Asam Garam Kehidupan: August 2020

Nuffnang

Pages

28 Aug 2020

Kisah menakutkan dalam hidupku.

 nak bercerita lagi throwback 40 dan 30 tahun lepas. Kisah ini moga jadi pengajaran kepada kaum muslimah supaya sentiasa berhati2 dalam apa jua keadaan dan sentiasa meminta perlindungan dari Allah swt supaya sentiasa terhindar dari fitnah dan mara bahaya. Lebih2 lagi akhir zaman sekarang, fitnah dan pintu maksiat sentiasa terbuka luas, jika kita tersilap langkah sedikit saja, padahnya pasti binasa.

Kisah pertama berlaku sewaktu aku dalam lingkungan usia belasan tahun. Waktu itu aku sudah mula mendapat kesedaran islam dan cuba menutup aurat dengan sempurna. Kalau sebelumnya aku memakai tudung tiga segi, aku mula berjubah, berstokin dan bertudung labuh. Semuanya hasil kesedaran islam kerana membaca majalah islam keluaran Al arqam waktu itu.
Waktu tu aku tinggal di rumah yayasan(macam asrama la, disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan).
Kalau tinggal di rumah yayasan ni kira dekatlah dengan sekolah, boleh pergi jalan kaki je. Kalau duduk kat rumah kena naik bas, kalau terlepas bas sekolah, kena naik bas awam yang penuh, nak sampai ke sekolah pun makan masa sebab ada je penumpang nak naik atau turun. So...Alhamdulillah dapat duduk rumah yayasan. Tapi kena masak sendiri. Masing2 bawak dapur minyak tanah sendiri, waktu tu dah ada dapur gas tapi lebih mudah bawa dapur minyak tanah sebab kecik je, kuali kecik, periuk sebiji, pinggan sebiji, cawan sebiji..kira dah biasa berdikarilah..

Tapi kalau nak balik ke rumah atau nak balik ke rumah yayasan tetap lah bas menjadi kenderaan utama..jadi cerita ni terjadi masa aku naik bas nak balik semula ke rumah yayasan selepas bercuti jumaat dan sabtu di rumah..kat terengganu sampai sekarang sekolah hari ahad sampai khamis, cuti hari jumaat dan sabtu..so naik bas awam dari stesen bas, memang dah agak penuh dengan penumpang, tapi Alhamdulillah saya dapat tempat duduk...sebelah seat saya kosong, 
Sepanjang perjalanan penumpang turun naik dan tak lama duduklah seorang lelaki berambut pendek macam askar atau orang yang baru keluar dari penjara..tapi mungkin orang yang baru keluar penjara kot..sebab apa? Ha nanti saya cerita..
Mula2 tak ada apa2 berlaku..tiba2 saya perasan lelaki ni mukanya makin dekat dengan muka saya dengan urat mata yang kemerahan..saya jauhkan muka saya dan mula rasa sangat tak selesa..dan tiba2 saya rasa ada benda merayap bawah tudung labuh saya..tapppp...otomatik saya tepis..ya Allah tangan dia rupanya..saya duduk makin ke tepi tingkap dan terus pandang keluar tingkap je dalam keadaan ketakutan. Ingatkan dah tak ada apa2.

Tiba2 lagi sekali saya dapat rasa benda merayap di perut saya..kali ni saya tepis dan terus menjerit..membuatkan semua penumpang lain berpaling melihat ke arah saya...alangkah takut dan malunya saya waktu tu.
Selepas tu baru dia tak berani buat apa, dan tak lama lepas tu dia turun..dan Alhamdulillah takde orang duduk sebelah saya sampailah saya selamat sampai di rumah yayasan..
Saya menangis dan menyumpah2 kat lelaki tu sebab rasa marah dan geram sangat, tapi tak cerita pun kat kawan2 yang sama2 duduk kat rumah yayasan tu..
Peristiwa ni membuatkan saya takut nak naik bas..dan saya tak pernah pun ceritakan kat arwah mak..adalah cerita kat suami dan anak2..

Kisah kedua ni terjadi waktu saya dah bertunang, pun melibatkan bas tapi bukan dalam bas..tapi dalam surau...
Waktu ni dah ikut jemaah Arqam dan pakai purdah..ha..cer teka mana satu saya?

Waktu tu saya nak balik kampung sebab nak settlekan urusan perkahwinan. Dari tempat kerja ke stesen bas entunang (masa tu) sewa teksi dan tolong hantar ke Pudu. Dia pun ada ikut duduk sebelah driverla kan, mana boleh duduk sebelah saya. Bas pukul 11 malam kalau tak silap. So maghrib dah selesai di rumah,tapi isyak tak sempat..lepas maghrib dah keluar ingatkan sempat solat di Pudu. Rupanya sampai kat Pudu, surau dah dikunci..hrmmmm...dah susah hati dah,tapi entunang cakap boleh solat masa bas berenti kat mana2 sebab nanti mesti ada yang nak makan nak rehat kan..

So betullah bas berenti rehat..tapi....nak jadi cerita..orang lain turun makan, saya turun cari surau, tanya2 kat orang kedai dia tunjuk ke arah surau dalam keadaan gelap weyh..tapi takde pilihan saya beranikan diri pergi juga, agaknya waktu tu dah pukul 1 ke 2 pagi saya tak pasti.

Sampai kat surau, dengan lampu tak dibuka..memang gelap sungguh..adalah cahaya sikit2 dari kedai..
Kat surau ada seorang lelaki muda, saya agaklah..dan seorang pakcik sedang baring..jadi saya tanyalah kat orang muda tu kat mana bilik air. Dia tunjuk, saya pergi..dia ikut..saya nak masuk bilik air, dia nak masuk juga..saya kata.."eh..saya nak amik air semayang ni"..dalam hati takdelah syak apa2..lagipun waktu tu saya fokus nak solat isya, nak selesaikan urusan dengan Allah je..

Selesai amik wudhuk, saya masuk solat di kawasan muslimah yang bertabir..orang lelaki tu saya dah tak nampak dah. Saya selesaikan segera solat. Tapi siap solat waktu nak lipat telekung saya rasa ada basah2 kat telekung saya tu, tapi saya tak terpikir apa2 waktu tu..
Saya balik ke bas dengan perasaan lega..

Saya sempat sampai di rumah sebelum subuh. Nak balik ke rumah kena naik beca. Waktu tu masih ada beca, pakcik2 tua yang kayuh beca. Tambangnya murah je..rm1.
Waktu nak solat tu saya keluarkan telekung, dan perasan ada lagi basah2 tu..terus pakai telekung mak.

Bila dah kawen barulah faham apa yang basah2 kat bahagian bawah belakang telekung tu..dan waktu tu baru terasa aduihhh ngerinya, takutnya...mungkin saya selamat waktu tu sebab adanya pakcik yang tidur dalam surau tu, dan Allah pelihara sebab tulusnya perasaan saya nak selesaikan urusan dengan Dia waktu tu..
Ya Allah..sampai sekarang bila teringat terasa sangat ngerinya..
Padahal waktu tu saya dah memakai purdah..

Saya tak salahkan semua lelaki, dah nak jadi cerita saya terjumpa dengan lelaki yang tak baik..sebab tu saya pesan sungguh2 kat anak2 perempuan saya .. Jangan layan lelaki, kalau dorang beri salam ke, senyum2 ke..jangan jawab, jangan balas senyum..buat tak tau je..bahaya..

Itulah 2 insiden ngeri dalam hidup saya..yang saya tak boleh lupa sampai sekarang.

25 Aug 2020

Jom buat kerisek sendiri.

Ni untuk adik2 yang baru memasuki alam rumahtangga, mana tau kot2 nak cuba buat kerisek sendiri kan. Kalau beli tu kadang dah tengik la rasanya. Baru2 ni kan viral pasal satu kilang proses kerisek yang 'mengerikan' tu..sebab tulah saya tak suka beli kerisek segera tu. Kalau malas buat kerisek saya rela tak letak kerisek pun contoh baru ni raya haji buat rendang daging, tak letak kerisek pun..habis juga. Hari tu masak pajeri nenas pun tak letak kerisek juga. Tapi hari ni nak buat sarak ikan iaitu sejenis makanan tradisi Terengganu, in shaa Allah saya up resepinya lain kali yea.

Jom kita..
Mula2 sangai kelapa parut sampai berwarna kecoklatan.
Bila dah agak suam, masukkan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga hancur dan keluar minyak. Proses ni agak makan masa, tapi tak lama lah, dalam 10 minit rasanya bergantung pada jumlah kelapa yang kita nak guna.
Haa..dah jadi..tengok tu, dah keluar minyaknya. Kalau yang beli tu kemain banyak minyaknya. Ada kawan cakap minyak tu minyak masak dicampur nak bagi nampak berminyak. Yang ori ni berminyak juga tapi taklah sampai bertakung..

Okeh adik2..selamat mencuba.

24 Aug 2020

Jom makan ikan sungai.

Adik bawak dari Pahang beberapa jenis ikan sungai. Walaupun tak tau sangat nak gayakan camana cara masaknya, tapi kita terimalah dengan kata pepatah melayu.."kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan"..hehe..
Kalau di belah Pahang sana dorang suka masak tempoyak  atau satu lagi masak asam rong. Korang mesti tak pernah dengarkan asam rong ni, kecuali orang Pahanglah. Asam rong ni dibuat dari biji getah ye. What!!! Terkejut ek..iyooo..biji gotah boleh dimakan, tapi adalah caro2 tertentu nak memprosesnya. Nantilah kot den rajin lain kali den cito yo.

So..jom den konalkan beberapa jenis ikan sungai Pahang ye.
Ni sapo tak konal tu tak taulah den nak cakap apo..ikan tilapia ni adik bolo dalam sangkar. Masak tempoyak boleh, goreng belado boleh, bakar dalam daun pisang tarok tempoyak amo potai pun boleh..sodap belako.
Ni ikan lampam. Banyak tulang halus2 ikan ni, kena berhati2 nak makan tu. Goreng garing2 fuhhh..
Ni pulak ikan kawan namo eh. Jangan ditanyo kenapa namanya kawan..den tak tau sobab eh..mungkin dia ni jenis ikan yang peramah kot, haha..
Ni plak ikan lawang atau ikan juara. Ikan ni terer sangat berenang kot, asal lumba berenang je mesti dia jadi juara..haha..sajo yo den buat cerita. Ni pun digoreng garing2 je, cicah air asam..walla..
Haa..tu dia..penuh singki..rasa cam nak patah pinggang mengerjakan ikan2 ni. Ikan2 sungai ni banyak yang bersisik.  Tu yang jenuh sikit nak menyiangnya.
Alhamdulillah..rezeki ikan sungai, dah lama sangat tak makan ikan2 ni. 

21 Aug 2020

Itu hikmahnya...😩

"Harun (bukan nama sebenar) dah bercerai.." beritahu ensomi.
"Bila?..." terkejut
" Dua tahun dah.."
" Sape beritahu kat abang?"
" Osman..."( pun bukan nama sebenar). Osman ni kawan satu U dengan ensomi.

Subhanallah...itu hikmahnya dulu aku tak jadi kawen dengan Harun. Walaupun sedih sangat masa tu sebab kena reject. Reject?? Awak pinang dia ke?? Haa..nak tau kisahnya teruskan baca yea. Kira ni throwback kisah 24 tahun lepas..

Masa tu saya pengikut jemaah Al Arqam. Bab2 jodoh ni memang ditentukan oleh pihak jemaah. Kami biasa mengikut saja sebab kami harapkan bakal imam kami atau bakal ibu kepada anak2 kami adalah yang terbaik. Dalam jemaah memang tidak ada kisah2 cinta terlarang gitew..kalau di sungai penchala waktu tu siap ada tembok pemisah memisahkan kawasan muslimah dan kawasan lelaki, tetapi muslimah tidaklah dilarang keluar. Cuma dalam kawasan tembok pemisah tu kami bebasla untuk membuka tudung dan stokin. 
Tapi sekiranya kami rasa tidak setuju dengan calon yang ditetapkan, kami tetap boleh menolak secara baik..dan itu lah yang terjadi kepada saya.

Waktu tu saya bertugas sebagai guru tadika, di mana tu..biarlah saya rahsiakan..tapi sebenarnya dah 2,3x kali juga saya nak dijodohkan tapi semuanya tak menjadi, bila tak jadi tu, sedih jugalah kan..sapa taknak kawen cekk oii..
Jodoh tak jadi pertama tu orangnya lebih muda 3 tahun dari saya, saya takla menolak dengan jelas, cuma jawapan saya tu difahami oleh pihak jemaah yang saya tak setuju, so tak jadi. Dah tak jadi dia dicalonkan dengan orang lain yang satu penempatan dengan saya. Penempatan jemaah waktu tu lebih banyak di kawasan kampung2 di mana di situ ada tadika, sekolah rendah yang semuanya milik jemaah. Dan selalunya disitu ada muslimah bujang dan ustaz yang bertugas..dan ramailah yang bertemu jodoh di situ.
Selalunya kalau ada majlis perkahwinan tu, 2,3 pasang pengantin sekali diraikan. Meriah sangat...so bila sidia ni dijodohkan dengan orang lain dan diraikan dalam satu majlis yang meriah...sedih siot weii perasaan aku masa tu.

Pastu saya ditugaskan di penempatam lain. Sekali lagi nak dijodohkan. Difahamkan orangnya ensem macam muka sorang pelakun tu..tapi dia menolak..ermmm...takleh nak kata apalah..tapi lepas tu katanya dia setuju semula, cuma waktu tu hati saya dah tawar..hehe..

Lepas tu saya pindah lagi. Kat mana2 saya pergi pun, jawatan saya dalam jemaah waktu tu adalah sebagai cikgu tadika. Tempat baru ni kira kawasan perumahan. Dan waktu tu jemaah Arqam pun dah dibubarkan. Tapi yang nak carikan jodohkan saya ni adalah kawan2 lama dalam jemaah juga. Macam saya ni, bos tadika saya dan kawan2 dialah yang tolong. So dorang nak jodohkan saya dengan Harun ni. Mula2 Harun ni tak bagi jawaban, lama juga dia diam. Saya pun tertunggu2 juga keputusan dia....sebab saya waktu tu dah amik keputusan nak balik duk di kampung je., kat kampung arwah mak kata ada orang nak masuk meminang juga..

Ada 2,3 bulan kot tak silap baru dia cakap dia tak setuju..sebab dia dah ada calun pilihan sendiri yang satu U dengan dia...Ok..Harun, yelah..takde jodoh antara kita, mestilah dia nak pilih yang terbaik pada pandangan dia kan..walaupun waktu tu hati saya sedih, malu pun ada..sebab saya dah setuju, alih2 dia tak setuju...
Tapi sekarang saya baru rasa hikmah tak jadi kawen dengan dia dulu..mungkin kalau saya kawen dengan dia..jodoh kami tak panjang, menjelang akhir umur 40 an kami berpisah...lagi sedih rasanya, umur dah tua, anak2 pun dah besar...

Fine...saya nak balik kampunglah..tapi tiba2 boss nak jodohkan lagi dengan orang lain...jeng3x..tapi dia ni pun jual mahal juga, lambat juga bagi keputusan...tapi Alhamdulillah..berbaloilah tunggu..akhirnya dia setuju..dialah teman hidup saya saat ini, dan semoga selama2nya, dan semoga bertemu juga di Jannah nanti..
Aamiinnn..

19 Aug 2020

Cekodok kesukaan ensomi.

Kalau dihidangkan sepinggan pizza dan sepinggan cekodok kepada ensomi, dah tentu2 dia akan makan cekodok, sebab dia memang peminat cekodok, lagi2 dihidangkan waktu petang selepas hujan...wah...lawan plak dengan ayaq teh atau kopi..cuma dia tak suka minum kopi, bini dia layan kopi dengan anak bujang no 2 yang memang hantu kopi..
Jom tengok cekodok saya yang spesel ni atau di indonesia dipanggil bakwan..
Bila dibuat campuran sayur macam macam ni, anak2 cukup suka..walaupun dorang tak suka makan sayur. Ni saya buat campuran kobis, karet, daun bawang, daun sup, kentang dan ikan bilis. Nak ganti udang basah atau udang kering pun boleh.
Lepas tu kita bancuh dengan campuran tepung beras dan tepung gandum sama banyak. Tepung beras akan buatkan cekodok kita jadi rangup. Jangan lupa secubit garam dan sedikit kunyit bagi lagi comey.
Sebelum korang tegur kuali saya yang cantik tu, baiklah saya ngaku dulu, tu kuali umurnya dah 24 tahun tau, dan tu tando den rajin masak, wakaka..
Okeh..masa menggoreng cekodok tu kita leperkan sikit dengan sudu supaya senang masak, dan jadi lebih rangup bila buat camni.
Sepinggan cekodok hidangan buat ensomi kita yang baru je balik dari kerja. 
Esok cuti.
Cuti sempena menyambut awal Muharram.
Selamat menyambut awal Muharram kepada semua teman2 kesayangan alamayaku..semoga tahun baru hijrah 1442 ini lebih bermakna buat kita semua.

17 Aug 2020

Ikan keli awesome.

Aritu kan den janji nak bagitau tang mana boleh dapatkan ikan keli yang tak berlendir dengan kurang power letupannya tu kan...tapi dalam tak berapa meletup tu, habis gak lengan den melecur kena minyak masa nak terbalikkan ikan keli masa digoreng tu. Rasanya ikan keli ni bila kita nak goreng takyah dipotong2 kot, sebab ada yang kecik2 tu den tak potong2 elok pulak dia tak meletop. Yang besar2 tu kena potong juga sebab tak muat kuali😆😆..
Inilah tempat Global Ikhwan atau GISB di daerah Rembau. Kami dapatkan ikan keli dengan harga rm7 sekilo, dah siap buang perut. Ikan keli yang pihak GISB bela ni memang bersih, sebab tak berlendir dan kurang sangat hanyirnya. Kalo korang nak beli ikan keli yang bersih boleh cari pasaraya Ikhwan ye, dijamin puas hati.
Ada ladang kambing juga. Seronok dapat peluk anak kambing yang bucuk tapi comey ni..geram nak beli..rm200 sekor..bukan takat kambing, ada kibasy, ada rusa, ayam, burung puyuh..kalau ada yang nak beli ayam kampung ke datanglah ke sini..
Ni sebenaqnya citer masa pkp baru tamat aritu, so amik kesempatan jenjalanla, tapi tak berani pun nak jalan jauh2 sangat, kami pi Air Keroh Melaka, dekatlah dengan Rembau..so jalan ke sana, balik tiduq kat Rembau.
kami singgah kat tempat tu kami makan otak2 je, habislah 5 bakul kecik tu. Tak makan yang lain sebab malam tu ada kawan ensomi nak belanja makan belangkas..
Belangkas masak lemak kuning. Di daerah Air Keroh tu, tulah satu je gerai yang mengusahakan masakan lauk belangkas ni. Ada juga belangkas masak sambal. Sedap tak? Hrmmmm...bagi orang yang suka dan biasa makan mungkin kata sedap, tapi den ni, dari dulu lagi, kalau benda pelik2 ni tak boleh masuk tekak. Kawan ensomi kata isinya rasa macam ketam..tapi anak2 den kata rasanya macam air paip😂😂
Sape nak cuba, bolehla google2 cari ye, hihi..sebab den pun dah lupo namo kodai tu, sobabkan cito ni pun dah lamo, sajo yo nak nak cito buat kenangan..

10 Aug 2020

Jom layan pokok bunga..

Takdak idea bernas hari ni, walaupun teringin pulak nak mencoret something pagi ni, so bila dah ada hasrat tu kita layanlah walaupun takde idea..nanti kalau tak layan lansung tak menulis pulak hihi..
Kalau orang lain ada geng ngeteh, saya ada geng membunga..nak ngeteh memang tak sempat lah sebab pagi2dah sibuk dengan budak2 ngaji..so kita membunga, kami tiga orang duduk satu jalan so, saling bertukar2 pokok bunga, jimat juga kan, nak membeli semua parok juga..
Terapi..
Ni kalo kat nurseri sepasu 5hengget, minta kat geng dapat macam2 warna lagi, cantikkan?
Ada pokok2 yang rasa dah jemu tu, keluarkan dari pasu, pi tanam pulak kat tanah rezab depan rumah..ganti tanam dengan pokok lain..kami tengah seronok melayan bunga puding..tapi belum rimbun, baru nak keluar daun..
Pasu plastik dari kedai 2 ringgit.
Gantung jangan tak gantung..

Sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni, memang seronok layan pokok2 bunga ni, sampai ensomi pun bising..." mana lagi nak taruk pasu tu, dah penuh dah.." tapi bini dia ni buat tak reti je..selagi boleh sumbat kita sumbat..hehe..

Melihat bunga2 cantik di dunia sudah membuatkan kita cukup kagum...bagaimanalah cantiknya bunga2 di taman syurga...

3 Aug 2020

Sambal kepala keli eh..keli kepala ikan sambal eh..apa2 jelah..

"Ibu nak buang ke kepala dia tu?" Merujuk kepala ikan keli yang tergolek2 dalam sinki.

"Yelah, buat bazir minyak je goreng, bukan boleh makan." jawab si mak yang tak berapa pandai ni.

"Bolehla, tu yang kat pipi2 dia tu sedap.." sambil menunjuk ke bahagian yang dimaksudkan.

"Ko nak makan ke..?" tanya si mak dengan harapan anaknya jawab tak nak.

" Nakla.." maka si mak pun mengutip semula kepala2 keli yang nak dibuang,dicuci bersih,rendam dengan asam limau kasturi, dah bersih tabur dengan garam kunyit dan digoreng.
Maka terciptalah resepi sambal kepala keli goreng..haha..

si mak memang tak makan ikan keli dari dulu2, takat cubit2 manja gitu adalah..entahla tengok kepala dia tukan lain maciam sikit kan..
So bahan2 untuk resepi ni simple jer.
Bawang kecik 5 ulas.
Bawang putih 3 ulas.
Cili api akar 15 biji (nak pedas lebihkan cili lagi)
Semua bahan ni ditumbuk2 kasar. Pastu tumis sampai wangi. Pastu tuang kicap dalam beberapa sudu. Tutup api pastu last perahkan limau kasturi dan masukkanlah kepala ikan keli goreng tadi. Siap.

Pipi si mak dah melecur terpercik minyak goreng ikan keli. Aduiii...habis pipi den, nasib cepat sapu ubat gigi..
Tulah namanya si mak yang tak reti masak ikan keli..tapi disebabkan anak2 dan suami nak makan, digagahkan juga memasaknya.
Tapi ikan keli yang ni bagus, kurang sangat meletup2nya bandingkan pernah sekali beli yang kat pasar. Pastu tak berlendir dan tak hanyir sangat. Nak tau beli kat mana? Tunggu di next episodelah yea😉😉😉.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign