30 Dec 2017
Ada apa dengan MuG.
28 Dec 2017
Tercapai jua hajat den.
Tetiba kat luar pagar spital tu ada orang jual diyan kampung katanya, durian kampung uishhh...tak mampu den tolak, tapi takdo berani nak minta, kot2 la tak cukup duit ko, rm16 sekilo, kira murah la kan, tapi rupa2nya dah rezeki den dan anak2 kan.,dibelinya 4 biji, rm100 jugalah weyh.. jadilah 4 biji pun, sape nak bagi kan.
27 Dec 2017
Apakah sebenarnya kehidupan?
2) Penjara.
3) Tanah perkuburan.
Sempena sambutan penutup majlis orientasi sesi 2018. Errr...itu bukan tangan saya tau. |
23 Dec 2017
JOM PAKAT JOIN sape2 cikgu tadika.
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
JEMPUTAN EKSLUSIF SEMINAR PERSEDIAAN GURU 2018. PERCUMA!!!
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Sempena program @ Karnival Gempak Ambang 2018.
30/12/2017 ( sabtu )
9.00-12.00 tghari.
Smart Teacher Motivational Seminar 2.0- Are you ready cikgu for 2018?
Sasaran: 500 guru.
Sijil& sarapan/makan tengahari disediakan.
Speaker:
1) TUAN AMIN IDRIS.
"Srikandi Cikgu...Pahlawan Yang Tak Didendang"
2) CIKGU SHAMIZAN SHAFEA.
"Wow.. Seronoknya jadi cikgu"
21 Dec 2017
Boleh jadi cikgi ni.
Tapi ngeri juga jadi cikgu bila mengenangkan hebatnya cabaran yang perlu anak den berdepan sok2. Silap tegur sikit, silap marah, kena naik court weyh kome.
Tapi nengokkan gaya dia, memang nampak ada kebolehan mengajar. Sementara cuti masih berbaki ni, den bawak dia ke tadika tolong2 apa patut bila tak cukup cikgu, almaklum cikgu2 pun nak bercuti, jadi dia tolong lah ajar matematik kat adik2 darjah 2 dan 3 ni.
18 Dec 2017
Wajah2 yang comel ini.
Inilah antara wajah2 comel yang akan kutatap sepanjang tahun hadapan..tahun baru, cabaran baru..2018.
Kami mulakan sesi persekolahan sebulan lebih awal, sesi orientasi supaya sesi sekolah januari 2018 tidaklah terlampau dipenuhi sesi tangisan dan drama air mata, pujuk2 kubawa lari, hihi..eh..betul, bawa lari masuk kelas ler.
13 Dec 2017
Makan malam di atas bukit.
11 Dec 2017
Pantai Kemasik yang indah.
Otw ke Kuala Terengganu sebelum singgah di rumah adik di Dungun, kami singgah di Pantai Kemasik di Kemaman. Panorama yang sangat indah, pantai yang bersih, ombak yang kuat musim tengkujuh, mujur juga takde hujan.
10 Dec 2017
Sarapan murah.
8 Dec 2017
Sambal petai mabeles tak busuk.
5 Dec 2017
Tambang bas sekolah naik lagi tahun depan?
Korangggg, huhuhu.
Tengok tak berita tv9 malam tadi? Katanya tambang bas sekolah bakal dinaikkan antara Rm10 ke rm20, bergantung kepada kawasan luar bandar atau bandar.
Anak den ada 3 orang lagi yang pergi sekolah, balik sekolah naik bas. Si abang Iman naik satu bas untuk pegi balik, si kakak Nadhrah pegi naik van sekolah orang lain, balik naik bas sekali dengan abang Iman, tahun ni tambangnya rm90, nampaknya tahun depan kalo naik jadi rm110.
Si Umar Zikri pula pegi sekolah ugama naik van orang lain, balik sekolah ugama naik van uncle Rajan, pegi sekolah kebangsaan naik van sekali kakak Nadhrah, balik sekolah kebangsaan naik van uncle Rajan. Untuk dia tambangnya tahun ni sorang je dengan kenderaan yang berlainan tu tambangnya campur2 dah jadi rm105, untuk tahun depan tak taulah berapa tuan2 van tu nak caj. Kalo setiap sorang toke van naikkan Rm10 juga?
Belum apa2 den dah rasa bahang keperitan hidup tahun depan. Itu baru tambang bas naik, belum lagi keperluan lain, harus naik juga rasanya. Yang tambang bas tu naik kata mereka yang berkenaan tu sebab nak ringankan beban yang ditanggung oleh pengusaha bas sekolah. Habis beban hidup kami rakyat marhaen ni sape nak fikirkan??
Nampaknya nak tak nak, perit tak perit, payau, pahit, semua tu kenalah dihadap juga. Sudah itu ujian hidup di akhir zaman ni, janji Rasulullah yang mengatakan tahun demi tahun kehidupan semakin perit dan mencengkam. Mari kita jadikan Allah sebagai tempat mengadu....
4 Dec 2017
Selesai sudah majlisnya.
Haaa..sape tu yang dok cari maklumat tu??? Makcik tau..
29 Nov 2017
Sape pernah buat sup ikan kerisi.
27 Nov 2017
Den kojo cam biasa.
23 Nov 2017
Ni serai ke?
22 Nov 2017
Rezeki breakfast.
Dah makin ke hujung tahun ni, makin baik hati plak bebudak ni dengan ticernya. Semalam dapat nasi lemak lauk ikan semilang, ticer kan tak makan ikan semilang.
Hari ni dapat lagi, sebab katanya ticer tak makan ikan tu, dibelikan lauk tolo plak, jadilah kan. Alhamdulillah 😁😁😁😁
19 Nov 2017
Sama tapi tak serupa..
16 Nov 2017
Dah tua, jaga makan tu.
Jadi sebelum makan tu, selawat2 dulu, baca2 dulu apa patut macam Bismillah 5 ke, selawat syifa ke, betul tak?