Asam Garam Kehidupan: 2021

Nuffnang

Pages

22 Apr 2021

Salam 10 Ramadhan 1442H.

Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya,  belum sempat saya balas kunjung.  Apapun terimakasih masih sudi berukhwah dengan cikMah ni πŸ€—πŸ€—.

Semalam sempatlah buat juadah yang hanya muncul setahun sekali ni. Kalau tak bulan puasa jangan harap nak nampak kelibat dia ni.  
Buat sepinggan dalam 25 biji kot.  Bagi kat jiran sebelah 10 biji. Jadilah. 
Sape buat buah melaka@onde2 ni di bulan puasa je,  maknanya kita geng, haha.. 

14 Apr 2021

Goreng bilis berlado

Sape suka menu ringkas macam ni kita geng. Baru celik mata tu ngantuk2 sahur,  kan?? 
Satu lagi sape nak cari cookies raya boleh contact saya ye.  Kat mana korang duduk pun in shaa Allah runner boleh hantar sampai ke pintu hatimu,  mwehehe.. 
Contact saya: 0136560422

13 Apr 2021

Salam rindu 1 Ramadhan1442H.

Lama tak mengemas rumah yang ni, mak aiiii bersawang rata dah,  hihi.. 

Pekabar semua. Selamat berpuasa semua.  In shaa Allah kita jumpa lagi. 

25 Mar 2021

tsunami datangggg😜

Pagi semua !!

Hari ni First day Combo Tsunami Comeback ni tau πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³ Team production da readyyyyy utk Yang da booking semalam πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Dengan hanya RM45 je korang boleh dpt gabungan Whoopie Pie & Nutella Cheese Tart 😍😍

Korang dah booking belum? πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ
Nilah namanya kombo tsunami, gabungan antara whoopie pie dengan nutella chest tart. Ni baru first time keluar.
Kalau nak pm yea. Taknak abaikan jer.
Contact saya: 0136560422

18 Mar 2021

Promo whoopie pie pula.

Whoopie Pie Bakal Kembali 😍😍😍
.
Apa itu whoopie pie? 
Sandwich yang diperbuat dari 2 keping kek coklat dan ditengahnya terdapat filling cream cheese dan nutella.. bentuk menyerupai burger tp bukanlah burger πŸ”. Tapi burger versi dessert.😁
.
Siapa belum cuba whoopie pie Mamasab? Wajib cuba. 
Sebab korang akan rasa makan filling lebih dari kek..πŸ˜‚
Tengok tu tebal berinci inciπŸ˜‹πŸ˜‹ Team letak filling setimbun..πŸ˜™πŸ˜
.
 Saiz 6" RM35 

Bermula 19 Mac sampai 20 Mac SAHAJA!!!


http://wasap.my/60136560422/ whoopiepie

15 Mar 2021

Terimakasih kakPI.

Kak PI beli 2 jenis kek mamasab dari saya. Sayangnya runner tak amik gambar kak PI. Kak PI oder dah seminggu awal untuk hari sabtu 13/3/2021. Saya pulak tak suka tunggu last minute baru nak oder kat mamasab system. Jadi contoh nak hantar hari sabtu, saya akan oder pada hari jumaat. Tapi jangan risau, customer akan sentiasa dapat kek yang fresh dari oven walaupun kita dah oder awal. Untuk pengetahuan korang pulak katalah contohnya nak tukar tarikh penghantaran korang kena bagitau dalam tempoh 24 jam sebelum tu. Kalau last minute memang tak dapat buat apalah. Kalau tak diambil pada tarikh booking tu kek dikira burn jelah. 
Atau nak tukar tempat penghantaran pun kena bagitau awal supaya boleh cari runner untuk hantar. Sebab ada runner yang tak masuk kawasan tertentu, ada runner yang tidak bertugas pada hari sabtu dan ahad. Oh ye lagi satu, buat masa ni semua outlet Mamasab ditutup pada hari ahad, manakala hari sabtu dibuka setengah hari sahaja.
Kak PI beli yang ni. Nutella chest tart saiz 7' harga biasa rm50. Kalau promo boleh dapat rm45. Ini antara hot item dalam Mamadsab. Tart yang dilayer dengan cheese padu dan atasnya drizzle pure nutella.
Dan yang ni. Red velvet standard. Atasnya drizzle cheese. Tapi bukanlah yang ni. Ni ada orang kawen oder, tu atasnya ditabur dengan biji delima merah, wowwww sangat kan. 
Saya suka dua2 tart dan kek ni. Sedap dimakan bila baru dikeluarkan dari freeze. Ermmm..yummiiih sangat.
Korang kalo nak oder jangan malu2 ye, manalah tau kot2 nak raikan besday ke, nak buat surprise kat mak ayah ke..kan.

8 Mar 2021

Kepada peminat dark choooocolate😘😘

Meh cepat oder kat den, dark full chocolate cake bymamasab. Tengah promo dari 9hb-11hb mac ni tau korang. Peminat dark chocolate jangan lepaskan peluang ye.
Tengok tu drizzle atas tu chocolate pure tau, bukan coklat murah2 tu tau. Siram pulak dengan nutella dan karamel.
kalau berminat boleh contact saya ye. Agen sah haha, trusted agen Mamasab gitew.
https://wasap.my/60136560422/dfcc.

5 Mar 2021

Terimakasih Nohas.

Apa khabar, lama sungguh tak menjengah ke sini. Sori..bukan lupakan sahabat2 di sini, rindu sangat. Tapi tulah..nak bagi alasan sibuk, memang sibuk..hehe..

Sibuk dengan bisness online mamasab..cehhh..gitu..hihi

Kali ni, Alhamdulillah salah sorang lagi sahabat blogger kasayangan den, Nohas..memberi sokongan mental dengan membeli nutella cheese tart salah satu antara produk  terbaik Mamasab yang sentiasa mendapat sambutan hangat. Mana kan tidak, cheese selambak, nutella pun selambak, crust yang rangup, rasa yang tak berapa manis..memang gabungan terbaik untuk membentuk sebijik cheese tart yang padu, tak caye tanya Nohas..kan Nohas, betul tak?😁😁
Jadi kalau ada sahabat di sini yang tingin nak mencuba keenakan kek mamasab yang setanding secret recipe, tapi ofkos lagi afdal sebab dikeluarkan oleh orang islam kita betul tak??πŸ€—

Salam sayang korang.
Tq Nohas for supporting me. Luv u😘
proses drizzling nutella selepas siap dimasukkan cheese. Ha..nampak tu..betapa memikat pandangan mata nutella cheese tart ni kan, so yummy tau korang.
sape teringin den tinggalkan link yo.

www.wsp.my/60136560422/nakoder.

13 Feb 2021

Terima kasih Syaz.

Meh kita up kat sini gambar Syaz Eim bagi sokongan kat kita, dia beli kek kita tau wak, eh..bukan kek kita, kek mamasab kita jual. Hihi. Korang yang lain tu mehla tolong kita jugak, kita ni golongan b40 tau, kete tadok, motor tadok, basikal letrik pun tadok..huhu..cian kat kita kan wakπŸ˜‚
Ha..tengok ni si budak Ayu yang comel, mesti tak sabar2 nak menjamah keenakan kek red velvet mamasab ni. Kek ni memang sedappp sangat tau korang. Dia punya kemanisan dan kemasaman cheese tu berpadu menjadi satu, ermmmm..yang pernah makan mesti tau camane keenakan kek ni. 
Syaz bukan takat beli kek, tapi dia beli juga tuala bamboo mamasab. Tuala berkualiti, ringan dan sangat menyerap air, tak caye tanya syaz. Tapi nak dapatkan tuala ni kemain susah, bila masuk outlet je, sekejap je habis stok. Kalau nak kenalah tunggu, tak taulah bila hq mamasab nak amik lagi.

Ok..tak lupa..selamat menyambut bulan Rajab, jom pakat puasa rajab, sape belum ganti puasa baik korang start ganti sekarang.

Ok..byeeee..mmmuahh..

7 Feb 2021

santai ahad 7/2/2021.

Dah lama tak bersantai ahad. Eh santai jer, cuma malas nak mencatitnya ke dalam blog. Biasalah mood timbul tenggelam ni kan. Apa khabar teman2 kesayangan alamayaku..moga anda, anda dan anda semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.
Hari ni kita rajin sikit, walaupun rupanya tak secantik mana, nak juga diabadikan sebagai kenangan di sini. Fevret Umar Zikri ni. Simpan dalam esbok, makan sejuk2 ermmmm, sekejap je habis.
Selamat bersantai ahad ye. 

5 Feb 2021

Life baggage by Syaz Eym.

Selamat sampai ke tangan cikMah pada 2/2/2021. Sebut tarikh ni teringat pulak dah setahun berlalu kenangan umrah. Rinduu..

Benda pertama yang ditanya oleh Nadhrah hannani anak dara peminat novel tu, katanya.."ibu, kali ni nama watak dia ok tak? Dalam novel first tu siries (cara anak dara tu nyebut serius) nama Busrain tu ibi bayangkan orang tu pendek, gemuk perut buncit, kepala botak macam najib..," cikMah sakit perut gelakkan dia.
Dia pun baca sekali lalu sebab nak cari nama watak2 dalam novel kedua ni. .."ermmm..okla sikit nama2 dia, cuma ada sorang tu nama Saidun, nama macam orang kampung.." ha..Itulah komen first dia. Syaz jangan amik hati ye, anak daro den tu besar do kelilingi nama2 moden yang terbelit lidah kita nak menyebutnya.
Tapi tulah nak tanya juga kenapa Syaz tukar nama certain watak macam Jiha jadi haifa, Edna jadi Dewi, nama Leyha tu nak sebut Leya ke Leha? Kalau akak bantai sebut Leha jelah. Nama Edna lebih sesuai, Dewi tu dok terbayang pulak dia pakai sari, hehe..jangan marah ye Syaz.
Pastu ada sikit kesalahan tertukar nama watak, mula sebut nama lama, dalam baris seterusnya sebut nama baru pulak. 
Syaz tak perasan tu. Dalam cetakan seterusnya nanti bolehla dibetulkan semula.
Beli satu dapat dua. Terimakasih Syaz. Overall jalan cerita sangat menarik, bak kata anak dara cikMah, dalam setiap episode plot twist dia memang sesuatu yang tidak dijangka. Satu jer tekaan yang cikMah rasa betul, Najah akhirnya bertemu jodoh dengan Hatim. Akhirnya ada pelangi di celah2 rintik hujan panas..agitew. 😁
Nanti korang pun kena dapatkan novel terbaru Syaz Eym ye. Tak rugi tau, besttt sangat.

3 Feb 2021

Tengoklah kerja anak dara cikMah ni.

Alkisahnya malam tadi..orang lain dah tidur, dia berjaga..padahla dapat jumpa cik ti..padan muka🀣
Boleh dia kata, tikus tu tau dia takut, tikus tu terjun dari lubang xzos fan nak terpa kat dia.
Tapi dalam ketakutan tu, berjaya juga dia mengurung cik ti ni guna tudung saji cikMah, dia kata tikus tu lari satu rumah. Dia dah sembur ridset, dah siram air panas tapi tikus tu tak mati. Akhirnya tikus tu terperangkap kat pintu depan tak tau nak lari ke mana dah, akhirnya dia berjaya mengurung cik ti tu, ermmmm..nampak gaya cikMah buang jelah tudung saji tu.

Kenalah tunggu toklaki cikMah balik kerja petang karang untuk menyetelkan cik ti ni. 

1 Feb 2021

Salam Februari.

Blog makin terabai nampaknya, sibuk bisness, haha..budak eh..mokcik baru nak belajar merangkak, baru nak terhegeh2 guna online banking, online order barang, haduiiiii..penin juga peringkat awal, dan banyak sangat salahnya..agaknya naik fedaplah orang atas kita tu menunjuk ajo lambat naw fahamnya..gitew ler nak buat benda yang tak pernah buat. Nilah pestaim baru nak cuba berniaga online.
Ha gitew..sorilah cikMah berkain batik saja sebab dah malam. Punyalah lama nunggu oder sampai, cikRunner kata outline ramai orang, tambah pulak musim pkp, kena beratur punya lama., dari kul 2 dia tunggu, kul 5 baru dapat, lepas tu dia pergi hantar item tu ke area Bangi dulu, tunggu punya tunggu dekat pukul 9 mlm baru sampai. 
Nampak banyak plastik kan? Tu cikMah amik order untuk kawan2 dekat taman sekali untuk jimatkan deliveri caj. Kesian juga kat kawan2 yang tingin nak merasa kek mamasab tapi takut deliveri caj mahal, jadi makin mahal pulak kek mamasab tu kan. Jadi lepas dapat kek cikMah bergegas pula nganto kek ke rumah kawan2.

Jadi kawan2 blog lepas ni kalau ada yang tingin nak oder biskut raya pulak, bolehlah oder ngan cikMah ye. Jangan risau, biskut raya mamasab tahan setahun. Nanti cikMah up gambar biskut raya kat next entri ye.

Ok..salam sayang semua.Mmuahhh.

28 Jan 2021

Menu terkejut.

Terkejut, tak sempat fikir panjang, amik je mana bahan yang ada stok kat dapur, agitew..
Jadi terlahirlah menu sarapan pagi cikMahπŸ˜†πŸ˜†..simple tapi gerenti sedap, haha.
Aikkk..nampak cam teluq dadar jerr. Eh, sabo2x. Maih cikMah nak share resepinya.
Antara bahan2 yang mesti ada kat stok dapur korang ialahhh.
Telur 2 biji.
Tepung gandum secawan.
Tepung jagung sesuku cawan.
Nestum keluarga 3 sudu.
Lobak merah setengah batang potong halus.
Kentang 2 biji potong jejari.
Daun bawang dan daun sup potong halus.
Sedikit garam.
Sedikit perisa(taknak pun takpe)
Sos cili untuk sapuan atas.

Kacau je semua bahan di atas. Tuang dalam pan, bolehla dibakar atas dapur. Nak masuk oven pun ok yo.
Ikutlah namo apo korang nak bagi kat menu ni, den panggil lempeng jerr, mwehehe.

26 Jan 2021

Anak dara cikMah.

Agiteww..anak dara den dua orang..tergolak den dengan perangai depa. Yang adik tu dari kecik kalo dia nak panggil si kakak tu dipelat2kan..tak sebut kakak. Seingat den masa dia kecik dia panggil kat kakak tu dadak. Yang best si kakak tak marah pun, boleh respond lagi, boleh jawab. 
Ingat perangai adik2 den masa kami kecik2 dulu. Boleh digelarkan den ni pokok puding😐😐 punyalah den goram, keliling rumah den kojar. Tak tau mano mulo eh buleh dorang panggil camtu. Sampai kalo dah marah sangat tu den menangis sebab geram. Sampai den nyampah la dengan pokok puding tu.

Nasib anak daro den tak menurun perangai den. Buleh dorang gelak2 lagi adalah. Sekarang ni lagi dahsyat. Dipanggil kakak tu kek  pulak. Tapi bukan sebutan kek tu, tapi lagi terbuka..kekkk..bayangkan bunyi anak kambing, gitulah bunyinya.

Dah puas panggil kekk., sari dua ni dipanggilnya sikakak tu ..Oo gayah markonah semah. Si kakak balas oii tipah..
Pastu si kakak mengadu..bu, tengok ibi ni bu suka buat muka.( memang pun, si adik suka buat mimik muka mengejek si kakak ) Si adik pula bagitau..eleh..kakak tu suka buat bunyi pelik2(si kakak ni baru nak belajar masak, terpercik minyak ke, goreng ikan mata ikan meletop ke..keluarlah bunyi pelik dari mulut dia).

Camtulah kisahnya anak daro den ni. Bak kato orang..baik buruk anak kito, soba yolah..bukan sonang nak menjaga anak dara ni. Tapi Alhamdulillahla plak kedua2nya bukan kaki berjalan. Lebih suka memerap kat rumah je.
Dua orang anak daro cikMah. Depalah penghibur, penolong di dapur, tukang sapu rumah, dan macam2lah..dan kadang boleh jadi si penyebab sakit hati ibu..huhu.


25 Jan 2021

Minta maafla sibuk layan fbπŸ˜‚πŸ˜‚

Almaklum baru berjinak2, tu yang macam jakun, ehehheh..ermmm takdelah, den ni la dulu paling anti, tak suka dgn fb tu, ekceli sampai sekarang pun kalau bukan sebab nak promosi part time bisness..ecehh, haha..takdenye saya nak menyibukkan diri dengan fb tu. Macam2 jenis manusia ada kat situ rupanya..hmmmmm.
Den raso, ikhlas cakap, teman alamaya kat blog lagi best. Kita takde niat tersembunyi yang tak elok betul tak?? Hihi..In shaa Allah kan.

Tak dapat tulis banyak ni. Budak ngaji dah start ngaji sebelah petang, so pagi2 nilah nak settlekan semua urusan rumah dan bisness mamasab.
Oh ye, kalo nak oder produk mamasab macam kek, kambing perap, dory skin salted egg cheese, kawan2 bolehla pm saya tau. In shaa Allah outlet mamasab ada di merata tempat. So in shaa Allah boleh diuruskan. 
Pm tau, www.wasap.my/0136560422/mamasabproduk.
In shaa Allah puas hati.

22 Jan 2021

Ati ku sayang berpindah lagi.

Salam jumaat sahabat kesayanganku semua. Semoga semua sihat2 saja di musim pkp ni. Jomla kita ramai2 pakat doa supaya tahun ni kita dapat raikan Ramadhan seperti tahun2 sebelum badai covid dulu. Rindu Ramadhan yang damai, tak lama dah kita nak menempoh bulan mulia tu..

Jomla kita ceria2kan diri dengan keindahan yang dikurniakan Allah sementara kita masih bernafas hari ni😁😁😘
Dah 4x dia berpindah randah. Kali ni dari atas tembok kita suruh dia pindah keliling tiang ni pulak. Biar dia jadi penyeri tiang nan sebatang ni, senang sikit nak dibelai2 manja, hehe.
Dah alang2 berkebun hari ni, sempatlah juga menyemai benih sawi dan bayam. Mudah2an lah hidup subur sempena hari jumaat ni kan. Cuaca pun takdelah semendung 2,3 minggu lepas tapi taklah seterik matahari pertengahan tahun. Sedang2 eloklah untuk saya, untuk pokok hidup pun oklah rasanya kan..

Eh..alamak, belum potong kuku lagi. Jap lagi nak masak pulak. 
Salam sayang semua. Mmmuahh.😘😘

21 Jan 2021

Seksa wooo telinga ni.

Sejak seminggu ni rumah kosong sebelah rumahku yang selalu kukidnap bunga lalang ni sudah bermula proses renovation, ADUOIIiii...bising!!! Semalam petang seperti kebiasaan aku nak lelap kejap selepas zohor, tiba2...pringgggg...adoii terus terkejut terbangun padahal baru nak lelap...aduiii sakit jiwa aku..

Dua tiga hari lepas tak dengar sangat diorang mendrill tu, mungkin baru dibersih2 kan, tapi semalam dah mendrill dinding betul2 sebelah dinding rumah aku, pagi ni awal pagi yang selalunya aman damai dah berdringggg2x bunyi drill..adoiii..

Tak taulah bila pencemaran bunyi ni akan berakhir. Nampaknya awal pagi dan waktu rehat tengahariku tak seindah dulu buat beberapa tempoh waktu yang aku tak pasti, huhu..
Saja nak tunjuk kat sini, dan nak beritahu juga..hehe, saya dah jadi trusted ejen Mamasab..agitew🀩🀩
Sape nak oder kek mamasab yang super sedap tu, cookies raya, dory skin, produk kecantikan pun ada..boleh contact saya di 0136560422..ok, papehal roger😁

20 Jan 2021

Jom menanam pula.

Banyak masa terluang ni, budak2 ngaji kuberi cuti 2 minggu sambil mengkuarantinkan diri, langkah berjaga2 sebab ensomi ada contact dgn contact positif covid kan, jadi kita isi masa dengan berkebun. Nak buat lepas sehari ke sehari waktu budak2 ngaji ada memang tak sempatlah. Bila petang memang tak kuasalah dah panas. 
So hari ni kita buatlah apa yang patut.
Serai tu dulu dalam pasu kecik, hari ni kita tukar dalam bekas besar sikit.
Pokok apatu, alahhhhh...jenuh nak ingatkan namanya, yang daun macam daun sirih tu, dulu satu bekas dengan kunyit, hari ni kita asingkan letak dalam pasu lain. 
Pokok kunyit tu dalam tong putih tu, tambahkan tanah..intai2 belum nampak pun lagi isi kunyit tu..ermmm tapi daunnya dah selalu juga diambil buat rencah gulai lemak kuning tenggiri.

Esok nak semai benih bayam dengan sawi pulak..alang2 berkebun, biarpun tak bertanah cuma berpasu..akan kuusahakan juga..mwehehe..

Salam sayang korang.

18 Jan 2021

Karipap kulit roti.

Sape rasa nak makan karipap tapi malas nak mengadun, mencanai adunan kulit karipap? Angkat tanganπŸ™‹‍♀πŸ™‹‍♀, yeyy..kita geng.
Jom kita beli jelah, nak yang panas, nak yang prozen semua ada jual. Hah? Nak try buat sendiri? Oke..boleh je, jom kita buat guna roti.
Senang je. Tak yah nak mencanai bagai. Tapi kena gelek juga roti tu, bagi jadi nipis. Pastu tekap dengan apa2 benda yang bulat, isi inti tapi kena ada acuan karipap ye. Sebab roti kita tak boleh nak buat klim manual tu.
Dah siap bolehlah kita goreng cam biasa. Sedap makan panas2 ni.
Jemput semua😁

17 Jan 2021

Santai ahad 17/1/21# santai yang tak berapa nak santai.

Perasaan sedikit gusar ni. Bukan sikitlah kalau difikir2kan makin ke dalam, ke dalam..cuma taknak sampai gusar, risau tak tentu hala, jadinya tak biarkan perasaan tu merayap jauh sangatπŸ˜€πŸ˜€

Dan konfem kan, sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula 20hb ni ditangguhkan lagi. Ekoran kes covid yang mencanak2 naik sekarang ni. Sapa yang tak risau bila difikirkan jauh2.

Sebenarnya kami sekeluarga 5 beranak yang ada kat rumah sekarang ni sedang mengambil langkah berjaga2. Kisahnya suami saya ada jamuan di pejabatnya hari jumaat baru ni, ada sorang contact positif covid rupanya sama2 dalam majlis tu, hari isnin dalam minggu tu si positif tu pun ada datang ke makmal tempat kerja suami tapi suami takdelah sembang2 dengan dia. Jadi harap2 rantai tu tak bersambunglah, risau weyh..bayangkan kalaulah suami terjangkit dan takde gejala. Memang takde nampak pun lagi gejala setakat ni. Risau sebab kalau suami positif, bawak balik rumah, saya pun positif, saya ajar budak2 ngaji sekian ramai, budak2 tu balik rumah kena pulak kat parent masing2..aduhh..tu yang takut nak fikir lebih2 tu.
Tapi mudah2an takdelah apa2, jauhkanlah ya Allah..

Awal tahun 2021... Nampaknya bermula dengan suasana yang tidak begitu indah...

13 Jan 2021

Langkah berjaga2πŸ˜…πŸ˜…

Dari berlaku pembaziran, hihi..yelah, uniform baru pakai 2,3 bulan je tahun lepas, ukur2 dah singkat. Nak beli baru tinggal tahun ni je nak habiskan, tahun depan dah pakai seluar kaler lain, pastu kalau beli baru buatnya sekolah 2,3 bulan je macam tahun lepas juga, dah membazir juga.

Jadinya supaya poket tak parah sangat bocornya kita buat macam ni jerr..
Yang putih seluar sekolah agama, yang biru seluar sekolah kebangsaan. Kita tetas bahagian bawah tu, hantar kat tukang jahit, suruh lipat sikit je dan jahit semula. Bolehla pakai untuk tahun depan. Ha..bijak tak? Hihi.
Kaki seluar sekolah agama tu nak kena sental sebab hitam kat situ. Nanti kita gosok semula supaya hilang kesan lipatan tu.
Korang dah beli ke uniform sekolah baru? 

12 Jan 2021

Macamlah dia budak besarπŸ˜‚πŸ˜‚

"Ustazah..kenapa budak kecik tu tak pakai baju cantik hari ni?"
Uk aloh, macamlah dia tu besar sangat kata kat orang budak kecikπŸ˜…
Kisahnya budak baju belang oren tu kehairanan tengok budak tudung biru tu, selalunya budak tu pakai lengkap baju kurung comel je dengan tudung, tapi hari tu budak tu cuma pakai t shirt lengan panjang dan seluar saja..tu yang dia pelik.
Saya ada 3 orang budak kecik, budak umur 4 tahun tapi kira tahun ni masuk 5 tahun lah. Ketiga2nya masih pelat2 menyebut huruf, masih main2, masih takde tumpuan masa ngaji..ermmm..apa lagi..yang 2 orang dalam gambar tu jenis suka nyembang, banyak cakap betul, kalau kita layan pakai jawab sampai sudah tak habis ngajinya.
Yang tudung biru tu ekceli baru sebulan masuk ngaji, tapi budaknya tak pemalu, pelat sangat sampai kita dengar dia sebut huruf tu bunyinya macam sama je semua huruf. Dorang dah berkenalan dah tu, cuma agaknya belum ingat lagi namanya sebab tulah digelarnya budak kecik, padahal dia pun budak kecik. Memamg jenis badan kecik comel je ketiga2 orang, nanti kalau kebetulan sama2 datang 3 orang, saya ambik gambar tunjuk betapa comel 3 orang anak saya tu.

10 Jan 2021

Santai ahad 10/1/21#Yang tidak kuimpikan.

Gembira sungguh hatiku dengan kunjungan ibu. Sungguh lama tidak bersua. Entah kenapa, entah apa halangan yang menjarakkan kami. Cuma seperti biasa dalam kunjungan ibu, kami tidak berbicara, hanya tatapan mata dan sentuhan kasih sayang yang menyatukan. Biasanya kunjungan ibu tidak lama, dia sudah resah ingin pulang. " Ma nak balik ye?" dia hanya mengangguk. Tapi turut akur bila aku menyatakan mau mengunjungi anakku di sekolah tahfiznya. Dia mengikutku tanpa bantahan. Kami hanya berdua kerana suamiku ada urusannya sendiri di Indonesia sana. Entah apa urusannya aku sendiri kurang pasti. Nak dikatakan urusan bisnes, suamiku bukan ahli bisnes, tapi tak silap pendengaranku, dia hanya hendak melancung ke sana. Aku nak ikut juga, tapi katanya belanjanya tidak mencukupi dan kebetulan pula ibuku ada di rumah waktu tu.

Di sekolah tahfiz anakku, sejuk mataku melihat dia memakai jubah putih dan berserban. Kami duduk bersembang di tepi longkang di bawah teduhan sepohon pokok yang rendang. Petang itu kelihatan ramai anak2 tahfiz lain berada di luar seperti kami, menghirup angin petang yang segar. Sesekali aku menjeling ke arah ibuku yang berada tidak jauh dari kami. Entah apa yang dilakukannya. Macam2 perkara yang disembangkan kami anak beranak, antaranya ada hal apa abahnya ke Indonesia? Kenapa aku tidak ikut abah ke sana? Jawapanku didengar sambil diangguk2 kepalanya. Seketika dia harus memasuki asramanya manakala aku mau pulang, ku cari ibuku, di mana dia..ah..nampaknya ibuku sudah tiada di situ, tapi aku terus juga mencarinya, mana ibuku pergi? Sehingga senja hampir berlalu aku tidak bertemu pun dengan ibuku..aku berjalan sehingga hilang arah..tiba2 mataku menangkap sesuatu di atas rumput..

Eh..dompet suamiku dan telefon bimbitnya. Aku mengambilnya..hilang sudah tujuanku mencari ibuku, hilangnya ibuku begitu saja sehingga aku lupa sudah lupa untuk mencarinya. Dompet suamiku pula menimbulkan persoalan, ada kredit kad di dalamnya. Dengan adanya kredit kad itu membuatku aku ingin mencari suamiku di Indonesia sana, perasaanku tentu suamiku sangat perlu kepada kredit kad tersebut.

Aku menempah tiket penerbangan ke sana. Di sebuah rumah tumpangan aku menelefon suamiku berkali2, tapi tiada jawapan. Manalah suamiku pergi, sibuk sangatkah dia? Aduh! Sampai nak terkucil dah dibuatnya tapi aku belum dapat menghubungi dia.

Kutinggalkan dompet dan telefon suamiku di atas sofa sementara aku perlu sangat menyelesaikan urusan perutku. 
Lega..
Aku kembali ke sofa, eh..mana telefon suamiku..eh hilang?? Aku perhatiku di sekelilingku beberapa remaja memegang telefon masing2. Sehingga aku dapat mengecam seorang remaja perempuan memegang telefon suamiku tapi dah ditukar casingnya dan wall papernya, aku merampasnya.."ha ingat aku tak kenal ye, kamu curi telefon aku kan?" aku menjerit marah. Remaja tersebut tunduk ketakutan. " cakap, di mana suamiku?" aku bertanya dengan garang sekali.  Remaja itu menggeleng2 ketakutan. Lantas aku menampar mukanya dengan menggunakan telefon suamiku sehingga retak permukaannya..

Ah..sudah...aku segera berlalu ketakutan, dan bersembunyi.

Kecoh pula mereka mencariku. Ibubapa remaja tersebut serta beberapa orang lain akhirnya menemuiku. Aku keluar ketakutan tapi kesembunyikan ketakutan itu dengan rasa tidak bersalah. Tapi aku akan meminta maaf juga di atas kekasaranku.
Aku seorang..mereka ramai, aku rasa mereka pasti menyerbuku..aku bersedia..
Tapi sebaliknya, mereka menundukkan wajah dan meminta maaf di atas kesalahan anak mereka mencuri.

Selesai.

Aku masih terus menghubungi suamiku. Beberapa staff rumah tumpangan turut membantuku menghubungi suamiku. Ada seorang staff lelaki menenangkanku mengatakan dia dapat menghubungi suamiku.

Tidak berapa lama suamiku datang bersama beberapa orang lain, tapi dia seolah2 tidak tau aku berada di situ. Yang kulihat ada 3 orang anak kecil, seorang perempuan muda yang kelihatan begitu mesra dan manja dengan suamiku, ada juga ibubapa perempuan tersebut menurut firasatku.. hatiku menjadi cuak.
 
Suamiku akhirnya menemuiku, bukan dengan gembira tetapi dia memarahiku kerana menggunakan kad kreditnya untuk membeli tiket kapal terbang. Hatiku yang sakit melihat suamiku dengan perempuan tersebut bertambah pedih dengan kemarahan suamiku..
" Oh, abang kata duit abang tak cukup nak ajak saya, tapi rupanya abang dah kawen lain kat sini kan, abang cakap, cakap abang..dah berapa lama abang kawen kat sini?" aku memarahi suamiku dengan esak tangis yang deras. Dari wajah kemarahan suamiku akhirnya menundukkan muka dengan rasa bersalah.
"Saya nak balik, kalau abang sayangkan saya abang ikut, kalau tak kita berpisah..." ugutku masih dengan esak tangis. Pedih sungguh hatiku dilukakan, ditipu secara senyap2. Patutlah selama ni dia kedekut sangat, berkira sangat dengan duit belanja., rupanya kerana dia sudah ada tanggungan lain di tanah seberang.
Sungguh aku tidak dapat menerimanya. Sungguh pedih, tambah pedih dan sedih kerana rasa ditipu. Pedih yang tidak dapat digambarkan dengan kata2...

Bila mendengar yang aku nak balik, suamiku berdiri semula demgan wajah kemerahan, menghalang aku balik.."jangan balik, kalau (dia menyebut namaku ) jadi isteri derhaka, faham!!"

Hatiku bertambah luka, sudahla ditipu, sudahlah melihat dia bermesraan dengan wanita lain, sudah ada anak pula dengan wanita tersebut, jantungku rasanya seakan mau meletup, nafasku menjadi kencang, dan...







Aku terbangun dari tidurku dengan perasaan cemas, dan dadaku yang sesak..serta merta berpaling kesebelahku dan kulihat suamiku masih nyenyak tidur..jam 6.15 pagi..
Perasaan cemas ku belum pulih, walaupun dalam seketika itu aku menyedari itu hanya sebuah mimpi..

Huhu..selalunya bila bangun pukul 5 tu aku terus mandi dan menyelesaikan urusanku dengan Allah..tapi pagi tadi, pagi ahad...hari ahad..hari santai, tambah pula aku Abc, sebab tu aku hanya bangun qadha hajat dan kembali menyambung tidur, dan...Ahh.. Syukurnya itu hanya sebuah mimpi, cuma mimpi itu memang mengerikan, dalam mimpi pun terasa pedihnya ditipu dan diduakan.

Hihi..ada yang rasa tertipu ke? Terimakasihla sudi baca cerita santai ahad den ni😁😁
Turki 2/2/20.

9 Jan 2021

Selepas surutnya air.

Peritnya bagi mereka yang berdepan banjir bila kehilangan banyak harta benda, malah ada yang kehilangan insan tercinta akibat lemas. Mudah2an mereka diberi ketabahan yang banyak dalam menghadapi musibah, mudah2an Allah ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik baik di dunia mahupun di akhirat.

Dan mudah2an kalau berlaku lagi air naik, airnya tidaklah sampai menenggelamkan harta benda. Perit juga nak bangkit semula selepas musibah. Mana yang nak dibuang akibat rosak ditenggelami air, mana yang masih boleh digunakan, nak cuci semula dinding, lantai yang dipenuhi lumpur. 
Gambar di atas adalah suasana di kampung Dong, Raub Pahang selepas banjir surut. Sementara kawasan Temerluh, Pekan, Bera banjir belum surut. Masih ramai yang berada di pps. (pusat pemindahan sementara).

Bagi kita yang tidak diuji dengan musibah banjir ni, jangan sampai tak ambil pusing, sekurang2nya kita bagi semangat kepada mereka, jangan lupa panjatkan doa minta Allah permudahkan urusan mereka. Bagi yang ada kemampuan, bolehlah menghulurkan sumbangan berupa wang atau apa sahaja yang kita termampu. Mudah2an juga asbab kita saling memudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan pula urusan kita..In shaa Allah.
Jika di sebelah pantai timur dan selatan tanah air diuji dengan musibah banjir, kami di ibu negara terutama di Selangor pula berdepan dengan jangkitan covid yang semakin tinggi sehingga mencecah angka 3k pada tarikh 8 Disembar, satu peningkatan yang amat membimbangkan. Gambar di atas tu adalah mereka yang positif covid dan ditempatkan di Maeps Serdang disebabkan penuhnya wad2 hospital yang menyediakan rawatan covid.

Perit juga ujian Allah di awal tahun 2021 ni.. Tarikh naik sekolah semula yang dijadualkan pada 20 Januari ni pun nampaknya belum pasti lagi..tak mengapalah..apa2 pun semoga kami tetap kuat ya Allah..
Letih dan ngantuk.

6 Jan 2021

Makan di kala hujan.

Jiran bagi ubi kayu yang dia tanam. Ubi fresh, rebus sedapnya makan camtu je pun jadikkk. Selalu beli kat pasaraya ubinya dah masuk angin, keras. Dapat yang fresh macam ni..macam2 plan dalam kepala, nak buat bingka la, nak buat yang macam manisan orang kelantan tulah, ubinya disagat kasar, taruk warna dikukus pastu makan dengan air gula merah dan kelapa..last2 terfikir nak buat kerepek plak,harap2 jadilah..
Cekodok cicah sambal tempoyak. Korang kena cuba, sedap weyh. Tapi kena buat guna tempoyak yang fresh ye..yang masih manis tu.

4 Jan 2021

Banjir di awal tahun 2021.

Banjir di sana-sini. Marilah kita sama2 doakan semoga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir di Pahang, Johor dan tempat2 lain. 
Tinggi nampaknya air, hampir tenggelam atap rumah.
Di kampung Kuala Dong, Raub Pahang.
katanya masa ni dah 2 jam lebih terperangkap di atas atap sebab bot tak dapat datang disebabkan arus yang sangat deras.
 jalan utama Kuala Dong yang terputus.
Jalan besar jambatan Kampung Dong putus ke dalam sungai.
Jalan kg Retang menghala ke Pasir Durian.
Di Jerantut, Pahang.
Di taman Bukit Sekilau, Kuantan Pahang. Air dah masuk dalam rumah. Ni kat rumah kawan, kiriman melalui whatsapp.
Di kampung Bantal, Ulu Tembeling Pahang, juga melalui kiriman whatsapp. 
Air melaut, ini dah kali ke-5 banjir  kata kawan yang tinggal di kampung tu.
Mereka buat rumah atas tong bagi yang tinggal di tebing sungai Tembeling ni, bila banjir rumah naik terapung.

Hari ni  masih mendung, hujan masih turun, air sungai masih naik..semoga dipermudahkan urusan sahabat2 ku di sana ya Allah..semoga diorang terus kuat menghadapi apa jua situasi di saat2 begini.

1 Jan 2021

Buat apa di 1/1/21?

Alhamdulillah masih diberi pinjam kehidupan di awal tahun 2021 ni. Esok, lusa, tulat..tak taulah apa yang akan terjadi? Moga semua baik2 saja. Harapan saya, anda dan semua orang..mengharapkan lebih kebaikan, berarak mendung kelabu membawa sinar yang cemerlang. Terskema sekejap, hehe.

Apa azam tahun 2021? Takkan asyik azam nak kurus nak kaya, nak beli kereta baru, nak beli rumah besar jer? Alah..tu azam yang dah ketinggalan zaman la. Jom kita berazam yang rare sikit nak😊😊

Azam saya..saya taknak dah beli baju, beli kasut dan yang sewaktu dengannya, melainkan kalo ada orang kasi,hehe..sebab apa tau, sebab saya taknak nanti lepas saya mati anak2 saya buntu nak uruskan kain baju saya, nanti nak buang masih elok, nak pakai tak padan saiz, nak bagi orang, orang pun ada baju yang lagi cantik2..ha,kan susah tu. Saya cakap ni sebab saya teringat arwah mak saya dulu ada banyak sangat baju kurung, saya bungkus2 saya rasa ada dua guni besar lepas tu saya buntu nak bagi kat sape, tapi Alhamdulillah dapat juga saya uruskan, tapi arwah mak saya tu ustazah fardhu ain kat surau2, dia ramai anak murid, boleh kata baju2 dia tu kainnya diberi oleh anak2 murid dia, sebab tu dia banyak baju. Saya nak amik pun tak padan, mak saya tu rendah, saya tinggi.

Pagi tadi, jumpa driber bas sekolah. Nampaknya tambang bas naik tahun ni.  Ramai juga pengusaha bas sekolah terpaksa memberhentikan perkhidmatan bas sekolah mereka, termasuk bas sekolah Umar Zikri sebelum ni, jadi tahun ni terpaksalah cari bas sekolah lain. Tambang untuk dua orang anak yang masih sekolah dekat rm300 juga, kalau ikut dah boleh buat bayaran bulanan sebuah myvi second hand, ye dak??Hihi..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign