Asam Garam Kehidupan: October 2016

Nuffnang

Pages

31 Oct 2016

Jom ke hutan simpan Bukit Nanas.

Jenjalan ke mana cuti Deepavali? Kalau belum pernah sampai ke hutan simpan Bukit Nanas ni, jomla keluarkan peluh di sana. Ada apa kat sana? Nak bagi maklumat detail tu takdelah sangat, sebabnya...masa tu tengah takde mood..bukan mood swing pun, saje je, bak kata mak okje, al maklum dah masuk umur kilauan ni, ada je silap sikit, mulalah keluar perangai antik tuh.
 
Apa yang dapat saya bagitau, tempat tu memang cantik. Yelah..mana nak cari hutan simpan kat tetengah Kuala Lumpur ni kan. Ada jambatan gantung setinggi tiga tingkat, tapi saya lepas takat tingkat dua je, haha..Tak larat, pakai baju tak proper, nak naik jambatan gantung, agak-agakla kan. Camane plak tak proper dress cik kak oiii, sebab tak pay attention masa mytoklaki habaq tuh, den donga nak pi hutan simpan je, jambatan gantung den tak donga, jadi den pakai kain, orang patut eh pakai seluar panjang kan.

Turun dari hutan simpan Bukit Nanas, kitorang menghala ke Suria KLCC, saja dah lama tak merayap ke sana. Tapi tak bestlah kat sana..
Rasa macam dok kat tengah kota raya Indon jer. Bukan warga Indon je, warga mat saleh pun ramai, tua muda, rasa duk kat tengah bandar London pun ada.
Tengah jalan-jalan tu, jumpa sorang pemuda India, terbaring lintang-pukang depan kedai, betul-betul macam orang mati, tapi rasanya mabuk kot. Jumpa gak orang gelandangan tidur tepi-tepi kaki lima kedai. Ishhhh...betul-betul warna-warni kota raya.
Saya ni nama je duduk sebelah KL, tapi jarang sangat masuk KL.

Jom ke sini
Ni kat tingkat satu.
Diorang lima beranak naik sampai
tingkat tiga.
Ni kat tingkat dua. Budak sorang ni
tak tau takut lansung.
Pemandangan pokok-pokok hijau
saya snap dari tingkat dua.
Hujan-hujan pun ramai je orang.
Abadikan gambar kat depan klcc.
Penatnya ngukur jalan, sabtu 29/10..kat klcc takde beli apa-apa pun, jamu mata je. Jadilah kan. Kita simpan duit nak gi Cameron plak. Harap-harap takde apa aral melintang, dah lama plan ni, asyik tak jadi je. Harap-harap kali ni jadilah.

Hari ni plannya nak kemas rumah, cuti 5 hari kot, takkan nak melingkau jr, kipas dah banyak habuk tuh, air pun dah kuat, nak basuh baju ada dua bakul tuh. Salam sayang, ampun maaf ye korang. 

25 Oct 2016

Ujian takde air buat kali ketiga.

Mandi sekali sehari, haha..Alhamdulillah masih dapat mandi..
Makan berlauk telur, nak masak berlauk ikan, ayam air takdo, nanti basuh pun tak bersih, masak ikan hanyir, ayam hanyir, jalan mudah, goreng tolo, curah kicap.. haha..Alhamdulillah masih dapat makan, syukur..kalau kat Syria..?
Kain baju tak dapat basuh, menimbun baju kotor dalam baldi sampai melimpah ruah..haha..Alhamdulillah..ada gak lagi baju bersih yang boleh dipakai..
Pinggan-mangkuk, serba makneka dalam sinki, tak berbasuh..haha..Alhamdulillah..boleh beli pinggan polistrin menimbun kat kedai..

Haha..jangan marah-marah, jangan stress, jangan bersungut, doa banyak-banyak supaya semua masalah cepat selesai. Kalau marah dapat apa? Kalau stress nanti naik darah tinggi, kalau bersungut nanti tumbuh sesungut..haha..sabo jelah kan..

Alhamdulillah..semuanya dari Allah..
Ingat nak masuk simpang rumah den, rupanya laju je terus ke depan.
Tulun,tulun,help...selamatkan saya, matilah saya
kalo jatuh dalam longkang ni..
Damai bersama ibu dan bapa,
tak perlu risau masalah air, kalo dahaga, minum aje susu mak yea. 

Hidup jika tidak diuji bukan hidup namanya. Ujian itu menambah seri hidup kita, bergantung kepada bagaimana cara kita menanganinya. Hadapi dengan sabar dan redha maka ganjarannya telah Allah janjikan.
Lebih baik kita jadi orang beriman yang diuji, kerana yang tak beriman juga diuji, tapi ujian itu makin menjauhkan dia dari Allah. 

24 Oct 2016

Sila jawab soalan saya ni.

Kira-kira 400 tahun sebelum Nabi Isa, ada seorang raja di Negeri China.Beliau telah melantik seorang perdana menteri yang bernama Yang Ying.

Perdana Menteri Yang Ying ini telah mentadbir negara dengan begitu baik. Setelah tiga tahun mentadbir, Yang Ying telah menjadi begitu tidak popular di kalangan rakyat jelata.

Raja memanggil Yang Ying dan berkata.." engkau akan aku pecat daripada menjadi perdana menteri kerana engkau menjadi tidak popular."
Yang Ying berkata.." Tuanku, aku minta padamu tiga tahun lagi supaya aku boleh buat diriku menjadi popular,"
Raja berkata.." Baiklah, engkau perintahlah tiga tahun lagi,"

Maka Yang Ying pun memerintahlah selama tiga tahun lagi. Perdana Menteri itu menjadi begitu popular. Setelah genap tiga tahun, raja pun memanggil Yang Ying.

Raja berkata.." Yang Ying, aku nak sambung jawatan engkau tiga tahun lagi dan aku hendak beri hadiah kerana telah menjadi Perdana Menteri yang begitu popular."

Jawab Yang Ying, " Tuanku tidak perlu sambung jawatan saya, Tuanku juga tidak perlu bagi hadiah kepada saya, sekarang sudah sampai masanya Tuanku pecat saya, dulu tuanku nak pecat saya, saya tak nak dipecat. Sekarang tuanku kena pecat saya setelah saya popular."

Jadi kawan-kawan, saya cabar korang sila beri sebab mengapa agaknya Yang Ying suruh tuanku tu pecat dia setelah dia popular? Sedangkan masa dia tak fofular dia tak mahu dipecat. Pelik gak si Yang Ying ni.
Cepat, sila keluarkan buah fikiran korang yang bernas tu. Perah otak tu, kasi cair sikit., He he..
Sekian, selamat mencuba.
Gambar hiasan jer, saja nak enterprem..mwehehe..

21 Oct 2016

Alhamdulillah dapat tangguh.

Resah hati tunggu call dari hospital sepanjang hari rabu tu, tapi takde pun callnya. Semalam khamis saya dok mengusung tepon ke depan, ke belakang, masih menunggu call. Petang dalam pukul 4 lebih rasanya baru dapat call..

Alhamdulillah dapat tangguh ke bulan 3 tahun depan.

Saya dengan rasa rendah hati mohon doa dari kawan-kawan, tolong doakan saya supaya jangan melarat jadi kanser. Manalah tau berkat doa kakzakie ke, mak okje ke, mama yan ke, UA ke, CikSiti ke dan sesiapa sajalah, pra kanser tu sembuh sepenuhnya. Mana tau kan. 
Cuma lepas colposcopy bulan 3 nanti dan katalah saya sembuh saya still kena buat satu lagi colposcopy dalam tempoh 6 bulan selepas tu. Ermmmm...apa nak buat.

20 Oct 2016

Nak kena cepatkan colposcopy.

Tengah ajar mengaji kemarin pagi, aku dapat call dari hospital Kajang, minta untuk cepatkan colposcopy. Sepatutnya aku buat procedure tu on Disembar 5 ni. Tapi katanya kena cepatkan sebab operation theater tu ada hal apa ntah bulan 12 tu, jadi kena cepatkan tarikh. Cepat sangat sampai aku buntu nak buat keputusan.

Kalau nak tunggu tahun depan baru boleh proceed semula, tapi tak tau bulan berapa...

Jadi aku kena buat colposcopy tu pada hari sabtu minggu ni jugak.

Banyak alasan aku taknak buat lagi. Dengan budak tadika nak exam, pastu ada perjumpaan ibubapa, pastu nak latih budak-budak tu untuk majlis graduasi dorang..
Memang minor surgery je, tapi kesan sakit ngilu-ngilu dalam perut tu lama, sebulan jugaklah aku menanggungnya masa aku buat colposcopy sebelum ni. Jadi camane nak buat kerja-kerja kat atas tu...??

Lagipun ada plan nak gi bawak anak jenjalan ke Cameron, especially nak raikan Nadhrah yang baru habis upsr tu, nak gi Langkawi tak dapat, nak gi camping tengok kunang-kunang di Kuala Selangor pun abah tak kasi, kesian anak aku sorang tu, budak baik tu, tak merajuk pun..

Lagi satu, baru dalam 2 minggu kot rasanya aku makan satu produk shaklee tu, ratus-ratus gak aku berhabis duit.  Dua minggu mana ada kesan lagi kot. Rugi sangat rasanya kalau aku ada peluang untuk sembuh tetiba aku kena jugak buang rahim kan..??

Buntu-buntu
😢😢😢😢😢..

18 Oct 2016

Ticer, busuknya macam bau taik kambing!!

Ticer, busuknya..
Ticer, busuk macam bau taik kambing.
Ticer, tu ape tu? Kenapa bau dia macam tu?
Ticer dalam dia ada apa? Sebab apa bau dia busuk sangat?
Oo, ayen tau, sebab dia tak mandi..
Berair mata aku gelakkan diorang. Diam-diam aku bawak masuk ke bilik tidur budak perempuan yang dah gelap, tapi masih terdengar sok-sek, sok-sek tu. Aku tak perlu tunggu lama...

Eeii...busuknya..
Ticer, busukkkk!!
Ticer, bau busuk apa ni!!!
Aku bukak lampu, masing- masing berkerumun nak melihat apakah gerangan yang berbau busuk sangat tuh.

Ticer, busuk macam taik lipas!!
Ticer kenapa bau dia busuk????
Sekali lagi aku gelak sampai terbatuk-batuk, berair mata. Weyhla anak-anakku yang tak pernah tengok dan cium bau jering.
Eei, apa ni??
Busuk, busukk, uwekkk..
Nak tengok, nak tengok!!
Ticer, busuk bau taik lipasss, apa ni??
Usah kata bebudak nih, aku pun tak suka baunya, apatah lagi nak memakannya. Ni boss aku bawak, ada orang bagi kat dia, dia pun tak makan. Tapi, ada terbaca kononnya jering ni boleh jadi penawar kanser, sejauh mana benarnya, wallahu a'lam.

17 Oct 2016

Macamana supaya tak pecah santan.

Petua ni jumpa secara tak sengaja tau korang. Biasa kalau masak guna santan tu, kenalah berjaga-jaga supaya tak pecah santan. Tak sedap, tak selera tengok lauk yang pecah santan kan. Kalau anak dara atau tunang orang tu kan main lagi berjaga-jaga apalagi kalau nak masakkan untuk orang tersayang. Ishhhh...ada ke lagi orang buat camni, sekarang orang order-order je, tak pun masak ala-ala western je kan, simple.

Saya simpan kepala parut dah siap campur air sebab tak jadi masak satu hari tu. Bila nak masak dah jadi ais la. Nak cepat saya panaskan atas api sampai cair aisnya. Panaskan betul-betul sebab nak cepat. Mendidih tekau. Bila nak blend campurkan dengan air sejuk sebab nak kasi suam.

Siap blend, perah santannya, masuk bawang, cili besar, ikan bilis. Hidupkan api. Kuat plak tu apinya. Kes nak cepat siap masakla kan. Tetiba perut memulas, meluru masuk tandas, api tak sempat nak kecikkan.

Mendidih cam kawah gunung berapi kot, haha..
habislah pecah santan aku!!
Cepat-cepat padamkan api..
Aiksss, lepas beberapa ketika, cheh..saya
tengok elok plak takde santan berketul-ketul, tak
pecah santan senang cerita kekdahnya.
Haa tengok kalau tak percaya, ni dah sejuk
tunggu nak makan je, elok je kan. Tapi, kalau korang try tak jadi tak tau la. Ni santannya tak cair tak pekat sangat.
Saya try buat dua tiga kali, panaskan balik sampai mendidih, tutup api, panaskan lagi, tutup semula, tapi still okla, tak pecah santannya.

Lauk simple saya malam tadi, ikan goreng, masak lemak putih kubis dan sambal kicap. Kalau hari minggu je baru boleh masak spesel sikit. Hari kerja ni mana yang sempat jelah. 

16 Oct 2016

Bila si chubby bergambar konvo.

Hari khamis lepas 13hb sesi bergambar konvo anak-anak tadika saya. Jenuh tau nak amik gambar bebudak ni. Tabah sungguh orang yang sanggup jadi jurugambar bebudak ni. Kalau yang umur 4,5 tahun tu nak suruh diam kan mainnya susah, berpuluh kali snap sampai naik berpeluh kot, haha..
Kalau yang umur 6 tahun tu, pandai dah tak bergerak, tapiiiii....matanya pulak yang asyik bergerak, tak fokus kat kamera, hrmmmmm..sabo jelah.

Jom, tengok si chubby saya bertiga ni dalam beberapa aksi lucu.
Hai, nama saya Sufi Rayees, umur saya 6 
Entah apa yang menggelikan hati dia..
Muka gemuruh ni namanya Adam Isyraq.
Yang ni namanya Muhammad Khalif Arrayyan.
Ayen dia membahasakan diri, jadi kekadang
aku panggil dia ayen baju, tapi dia tak faham, haha..
Sesi foto dah selesai, open dah dah selesai, minggu depan sebelum deepa cuti, ada exam plak bebudak ni, ticer Goki pun nak bercuti panjang tu.
Next after exam, kami bakal kalut dengan nak melatih bebudak ni buat oersembahan untuk konvo plak, yang nak berlakun, bersajak, uihhhh..bukan kerja mudah tau, taulah nak melatih budak yang masih tak cukup akal. Kena baaaanyak sabar.

12 Oct 2016

Masuk Tv Al Hijrah lah.

Pernah tengok Kongsi Berita? Best tau korang. Ada satu segmen dalam tu, segmen Lensa pedia, kita sebagai penonton boleh hantar apa saja video santai yang bersesuaian cam video budak ngaji ke, budak solat ke, kalau sesuai in shaa Allah tersiar. Boleh gak merasa jadi wartawan tak bertauliah, mwehehe..
Video yang ni, anak-anak tadika saya umur 6 tahun, susah lancar membaca jawi.
Yang ni plak, anak-anak tadika saya sedang belajar solat, mata ngantuk tapi gigih je ikut solat.
Haa, korang tak nak cuba hantar video kat Kongsi Berita ni? Try la, mana tau en. Khairul Wasiril Aswad si pengacara yang kacak bergaya tu( haha, bodek ek ) suka dengan video tu, in shaa Allah korang pun boleh jadi wartawan cam den.

Oye, buat masa ni rancangan Kongsi Berita tu cuma ada malam rabu dan khamis saja pukul 8.30 hingga 9.00. Kalau korang nak try hantar video whatsapp je ke 01135364896. En Khairul tu pun sporting je, pukul 4 pagi pun dia sudi layan.

Ustazah Nadhrah Hannani;)

Bila tak cukup ticer..
Kami di tadika tinggal 4 orang cikgu saja. Hai! Susah nak cari cikgu yang betul-betul mau komited dengan tugas. Kadang tengah elok ngajar, dapat tawaran kerja yang lebih bagus, tentulah nak pergi ke tempat yang lebih menjamin masa depan. 

Saya ni pun kalau ikut keinginan tu, hendak juga cari pengalaman di tempat baru, tapi bila tengok boss tu, tak sampai hati plak nak berenti.

4 orang ticer sekarang memang cukup-cukup je untuk cover kelas yang ada. Tapi bila ada sorang guru yang absent coz of sakit or something else, 3 orang guru memang kelam-kabut jadinya. Naik semput dada dibuatnya. Saya pun tak boleh stayback hari-hari, penat cek oii, penat sangat.

Alhamdulillah, hari ni Nadhrah tak gi sekolah. Yelah dia pun exam dah habis, upsr dan psra dah settle kekdahnya. So, Nadhrah tolong ibu di tadika hari ni. Tolong ajar iqra pagi ni.

10 Oct 2016

Janganlah korang berhutang dengan along.

Saya kena stayback hari ni. Biasa saya stayback hari jumaat. Kadang-kadang bila ada emergency ada ticer yang tetiba ada hal, saya akan stayback sampai pukul 5.30 petang balik dengan my toklaki lah. Kalo balik kul 2.30 saya balik naik van sekolah van sekolah uncle Rajan.

Rasa cam nak pencen lah korang. Penat tau, dengan umur yang dah masuk senja ni bekerja dengan bebudak, jawatan penyelia tapi kena ngajar, sekarang takde tukang masak, kena plak masak. Tapi..kalo pencen dok nganga kat rumah takde duitlah plak. My toklaki bukan Datuk terlajak laris, kalo dato terlajak laris kompem den pencen arini jugak.

Tulah korang bahaya meminjam dengan along ni. Tak pasal-pasal den pun terlibat dalam cerita ni. Ni cerita ticer Goki, ticer India kat tadika saya tu. Adik dia  berhutang dengan along, hutang bulan ogos baru ni, diorang sekeluarga pun baru dapat tahu bila geng along datang buat lawatan mengejut ke rumah diorang. Terkejut sakan dibuatnya, hutang rm10k campur bunga dah jadi rm20k. Mana nak cekau duit nak settlekan dalam masa terdekat ni. Kalo tak adalah musibahnya...janji si along.

Selama ni saya tau bahaya pinjam along ni dari bacaan je. Hari ni jadi depan mata. Walaupun dia tak seagama tak sebangsa tapi dah bekerja di bawah bumbung yang sama, sikit sebanyak tempiasnya terasa juga. Contohnya hari nilah, ticer Goki tu terpaksa amik EL nak settlekan masalah hutang adik dia tu. Bila tak cukup ticer murid-murid pun berterabur. Time kelam-kabut macam ni ada plak parent datang nak survey tadika untuk anak dia tahun depan. Harap-harap settle secepat mungkin, aduihhh, tak larat nak stayback hari-hari. Den ni monjak dah tetuo ni manjo bona, tido tongahari dah macam wajib, tido plak tu nak suasana sunyi sopi baru dapat lena, tak macam zaman mudo maren, lotak kepalo jap bising memokak camano pun den boleh yo leno. Haih...tulah kan Allah dah tarik nikmat hidup sikit demi sikit..dah makin laju langkah ke sana rasanya...

Tulah yang den nak membebel hari ni. Sajo yo, kang kalau tak cari-cari cerita, lansung hilang mood nak membebel tu. Terimakasihlah yo, sudi singgah, sudi baca, sudi komen, heh,heh..
Bukan tak nak tolong, duit simpanan saya
pun tak sampai 10k lagi, huhu..
Masa muda-muda dulu, dapat landing macam ni
pun bole lena, ni dah tuo, kemain lagi nak tido siang kejap pun nak kena selesa baru bole lena.
Ni tengah cari mood nak lena jap pun jadilah, kalau tak dapat lena nak masak dinner tu pun rasa macam nak pejam je, menguap sampai berair mata. Korang tak buasa tido siang ek? Tido sebelum masuk waktu zohor walaupun setengah jam sebenarnya satu sunnah tau. Haih, baiknya Allah, tido pun Allah beri pahala..

8 Oct 2016

Terkenang semasa dulu..

Terkenang semasa dulu, hatiku merasa rindu..cewahhhh..aduihhh, aduihhhhhh...sakit pinggang aku!!

Bukan taknak basuh masa ada air. Masalahnya baru selesai satu round, nak masuk round kedua air dah tak keluar, air tak naik atas sebab tekanan air rendah. Jadi, basuh seround ada lagi dua round, tak selosai-selosai, masalah boto lah hai.

Jadi hari ni nak balik rumah MIL kat Rombau, hajat eh nak tumpang mendobi, pastu rasa cam malu lak nak bawak sampai tiga bako tekau, jadi kekonon eh nak basuh dulu sebako, tenyeh-tenyeh kek bilik air bawah, pastu bawak bilas kat luar rumah, dah raso cam membasuh kek sungai lak, tenyeh-tenyeh bilas, Alhamdulillah selosai sebako. Pastu konon eh nak tunjuk kek toklaki, bagitaulah dia betapo gigih eh den mendobi baju dalam takdo-takdo air nih. Kek paip luar tu ada je air. Laju lak tu.

Sekali toklaki den bagitau tu pun air tangki! Haa! Air tangki, ayo boto..habislah koring air tangki den, huwaaaa...
Sebako, baju harian anak-anak.
Sebako laie, baju sekolah anak-anak den.
Sebako laie, baju den amo taklaki, tenyeh-tenyeh bilas, kat luar rumah, sib baik boleh selindung
di sebalik kereta. Haii, nasib bila catuan air nih.

Bila sesekali membasuh camni, teringat plak membasuh baju kat sungai dulu-dulu, zaman budak sekolah rendah. Membasuh baju sejam, berendam dalam sungai tiga jam, mak kat rumah tunggu lah, mana tak balik-balik lagi nih. Ishhh..

6 Oct 2016

Juasseh agro park, kebanggaan anak Melayu.

Hish..kalau dah stuck dek macam-macam hal, mulalah malas nak tulis entri berilmiah sikit nih. Tapi demi nak sokong anak melayu, yesss..Melayu boleh. Bangga sangat dengan semangat Mak lang dan Pak lang yang gigih mengusahakan Juasseh Agro Park ni. Terletak di daerah Kuala Pilah, kira-kira dalam15km dari pekan Pilah, letaknya memang agak ke dalam. Sayalah, agak cuak juga entah ke mana-manalah nak pergi ni, rasa macam tak sampai jer. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Kami pergi ahad 4/10 / 2016 lepas.

Diusahakan sejak tahun 2008, ( maaf kalau saya tersilap, ingat-ingat lupa, sebab tak catit, konon terer boleh ingat ) tapi diupgrade ke Juasseh Agro tourism dalam tahun 2012. Rasanya ini adalah salah satu usaha yang patut menjadi kebanggaan kita semua.
Nilah mak lang, sayangnya pak lang menghilang..
Tak nampak plak bayang paklang di hari kejadian.
Di depan sign board, suasana di dalam, kebetulan pada hari tu ada pelajar tahfiz datang buat khemah ibadah di sana. Kalau nak buat Hari Keluarga pun boleh.
Ada juga tempat riadah seperti flying fox, rock
climbing, tapi kena booking dua hari sebelum pergi, sekali aktiviti rm20.
Ada juga mini zoo, yang menempatkan
burung-burung, ular sawa, ular sawa tu
moncongnya dah luka sebab asyik hentam
dinding dawai tu bila ada orang datang dekat.
Nilah kandang lembu susu yang
menempatkan anak-anak lembu susu
baka Australia, best dapat pegang-pegang anak
lembu, bagi makan rumput yang ditanam khas untuk makanan lembu ni. Ada kawasan khas untuk lembu-lembu bunting, tapi pelawat tidak dibenarkan masuk atas sebab dikhuatiri terkena jangkitan penyakit lembu.
Produk susu pelbagai perisa seperti
vanilla, coklat, strawberi, keladi..sebotol
kecil rm2.50, tapi susunya memang terbaiklah
enak banget..
So, kengkawan..apalagi, jom kita sokong anak melayu kita supaya terus maju setanding dengan bangsa lain. Nak masuk pun takdelah mahal, rm10 dewasa, kanak-kanak bawah umur 7 tahun lain harga, murah sikit. Selain Juasseh agro park ni, ada juga tempat yang tak kurang menariknya iaitu Ladang alam warisan, ada aktiviti berkuda, memanah dan banyak lagi. In shaa Allah cadang eh nak poie gak satu hari bila free-free nanti.

Air kena catu lagi.

Baru settle dua, tiga hari, lega.. Masya Allah, tetiba empangan Semenyih tercemar lagi oleh tangan-tangan yang tak bertanggunjawab, sehingga ramai yang menderita, cewahhh..ada gaya pemberita tak?

Ekoran catuan air tersebut, tadika kami pun terlibat juga. Dah dua hari anak-anak tadika tak mandi sampai petang, balik dengan bucuk macam. Yang gawatnya bila anak-anak ni nak membuang, suruh tahan takkan maunya diorang. Jadi terpaksalah minta kerjasama parents bawak air dari rumah. Alhamdulillah, parents faham.

Jadi penuhlah kat tadika dengan botol-botol air besar kecik semua ada. Ermmm...harap-harapnya cepatlah bekalan air pulih macam biasa.

3 Oct 2016

Madu kelulut sedapnya.

Sampai di jalan masuk rumah MIL tak dapat jalan sebab ada dahan jatuh menimpa batu kuburan, ishhh...ternyanyi lagu Kartina Dahari lah plak., mwehehe..dahan getahla, jatuh atas jalan. Laling dengan anak turun nak alihkan tengok-tengok ada sarang kelulut, dahan tu dah lompong makan dek anai-anai. Apalagi tak kesuman ( tu bahaso mak mentuo den la ) diorang memikul batang gotah bawak balik rumah MIL, hoi,hoi ya hoi...pinjam istilah ustaz Kazim plak.
Nilah rupa sarang kelulut. Yang ketul kecik warna coklat tu, lilin dia, dalam tu ada madunya.
Nilah hasilnya, original from
dahan pokok getah, rasanya pada
sayalah, kelat-kelat manis, cair jernih je.
Tak sama macam yang pernah beli, yang
beli tu ada rasa masam-masam.
Sebenarnya hari ni, kitorang ke Juasseh agro park. Tapi nantilah saya cerita on next entri ye. Menarik tau korang, bangga sangat sebab ada anak melayu kita yang berjaya walaupun duduk jauh di sudut kampung. Korang pun jangan-jangan tak pernah dengar nama kampubg Juasseh tu kan?

2 Oct 2016

Hijrah kepada yang lebih baik.

Sudah semestinya itu menjadi azam kepada kita sempena memgambil berkat awal tahun baru hijrah 1438 H hari ini. Sekurang-kurang kita menyimpan azam untuk
~ menjadi insan yang lebih baik.
~ menjadi pekerja yang lebih produktif dan rajin.
~ menambah nilai amal ibadah.
~ kalau seorang isteri sudah semestinya berazam untuk menjadi lebih solehah.
~ kalau seorang suami mau berusaha untuk lebih bertanggungjawab.
~ anda seorang pelajar sudah semestinya berusaha untuk lebih cemerlang.
~ anda seorang anak berusaha untuk membahagiakan kedua ibubapa.

Tak kira siapa pun kita dan apa azam kita, kita berusaha merealisikannya. Kita ambil semangat perjuangan Rasulullah yang tak pernah gentar menghadapi rintangan dalam menyampaikan kebenaran.  Takde guna kita menyimpan seribu azam bila kita tak mula melangkah dan cuma berharap dari tempat kita berdiri sahaja.

Bagi saya, saya cuma mau minta agar diberikan kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari semasa ke semasa. In shaa Allah.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign