Asam Garam Kehidupan: April 2020

Nuffnang

Pages

29 Apr 2020

Sketsa 5 Ramadhan pkp

Semalam 27hb 4, pelajar2 ipt mula dibenarkan balik kampung selepas sebulan lebih sangkut kerana pkp. Alhamdulillah legalah perasaan ibubapa menerima kepulangan anak masing2 lebih2 lagi dalam suasana meraikan Ramadhan yang penuh berkat ini.


Tapi anak saya masih sangkut di uia kuantan, tak dibenarkan balik kerana kawasan hulu langat ni masih dalam zone merah, cuma di mukim beranang ni di bawah zone kuning kerana masih ada satu kes covid 19. Jadi dari 17hb mac sampai hari ni 28 april dan akan bersambung lagi sehingga 12 mei ( tolong betulkan jika saya tersilap), bermakna sudah sebulan lebih dan kalau dalam tempoh tersebut keadaan masih tak berubah, maknanya masuk 2 bulanlah anak saya berkurung di bilik sorang2. Kawannya yang 3 orang cekal berani dah lepas balik masa 18hb mac itu hari dah, tinggal dia sorang2 dengan beberapa orang lagi kat bilik2 berlainan. Katanya ada lebih kurang 200 orang lagi yang tinggal. Tapi mungkin dah berkurang sebab pelajar2 di sebelah utara dah dibenarkan balik.

Saya tau dia tak apa2 di sana. Ada makan dan dalam keadaan sihat2 saja. Tapi hati ibu ni kan...kalau anda yang membaca ni juga seorang ibu, tentu faham gelora yang ada dalam hati saya saat ni. Bila dengar suara dia yang sedih, lidah saya jadi kelu nak berkata2, saya biarkan dia meluahkan perasaannya sambil saya menekan perasaan sendiri dalam2....

Anak saya cerita dia dengar ada kawannya menjerit2, menangis,hempas pintu sebab tension terkurung. Mereka tak dibenarkan ke mana2 kawasan kolej pun, kalau ada yang merayau guard akan halau balik ke bilik. Dorang cuma boleh keluar ambil makanan yang diletakkan di satu  bilik lain dan terus balik ke bilik semula. Kafe pun tak dibuka. Betul2 terkurung. Bayangkan bagaimana perasaan mereka, nak belajar pun memang tak semangat lansung lah. 

Selepas 18 mac tu ada parent yang datang nak ambil anak mereka, jangankan dibenarkan jumpa, melepasi gate pun tak dibenarkan. Saya tak salahkan sesiapa, tidak pihak pengurusan universiti, apatah lagi pihak berkuasa yang menetapkan undang2. Apa yang berlaku sekarang ni bukan ujian untuk saya seorang, atau untuk beberapa individu, malah seluruh rakyat Malaysia, seluruh dunia sedang diuji dan teruji dengan satu bentuk ujian yang tak pernah dihadapi sebelum ini. Apa yang mampu saya buat hanya memanjatkan doa yang tak putus2 agar ujian dan musibah yang melanda ini akan segera diangkat oleh Allah swt, biarpun kehidupan yang bakal ditempoh selepas ini tidak akan berlansung seperti sebelum wabak ini melanda.

27 Apr 2020

Sketsa 3 dan 4 Ramadhan pkp.

Alhamdulillah, rezeki melimpah semalam dan hari ni sampai tak terhabis makan..
Abang Iman kerja dengan mak kawan dia yang berbisnes karipap. Memang selalu dapat karipap free. Ni yang semalam, 3 ramadhan. Reject pun ok jer, sedap je makan panas2 masa buka puasa..Alhamdulillah..
Yang ni hari ni punya, 4 Ramadhan pkp, makin banyak pulak diberinya. Ada lopes, ada kuih bakar, burger Malaysia, puteri 3 sebilik, kuih koci..dan sepinggan lagi karipap reject, hihi..
Ni belum masuk pemberian dari jiran sebelah. Alhamdulillah..
Tak terabis weyh. Kalau tak musim pkp memang dah suruh anak2 bagi kat jiran2 lain pulak, lagilah bulan puasa ni dorang malas nak keluar rumah, letih katanya. Tapi takpe..kita simpan dalam esbox mana yang tak habis tu, esok kita masuk dalam kukus, panaskan semula, bolehla dimakan semula.

25 Apr 2020

Sketsa 2 Ramadhan pkp.

Dah tak pi bazar, ramailah yang buat servis jual makan online, kalo kat taman den ni bertimbun menu jualan yang boleh merambangkan fikiran pulak, bukan merambangkan mata macam kat bazar life tu lagi dah, hai..kacau2x. Dah2x...takyah tenung lama2x, nanti tak pasal2x terasa nak juga membuat pelaburan secara tak berbaloi kang.

Hihi, nak beli sikit2 boleh je. Nak tambah2x menu kat meja makan, cuma jangan sampai tak termakan sudahla..mak2x..kemonla efford sikit tunjukla skil masak yang selama ni tersembunyi tu..

Baguslah para penjual makan ni ada usaha nak mencari rezeki tambahan, takde bazar life, bazar online pun jadi juga..cuma yang tak bestnya macam kat atas tu..huhu..caj codnya mahai sangat. 

24 Apr 2020

Steksa Ramadhan pkp 2020

Sebut bagi jelas tu, bukan apa..untuk kenangan, mungkin inilah Ramadhan dalam pkp dalam seumur hidup kita kan. Suasana berpuasa yang tak pernah kita lalui sebelum ni, betul tak? Puasa tahun nilah kita tak dapat pegi tarawih ramai2😪, yang nilah paling aku terasa hilang meriahnya puasa, kalau tak..meriah suasana malam tu macam waktu siang, dengar suara budak2, derum motor kereta menghala ke surau/masjid. Dah habis terawih tu kang anak2 la kadang ada je bawak balik moreh dari surau. 

Puasa tahun ni juga first timenya takde bazar Ramadhan, hermmm..ok kot, mak2 kan tak pi kerja, jadi apa salahnya masak sendiri juadah buka puasa kan. Apa? Nak beli juga..hmmm..terpulanglah..asal jangan sampai membazir. Yang paling bagus dah takde pakej buka puasa kat hotel2 tu, yang harga satu kepala mencecah ratus pun ada..entah apa nak disumbat dalam perut tu pun tak taulah. Harap sangat tahun ni takde pembaziran makanan sebab pakej2 buka puasa macam ni ye tak??

Puasa tahun ni jugala rasanya first time jalan raya tak jem, mana2 korang yang kena kerja time pkp ni takdelah risau2 lagi tak sempat buka puasa kat rumah, betul dok? Hihi..
Dan puasa tahun ni jugalah ayah2, pak2 yang tak perrnah jadi imam terawih tu berpeluang jadi imam terawih ye tak? aishhh..yang ni patutnya sebut kat atas tadi, hihi..baru teringat.

Apa2 pun saya nak ambil peluang ni untuk mengucapkan Ramadhan kareem kepada anda semua. Ingat..walaupun kita berada dalam pkp..semangat Ramadhan mari kita semarakkan juga, siapa tahu,  Ramadhan pkp nilah juga Ramadhan terakhir kita...


21 Apr 2020

Buah melaka labu pkp.

Jom kita buat kuih melaka pulak. Yang ni bukan beshe2,tapi sedikit luar biasa, hehe.. Almaklum dah nak bulan Ramadhan kan, mana tau nak buat resepi berbuka kan.
Beli labu sebelah, tak boleh nak habis sekaligus. So ada kawan habaq buat lagu ni. Rebus and frozenkan dia, nanti nak buat cekodok ka, lepat ka..senang. Baguih no camni, tak membaziaq.
Jom, kita buat buah melaka labu plak. Isi labu tu hang campuq dengan tepung pulut, kalo banyak isi labu kenala lebih juga pulutnya. Kalo labu yang baru direbus tu, tak perlu campur air lain pun ok dah. Isinya gula melaka tulah juga. Yang gambaq ni ceq belum rebuih lagi. Kang dah siap rebuih dia timbui cam buah melaka yang besa tu juga, hangpa angkat dahtu nanti salut kelapa cam buah melaka tu lah juga. 
Selamat mencuba no.

20 Apr 2020

cekodok labu pkp.

Labu kan murah. Beli sesuku boleh guna dua kali sebab anak2 tak makan labu. Ermmm, bukan labu je dorang tak makan, sayur lain pun tak makan juga.  Jadi sesuku bagi dua, buat lauk lemak kuning campuq pucuk belalai gajah. Yang lebih tu bolehla buat cekodok untuk minum petang2 kan.

Korang pernah buat tak cekodok labu ni, alahaiii very the easy sangat2weyh.

-Labu buat kulit direbus. Kalau susah nak buang kulit tu rebus jer sekali ngan kulit pastu baru buang kulitnya.
-Gula secukup rasa, sedikit soda bikarbonat dan sedikit sodium bikarbonat ye.
-Tepung gandum faiza. 
-Pastu bancuhla buat macam bancuh cekodok pisang tu dan gorenglah macam goreng cekodok pisang tu juga, hehe.
-Sedia untuk dimakan panas2, sedappp. 

Labu ni boleh gak buat pengat, buat lepat, buat bingka, buat buah melaka...cuma antara rajin dengan tak aje.
Ha, tengok ni..gebu je, bolehla buat stok menu untuk bulan puasa nanti kan.

14 Apr 2020

kisah lucu Firaun terkentut2.

Alkisah Firaun ni salah satu kelebihannya ialah dia sentiasa sihat, tidak pernah sakit samada yang ringan seperti demam, batuk dan sebagainya. Malah sakit2 yang berat pun tidak pernah dialamainya sehingga dengan sebab itu dia merasakan dirinya hebat lantas mengaku dirinya tuhan.

Nabi Musa yang mengajaknya beriman kepada Allah sangat dimusuhi. Firaun mempunyai ramai tukang2 sihir yang hebat sedia berkhidmat kepadanya membuatkan dia semakin sombong. Suatu hari nabi Musa dicabar menunjukkan kehebatan berlawan dengan tukang2 sihir Firaun. Seperti yang kita tahu nabi Musa mempunyai sebatang tongkat yang sebenarnya adalah ranting kayu yang dipatahkan dan dibawanya sewaktu mengembala kambing. Jadi sewaktu tukang2 sihir mencampakkan tali2 yang kemudiannya berubah menjadi sekian banyak ular2 kecil, lalu nabi Musa diilhamkan oleh Allah supaya mencampak tongkat di tangannya yang kemudian berubah menjadi seekor ular yang sangat besar. Alangkah terkejut beruknya Firaun sehingga terkentut2 berulang2 kali yang mana bunyi kentutnya dapat didengari oleh nabi Musa dan beberapa orang yang lainnya. Ular besar tersebut menelan ular2 kecil yang dibuat oleh tukang2 sihir itu..
...
Tongkat nabi Musa lebih kurang begini saja bentuknya. Sebelum ni saya bayangkan bentuknya hebat macam yang ada dalam cerita2 magic tu. Tongkat tu ada di muzium Topkapi di Turki, cuma sayangnya kami tak dibenarkan merakam gambarnya. Ada pedang nabi Daud, Quran lama tulisan tangan, jubah siti Fatimah dan beberapa lagi yang saya pun dah tak ingat dah.

13 Apr 2020

Togey pkp.

Nak pi kedai selalu2 pun susah, so usahalah buat togey sendiri. Senang sangat rupanya, fresh pun fresh.

Banyak je tunjuk kat Youtube, bolehla kita cuba mana yang paling mudah, ye tak..hihi.

-Den guna periuk kukus dengan tuala kecik. 
-Kacang ijo agak2 dalam segenggam, rendam pagi sampai petang.
-Tuala kecik lapik dalam kukus, tabur kacang, tutup bahagian atas dengan tuala yang sebelah lagi, siram.
-Siram 3,4x sehari, jangan buko2 nanti dia merajuk kang, hehe.
-Tutup periuk kukus tu dan simpan di tempat gelap.
-Dalam 2 atau 3 hari bolehla dituai hasilnya.
Tadaaaa..banyak ni bolehla untuk 2 kali masak.

11 Apr 2020

lagi koleksi pkp..murtabak nasi.

Ni nama resepi yang saya kasi sendiri sebab ada rasa cam mutabak, hehe.
Jom tengok.

MURTABAK NASI.
-Nasi left over.
-Telur 2@3 biji, bergantung pada banyak mana nasi yang tak habis tu.
-Carrot, potong halus2 ikutlah banyak mana pun.
-kubis potong halus.
-Daun bawang potong halus.
-Daun sup.
-Sedikit garam 
-Sedikit rempah kari daging.
(kalau ada daging ayam cincang lagi sedap)

Telur dipukul, masukkan semua bahan yang lain, gaul rata.
Bolehla dimasak dengan saiz yang disukai, dah masak lagi sedap dicicah dengan sos.

Anak den suko sodap kato eh. Musim2 pkp ni kenalah kretip sikit, membazir pun jangan. Mana yang ada kita makan dengan rasa bersyukur sebab makan kita tak terjejas pun, ada yang berlebih2 lagi pun, macam2 jenis makanan dan masakan diupload dalam media sosial masing.

koleksi masakan di musim pkp.

Lama dah tak menulis. Hilang mood yang teramat sangat weyh gara2 pkp. Nak kata sebab kena berkurung tak juga sebab den ni surirumah memang sebelum2 ni pun takdolah pi memano sangat pun. Tapi perasaan tu jadi tak keruan jer. Banyak benau yang menjadi kerisauan..

Teringat pulak nak share masakan dan aktiviti di musim2 pkp nih. Tapi takat masakan biasa2 jelah, lauk2 kampung. Yang penting berjimat cermat dan yang kurang kolestrol. Antara yang menjadi kerisauan tulah dianye..menjadi semakin tembam bak tong drum, betul tak..asyik makan, tido, makan tido..
Ha..yang ni lauk kampung sesangat. Dapat resepi dari kawan.

Jom kita tengok.
PINCUK.
Bahan2.
Tempoyak 3 ke 4 sudu.
Sedikit air.
Ikan yang dibakar tawar.
Cili ikut suka, nak pedas lebihkan cili.
Timun saiz sedang dicincang2.

Cara membuatnya.
Tempoyak bancuh dengan air. Cili tumbuk masukkan dalam tempoyak. Ikan bakar ambil isi masukkan dalam tempoyak. Last masukkan timun yang dicincang, kalau kurang masin tambahla sedikit garam. Ada tempoyak yang memang dah masin tak perlu tambah garam dah.

Siap dihidangkan dan dinikmati. Senangkan? Tak payah dimasak pun, hihi..
Hidangkan bersama ikan goreng jer, berjimat cermat di musim pkp nih.
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign