Asam Garam Kehidupan: August 2017

Nuffnang

Pages

31 Aug 2017

Anak2 merdeka.

Anak2 ticer yang dikasihi...
Bukan faham pun erti merdeka...
Disuruh mewarna jalur gemilang...
Ticer pun terangkan merah untuk apa, biru, kuning, berapa jalur yang ada...
Anak2 pun mewarna penuh gembira...
Berkibaran jalur gemilang..
Segemilang wajah anak-anak yang bersih..
Sambil melaungkan merdeka..merdeka..
Jalur gemilang dibawa pulang...
Anak2..
Selari usia kematangan, erti merdeka itu turut berubah padamu..
Faham merdeka makin mekar di jiwamu..
Bukan lagi sekadar mewarna sekeping jalur gemilang...
Anak2 ticer...
Tapi jangan lupa pesanku pula..
Merdekakan akhlakmu..
Jagalah solatmu..
Jagalah adabmu terutama pada keluarga..
Jangan sampai dewasamu lupa pada pesanku...
Kamu tetap dalam ingatan dan doaku selalu..

30 Aug 2017

Kenangan ticer di hari tua.

Nak abadikan gambar2 anak2 kesayangan ticer di halaman kenangan ni, manalah tau suatu hari nanti anak2 kesayangan ticer terdatang ke sini, bolehlah tertengok, tersengih, tergelak sama2 yea. Ticer sayang sangat pada kamu semua. Setiap kali hujung tahun, rasa macam nak berentikan saja masa, jangan berlalu..supaya kamu tetap jadi anak2 kesayangan ticer..mudah2an kamu semua jadi anak soleh yang selamat di dunia lebih2 lagi di akhirat..aminnn.
2015- Umar Zikri, anak ticer jadi imam solat di masjid Putra, PutraJaya.
2016- Afrina, Ar Rayyan, Fawwaz, Adil, Rahman, Danish, Aidid, Raja Muhammad...masa last rehersal konvo.
Hari persembahan- Amna, Suri Nabila, Safwa insyirah.
2017- Hepi besday Adam Taqiuddin myluv, ticer murid kesayangan ticer.
Santai saja- Qaseh umairaa, Lisa, Aisy Batrisyia, Auni Syawqina.
2016- Hujung tahun yang pilu, Ar Rayyan yang ceria tapi mudah mengalirkan air mata.
Bertiga ni memang rapat- Adam Taqiudin, Nu'man, Amir Zafran.
Tekun saja si tiga Abdul ni..😁😁
Lagi aksi mereka.

Nanti akan menyusul lagi gambar2 kenangan mereka.

28 Aug 2017

Berperang dengan monyet.

Semalam sempat singgah rumah mak mentua di Rembau otw ke Melaka. Sian rumah omak mentua den tu, penuh taik cicak koring. Dia tak berapa sihat, banyak duduk rumah anak2 dia. Sebelum berangkat ke Tanah Suci semalam, dah sebulan dia tak balik rumah. Kitorang singgah sempat sapu2 jelah. Sempat tebang pisang abu. Sempat juga minta tolong adik ipar galikan anak pokok pisang nak tanam kat belakang rumah tu. Toklaki den tu bila suruh tanam pokok pisang,..dijawab eh macam ni.." buat apa tanam, kan dah banyak pokok pisang kat belakang tu.."
Den jawab balik.." Lhah..tu kebun pisang orang, bukan pisang Kita.."

Ada ke..mentang2 ada pokok pisang orang, mana nak sama dengan pokok pisang sendiri kan. Aritu adalah den ikut petuo WP letak selipar buruk kat celah batang pokok diyan belanda. WP kata petua orang tua biar pokok tu malu sebab taknak berbuah...letak sipar buruk tu biar dia rajin berbuah..tapi toklaki den tak percayo, dibuang eh selipar buruk tu. Bila den tanyo.." kenapa buang? " Dia kata.." Ada ke.."

Memang hutan kebun gotah belakang rumah den tu dah jadi kebun pisang. Tapi ada gak monyet memberanikan diri datang mencuri buah Kat kebun toklaki den tu. Pokok mangga epal aritu den ugut2.." kalau ko taknak berbuah, den tobang kau nak?" Takut deh, tak lamo berbuah plak dia. Tak taula sebab ugutan den tu ko atau sebab toklaki den rajin taruk baja.

Ada la lebih 20 biji buah eh. Kemain lagi den mengidam nak meraso buah yang pertama tu, tapi alangkah keciwanya di hati hamba, sebak terasa di jiwa hamba, terasa nak cari batu bolah batu bertangkup jer..bila tengok buah idaman dicuri cik nyet tu. Den suruh toklaki balut buah tu, dia jawab macam ni.." balut pun kena curi gak.."
Memang betul pun, adalah den balut sendiri aritu..tengok2 plastik dah berterabur kat bawah, buah dah kena kidnap..huwaaaa...

Tapi sok2 kebun pisang orang tu dah berbuah mesti dia gigih menjaga supaya tak kena curi. Otomatik kebun kami pun terjaga kan, rasanya lah, sebab kebun pisang dia betul2 kek belakang kebun toklaki den tu.

Jadi sementara ni den isytihar porang dulu dengan cik nyet. Bukanlah den tembak, sebab den takdo senapang takdo pistol pun. Kalo ada pun tidaklah tergamak nak melakukan perbuatan yang kejam tu. Den lastik jer. Hehe..caye tak?
Tak cayo? Memang tak boleh percayo sebab den tak ghoti pun pegang lastik. Habis, buat camano?

Den tak bagi peluang kat cik nyet tu, cepat2 suruh suami den petik buah mangga tu, nampak je ada tanda dah matang sikit, cepat2 amik. Tapi antara kami dengan cik nyet tu, rasanya dorang lebih banyak dapat buah tu dari kami. Takpelah..kita niat je sama2 berkongsi rezeki pemberian Allah.
Mangga epal dah berbuah, buah eh selalu kena curi dek cik nyet..tapi den tak boleh salahkan dio 100%, dah habitat dia kena ceroboh oleh suku sakat den kan, kek mano laei dia nak cari makan.
Aritu den balut pun kena kidnap gak. Ada orang tua sedara belah toklaki den bagi petua, kato eh, gantung air sirap kek pokok, gantung bebanyak sikit, agak eh kalo monyet tengok dipikir cam darah kaum dia kono tembak, haha..tapi den belum try buat lagi, tak tau la berkesan ke sebaliknya.
Dah lapang, dah ditanam dengan pokok pisang. Tapi Masa amik gambar ni belum nampak bona pokoknya. 

Jumpa TPM Malaysia.

Semalam ahad 27/8/2017( tu dia lengkap, udoh katenya untuk kenangan kan ) penuhla satu hari dari rumah ke Kelana Jaya ngantar mak mentua dan adik ipar berangkat ke Tanah Suci, pastu ibarat rombongan mak limah pergi meminang( 4 kete semuanya, penuh padat, exora, grand livina, ertiga, vellfire) menuju ke Masjid Tanah, Melaka. Kenduri kawen adik biras den.
Sayu hati, teringat kenangan ngantar arwah ma 15 tahun lepas...
Nampak tak tpm dan isteri berbaju hijau tu? Camane boleh ada tpm?
Ni biras den, dia ni anak sedara tpm tu, tu yang dia datang, kenduri kawen anak saudara dia, adik biras ni.
Kita close up sikit, ni dia datang dekat meja kami, amik peluang le snap2.
Eksyen sikit, begambo ngan isteri tpm.
Berger tingkat, amik sebiji nak rasa, tapi dah terkenyang..rasa macam Berger kat warung taman den tu aje le.

26 Aug 2017

Petua dari pasar.

Malas weh nak update citer. Adduii..makin lemau semangat nak menulis ni, terasa nak gak buat blog untuk cari duit, tapi tak reti. Hrmmm...tak dapek den nolong do, takpolah kita niat je tulis untuk sharing sesuatu, tak pun tulis memori untuk kenangan, yo tak?

Biasa kalo gi pasar kalo rajin bertanya makanya adalah dapat petua2 yang berguna.
Beli pisang nangka. Nak gorengnya hari Isnin, jadi kata orang yang menjual pisang nangka ni, nak bagi pisang ni tahan tak masak, basuh dulu, pastu simpan dalam plastik macam ni, pastu simpan dalam esbok. Menjadi weh. Minggu lepas dah try buat. Pagi Isnin tu pisang nangka ni elok tak benyek pun. 

Ni pinjam en Google. Petua ni dapat kat pasar juga. Kata sorang makcik tu, kalo nak beli ketam, beli ketam betina camni. Isinya lebih banyak. Ketam jantan yang lapik perut dia kecik sikit warna putih, tu isinya sikit.

24 Aug 2017

Haji cilik yang penat.

Hari ni daripada 18 orang yang pergi haji semalam, 8 orang dah keuzuran, sakit kaki, penat...hihi, tau penat dan serik.

Otw tu kemain seronok tak sabar2 asyik tanya bila nak sampai, tapi bila dah xperience sendiri nangis2 nak balik. Dalam van otw balik tu masing2 kata tak mau pegi haji dah, panas, penat..haha, tak seronok nampaknya. Memang cuaca agak menyengat semalam.  Kesian tengok ada tadika tu bawak budak2 umur 4 tahun, merah padam mukanya sampai berdukung2. Pada sayalah, Tak perlulah bawak budak yang kecik sangat tu, 4 tahun..apalah yang dia faham. Yang sesat2 pun Ada..kesian.

Ada juga yang kuat semangat.
..best, nak pegi lagi. Tapi adatlah budak, kejab je penatnya, dalam van nak balik kemain lagi nyanyi lagu Aishah, siap tanya..Ticer Tau lagu ni? Nampaknya macam tak dapat haji yang mabrur jer..

Masa pegi kemain solehah, boleh zikir2, boleh hafal surah Al mulk..
Masa ni masih happy, baru sampai..beratur untuk cop imigration kekdahnya.
Ni dah mula nangis, rehat jap lepas buat beberapa rukun haji.
Masa tawaf perdana lagi parah, patutnya buat 3 round, tapi dah macam ni nampaknya sempat buat 2 round jer.
Berlatar belakang kubah biru masjid Shah Alam. Umar Zikri yang besar pun balik rumah merungut penat juga..
Dalam van otw balik, tudung pun dah melayang, nyanyi lagu Aishah...sebenarnya acon van tu perlahan tak rasa, saya pun kepanasan, tapi bebudak ni tetap happy.

22 Aug 2017

Naik MRT- window soping Pavilion.

Kat KLCC ramai warga Indonesia, Bangladesh pun ada, dah rasa macam jenjalan di negara diorang je. Tapi di Pavilion Bukit Bintang ramai warga Arab dan omputeh la plak. Dahla putih2, cantik la sangat, kulit mulus jer, jeles ai tau. Dah namanya warga marhaen, Kita masuk jeling-jeling aje, tengok jam Tag Heur sampai duaploh sembilan ribu pun ada, tengok retis dengan bulu mata palsu, tengok pertunjukan fesyen peragawatinya rambut blond bulu jagung kulit macam kulit den Jo...satu pengalaman la, kot orang tanya kurangnya den pun buleh yo cerito den pun dah ponah masuk Pavilion.
Anak rimau sukan SEA depan Pavilion, Comey..rasa nak kidnap sekor bawak balik.
Kita amik gambar kenangan udah lah yek anak2, bukan senang nak heret abah ke tempat macam ni, tak berkenan dia tempat havoc camni.
Abaikan tudung serabai den tu yo, den dengan dua orang anak daro den tu.
Depan Pavilion, sape nak bergambar dengan anak rimau yang melaut tu pilah ke sana, jangan lupa singgah kafe Ikhwan yea.

21 Aug 2017

Naik MRT ke Bukit Bintang- Kafe Ikhwan.

Sana-sini kengkawan blog bercerita pasal pengalaman naik MRT yea. So, kita pun nak cerita juga. Sajalah nak bawak anak2 jenjalan sementara tambang masih dalam paras kemampuan ni. Kami naik di stesen Sg Jernih, Kajang ke Bukit Bintang. Tambangnya rm2 seorang sehingga 31 ogos ni, selepas tu rate tambang biasalah, tak tau berapa.
Abah tukar duit besar ke duit kecik sbb nak beli token, Nadhrah tu tengah sakit perut, perjalanan hari ni ( ahad 21/8) Tak menyeronokkan nampaknya. 
Seperti biasa, kalo bergambar berdua, nampak sangat sang bini sedikit gumuk dari sang suami, huhu.
Inilah destinasi kami, kafe Ikhwan Bukit Bintang, satu2nya kafe milik bumiputera yang harganya masih affordable, yang lain rata2nya milik orang Arab yang harga makanannya di luar kemampuan, sempat jeling kalo nak hisap syisya biasa pun rm37, mak aii kan, apake jadah nak isap syisya kan.

Suasana dalam kafe, sangat selesa. Kami ke sini pun salah satu sebab lagi sebab senang nak solat. Kat Mana surau atau masjid kat kawasan Bukit Bintang tu, kami pun tak tau. Yang nampaknya shopping komplek dan kedai2 pak Arab je.
Nasi goreng, macam biasa pilihan anak2.
Ni den punyo, kew tiaw goreng, sedap weh.
Kew tiaw sup, pilihan my hubby, rm12 semangkuk.
Meninjau pemandangannya bawah sana. Selalu lalu bawah, kta dongak tengok rel mrt tu, Kali ni kita tengok bawah plak, nampak rumah kampung, shopping komplek, kedai perabut..hehe..

Lepas makan, sempat lagi window shopping ke Pavilion. Mampu tengok jer, nak beli telan ayaq lioq dulu tengok jam tangan Tag Heur harganya ribu-riban weh.

18 Aug 2017

Hari2 ada cerita..

Bila dah kelam-kabut ada je yang terlupa, nasib baik belum jauh..perasan apa pasal kelabu sangat, dah la gelap awal pagi pukul 6, ada orang baru keluar trrrrr...trrrrr bermotosikal  pi surau solat subuh berjemaah, awak, suami dan anak2 mengalahkan burung dah keluar menuju tempat meraih rezeki...eh..

Pagi tadi boleh plak tertinggal cermin mata. Nasib baik belum jauh, suami den dengan suara separuh marah..Hah, cepat..katanya, teruslah den keluar kereta berlari-lari anak patah balik ke rumah amik cermin mata, kalo tak meraba-raba dalam teranglah den.

Hari ni latih anak2 tadika buat haji cilik lagi, sebelum final 23/8 ni. Alhamdulillah, berkat2 dok buat rukun2 haji saya pun rasanya in shaa Allah dah hafal dan lulus semua rukun tu.

Dalam masa berlatih tu mestilah kena bagi nasihat dan pesan macam2, nada suara pun ada mendatar, kadang meninggi, ada juga ugut-ugutan..tetiba seorang budak ni cakap, ok..kita bagi nama palsu je ya, kang kalau nama betul mana tau kot parent dia terbaca blog den..naiya..
Budak tu cakap macam ni.." Ayah Atan suka marah-marah Atan, esok Atan dah besar, Atan ada anak, Atan tak nak marah anak-anak Atan.." Ha ha..jauh sungguh wawasan dia. 

Agaknya suara Ticer ni kadang tinggi macam marah, tu yang dia teringat ayah dia marah dia. Oh la anak, ayah mu marah tentulah bersebab...
Yang kelakarnya masa buat larian saie tu, dah bagitau, dah tunjuk macamana berlari-lari anak, dia bantai lari macam orang lumba lari juga, siap ada tukang sorak lagi. Den pun apa lagi, suruh ulang lagi, ulang lagi..haa..tau penat..Sapa suruh memandai-mandai.

Tengoklah tu, dengan gaya orang tengah lumba lari, siap ada tukang sorak...cepat, cepat..katanya.
Tahun ni walaupun Umar Zikri dah darjah dua, saya nak bawak juga dia buat haji cilik, tahun lepas nak ikut, tetiba sehari sebelum pegi, kakinya terseliuh.

17 Aug 2017

Kidnap dia.




🌹
Aduihhh, tercekik tulang ikan la plak budak sorang ni. Kepal2 nasi suruh telan tak boleh telan. Telan tapi lalukan dengan air pun tak pandai. " Ada lagi, ada lagi.."

Teringat plak petua yang diberi oleh ustaz Auni Muhammad, katanya suruh kucing urut-urut kat tempat yang terasa lekat tulang tu sambil selawat2, in shaa Allah katanya..

Alaa, mana nak amik kucing ni. Ok...pi kidnap jap kucing jiran selang sebuah rumah Kita tu. Kidnap tanpa tebusan, hihi..kita kasi upah ikan goreng Kat si Comey tu yek.

Alhamdulillah, berkesan rupanya petua ustaz Auni.

16 Aug 2017

Pokoknya kena sabar juga.

Masya Allah, banyak sungguh hal dalam seminggu ni, hal kerja, hal rumah..semuanya menuntut kesabaran. Memang Allah nak suruh aku banyak2 bersabar ni, praktikalkan sabar tu, jangan pandai cakap jer.

Nak beli kereta, tak cukup bajet. Gaji seciput tulah nak pusing belanja keperluanku, dan yang utamanya untuk tabungan ke Tanah Suci. Kalau tak, takdelah rasanya nak menyusahkan diri bekerja dalam usia dah kertu macam ni. Penat weh, terkejar2 seawal 6 pagi dah keluar dengan suami since uncle Rajan tak sudi dah tumpangkan aku, padahal aku bayar, bukan tumpang free tau. Ada hasrat nak beli kereta kekonon lepas raya baru ni, tapi bila Kira sana, pusing sini, pusing sana..tak boleh nampaknya.

So, dah tak naik van uncle, nak balik pun susah takde kenderaan. Belajar naik grab car. Masa awal2 naik dalam bulan Mei tu happy lah juga sebab tambangnya kira murah lagi, rm3 sahaja. Sebulan happy. Pastu tetiba naik rm5, alamak, pastu turun rm4. Dan seminggu ni naik rm5 lagi. Kalo seminggu dah rm25, kalau sebulan..dah rm100, banyak tu bagi warga marhaen cam aku ni.

Eh...sebelum lupa, sorila sangat korang teman alamaya den yang dikasihi, tak sempat lagi nak balas kunjung, tengah sibuk bona ni ha.
Tengah sibuk dengan benda alah ni. Kira den ni macam mutawif hajilah, ni uruskan jemaah haji cilik buat Simulasi Haji pada 23 hb ni, rabu depan. Tu yang sibuk sikit.

Dah tambang grab jadi 5 hengget, dah dua Hari, Isnin dan selasa den tak balik awal. Stay back tunggu suami sampai pukul 6 petang, sampai rumah bukak tudung terus bersilat Kat dapur plak. 
Tapi..
Hari ni nampaknya kenalah balik juga, dah sakit pinggang, sakit bahu semua terasa. Al maklum, Ticer tua tapi semangat muda, nak buat kerja macam orang muda, bila sakit padan muka..

14 Aug 2017

Nak sabar ke idok ni?.

Lagi kisah nak sabar ke tak sabar ni.

Pagi ni la. Nak keluar tengok tong sampah terbalik, sampah diselongkar dek anjing

Oitt..sabo, jangan nyampuk.

Tu bukan sampah rumah den. Tu jiran sebelah punya. Sampahnya diletak dalam tong sampah rumah den. Yang hanginnya satu badan den raso, dahla letak sampah dalam tong sampah rumah den, sampahnya yang diselongkar tu macam pampers, sisa makanan..habis berselerak ke kawasan rumah den..ha, sape tak hangin kan??

Tong sampah den memang dua, satu untuk letak sampah kering, macam kertas terpakai, botol2, kotak2, satu lagi untuk sampah basah, siap bertutup..takdelah kena selongkar. Masalahnya dia dahla tumpang tong sampah den, pastu tak tutup, sebab tu kena selongkar.

Dah banyak kali dia buat camtu.

Den dah letak jauh tong sampah dia dengan tong sampah den. Rumah den tu takde tempat tong sampah dalam tiang pagar macam rumah lama Kat bandar tun husseion on dulu, tu yang susah tong sampah letak luar, kalau tak jaga, tak tutup habis sampah kena selongkar, berselerak atas jalan.

Den goram ni. Ikut ati yang goram ni den nak sound guna wasap je, macam sebelum ni den buat. Eh..den cakap elok la, takdolah den tunjuk marah.

Atau nak ikut cadangan anak den..tulis nombor rumah kek tong sampah tu, tulis bosar2 bagi dia faham. Korang raso camano?

Sekian bebelan hangin pepagi Isnin ni yo.

12 Aug 2017

Nak sabar ke tak ni?

Seorang wanita kulit hitam menemui Rasulullah mengadu tentang penyakit sawan yang dihidapinya. Apabila diserang penyakit tersebut, dia tidak sedar apa yang berlaku sehingga selalu terbuka auratnya. Lalu dia meminta Rasulullah mendoakan kesembuhan penyakitnya.
Lalu bersabda Baginda...Aku boleh mendoakan kesembuhan mu, atau kamu bersabar dan memperolehi syurga kerananya..
Wanita tersebut memilih untuk bersabar dengan penyakitnya...cuma dia meminta Baginda mendoakan supaya auratnya terpelihara di kala penyakitnya menyerang..

---------------------------------------------------------------

Dah beberapa Kali dalam tempoh 4 bulan ni, aku kerap terkena penyakit gelagata atau orang kampung kata kena ludah hantu. Tak tau apa puncanya.

Habis bengkak satu badan sampai kepala pun gatal merenyam. Gatal bukan macam gatal gigitan nyamuk tu, ni gatal campur miang, sampai tapak kaki pun kena.
Malam tadi terbangun pukul 2.30 tak boleh tidur, sapu minyak aromaterapi berangin satu badan baru hilang gatalnya.  Baru dapat tido. Bangun pagi, dah kena lagi.

Kalau gi klinik memang kena cucuk kot.

Atau....nak memilih sabar macam wanita kulit hitam zaman Rasulullah tu? Mampu ke???

10 Aug 2017

Petang itu dalam sejarah.

Nak amik gambar mau melompat dia kang. Dia dah bagi amaran jangan sangkut pautkan dia dalam cerita2 di sini. Aritu pernah tulis kisah cintan kami, habis dideletenya..padahal asalnya dia juga yang suruh tulis. Harap yang ni takdelah den tertulis benda yang menyentuh sensitivity dia.

Takde..ni nak puji dialah. Bermula dari membasuh cawan minuman sendiri, padahal mungkin mak mentua tak biasakan anak lelaki dengan kerja2 orang perempuan kot, sebab adik-beradik dia yang lelaki kalo makan pinggan dorang sebiji pun tinggal je kat singki. Tapi anak2 perempuan a.k.a mykakakiparandadikipar semua rajin2. Eh...oh..tadi petanglah ( petang khamis) tetiba dia tolong basuh khazanah kat singki tu. Pagi memang kelam kabut, kejar nak keluar awal, tinggal semua lintang-pukang. Mula ingat dia nak basuh cawan minuman dia jer, cam biasa, tengok2 dia basuh semua.

Alahh...itupun nak cerita ka?

Mestilah..sebab inilah first time dia tolong den basuh pinggan tau sepanjang 21 tahun kitorang kawen. Sweet la kan. Alolo..mekacih..

Selalunya dia suka tolong basuh, jemur, angkat baju. Oklah kan, at least ringan sikit beban tugas rumahtangga. Tapi den tak suruh tau,..eh..jangan suruh2 kalo nak minta tolong tu, jatuh martabat dia sebagai seorang suami..orang lelaki ni pantang disuruh2, tercabar ego dia.kita pun tak solehah gitew tau. Biarlah dia tolong dengan rela hati dia, dia gembira, dia dapat pahala kerana tolong kita dan pahala sebab gembirakan kita. Biarkan dia mencontohi Rasulullah dengan kerelaan hati dia. Kalo dia taknak tolong, kita buat jelah dengan redha, rasakan itu tanggungjawab Kita sebagai seorang isteri yang mengejar title isteri solehah. Uishhh...tinggi Ooo darjat seorang isteri solehah ni, sebab Rasulullah pun sebut kan antara yang mengembirakan Baginda di dunia ialah seorang isteri yang solehah. Haa..jom kita struggle title tu sungguh2.

Lagi satu, dia tak cerewet bab berpakaian di rumah. Den memang suko bona pinjam baju cik kelawar tu. Lepas satu, satu den boli..pagi potang malam itulah den sarung, kejap hijau, petang kuning, malam pepel..oklah kan, at least tuko2 kaler. Sajalah den tanya..boring tak tengok den asyik berkibaran camtu. Katanya..ok je..senang hati den. Cuma tak taulah dia ikhlas ke tak...harap2 ikhlas la kan.

Tapi bab pakaian kalo nak keluar rumah, janganlah den berani2 pakai baju kurung ketat ke, jubah belah sampai pinggang ke, tudung belit2 ke, kalau berani cuba..tengoklah jelingan maut dia, uishhh..tak berani den. Ada ke dia kata cik Ta tu tak cantik, entah apa2 mekap eh.,jadi den ni kalo keluar berani pakai bedak dengan celak je, tapi den memang jenis tak suko mekap2 dari dulu pun.

Oklah kan, dia jaga den supaya tak terkeluceh melanggar tata susila pakaian muslimah. Tak faham terkeluceh tu apo? Alahh..buat2 faham sudahlah..

Tulah kan, bukan senang membina sebuah rumahtangga idaman ni, banyak simpang siurnya. Yang penting jangan sesekali mengalah, penting sangat juga, jangan lepaskan pergantungan kita kepada Yang Maha Esa, Maha Menjaga itu..mudah2an den dan dia bersatu di Jannah.

Bakal haji dan hajjah 60 tahun lagi...moga ada jalan dapat pegi lebih awal.

Senang dengan dia ni.

Kami sedang menyiapkan model kaabah untuk praktikal haji cilik di tadika. Nak panggil Ticer lain, dorang tengah berehat, so panggillah tc Goki ni, minta tolong dia. Dia ni dengan dia mudah berkira, nak minta tolong tak segan bak kata orang.
Waktu ni dah hampir pukul 4 petang, sepatutnya aku dah berehat di rumah, tapi kesian plak tengok dorang berdua terkial-kial, nak potong tang mana, nak salotep tang mana, so kenalah tolong.

Alhamdulillah, bila aku pun ikut praktikal haji cilik di masjid Shah Alam tahun lepas, perjalanan rukun haji tu aku dah faham. Rasa terpanggil ke sana pun makin terasa di hati. In shaa Allah tahun ni pun aku ikut bawak rombongan haji cilik seramai 18 orang, tahun lepas 10 orang je, itupun dah berpeluh2 atas bawah, tahun ni lagi ramai, janganlah Ticer tua pengsan kang, naiyaa..

9 Aug 2017

Ot setiap hari.

Inilah tugas tambahan ku setiap hari selagi budak berdua ni tak lancar membaca. Tinggal dua orang je lagi ni.
Kena make sure dorang boleh membaca dengan lancar sebelum naik ke darjah 1. Sekarang pukul 1.35, staff lain dah keluar beli makanan, aku masih mengadap mereka.
Takpe...yang penting aku mahu ibubapa dorang gembira bila anaknya dah boleh membaca. Bayaran otnya biar Allah saja yang tentukan.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign