islam Gaza akan berterusan kerana MH17 telah mengambil alih ruang utama di dada akhbar dan media. Itulah agenda illuminati, freemason dan yahudi laknatullah. Jalan ceritanya berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama...." Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar ). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.....perkongsian group wasap.
Orang yahudi seluruh dunia hanya 1o juta, sedangkan umat islam seluruh dunia berjumlah kira-kira 1 billion...benar kata-katamu ya Rasuluillah, umat islam akhir zaman umpama buih, nak boikot mcD dan kfc pun tak mampu.....
20 Jul 2014
Akhirnya....
Hari ni, 22 ramadhan ( macam hari ini dalam sejarah la plak), terpenuhla impianku untuk menjenguk bazar ramadhan.
Ishhh...kata tak beli juadah kat baram, he he..takdela nak membeli sangat sebenarnya, lebihnya nak ninjau-ninjau jer..ramaila pengunjungnya, uishh..dah akhir-akhir ramadhan pun masih ramai pengunjung yek, agaknya awal-awal dulu tentu penuh sesak.
Dah alang-alang pegi tu takkan tak beli apa-apa kot...belilah murtabak dan roti john, jadile....
18 Jul 2014
Pramugari MH17 sempat whatsApp kepada ibubapa
Georgetown: Seorang anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sempat menghantarkan kiriman media sosial whatsApp kepada ibu bapanya ketika masih di Amstrerdam pada malam sebelum kejadian terbabit.
Bapa mangsa, Mohamed Salleh Samsudin, 54, berkata beliau menerima berita berkenaan pada jam 11 malam tadi daripada pihak MAS iaitu waktu yang sama ketika anaknya menghantar WhatsApp pada pada malam sebelum kejadian.
Beliau berkata, dia dan keluarga agak terperanjat dengan berita berkenaan anak sulungnya Nur Shazana dan masih menunggu berita selanjutnya daripada pihak MAS.
“Pada malam semalam dia ada menghubungi saya meminta saya menghantar gambar anak buahnya dan menyatakan hasrat untuk kembali pada hari raya pertama nanti.
“Dia ( Shazana) kata nak pergi kubur pada hari raya kedua untuk baca yasin kepada ahli keluarga terdekat kami,” katanya sambil menahan sebak.
Mohamed Salleh yang menetap di Bayan Baru, di sini, berkata, Shazana menyimpan cita-cita dari kecil untuk menjadi pramugari dan komited terhadap tugasnya.
Nur Shazana salah seorang daripada 15 anak kapal MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat jenis Boieng 777 yang membawa seramai 280 penumpang itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
Mencari Laylatul-Qadr
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )
Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
Pengalaman urus jenazah berdosa.
Kisah ini adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.
Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut,kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebesen banyaknya. Besen itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”
Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul,jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.
Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.
Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?
Kuaci baik untuk pundi kencing.
Jadi, untuk mengatasinya anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan biji bunga matahari atau lebih dikenali dengan kuaci.
Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.
Minyak biji kuaci juga baik digunakan dalam masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolesterol.
https://my.entertainment.yahoo.com/news/kuaci-baik-untuk-pundi-kencing-050322781.html
17 Jul 2014
Tak mampu nak jadi macam mereka..
......aku....nak sembahyang 5 rakaat semalam pun penuh mujahadah..dengan mengantuknya, dengan tak khusyuknya..ya Allah..ampunnnn...
* Saidina Ali terkena panah dan panah itu dicabut ketika beliau bersembahyang, dan ketika itu beliau tidak pun merasa sakit lantaran khusyuknya.
......aku....digigit semut atau nyamuk saja aku sudah tak tentu arah, khusyuk pun turut hilang..aduhhhh......
* Saidina Umar ketika berwuduk pucat ketakutan kerana hendak mengerjakan sembahyang, ia takut untuk berhadapan dengan Allah. Apabila membaca Al Quran yang menjadi wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga dia terjatuh dan menangis kemudian tinggal di rumah saja. Tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi kerana disangka beliau sakit....Tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hinggalah beliau wafat. Pernah merampas sebiji epal dari mulut anaknya kerana epal itu diambil anaknya dari perbendaharaan Islam, walaupun hatinya hancur luluh mendengar tangisan anaknya..Menulis setiap kesilapannya walaupun kecil dan mengkoreksi dirinya seminggu sekali iaitu di hari jumaat. Dia bertanya pada dirinya, " Hai, Umar apa yang engkau telah buat dengan rakyatmu, ingatlah walau seekor kambing mati kerana tidak makan, engkau akan ditanya." Kemudian dia merotan dirinya, kerana takutkan rotan akhirat. Apabila beliau meninggal dunia, terdapat banyak parut bekas rotan di belakang dan di seluruh badannya.
....aku....tunggu masuk waktu baru nak berwuduk....sedihhhh....., baca Al Quran pun tak faham, nak baca tafsir pun malas, apa nak jadilah dengan diri aku ni...anak buat salah, anak yang kumarahi, bukan aku nak kaji apa salahku sebagai ibu dalam mendidik mereka.....
* Saidina Ali walaupun dalam keadaan tidak berharta, beliau masih mencari-cari sesuatu untuk disedekahkan kepada fakir-miskin, walaupun hanya dengan sebelah buah tamar. Beliau pernah berkata " Wahai dunia, kalau nak tipu, tipulah orang lain, jangan engkau tipu aku."
....aku....sentiasa mencari-cari dan memikir-mikir bagaimana nak cari dunia..oh..dunia. engkau telah menipu aku...
Tapi...aku perlu bangkit..aku tidak boleh berputus asa dari rahmat dan kasih-sayang Allah, moga Ramadhan yang masih berbaki dapat ku manfaatkan sepenuhnya..doakan aku...
ihsan google |
16 Jul 2014
Sampai mengantuk..
Kalau tak ngenangkan biskut raya yang dah mencecah rm26 sebekas, kalau tak kerana aku terpaksa bercuti di bulan puasa ni, mungkin aku pun pi buat 'biskut tunjuk' juga..
Keje yang paling aku tak suka, menghias biskut...ngantukkkk...
Kalau ada sesapa kat rumah, tak kirala Nadhrah Hannani ke, Muhammad Hilman ke, dioranglah aku kerah mencotek chocalate chipnya..
Jangan tanya resepi yea, silalah cari kat blog yang terer-terer memasak tu, ni resepi campak-campak jerr.
Psssst....sila abaikan yang berselerak tu yea, dan maafla gambarnya tak berapa cantik..
yearghhhh..meloyakan..
Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.
Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.
“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000.
Jalan syaitan...?
Antara jalan syaitan:
- Jalan tepi jurang-mereka yang ikut jalan ini adalah mereka yang tidak mengakui Allah sebagai Tuhan, mereka tidak diterima Allah kecuali setelah menukar aqidah. Ini adalah jalan orang bukan islam.
- Jalan simpang-siur- mereka mengamalkan islam kerana lahir dalam keluarga islam. Ibadahnya tidak menyeluruh, hanya ibadah yang asas sahaja. Dia mengatur hidup tanpa berpandukan syariat islam, sebaliknya menggunakan akal fikiran dan ideologi yang diyakininya. Ternyata dia gagal mengatasai masalah hidupnya, dia selalu menghadapi krisis dalam hidupnya.
- Jalan lurus di pangkal, bengkok di hujung-orang ini pula aqidahnya tepat, bahkan berusaha mengikut kehendak syariat, tetapi akhirnya tertipu oleh ibadahnya sendiri, rasa dah banyak melakukan ibadah, sehingga rasa selamat, timbul rasa riak, ujub, hairan diri kerana dapat beribadah banyak. Mereka ini tidak selamat, kerana rasa hebat dengan ibadah yang dilakukan.
- Jalan bengkok dari awal- orang begini aqidahnya betul, cuma dia tidak mampu melaksankan perintah Allah, malah tidak berusaha menambahkan ilmu, jadilah ibadah yang dalam keadaan jahil.
- Jalan bengkok di awal, lurus di hujung- mereka ini adalah golongan yang ke-4 tadi, tetapi akhirnya dengan rahmat Allah dia akhirnya mendapat pimpinan dari Allah, mungkin dalam masa dia beribadah dia benar-benar ikhlas dan inilah yang mendapat penilaian di sisi Allah.
- Jalan bengkok lurus, bengkok lurus- orang begini sentiasa berusaha untuk melawan kehendak nafsu tetapi masih belum berjaya sepenuhnya. Tatkala dia bertaubat, dia benar-benar merasakan dirinya berdosa dan berjanji tidak mahu mengulanginya lagi. Tetapi bila berhadapan dengan maksiat, dia tidak kuat melawan kehendak nafsunya, akhirnya dia terdorong untuk mengulanginya.
- Jalan lurus, tapi orangnya berjalan tak lurus- Orang islam yang menempuh jalan lurus tetapi melakukan amalan secara tidak beraklak, samada dengan manusia ataupun dengan Allah, misalnya dalam masa berdakwah, dia lebih banyak mengutuk daripada mengisaflkan orang. Ini menyebabkan islam yang dibawanya dipandang serong dan akhirnya tidak menarik minat orang kepada islam.
15 Jul 2014
Penternak ikan di selangor turut jamu patin makan BABI
9 JUL: Rupa-rupanya bukan pengusaha sebuah kolam ternakan ikan air tawar di Ipoh, Perak sahaja yang menjamu ikan patin yang diternaknya dengan babi, malah beberapa pengusaha kolam ternakan ikan patin di Selangor juga turut berbuat demikian.
Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa penternak ikan patin di negeri itu yang didapati menggunakan babi sebagai makanan kepada ikan yang diternak dan tindakan undang-undang akan diambil oleh pihaknya terhadap penternak terbabit.
“Pemeriksaan telah dibuat di kolam-kolam ternakan seluruh Selangor susulan penemuan bahan khinzir di sebuah kolam ikan air tawar di Perak yang dimuat naik dalam laman Facebook beberapa hari lepas.
“Melalui pemeriksaan itu, kami dapati terdapat beberapa pengusaha kolam yang tidak berdaftar dengan jabatan, disyaki memberi makan unsur babi kepada ikan yang diternak,” kata Mohd Sufian dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ekoran dari itu, kata Mohd Sufian, pihaknya akan menyita kolam ternakan ikan berkenaan sekiranya siasatan lanjut mendapati ikan ternakan mengandungi unsur babi bagi mengelak hasil ternakan berkenaan dipasarkan kepada umum.
Katanya, Jabatan Perikanan Selangor juga telah mengingatkan semua pemborong supaya mendapatkan sumber ikan dari pengusaha ternakan yang berdaftar dengan jabatan itu yang menggunakan bahan halal sebagai sumber makanan ikan ternakan mereka.
Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haram hukumnya bagi umat Islam memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa dikuarantin selama tiga hari.
Harussani menerangkan, ikan seperti itu hanya boleh dimakan jika tempoh kuarantin berkenaan dilakukan termasuk diberi makan makanan lain sepanjang tempoh itu.
Bagaimanapun jika ada umat Islam yang memakan ikan terbabit tanpa mengetahui ianya diberi makan bangkai babi, ia tidak menjadi kesalahan.
“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi, tetapi menjadi makanan najis.
“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.
“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana ikan itu menjadi makanan najis,” kata Harussani sepertii yang dilaporkan oleh Berita Harian.
Beliau diminta mengulas siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering di Jalan Ipoh-Batu Gajah, di Lahat itu, yang mengesahkan menjumpai tulang haiwan dipercayai babi.
Menurut Ketua Cawangan Pembangunan Akuakulturnya, Noraisah Hashim, siasatan itu dibuat ekoran dakwaan bangkai dan usus babi diberi sebagai makanan ikan patin yang diternak secara komersial di kolam ternakan itu tersebar secara meluas di media sosial sejak kelmarin.
“Pihak jabatan yang diketuai oleh seorang pegawai bersama empat anggota lain telah pergi ke kawasan tersebut untuk melakukan siasatan,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mengesahkan terdapat serpihan tulang seperti yang diperkatakan dalam media sosial itu.
“Siasatan terhadap sampel tulang akan dijalankan bagi mengesahkan identiti haiwan itu,” katanya.
Aktiviti menjijikkan itu terbongkar ekoran benteng tebing kolam berkenaan dikatakan pecah menyebabkan airnya melimpah keluar hingga menampakkan dasar kolam, lalu mendedahkan timbunan tulang tengkorak dan rangka haiwan yang dipercayai babi.
Turut disebarkan gambar tulang-temulang haiwan yang berserakan di dasar kolam ternakan patin yang hampir kering kontang itu dengan saki baki ikan patin juga masih kelihatan dalam lopak yang masih menakung sedikit air di tengah-tengah kolam.
Sehubungan itu, Harussani menasihati umat Islam supaya sentiasa lebih berhati-hati dalam menjaga makanan yang dimakan agar sejajar dengan kehendak agama.-bnbbc.my
Mohd Sufian, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor
Berhati-hatilah
14 Jul 2014
Ke maqam bonda.
Alhamdulillah selepas hampir sebulan lebih kesuntukan masa, kekadang mendung dan hujan menghalang langkah, akhirnya semalam Allah izinkan aku ke maqam bonda....
Sedari awal pagi aku sudah bersedia, siapkan juadah berbuka apa yang patut, bimbang perjalanan balik ke rumah menjadi lambat akibat jem, juga untuk bekal berbuka puasa Muhammad Danish di asrama, juga meraikan adik yang nak datang berbuka. Keluar sebelum asar dan sampai semula ke rumah kira-kira pukul 6.30 petang, sempatlah bereskan apa yang belum selesai.
Maqam bonda akan naik semak-samun sekiranya sebulan aku tinggalkan...sebab 'teman' di sebelah menyebelah nampaknya lama tak diziarahi, aku akan kemaskan juga apa yang termampu sebab tak mau maqam bundaku cepat naik semaknya. Bunga kemboja yang kuupah tanam dihujung kaki dan kepala bundaku pun tingginya sudah melebihi tinggiku, mampu menaungi juga 'teman' di kiri-kanan maqam bundaku....
Bila ku lihat pusara sepi penuh semak dan pokok yang ditanam jadi tinggi terbiar, hatiku cepat dipagut pilu, sayu....mungkinkah kesibukan atau kekangan jarak yang membuatkan anak-anak atau suami atau sesiapa saja yang ditinggalkan punya alasan kukuh untuk tidak menziarahi, atau melupakan......
Semoga aku tidak dilupakan anak-anakku setelah aku pergi suatu hari nanti, jangan biarkan pusara ibu meninggi lalangnya....dan yang paling utama jangan lupa titipkn doa buat ibu......
12 Jul 2014
Tiada yang abadi
11 Jul 2014
Kerana takutkan Allah, mereka digeruni...
" Tuan-tuan telah masuk ke negeri kami. Dengan sikap gagah perkasa, tuan-tuan memerangi kami. Sudah lama tuan-tuan melaksanakan pekerjaan yang sedemikian besar itu.
Tidakkah tuan-tuan ingat bahawa tuan-tuan hanyalah satu bangsa yang lemah, yang pernah dijajah oleh Rom? Kalau diteruskan juga hajat tuan-tuan itu, kelak tuan-tuan akan jatuh ke dalam tawanan kami.
Maka sebelum terlanjur, lebih baik kita adakan perundingan, utuslah ahli-ahli bicara tuan-tuan, supaya dapat kami dengar perbicaraan mereka. Moga-moga hasil perundingan itu nanti dapat menyenangkan hati kami dan hati tuan-tuan.
Kalau urusan ini kita lambat-lambatkan, dikhuatiri tentera Rom akan menyerang tuan-tuan kerana negeri ini dibawah kuasa mereka. Kelak tuan-tuan akan menyesal."
Utusan Raja Muqauqis itu ditahan sementara oleh Panglima Amru tetapi dibiarkan bergaul dengan tentera Islam. Selepas dua hari mereka dibenarkan pulang. Sekembalinya utusan-utusan itu mereka ditanya oleh Raja Muqauqis, " Bagaimana keadaan tentera Islam yang kamu lihat?"
Ketua utusan itu menjawab.." Mereka adalah satu kaum yang lebih mencintai mati daripada hidup. Merendah diri lebih mereka sukai daripada meninggikan diri. Mereka tidak terpedaya oleh dunia dan isinya."
" Mereka duduk di atas tanah semata-mata dan makan bersama-sama sambil bersila. Amirnya sama saja dengan rakyatnya, tidak dapat dikenal siapa yang berpangkat, siapa yang tidak, siapa ketua, siapa pengikut."
" Setelah berwudhuk mereka bangun bersembahyang dengan khusyuk."
Mendengar itu, Raja Muqauqis berkata, " Demi Tuhan, kalau demikian sikap mereka, walaupun gunung yang menghalang cita-cita mereka, tetap akan diruntuhkannya juga. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang sanggup berhadapan dengan kaum yang sedemikian."
---Jelas sekali bahawa pergantungan dengan sepenuh hati dengan Allah adalah senjata ampuh yang mampu melawan apa saja, jadi marilah kita gunakan senjata ini untuk berjihad membantu saudara-saudara islam kita di Gaza, moga Allah mendengar doa kita, aminnnn...
mengejutkan.
Berikutan dengan itu diingatkan:
JANGAN BELI IKAN AIR TAWAR KAT:
- BILLION
- ECONSAVE
- GIANT
- TESCO
- AEON
- RAPID
Satu kelemahan Israel yang paling ketara
Lalu Syeikh Maulana menghampiri tentera Israei itu dan bertanya apa yang dia lakukan. " Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang islam yang datang solat subuh di masjid." Syeikh Maulana kehairanan lalu bertanya kenapa demikian. Lalu dijawab Di dalam kitab kami ( taurat ) ada tertulis ' jika di seluruh dunia orang islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat jumaat, maka saat itu Israel akan hancur."
Nampaknya jauh lagi Islam nak menang. Mana ada masjid atau surau yang penuh waktu subuh.....malah ramai yang tak solat subuh pun...
--perkongsian dari group wasap--
Syeikh Maulana Tariq Jamil- ihsan google. |
umpama langit dan bumi....
-Saidina Ali kw yang kerisauan kerana seminggu dia tidak diuji oleh Allah, samada kesakitan, kelaparan dan kesusahan.
Bagaimana dengan kita?? Apa reaksi kita bila berdepan dengan ujian?...Susah hati? Fikiran buntu? Jiwa jadi sempit? Keluh-kesah atau bagaimana?
Apabila kita renung dan nilai jauh ke dalam diri, kiita akan dapat lihat betapa tidak beradabnya kita dengan Allah. Hamba yang tidak menyedari dirinya hamba dan tidak mengenang budi malah tidak tahu berterima kasih. Nikmatnya kita suka dan mahu, tapi suruhan dan laranganNya kita buat sambil lewa saja...
Jika kejahatan atau kesalahan orang pada kita membuatkan kita berdendam , hakikatnya kita berdendam dengan Allah..jika kita merungut, mengamuk, kecewa atau apa saja itu tandanya kita protes terhadap Allah..
---Ya Allah..susahnya nak didik hati ni,senang je nak berbicara, hakikatnya susahnya nak amalkan, mampu bercakap untuk redha dengan ujian, tapi hati tetap susah dan keluh-kesah, lemahnya diriku ini ya Allah....
10 Jul 2014
Ada yang sudi tak? hi hi....kesian dia.
|