Asam Garam Kehidupan: 2013

Nuffnang

Pages

28 Dec 2013

Kat Dungun (otw ke Key Tee )


Sedar tak sedar dah nak bukak sekolah semula, dah habis cuti sekolah sebulan lebih, dah nak masuk tahun baru 2014, dah meningkat umur setahun lagi ( amalan dok tangtu jugak, hu hu ), Ya Allah...cepatnya masa berjalankan, rasa baru semalam kami balik ke Key tee ambil kakak yang bercuti sekolah, hari ni dah nak hantar semula ke asrama...

Esok 29/12/2014...genap dua tahun arwah mak meninggal, Ma..moga sejahtera Ma di sana, kami sentiasa rindukan Ma...

Apapun, Ya Allah...bantu kami untuk dapatkan rasa hamba itu, agar kami tidak merasa keluh-kesah dengan kehidupan yang makin menghimpit ini, kami lemah, kami banyak dosa, memang selayaknya kami diuji begini...

Ya Allah...bantu kami juga untuk dapatkan rasa rindu pada Rasulullah, manusia agung yang begitu banyak dan besar jasanya kepada kami, yang sanggup bersusah-payah dan berkorban apa saja dalam memastikan kami semua mendapat iman dan Islam...

Akhir sekali Ya Allah..ku mohon agar Kau sejahterakanlah Almarhum guruku yang begitu besar juga jasanya kepadaku, yang mengajarku untuk mendapatkan rasa hamba dan rindu Rasul itu untuk aku selamat dunia dan Akhirat...

Dan tak lupa juga buat semua teman alam maya dan siapa saja yang sudi singgah di sini, terimakasih kerana sudi membaca dan memberi komen membina, moga kita saling beroleh manfaat dan ukhwah kita berpanjangan hingga ke Jannah, amin...

catatan kenangan dalam perjalanan ke rumah arwah Ma di Kuala Terengganu.

27 Dec 2013

Kisah isteri yang solehah.

Seorang lelaki bangsawan daripada Bani Israil telah keluar meninggalkan isterinya untuk satu perjalanan ( pengembaraan ) yang jauh. Isterinya yang bernama Aruh bukan saja cantik, tetapi bijak dan setia kepada suaminya serta taat kepada Allah SWT.

Sebelum meninggalkan rumah lelaki bangsawan itu telahh berwasiat kepada adik lelakinya supaya menjaga dan mengambil tahu hal isteri dan rumahnya. Pada suatu malam, setelah beberapa lama lelaki bangsawan itu meninggalkan rumahnya, adiknya datang menemui isterinya. setelah bertanya khabar dan berbual-bual, si adik yang dipercayai teguh memegang amanah abangnya itu berkata kepada kakak iparnya, " Sudah dua puluh tahun aku jatuh hati kepadamu. Sebelum ini aku malu dan takut kepada abangku, terpaksalah aku memendam rasa. Sekarang abangku iaitu suamimu telah lama pergi. Mungkin dia hilang dan tidak akan kembali lagi. Inilah masanya aku sampaikan hajatku."

Aruh sudah pasti adik iparnya datang mengunjunginya dengan niat jahat, bukan hendak bertanya khabar dan melindunginya seperti yang diamanahkan oleh suaminya.

" Tergamak engkau hendak mengkhianati amanah abangmu?" tanya Aruh dengan penuh rasa kesal. " Aku tidak akan mengikut kehendak nafsu buasmu, walau apapun terjadi aku tetap memelihara hak suamiku."

" Tetapi suamimu sudah tiada lagi, mungkin sudah mati. Lagipun sekarang kita berdua sahaja. Tiada siapa yang tahu perbuatan kita." kata lelaki itu.

" Kalaupun benar suamiku tiada lagi, aku tidak rela kesucianku dinodai. Walaupun kita hanya berdua sahaja, tetapi Allah menyaksikan kita. Aku tidak mahu melakukan dosa.  Aku tidak mahu menanggung dosa di dunia dan seksaan Allah di Akhirat, " dengan tegas Aruh menjawab.

Lelaki itu terdiam. Lalu iblis membisikkan sesuatu ke telinganya. Lantas lelaki itu kemudiannya berkata, " Kalau engkau tidak mahu memenuhi permintaanku, aku akan memfinahkan engkau. Aku akan umum kepada orang, bahawa engkau telah berzina dan engkau akan direjam."

" Aku tidak takut dengan ugutan itu. Engkau boleh lakukan itu kepadaku, tetapi kehormatanku tetap kupertahankan," jawab Aruh.

Adik iparnya amat marah dan terus melakukan apa yang dikatakannya itu. Aruh difinahkannya, kemudian dia ditangkap dan dibicarakan. Seterusnya dia dikenakan hukuman rejam di persimpangan jalan. Pada malamnya, ketika dia mengerang kesakitan, dia ditemui oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ. Lelaki itu, Jamal namanya segera menolong Aruh dan dibawa pulang ke rumahnya. Apabila sahabat-sahabat Jamal datang ke rumahnya dan melihat Aruh, mereka tergoda dengan kecantikan Aruh. Mereka mendekati Aruh dan cuba mencabul kehormatannya, tetapi ditegah oleh Jamal.

Kerana marahkan Jamal, seorang daripada sahabatnya itu datang semula ke rumah Jamal pada malam itu juga. Tujuannya hendak membunuh Jamal, tetapi terbunuh anak Jamal. Keesokan harinya, isteri Jamal menuduh Aruh membunuh anaknya. Tetapi Aruh dibela oleh Jamal. Hal ini menyebabkan isteri Jamal diserang rasa cemburu dan menuduh Jamal melakukan perbuatan curang dengan Aruh. Untuk menjernihkan keadaan Jamal meminta Aruh meninggalkan rumah mereka dengan membekalkan wang sebanyak 400 dirham.

Dalam perjalanan yang tidak tentu arah itu, Aruh bertemu pula dengan seorang lelaki yang dibelenggu oleh seorang lelaki lain. Apabila diketahuinya  lelaki itu dibelenggu kerana hutang, Aruh segera menolong lelaki itu dengan melangsaikan hutang dengan wangnya sebanyak 400 dirham itu. Lelaki yang ditolong Aruh berasa terhutang budi kepadanya. Dia berkata, " Kerana aku terhutang budi kepadamu, maka aku rela menjadi hambamu."

Aruh dan lelaki itu meneruskan perjalanan tanpa arah tujuan. Apabila tiba di tepi sebuah laut, lelaki itu dirasuk iblis. Dia hendak menodai kesucian Aruh. Tetapi Aruh bukan wanita sembarangan, dia tetap mempertahankan kehormatannya. Dia berkata, " Inikah balasan mu terhadapku setelah aku menolongmu dulu?"

Kecewa keran hajatnya tidak tercapai, lelaki itu mendendami Aruh.  DIa segera menemui seorang saudagar yang kebetulan berlabuh di situ. Dia berkata kepada suadagar itu, " Aku mempunyai seorang jariah ( hamba ) yang cantik. Aku hendak jualkannya kepadamu kerana aku kesuntukan wang."


Apabila saudagar itu melihat Aruh yang memang cantik itu, hatinya tertarik. " Berapa harganya?" tanya saudagar itu. "Tidak mahal, 300 dinar sahaja, " jawab lelaki itu. " Baiklah, aku setuju membelinya. Ambillah wang ini," kata saudagar itu dengan senang hati.

Aruh segera membantah, " Jangan beki aku, aku bukan hamba, aku merdeka, sebenarnya dialah yang mengakui menjadi hambaku," Bentakan Aruh tidak dihiraukan. Dengan cara paksaan dan kekerasan dia dibawa oleh anak-anak buah saudagar itu ke kapal.

Pada malamnya, apabila saudagar itu hendak merapatinya Aruh dengan rasa marah yang tidak terkawal, menampar muka saudagar itu dan berkata, " Takutilah engkau kepada Allah!' Dan ketika saudagar itu hendak melakukan kekerasan terhadapnya, tiba-tiba kapal itu dipukul oleh taufan yang hebat. Dalam beberapa ketika sahaja, tenggelamlah kapal itu dan semua di dalamnya mati kelemasan kecuali Aruh. Dia dilindungi oleh Allah Taala, dihanyutkan oleh arus dan terdampar di pantai sebuah negeri. Kemudian dia diselamatkan oleh orang-orang di pantai dan dibawa kepada raja negeri itu.

Raja yang adil itu memberi perlindungan kepada Aruh. Baginda mendirikan sebuah rumah khas untuk Aruh mengerjakan ibadah kepada Allah. Semenjak itu terkenallah Aruh sebagai seorang wanita solehah dan doanya sangat mustajab. Ramai orang sakit datang menemuinya dan didoakannya, lalu penyakit mereka disembuhkan oleh Allah Taala.

Suami Aruh rupanya masih hidup! Begitu lama dia meninggalkan isterinya dan kini ia pulang. Alangkah sedih hatinya, apabila didapatinya isterinya tiada di rumah dan dikatakan telah direjam kerana berzina. Kesedihannya bertambah apabila didapati adiknya pula buta dan beberapa orang kawan adiknya dihinggapi penyakit.

Untuk memulihkan kembali penglihatan adiknya, ramai orang menasihatkan suami Aruh supaya membawa adiknya itu menemui seorang wanita solehah di sebuah negeri. Dengan tujuan supaya adiknya dapat melihat kembali, suami Aruh segera bertindak mengikut nasihat itu.

Dalam perjalana dia bertemu dengan seorang lelaki yang bernam Jamal bersama seorang kawannya yang dihinggapi penyakit. Kemudian dia bertemu pula dengan seorang lelaki muda yang buta seperti adiknya. Kesemua orang yang ditemui itu seorang demi seorang menggabungkan diri, sama-sama berjalan menuju ke negeri yang dikatakan wanita solehah itu berada. Tujuan mereka juga sama, iaitu meminta wanita solehah itu mendoakan kesembuhan penyakit mereka.

Setelah beberapa lama berjalan akhirnya mereka tiba ke negeri itu. Mereka menuju ke rumah ibadah yang dikatakan didiami oleh wanita solehah itu. Aruh keluar dengan berpakaian hitam dan purdah menutupi wajahnya. Setelah kesemua yang hadir itu menyatakan hajat masing-masing, Aruh masuk semula ke biliknya. Dengan air mata berlinangan dia memuji Allah, bersyukur dan berdoa. Kemudian dia keluar semula lalu berkata, " Ketahuilah kamu semua, aku hanya dapat berdoa. Hajat kamu sama ada tercapai atau tidak, terserahlah kepada Allah SWT."

" Ya, tolonglah doakan kami. Upahnya akan kami berikan seberapa banyak yang dikenakan, " Ujar suami Aruh.

" Upah? Tidak! aku berkhidmat semata-mata kerana Allah Taala" Semua yang hadir tunduk dan mengangguk-angguk. Kepada suaminya, waniat solehah itu berkata, " Adik engkau ini mengikut tilikanku, telah melakukan kezaliman kepada seorang hamba Allah. Orang yang dizalminya dilindungi Allah tetapi adikmu menerima pembalasan seperti yang sedang ditanggungnya sekarang. Engkau suruhlah adikmu ini bertaubat dan mengakui dosa yang dilakukannya. Mudah-mudahan dia diampuni oleh Allah dan matanya dipulihkan seperti sediakala."

Si adik yang buta itu tunduk berfikir sejurus. Kemudian dia berkata kepada abangnya, " Memang benar seperti kata perempuan solehah ini, aku sebenranya telah mengkhianati amanahmu. Aku tidak menjaga isterimu, sebaliknya aku telah menzaliminya, kerana dia enggan melayan hafsu buasku, aku fitnahkan dia berzina dan dia telah dihukum rejam. Wahai abang,ampunkanlah aku!" dia mengakui dosanya.

" Apa yang engkau lakukan tehadap isteriku memang kejam dan memang sepatutnya engkau menerima pembalasan seperti ini!" Kata suami Aruh dengan marah sekali. " Tetapi kerana engkau adikku dan engkau mengakui kesilapan dan dosamu, aku ampunkan engkau, bertaubatlah engkau kepada Allah," katanya lagi.

Wanita solehah itu lalu berdoa kepada Allah SWT. Sejurus kemudian penglihatan adik iparnya itu pulih semula. Seterusnya wanita solehah itu menyuruh kesemua yang hadir itu bertaubat dan mengakui dosa masing-masing serta menceritakan apa yang telah mereka lakukan. Jika mereka enggan, mereka tidak akan diberi apa-apa pertolongan.

Seorang kawan adik ipar Aruh segera bangun dan berkata kepada suami Aruh, "aku juga berdosa kepada isteri engkau dan engkau sendiri. Aku mengaku aku telah bersubahat dengan adikmu memfitnahkan isterimu. Aku telah menjadi saksi palsu. Aku bertaubat sekarang. Da aku memoho ampun kepadamu, ampunkanlah aku."

Pengakuan yang sama dibuat oleh kawan-kawan adik ipar Aruh yang lain. Kawan Jamal pula berkata, "aku juga telah melakukan dosa. Apabila aku temui seorang wanita cantik di rumah Jamal, kawanku ini aku cuba menodai kehormatannya, tetapi aku ditegah oleh Jamal. Aku pulang dan datang lagi hendak membunuhnya tetapi terbunuh anaknya. Aku bertaubat sekarang, maafkanlah aku Jamal."

Orang muda yang buta itu pula berkata, " ketika aku dibelenggu kerana gagal membayar hutang, datang seorang wanita cantik menolong aku. Dia tolong melunaskan hutangku dan aku dibebaskan. Untuk membalas budi baik perempuan itu, aku berjanji untuk menjadi hamba kepadanya. Tetapi aku telah mengkhianatinya. Aku telah menjualnya kepada seorang saudaga kerana dia tidak mahu memenuhi kehendak nafsu buasku. Sekarang aku bertaubat."

Wanita solehah itu kemudiannya memberi isyarat kepada suaminya supaya mendekatinya. Suami Aruh mematuhi sahaja perintah itu. Ketika itu, dia bangun dan membuka purdah yang dipakainya. Apabila wajahnya terdedah maka tercenganglah suaminya dan kesemua yang hadir itu.

"Engkau Aruh isteriku?"  Tanya Sang suami separuh menjerit, Alhamdulillah engkau selamat dilindungi Allah SWT.

"Sekarang segala-galanya sudah jelas, Alhamdulillah," ujar Aruh dan memakai kembali purdahnya. "Bermaaf-maaflah di antara kamu. Atau barangkali ada di antara kamu hendak mengambil kisas, terpulanglah kepada kamu. Aku sendiri telah memaafkan kamu semua kerana Allah," Aruh lalu berdoa kepada Allah SWT supaya mereka yang terlibat sembuh dan pulih daripada penyakit dan kecacatan. Doa Aruh itu mustajab dimakbulkan Allah SWT. Semua yang terlibat pulih daripada kecacatan dan sembuh daripada penyakit masing-masing. Wallahu a'lam...

IMAM SYAFIE-Ujian demi ujian

Maaflah teman-teman, baru dapat sambung semula kisah Imam Syafie ni, takdelah sibuk mana pun, tapi saya layan MASTIKA dan satu buku lain, yang saya rasa tak boleh berhenti membacanya, banyak ceritanya yang nanti saya nak kongsikan, InsyaAllah...

Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Syafie kembali ke Madinah. Sebaik saja sampai di Madinah beliau terus ke masjid Nabawi. Kemudian menziarahi maqam Rasulullah SAW. Selepas itu beliau terus menziarahi Imam Malik yang kebetulan hari itu sedang mengajar. Imam Malik sangat gembira dapat bertemu kembali dengan Imam Syafie lalu ia turun dari kerusi dan meminta Imam Syafie menyambung syarahannya.

Imam Syafie tinggal di Madinah bersam Imam Malik selam 4 tahun. Sehinggalah Imam Malik meninggal dunia dalam bulan Rabiul Awwal tahun 179H.  Jenazah Imam Malik dikebumikan di Baqi'.

Selepas kewafatan Imam Malik, Imam Syafie masih berada di Madinah. Tetapi Gabenor Yaman memintanya untuk menetap di sana. Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi setiausaha kerajaan Yaman. Nama Imam Syafie semakin hari semakin harum. Kealiman, kecergasan serta akhlaknya makin disukai oleh rakyat Yaman. Tetapi sudah menjadi sunnatullah pejuang-pejuang kebenaran itu sentiasa diuji, seperti mana yang dialami oleh Imam-imam besar yang lain- Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan lain-lain. Disebabkan nama Imam Syafie semakin harum dan disukai oleh rakyat Yaman, ada pihak tertentu yang ingin nama baik beliau tercemar. Imam Syafie difitnah memimpin kaum syiah menentang Khalifah Harun Al Rasyid. Beliau ditangkap lau dihadapkan kepada khalifah bersama puak-puak syiah.

Sekalipun ujian dan cubaan selalu menimpa pejuang kebenaran, namun Allah tidak biarkan begitu saja, begitu jugalah dengan Ima Syafie. Berkat kealiman, ketenangan serta kefasihannya menjawab segala soalan yang dihadapkan Khalifah, akhirnya dia dibebaskan dari sebarang tuduhan. Bahkan dalam pemeriksaan itu Imam Syafie dapat mempengaruhi Khalifah dan memberikan beberapa nasihat yang begitu membekas di hati khalifah. Beliau dikurniakan hadiah sebanyak 1000 dinar tetapi semuanya habis diagihkan kepada pegawai-pegawai istana.

Selepas peristiwa itu nama Imam Syafie semakin masyhur. Pernah suatu hari beliau bertamu di rumah Imam Ahmad bin Hambal lalu bermalam di sana. Kebetulan Imam Ahmad mempunyai anak, anaknya amat sukacita dengan kedatangan Imam Syafie kerana dia sudah lama mendengar kehebatan ilmu Imam Syafie. Ia mengambil peluang untuk memerhatikan segala perbuatan dan amal ibadah Imam Syafie.

Menjelang sepertiga malam, sebagaimana biasa Imam Ahmad bangun beribadah, berzikir dan berdoa ke hadrat Allah SWT, tetapi Imam Syafie berbaring sahaja sehingga ke waktu subuh. Anak Imam Ahmad sangat hairan menyaksikan peristiwa itu. Kalau begitu kenapalah ayahnya begitu mengkagumi Imam Syafie.

Ketika dia masih kebingungan memikirkan peristiwa itu, datanglah Imam Syafie menghampiri Imam Ahmad. Lalu Imam Ahmad bertanya khabar, apakah Imam Syafie selesa bermalam di rumahnya. Jawab Imam Syafie,

" Belum pernah saya merasa gembir seperti malam tadi. Semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah sambil berbaring. Kesemuanya adalah masalah yang sering ditanyakan oleh masyarakat."

Selepas keberangkatan Imam Syafie, Imam Ahmad menghanpiri anaknya lalu berkata, " Begitulak keadaan Imam Syafie. Apa yang dikerjakan Imam Syafie lebih berguna dari apa yang kita lakukan kerana ia berbuat untuk kepentingan umum."

Di zaman Imam Syafie terdapat dua aliran fahaman tentang ilmu feqah. Aliran yang pertama ialah aliran feqah yang kuat bersandar kepada ar- rakyu ( fikiran ). Ia berpusat di Iraq.  Dipelopori oleh Imam Abu Hanafiah yang lahir pada tahun 80 H ( 660 M ). Ajaran beliau disambung oleh sahabat-sahabat dan pengikutnya. Aliran ini banyak bersandar kepada ar- rakyu kerana Iraq letaknya jauh dari tempat kelahiran Rasulullah SAW. Jadi kurang atau jauh dari ahli hadis. Tambahan pula Imam Hanafi kurang mengembara. Ia tinggal di Baghdad dan wafat juga di Bahgdad. Jadi bila tidak ada hadis, mereka sangat bersandar kepada ar-rakyu ( fikiran ).

Aliran ini disandarkan kepada apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda ketika menghantar Saidina Muaz menjadi guru di Yaman. Sabda itu bermaksud:

" Dari beberapa orang daripada kawan Muaz, dari Rasulullah SAW  di kala beliau mengutus Muaz ke negeri Yaman, maka beliau bersabda: Bagaimana engkau menghukum ? 
   Ia berkata: Aku menghukum dengan apa yang ada dalam kitab Allah."
Baginda bersabda: Jika tidak ada kitab Allah?
Jawab Saidina Muaz, Dengan sunnah Rasulullah SAW. Baginda bersabda pula: Jika tidak ada sunnah Rasulullah SAW? 
   Jawab Saidina Muaz : Aku akan berijtihad dengan fikiranku.
Rasulullah SAW bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada pesuruh Rasulullah."
                                                                                                        Riwayat- At Tarmizi.

Bersambung lagi.

Sebelum tu saya nak mengalu-alukan sahabat-sahabat baru saya, ahlan wa sahlan dan terima kasih ya kerana sudi berukhwah dengan saya, semoga kita saling mendapat manfaat dan ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga, amin. Saya dapat tiga orang teman baru-tapi belum dapat update kat sini, tenet problem sikit, slow cam siput.

24 Dec 2013

IMAM SYAFIE-MUJADDID KURUN KE II

Membelek MASTIKA terbaru Disember 2013, membuatkan perut saya memulas-mulas, kepala saya berpusing-pusing sebab apa tau..aduhhhh...Nauzubillahiminzalik..tak tau siapa nak dipersalahkan, kalau tuding satu jari kat orang, 3 jari lagi menuding ke diri sendiri...macamana ye, sedih, sayu, pilu, sebak melihat gejala kejatuhan moral dan akhlak remaja seawal umur 13 tahun..berani, tak ada rasa malu muat turun aksi lucah, perkataan lucah kat fb dan yang pelik ramai pulak yang like..MasyaAllah..apa nak jadi dengan anak-anak Melayu sekarang ni, memalukan Islam, Islam jatuh terhina dan betapa berjayanya agenda Yahudi dalam menghancurkan anak-anak muda Islam ini...

Saya tak nak komen banyak, saya cuma nak paparkan di sini akhlak dan peribadi seorang mujaddid agung yang sama-sama kita banggakan, moga boleh kita ambil sedikit panduan untuk mencorak anak-anak kita, InsyaAllah...

IMAM SYAFIE- adalah kurun kedua.  Nama penuhnya adalah Muhammad bin Idris, dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 H (767 M ), di Gazza ( salah satu perkampungan di sempadan Palestin- Syam ). Beliau dilahirkan dalam keadaan yatim.

Kelahiran Imam Syafie juga bersamaan dengan wafatnya Imam Abu Hanifah, ulama terkenal dari Baghdad. Pada masa itu juga Imam Abu Al Makki, seorang ulama besar di kota Mekah meninggal dunia.

Kelebihan Imam Syafie memang terserlah. Semasa berumur 9 tahun beliau telah hafal Al Quran. Setahun selepas itu dia dapat menghafal kitab karangan Imam Malik yang amat terkenal pada masa itu iaitu Al Muwatha. Berdasarkan tanda-tanda tersebut ramai yang berkeyakinan dia adalah bakal pengganti ulama tersebut.

Kecerdasan Imam Syafie dalam menuntut ilmu menjadi tauladan kepada orang lain. Pernah seorang bertanya kepada Imam Syafie bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Lalu dijawabnya, " Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak. Padahal dia tidak punya anak selain dari yang hilang itu."

Inilah di antara gambaran kecintaan Imam Syafie terhadap ilmu pengetahuan. Sehinggalah dia berjaya menjadi Imam mazhab dalam bidang Feqah, sekalipun dia hidup dalam keadaan papa, namun tidak menjadi penghalang baginya untuk menuntut ilmu. Kerana sulitnya untuk mendapat buku catitan, dia mengumpulkan tulang-tulang kering dan kertas-kertas bekas untuk dijadikan tempat catitan. Katanya dalam sebuah syair,

          Pengetahuan ibarat binatang buruan
          Ia mesti diikat dengan catitan
          Satu kebodohan bila berburu di hutan
          setelah dapat lalu dilepaskan.

Bertahun-tahun lamanya Imam Syafie mencatit segala ilmu yang diperolehinya di atas kertas dan tulang-tulang kering itu. Menjadi sikap beliau tidak mahu meminta-minta dan menyusahkan orang lain. Beliau yakin kesusahan itu menjadi baja dalam mencapai cita-cita. Bahkan ia merasa bahagia bila tidak bergantung dengan orang lain. Sekalipun dalam keadan perit dan derita. Baginya pahit dan derita itulah kemenangan dalam menuntut ilmu. Ini sesuai dengan ungkapan beliau,

" Tidak mendapat kemenangan dalam menenutut ilmu melainkan orang yang menuntut dalam kekurangan."


Akhirnya penuh sesaklah biliknya dengan bahan-bahan catitan, hinggakan untuk meluruskan kaki, melepaskan penat pun susah. Akhirnya beliau memutuskan untuk menghafal semua bahan catitan itu. Berbulan-bulan lamanya beliau mengurung diri. Dia berusaha mrnghafal seluruh catitan tersebut. Selama itu juga beliau bermujahadah melawan kehendak nafsu yang tidak suka dengan ilmu pengetahuan. Akhirnya dia berjaya menghafal seluruh catitan itu sehinggalah bilik itu kosong dari sebarang catitan. Kelebihannya dalam menuntut ilmu sentiasa amat disyukurinya.

Di antara tokoh ulama yang menjadi gurunya ialah Syufyan bin Uyanah, Muslim bin Khalid Al Zanzi, Said nin Salim aL Qaddah dan beberapa ulama lainnya. Di samping itu beliau juga belajar sastera Arab sehingga beliau mampu menguasainya dengan fasih.

Untuk meluaskan ilmunya buat pertama kalinya Imam Syafie pergi mengembara ke Madinah. Di sana beliau mendalami kitab Al Muwatha yang masyhur itu. Beliau menetap di Madinah sebagai tetamu Imam Malik selama lapan belas bulan. Kerana Imam Syafie telah hafal dan memahami isi kitab itu maka Imam Malik telah memberi peluang kepada Imam Syafie untuk mensyarahkan kitab itu kepada sesiapa yang mahu mempelajarinya.

Semasa di Madinah, Imam Syafie sempat menemmui beberapa rombongan haji daripada Iraq. Dari mereka Imam Syafie mengetahui kealiman Imam Muhammad bin Al Hassan dan Abu Yusuf, sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah mendengar khabar tersebut, beliau menyampaikan keazamannya kepada Imam Malik untuk menuntut ilmu dan pengalaman ke negeri Iraq pula. Imam Malik mengalu-alukan keinginan Imam Syafie itu sambil berkata, " Ketahuilah bahawasanya para malaikat menghormati orang yang menuntut ilmu."

Setelah 24 hari melakukan perjalanan akhirnya beliau tiba di Kuffah. Lalu beliau terus ke masjid dan melakukan sembahyang. Di masjid itulah beliau bertemu dengan Imam Abu Yussuf  dab Imam Muhammad bin Al Hassan. Lalu beliau tinggal bersama Imam Muhammad bin Al hassan dan menuntut pelbagai lagi ilmu darinya.

Selepas itu Imam Syafie meneruskan pengembaraannya dari satu negeri ke satu negeri aehinggalah sampai ke Palestin. Lalu beliaua menetap pula di satu tempat berna Ramallah. Pengembaraan ini berlaku sela bertahun-tahun.

* nanti saya sambung lagi ye....*

20 Dec 2013

Kisah sedih seorang remaja- Untukmu Ibu

Kisah sedih .....sediakan tisu buat mengesat air mata bagi mereka yang berjiwa halus. Semoga ianya menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan. Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain terutama ibubapa dan keluarga. Berilah mereka peluang kerana mereka juga ada perasaan, ada cita-cita dan harapan. ....
Ikutilah kisahnya....( saya edit dan berikan penambahan sedikit sebanyak. Terima kasih pada penulis asal kisah ini)

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi. 

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang  kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. 

Along semakin berdebar-debar  namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. 

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. 

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan  memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. 

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. 

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. 

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. 

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap  dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak  acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia  mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. 

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu  yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. 

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih  masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. 

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!"  Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. 

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. 

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. 

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian. 

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit  sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya  sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit."  Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi  silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. 

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. 

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar  sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. 

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. 

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. 

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. 

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. 

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?" 

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. 

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!"  Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. 

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. 

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi. 

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. 

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang. 

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.."  "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. 

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" 
"Hari ni laâ.." Balas Along. 
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?" 
"Bukan, minggu depan" 
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi. 
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum. 

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.  Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. 

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan  mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. 

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.  

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. 

 Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya.  Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. 

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. 

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka. 

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"  

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana.... 


MENDAPAT PERTOLONGAN ANAK KAMBING KURUS

Seorang lelaki Arab yang terkenal sebagai seorang kaya dan banyak menternak kambing telah bermimpi. Dalam mimpnya itu, dia telah diselamatkan oleh seekor anak kambing yang kurus daripada diserang oleh beberapa ekor kambing jantannya. Anak kambing kurus itu mengawal lelaki Arab itu dengan cara berpusing-pusing mengelilinginya dan berjaya menahan serangan kambing-kambing jantan yang garangdan jauh lebih besar daripadanya.

Apabila lelaki Arab itu tersedar daripada tidurnya, difikirkannya tentang makna mimpi yang pelik dan agak melucukan itu. Anak kambing kurus dalam mimpinya itu betul-betul menyerupai anak kambing yang telah disedekahkan kepada orang dua hari yang lalu.

" Kenapa anak kambing kurus itu menolong aku dalam mimpiku, padahal aku bukan tuannya lagi? aku telah sedekahkan dia kepada orang lain." fikirnya,

Tidak lama lelaki Arab itu berfikir, akhirnya dia dapat menghuraikan makna mimpi itu.

" mimpiku itu memberi kesedaran kepadaku, bahawa amalan bersedekah itu pasti akan mendapat berkat, walaupun barang yang disedekahkan itu tidak mahal harganya, yang lebih utama adalah ikhlas, mungkin itu adalah sedekahku yang paling IKHLAS," dia membuat kesimpulan di hatinya.

Wallahu'alam.






susahkan nak ikhlas ni.....

" Ambillah, saya ikhlas ni,"

atau...

" Saya tolong dia dengan ikhlas, aik..alih-alih dia buat saya cam musuh pulak,"

atau.." Saya hendak tolong awak ni dengan ikhlas tau, tapi sedih tau..awak tak nak,"

Ataupun dalam surat..selalu ada penutup camni.." Saya yang ikhlas" ( Eh..sekarang orang dah tak main surat-surat ni, semua whats ap,whats ap je..dulu la orang selalu tutup surat camni, saya pun selalu buat )

Persoalannya..betul ke ihklas kalau macam nih?

Ikhlas adalah salah satu daripada sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis, mereka merasa tidak selamat, mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu.

Orang yang mengaku ikhlas ertinya dia mengaku dirinya baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ternafi keikhlasnnya. Tiada yang memgetahui seseorang itu ihklas sekalipun yang punya diri,walaupun malaikat, melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Firman Allah dalam hadis Qudsi bermaksud:

" Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsiaKu, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang aku kasihi."

Apa erti ihklas..senang je..ertinya murni, bersih..contohnya kalau air..semata-mata air, kalau bercampur dengan nila ke, sabun, tepung air itu sudah tidak khalis, tidak murni lagi, tidak mutlak.

Kalau dalam beramal tujuannya adalah satu, didorong oleh satu iaitu Allah SWT, demi untuk mengabdikan diri kepadaNya, tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain, itulah ihklas....

Ada kayu ukurnya untuk menilai diri ikhlas atau sebaliknya.

1.  Orang puji atau keji sama saja, dipuji hati tidak berbunga,dikeji hati tidak pula menderita.

2.  Kalau dia rajin beribadah, sama ada di waktu seorang atau ramai, sama saja.

3.  Jika dia rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.

4.  Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau marah orang yang tidak buat kerja.

5.  Kalau dia membuat ibadah atau kerja , hatinya tidaklah berkata moga-moga ada orang melihat dan memujinya.

6.  Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.

7.  Kalau dipuji susah hatinya, kalau dikeji hatinya boleh menerima dan hatinya berkata, " Aku hamba,memanglah ada cacat celanya."

8.  Dia membuat kebaikan bukan kerana digesa orang lain atau kerana malu dengan orang lain. ( contoh mudah- pakai tudung bukan kerana ramai orang sudah bertudung )

9.  Dia berbuat bukan kerana kehendak masyarakat, dia berbuat kerana merasa itulah tanggungjawab yang wajib dipikulnya.

10.  Dipuji atau dicaci sama saja, dia tetap berbuat, di depan atau di belakang orang dia tetap rajin, tertib dan berakhlak.

Jadi, marilah kita suluh diri kita dengan mata hati, dan terus pula berusaha membuat kebaikan dengan hati yang tunduk, tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan, penuh rasa takut dan cemas, mudah-mudahan Allah memandang kita dengan belas ihsanNya...

19 Dec 2013

SAYANGKAN MAKHLUK DISAYANGI KHALIQ

Pada suatu hari, seorang hamba Allah dalam satu perjalanannya  telah melihat seorang kanak-kanak sedang memegang seekor burung.Hamba Allah itu berhenti melihat dan bermain-main  dengan burung itu. Ketika itu juga timbul rasa sayang dan kasihan di hatinya kepada burung itu, lalu dibelinya burung itu.

Tujuan dia membeli burung itu adalah semata-mata untuk membebaskannya. Dengan niatnya itu, maka dilepaskannya burung itu. Terbanglah siburung bebas tanpa gangguan.

Apabila hamba Allah ini meninggal dunia, seorang sahabatnya telah bermimpi berjumpa dengannya, lantas sahabatnya bertanya, " Apakah yang telah Allah Taala lakukan padamu?"

" Allah Taala telah mengampunkan semua dosaku." Jawab hamba Allah itu.

" Apakah yang menyebabkan Allah Taala mengampun segala dosamu, adakah kerana keadilanmu atau kerana ibadahmu atau kerana sifat zuhudmu?" tanya sihabat lagi.

" Apabila aku dihantar ke kubur datanglah dua malaikat yang sangat hebat rupanya. Ketika itu gementarlah seluruh tubuh dan urat sarafku, aku kebingungan, ketika kedua-dua malaikat itu mendekatiku dan mula hendak bertanya kepadaku, tiba-tiba kedengaran suatu suara."

" Jangan kamu seksa hambaKu itu, dan jangan kamu menakutkan dia, kerana sesungguhnya dia pernah menyayangi seekor burung semasa hidupnya dulu, oleh itu sekarang Aku mengasihani dan menyayanginya."


Sesungguhnya ihklas itu menjadi mata di sisi Allah, Imam Al Ghazali juga dapat masuk syurga bukanlah kerana hebatnya ibadah dan ilmunya, tetapi kerana ikhlasnya Imam Al Ghazali ketika membiarkan seekor lalat menghisap dakwat penanya sehingga lalat itu terbang sendiri...


17 Dec 2013

kisah benar- penyesalan seorang isteri

Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suamiku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sungguh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah lebih dari cukup.

Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku menyambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi malu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku.

Aku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suamiku pada hari itu - seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi.

Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga.Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!!

Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana suamiku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik. 

Hakikatnya aku tidak rela dimadukan. Aku tidak sanggup berdepan dengan situasi suamiku berkahwin lain. Aku lebih rela diceraikan daripada berkongsi suami dengan orang lain. Itulah akibatnya bila aku didorong nafsu untuk bertindak sebegitu terhadap suamiku. 

Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku  bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku - isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya.

En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Halim sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya". 
Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kadang-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!!

Kata En Ramli lagi' "Abang Halim bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katanya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga". 

Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku karena aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna. 

Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya?

Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah dengan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku. 

Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur membuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian. 

Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya - sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semua salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis. 

"Ke hadapan isteriku yang tersayang! 
abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi. 
Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam. 
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini..... 
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan. 

Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah 
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah 
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah. 
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan. 
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh 
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan. 
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri 
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita. 
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki. 

Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang, 
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat 
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan 
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang. 
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu 
dengan orang seperti abang di dunia ini! 
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua 
kelemahan serta kekurangan abang!! - suamimu Abdul Halim Bin Haji Abdul Rahim.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidupku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.

Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;

Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafsu dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri. Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah model seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaupun aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan..... memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!

Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti akan menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita.  Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadikan beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami anda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya. Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat

Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi aku rasa didorong-dorong untuk menuliskan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!!

- Isteri yang berdosa.


Apakah Esok Masih Ada Senyum?

Sebaik-baik manusia
yang berfikiran waras
dia mengingati umurnya
kian hari kian susut
dan singkat
Dan suratan amalannya
kian hari kian bertambah

Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman ukhwah yang baru nyanyisunyi, MP dari http://mulutpayau.blogspot.com/, rohaya dari Blogger (Blogspot) - bedungcomel dan khamsi Abdullah  ( maafla, saya tak jumpa link saudara )

Syiah sesat.

Artikel ini saya ambil dari majalah MASTIKA keluaran oktober 2013. Saya tertarik untuk sama-sama mengetengahkan isu ini kerana rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan agama kita yang semakin hari semakin banyak dicerobohi. Moga nanti jika di hadapan Khadi Rabbul Jalil jika ditanya apa usaha kamu demi mempertahankan kesucian Islam, saya ada jawabannya..

ASSALAMUALAIKUM WBT. PENGARANG MASTIKA

Encik Sahidan, saya adalah salah seorang peminat Mastika sehinggakan saya tidak pernag 'miss' membeli Mastika setiap keluaran. Cuma yang menggerakkan hati saya untuk menulis kepada Encik Sahidan adalah kerana e-mel daripada puan Masturah yang mengatakan syiah itu mazhab yang benar dan bukan ajaran sesat.

Izinkan saya menerangkan serba sedikit tentang syiah. Puan Masturah mengatakan jangan hanya menanyakan pendapat dari kalangan ustaz-ustaz sunni kerana pasti ustaz sunni mengatakan bahawa syiah itu sesat. Tetapi apa yang ingin saya tekan, jika kita bertanya pula kepada ulama syiah, adakah ulama syiah itu akan memuji pengikut Ahli Sunnah Waljamaah? Tentu tidak malahan mereka melaknat dan mengatakan semua pengikut ahli sunnah adalah ANAK HARAM, mereka juga melaknat para sahabat nabi iaitu para khalifah yang telah dilantik selepas kewafatan Rasulullah SAW. Jadi mana benarnya syiah ini?

Puan Masturah, saya ingin bertanya tidak sesatkah syiah ini yang sanggup membina kaabah yang hampir sama dengan Baitullah dan mengatakan kaabah mereka adalah paling suci? Malahan zikir mereka bukan menyebut nama Allah tetapi hanya menyebut nama Saidina Ali ra. Tidak sesat lagikah syiah ini?

Puan Masturah, tidak sesat lagikah syiah ini kerana sanggup mencederakan badan sendiri semata -mata untuk mengingatkan peristiwa Karbala? Dalam Al quran pun ada menyebut jangan sesekali kamu mencederakan diri kamu hatta walau secebis sekalipun. Malahan ritual sebegini hampir sama dengan agama Hindu, Buddha, Sikh dan Yahudi. Tidak sesat lagikah syiah ini?

Tidak sesat lagikah syiah ini sehingga mengangkat seorang yang beragama Majusi sebagai pahlawan mereka ( Abu Lu'lu'ah )? Mana semua kebenaran tentang mazhab syiah?

Ingin saya menceritakan sebuah kisah tentang perdebatan antara ulama Sunni dan ulama syiah yang mana ulama syiah sentiasa menolak untuk berdebat tentang mazhab mereka. Malahan pemimpin Iran sekarang memanggil semua ulama syiah dan ulama sunni untuk mengetahui perbezaan di antara mereka. Kesemua ulama syiah menghadirkan diri tetapi seorang ulama sunni ( Deedat ) tiba sedikit lewat berbanding ulama sunnah yang lain. Ulama sunnah ( Deedat ) tersebut berjalan sambil mengepit kasutnya di celah lengannya. Ulam syiah kehairanan lalu bertanya, " Mengapakah kamu mengepit kasut kamu begitu?"

Lantas ulama sunni ( Deedat ) itu menjawab, " Aku terdengar bahawa pada zaman Rasulullah SAW  syiah suka mencuri kasut."

Ulama syiah menjawab, " Mana ada syyiah di zaman Rasulullah!"

Ulama sunni seraya menjawab, "PERDEBATAN KITA TELAH TAMAT, KESIMPULANNYA  DARI MANA DATANGNYA AGAMA SYIAH KAMU SEMUA?"

Jadi dari apa yang telah saya huraikan di atas, hanya untuk menerangkan masih relevankah syiah ini di Malaysia?

Wallahu'alam

Jasni.

Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad pernah menulis sebuah buku tentang syiah pada tahun 1987
, bila ditanya orang kenapa menulis buku begitu sedangkan syiah belum wujud di Malaysia. lantas beliau menjawab, " api semasa kecil tidak merbahaya, jika sudah merebak dia akan memusnahkan..."
Saya tersentuh...alangkah jauhnya pandangan mata hati beliau, menjangkau masa....

Boleh seacrh You Tube untuk lihat ceramah beliau tentang bahaya syiah.

16 Dec 2013

Sukan?...Sori, tak minat

Entahla..sejak zaman sekolah rendah sampaila menjejak kaki ke sekolah menengah tak pernah join acara sukan,eh..sori, ada juga..sukaneka masa darjah satu..bawa bola dalam sudu, masuk air dalam botol, pastu..tak pernah masuk lagi apa-apa acara pun. Serius? Ya.. Netball ke? Tak..tak pandai pun..

Rasulullah pun suka bersukan..sukan Rasulullah seperti renang, memanah, berkuda...

Jangan bandingkan sukan Rasulullah dengan sukan sekarang, sukan sekarang jauh bezanya kalau nak bandingkan dengan sukan Rasulullah..

Sukan sekarang..dedah aurat, langgar waktu solat, pergaulan bebas...


Satu cita-cita tapi berlainan kiblat.

15 Dec 2013

Indahnya syahid



Ini adalah foto saudara2 kita yang gugur sebagai Syahid..

SubhanALLAH : Lihat lah senyum indah di bibir mereka,sebagai pertanda mereka telah di perlihatkan Syurga..

Orang2 yang rela mengorbankan nyawa demi membela Islam adalah orang2 yang PEMBERANI..

Bukan orang2 MUNAFIK yang bisa nya cuma ngambil keuntungan dari Islam..

ISTIQOMAH...BERATNYA...

Istiqomah...apa pekerjaan pun sebenarnya nak istiqomah. Ada riwayat, tak pasti hadis atau kata-kata para wali, " Satu pekerjaan yang istiqomah, lebih baik dari seribu karomah wali-wali Allah." Ada riwayat lain mengatakan, " Jangan rebutkan darjat kewalian tetapi rebutkan istiqomah."

Sabda Nabi SAW bermaksud, " Amalan yang disukai Allah yang berterusan walaupun sedikit." Amalan biarpun sedikit tetapi berterusan, itulah istiqomah akan memberi kesan kepada hati, membina sikap dan tabiat yang mulia dan akan merubah seseorang menjadi lebih berakhlak.

Istiqomah...itulah yang susah, berat kerana ia sangat berkait dengan nafsu. Sabda Nabi sewaktu baru pulang bersama para sahabat dari peperangan Badar, mengartakan selepas ini akan ada peperangan yang lebih besar, dan bila para sahabat bertanya, jawab Baginda..peperangan melawan hawa nafsu.

Istiqomah...membuat amal kebaikan walaupun sedikit  seperti bangun malam untuk tahajjud, puasa sunat Isnin dan khamis, solat sunat dhuha dan bermacam lagi amalan sunat yang bila kita dapat istiqomah melakukannya, InsyaAllah sangat memberi kesan kepada hubungan kita dengan Al Khaliq, tetapi sukarnyaberperang dengan nafsu malas, ngantuk, nafsu makan...jadi macam manalah nak beroleh kebaikan...? ( sayalah tu..hu hu )

Teringat arwah Ma saya yang istiqomah solat sunat dhuha, terkadang saya terkejut bila dia dalam keadaan cemas.." Allah..lambat doh," ingatkan apa, rupanya terleka sehingga lambat untuk solat dhuha. Rezeki arwah Ma sangat murah berkat istiqomah solat sunat dhuha. Tahajjud malam pun Ma sangat jaga istiqomahnya..

Dan pernah terbaca dalam majalah MASTIKA ( lama dah ) kisah seorang wanita di Kelantan yang istiqomah menjadikan surah Yassin sebagai amalan harian. Suaminya pemabuk dan kaki judi. Suatu hari suaminya dalam keadaan mabuk dan kalah judi balik minta duit, sedangkan wanita itu memang tak ada duit ( wanita ini bekerja sebagai penoreh getah ), suaminya marah lantas menikamnya bertubi-tubi. Wanita tersebut meninggal dunia dengan jasadnya berlumuran darah. Anehnya sewaktu dimandikan liang-liang luka bekas tikaman di badannya menjadi bintik-bintik putih tanpa kesan darah dan Subhanallah.. wajahnya tersenyum berseri seakan tidur yang amat lena..

Almarhum abuya Ashaari Muhammad istiqomah mengekalkan wudhuk sehingga dalam musafir bila singgah di mana-mana tempat yang susah mendapatkan air untuk wudhuk, beliau dapat terus bersolat. Satu lagi, beliau sangat istiqomah menjaga waktu solat, setengah jam sebelum waktu solat beliau sudah berada di saf berselawat badawi. Pernah seorang anak muridnya berazam untuk mendahului beliau menunggu waktu subuh, kunci jam pukul 4, tapi bila tiba di saf abuya sudah tercongok di saf seperti selalu...

* saya sekarang cuma mampu istiqomah bukak blog pagi-pagi sebab apa tau... taknak tertidur lepas subuh, nanti hilang berkat hidup, hi hi..jadilah...*




Beliau sangat istiqomah menjaga waktu solat











Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign