Asam Garam Kehidupan: Segmen

Nuffnang

Pages

Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

15 Jan 2015

My Birthday Give Away-by Dr. Shikin.


Saya ditag untuk join segmen Dr. Shikin ni. Tq Ciksiti PruBSN.Takaful. Pastu saya pun disyaratkan untuk tag sorang lagi rakan blogger, jadi saya nak tag...Fair babY_pose

13 Jan 2015

1st Mini Cash Giveaway 2015 wwwbubblynotes.com.

Klik banner untuk join

Farah..akak join segmen Farah yea.

Tapi first nak minta sori sebab jarang berkunjung ke blog Farah, bukan sombong tau, cuma kekadang tu bila Farah banyak bagi tips tentang anak-anak, bila anak demam,  camane nak hilangkan lebam atau camane penjagaan rambut anak yang kerinting...( sori tau tak dapat bagi link kat entri-entri yang akak sebut tu, line tenet slow sangat ni ) jadi rasa macam dah tau, keh-keh..

Cuma, akak memang salute sebab Farah rajin sangat update entri, kadang tu sampai empat lima satu hari kan, ishh..dalam sibuk-sibuk kerja dan menghadapi kerenah si mata boolat Ash yang makin lasak tu kan, kalau akak memang tak terkejar, pastu takde idea la nak selalu update..shhhhh..Farah cer bagi tips camane nak cari idea untuk update blog selalu..

ok la Farah..semoga terus gigih membesarkan Ash, terus dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan bubblynotes terus ceria dengan berbagai tips berguna untuk ibu-ibu muda di luar sana.

2 Jan 2015

Sikit je pagi ni.

Alhamdulillah, dengan bantuan kakak., thanks kakak, love you, mmmuah....boleh la tukar header baru dan tambah apa patut sempena menyambut awal tahun 2015 ni. Nak buat canggih-manggih sangat tu tak pandaila pulak, jadilah supaya ada sedikit penambahbaikan, hamboi..bukan main istilahnya, he he..

Hari ni takde apa nak cerita sangat. Cuma pagi ni nak pegi tengok tempat kerja kakak di sebuah taska, kakak jadi pengasuh bebudak, itulah pilihan yang ada buat masa ni, Alhamdulillah..nampak sangat kakak dah jemu duduk kat rumah, yelah..duk asrama macam-macam benda boleh buat, panjat gunung, outing, berkayak, memanah..kat rumah asyik-asyik kena marah dengan ibu sebab tak pandai potong bawang pun..

Pastu, kalau sempat nak ziarah pusara bonda, dah hampir dua bulan tak ke sana.Bukan sengaja..sibuk dengan hari penyampaian hadiah dan hujan sejak kebelakangan ni..mudah-mudahan hari ni Allah izinkan.

Dan sekali lagi..minta sangat dengan kengkawan yang join segmen saya hari tu dapat segera hubungi saya di whatsapp 0122127148, atau sms ke 0189010340 dan tinggalkan alamat anda untuk sedikit cenderahati, in shaa Allah..

Dan..tak lupa..ampun maaf salah silap, semoga rahmat, kasih sayang dan pengampunan Allah selalu bersama kita, aminn.

kenangan syawal 2014. Kakak dan adik-adik.



1 Jan 2015

Jawaban bagi segmen jom join segmen saya: Ambillah iktibarnya.




google imej

Alhamdulillah...segala puji bagi Mu ya Allah..sebaik-baik Pencipta, Pengatur, Pengurus seluruh perjalanan hidup kami. Bertambah setahun lagi usiaku, bermakna semakin dekat aku dengan kematian..Allahhhhh...usia yang makin bertambah, amalanku tak seberapa ya Allah, ampunkan daku wahai Tuhan, aku lemah, selalu hanyut dalam godaan mazmumahku..ku mohon, pimpinlah daku lagi, agar pandai membesarkanMu..

Seperti yang saya janjikan, hari ni 1/1/2015...saya akan beritahu iktibar atau pengajaran bagaimana yang saya maksudkan bagi segmen saya di SINI, semua jawaban yang diberikan adalah betul, cuma...kurang tepat. Tapi In shaa Allah saya akan beri sedikit cenderahati bagi semua yang join aritu. Biarpun tak ramai, saya puas hati at least saya dah buat satu segmen yang membuatkan anda yang join terpaksa mengerah otak sedikit..ha ha..

Senarai peserta yang join segmen saya aritu.

1.http://madey09.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html 

2. http://www.akusyafiq.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

3.http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

4. http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibarnya.html

5. http://zakiepurvit.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-azie-ambil-iktibarnya.html

6. http://www.kisahpondokkecil.com/2014/12/jom-join-segmen-saya-ambillah-iktibar

7. http://hnr318.blogspot.com/2014/12/renungan-asam-garam-kehidupan-ayuh.html

8. http://baby-pose.blogspot.com/2014/12/jom-join-segmen-blogger-na-ambillah.html

jadi...nak tau tak apa iktibar, atau ibrah atau pengajarannya. Mestilah nak kan. Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup kita di dunia ni amat rugi sebenarnya jika tidak beramal. Hidup yang singkat, amalan yang sedikit cukupkah untuk bekal perjalanan kita yang sangat panjang di sana nanti. Ibaratnya yang tidak mengutip sebarang permata akan menyesal..hidup di dunia tidak beramal, pulang dengan tangan kosong, menyesal yang amat sangat, nak pulang ke dunia untuk berbuat amal tapi mana mungkin lagi.

Yang mengutip banyak pun menyesal..ya..yang berbuat amal pun menyesal kerana tidak bersungguh-sungguh menambah sebanyak mungkin amal, pun minta untuk pulang ke dunia untuk bersungguh-sungguh lagi menambah amal, pun mustahil juga.

Yang mengutip permata tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh  dibuang semula permata-permata itu, pun amat menyesal..rugi kan, orang yang dulunya gigih beramal tiba-tiba terpedaya dek bujukan dunia sehingga kembali lalai dalam beramal,  pulang ke akhirat dengan seribu penyesalan yang tidak dapat digambarkan.

Jawaban yang hampir tepat diberikan oleh peserta nombor 7. Apapun jawaban kengkawan yang lain pun amat betul untuk konteks hidup kita di dunia. 

Jadi saya minta semua yang join segmen saya ni hubungi whatsapp saya di 012 2127148 atau nak SMS pun boleh ke 018 9010340, bagi alamat, in shaa Allah cenderahatinya akan sampai, cuma antara lambat dengan cepat je, al maklum kunun tengah sibuk awal tahun, he he..So..jangan lupa tau, hubungi saya tinggalkan alamat kengkawan yea.

Jazakumullahu khairan kasiran.

31 Dec 2014

JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

********************************************************************************
Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.


google imej
*********************************************************************************

Assalamualaikum semua..entri di atas tu adalah SEGMEN yang julung-julung kali saya buat semenjak saya berblog ni, puas saya memikir-mikir macamana saya nak buat sebuah segmen yang darinya sesiapa yang join dapat sedikit ilmu dan iktibar, so inilah dia..senang je..ceritanya ada IKTIBAR nya, bagi sesiapa yang dapat memberi ulasan atau iktibar  yang paling tepat, in shaa Allah ada hadiah yang tak seberapa untuk kengkawan yea.

Syarat nak join mudah saja.
1. Sudilah follow blog saya, jadi teman ukhwah saya. ( kawan yang dah sedia follow pun boleh join)
2. Kalau sudi jadikan saya dalam bloglist anda. ( taknak pun takpe )
3. Copy cerita di atas tu, beri komen berbentuk iktibar dan backlink ke sini.
4. Tinggalkan URL entri kat comment box.
5. Segmen ni akan berlansung sehingga 31/12/2014 sahaja. So ini adalah sticky entri, untuk entri baru sila skroll ke bawah, tq....tapi rasanya untuk tempoh ni, takde entri kot, sbb nak BW ke semua blog kengkawan baru yang sudi join di sini.

Oh ya..satu lagi khabar gembira yea..( gembiralah sangat kan, gembira bagi saya ofkoznya )...kepada rakan follower baru saya akan follow back dan jadikan anda sebagai bloglist saya juga. Haaa..so tak rugi join tau.

28 Dec 2014

SEGMEN: Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Terjumpa segmen ni kat blog cikgu rajin@etuza, jadi saya ni
dah macam jadi habit plak, cikgu join saya pun nak join,
mana la tau kalau Bro HH

sudi nak menjengah ke sini kan
siapa tau.

Asalnya saya wujudkan blog ni kerana ingin meluahkan rasa rindu pada almarhumah bonda saya yang genap 3 tahun meninggalkan saya esok 29/12/2014...saya luahkan seluruh rasa rindu, sedih, kenangan bersama almarhumah bonda, rasa terkilan dalam entri-entri awal saya. Semuanya berkisar pada rasa kasih seorang anak pada ibu tercinta yang telah pergi buat selamanya.

Tapi kemudian saya sedar, saya tak seharusnya terus hanyut dalam kesedihan. Walau bagaimana sedih, terkilan, rindunya saya pada pada almarhumah bonda, dia takkan kembali...
jadi saya beralih menulis lebih kepada entri yang bersifat mendidik, mengajak ke arah kebaikan, ada juga berkisar pada kisah anak-anak dan kerjaya saya sebagai guru tadika.
Tapi in shaa Allah rasanya saya takdela menulis perkara-perkara lagha.

Dan sekarang ni, kalau bolehla saya nak Bro HH ajar saya bagaimana bole saya jana income melalui dunia blog ni. Nak juga ramai kenalan supaya dapat kongsikan lebih lagi perkara yang bermanfaat, in shaa Allah.

NAMA BLOGGER: NOR AZIMAH ( saya pakai nama penuh yang keluarga saya bagi )
EMAIL: azie.shukor @gmail.com
URL:http://srikandiofficialblog.blogspot.com/

20 Dec 2014

Simple GA: Vietnam Shawl by Dr. Shikin.

Simpe GA: Vietnam Shawl
Haa..pepagi ni tetiba mood riang datang, taknak layan mood sendu
sebab kene berenti keje semalam,huwa. huwa..opss..kata taknak layan.
Ok juga kot dapat hadiah shawl ni, boleh bagi kat anak yg suka
pakai shawl tu..join untuk suka-suka, moga bertambah lagi teman alamaya
Jom kenkawan, sempat lagi sape nak join.

Oh yea syarat nak join tu DI SINI yea.

7 Dec 2014

Yess..saya dah masuk icon gratify cikgu rajin.


Saya dok BW malam ni, so bila ada peluang tu BW puas-puas, terjah sana, terjah sini. Blog cikgu Etuza ni pun malam ni saja dah dua kali saya terjah, tetiba saya teringat nak klik kat bloglist beautifully tu, alamak sedihnya tengok blog saya dah hilang dari senarai..

Pastu saja jelah klik kat icon gratify tu, ehh..laaa..rupanya saya dah masuk senarai bloglist kat SITU rupanya. Terimakasih cikgu Etuza. Malu saya..almaklum saja blog saya tu sangatla entah apa-apa, cerita-cerita biasa je, cuma saya nekadkan dalam hati saya tak mau sampai ada cerita-cerita lagha, kalau bole biarlah apa yang saya paparkan dapat memberi sedikit-sebanyak manfaat kepada sesiapa saja yang berkunjung.

Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga..

30 Nov 2014

Segmen pencarian bloggers dan bloglist IKON GRATIFYING by Etuza.

http://madey09.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloggers-bloglist-ikon.html
Alamak!! tinggal hari ni dan esok je lagi bagi sape-sape nak join
segmen cikgu rajin ni, sape lagi kalau bukan cikgu Etuza kita.

Sila klik SINI untuk lebih jelas lagi. Sila, sila..meriahkan
segmen cikgu rajin, he he.

15 Nov 2014

PENCARIAN ANUGERAH TROPI 2014 BY ETUZA.

Sebenarnya saya tak tau cara nak copy banner ni., cuma nak jadi rezeki, tiba-tiba terklik camane entah, baru dapat copy banner kat bawah tu.

Sebenarnya saya malu nak tanya UA caranya, hi hi..( malu nak ngaku tak pandai )

Sebenarnya saya sibok bebeno sari dua ni dengan majlis hari keluarga di tadika. Ni pun pepegi lepas subuh terus online, haaa..demi seorang sahabat tau..

Tapi...haaaa..sayang UA..demi dia tau..dia dah tag kita plak tu, demi UA yang baik hati, sibuk pun,
susah nak buka blog ni sebab UA kata tulisan jadi berombak-ombak buat dia pening, tapi
dia still sudi datang ke rumah saya yang tak sepertinya ini, terharu sangat..

Tapi tula, ahad 16/11 ni memang tak dapat nak online macam yang cikgu Etuza suruh tu, sebab pagi-pagi lagi saya dah bertolak ke dewan tempat berlansungnya majlis hari keluarga untuk buat last preparation.

Tapi..tak kesahla..asalkan dah memenuhi undangan UA yang dikasihi.
Dan awal-awal lagi nak ucapkan tahniah kepada siapa yang menang anugerah ni nanti..tahniah..
tahniah..tahniah.

o ye..untuk syarat-syarat yang lain bole la rujuk kat blog cikgu ETUZA yang teramatlah rajin tu, 
selalu suka kasi-kasi hadiah tu, ha ha..kasi jek sikit..

29 Sept 2014

Segmen: Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blogJINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!
Paris Giveaway by JINDRISSKA

Pagi-pagi buka blog rupanya kena tag by Bbwana Adienia, tq dear..untuk sesama join GA ni, so pepagi ni kak NA ( cam best je kalo sesape nak panggil dengan nama ni, he he ). Manalah tau kot ada rezeki dapat hadiah, tak dapat hadiah, kot ada yang sudi nak jadi rakan ukhwah tu lagilah seronok kan, so..kalau ada yang sudi nak join tu, silakan, ada masa lebih kurang sebulan lagi.

Pastu nak kena tag 3 orang rakan blogger yea, ermm..
1. Hajar Ras'h
2. Cikgu Ayu Insyirah.
3. Yun Sing.

Jommmmmmmm...meriahkan dunia alamaya kesayangan kita ini dengan pakat-pakat meriahkan segmen/GA yang kawan-kawan kita buat. ( saya nak buat GA ni tapi tak terbuat-buat juga lagi, hu hu ..entah bila entah, jelez la jugak tengok kengkawan buat GA nih, aduhaiii )

7 Sept 2014

Join segmen: 100 rakan blogger.

SUKA NAK JOIN JUGA.

Seronok tau join segmen yang mudah-mudah camni, sape lagi nak join..jom, sempat lagi sampai esok malam pukul 11.

6 Sept 2014

Segmen lagi...upsr oh upsr by cikgu Ayuinsyirah.

UPSR OH UPSR

Ni nak sokong cikgu Ayu ni, moga tabah dan kuat semangat, bertambah dedikasi, dan jangan lupa banyak-banyak muhasabah dan bertawakkal kepada Allah SWT dalam mengharungi saat-saat yang mengharu-birukan ni..:)
Timekasih juga sebab cikgu Ayu sudi jadi rakan ukhwah akak.

4 Sept 2014

Join segmen- dari blog Kerana kau ada.

LINK

Bismilahirrahmanirrahim..
Ni satu lagi segmen yang teramatlah mudah, suka la nak join, takmo join yang susah-susah. Teringin plak
rasanya nak buat juga segmen ni. Bila yek? Hmmm..

3 Sept 2014

Nak join segmen : Nak blog URL..by Macam-macam cerita.

JOM JOIN RAMAI_RAMAI.

..Bismilahirrahmanirrahim..
Kalau segmen yang senang camni memang saya suka nak join, kalau ada rezeki dapat plak simple gift, tapi yang penting boleh juga tambah kenalan dan merapatkan ukhwah sesama rakan blogger..jadi, jom
pakat join ramai-ramai.

7 Jul 2014

Nak join segmen "Pink Lady" lah plak...

#2 Segmen Blogwalking "Pink Lady"

Ada satu kenangan yang tak dapat dilupakan di zaman sekolah menengah dulu. Masa tu di tingkatan lima. Saya dan seorang kawan sangatla tak suka kawad lagi-lagi tengah panas. Selalunya kawad ni memang wajib ada terutama time sukan. sebab apa tak suka kawad? satunya- dahla kena kawad tengah panas, habis kena sunburn, ya Allah..tak suka sesangat, dua..nanti kena booo dengan pelajar lelaki, ni pun sangatlah buat saya tak suka kawad.

Sooo, untuk mengelakkan dari kena kawad, saya dan beberapa orang kawan sekepala yang tak suka kawad pun join kelab Puteri Islam, masa tu uniformnya hanya kain pink, baju kurung dan tudung pink, takde seluar cam sekarang. Yesss..kami yakin kami selamat dari kawad, sebab uniformnya macam tu.

Tapi ya Allah...ya Allah..memang menguji kesabaran betul tahun tu, tahun-tahun sebelumnya Puteri Iskam tak yah kawad, tapi tetiba tahun tu Puteri Islam pun diwajibkan masuk kawad..

Dan memang sakit hati sesangat, memang seperti yang dijangka, memang peserta kawad perempuan kena booo dengan budak lelaki, dan yang paling kuat di-booo, kamilah...sebab kawad dengan kain pink, baju kurung putih dan tudung pink....

13 May 2014

Liebster award- sebenarnya saya pun tak berapa nak tahu ape benda dan apakah faedahnya dari games ni, malas sikit nak membacanya, banyak sangat, lagipun esok keje, so banyaklah yang nak diselesaikan, tapi InsyaAllah adalah manfaatnya tuh, anyway thanks to CN -seorang cikgu yang cukup dedikasi, iaitu

Cikgu Norazimah kerana sudi tag blog yang tak seberapa nih.


1. Pada tahun bilakah blog anda ditubuhkan?
sebenarnya blog akak ni baru nak genap setahun bulan jun ni, tarikh tepatnya 8 jun 2013 dengan entri pertama bertajuk rindu ma.

2. Apakah yang mendorong anda untuk membina blog?
kerinduan pada arwah mak lah yang mendorong akak membina blog ni, untuk meluahkan kerinduan dan kasih-sayang pada arwah mak yang rasanya tidak tertanggung saat itu.

3. Siapakah inspirasi anda dalam penyediaan entry di blog anda?
pada awalnya arwah maklah yang jadi inspirasi, tapi akak rasa tak ke mana kalau akak asyik berkisarkan kisah sedih, rindu mak aje, jadi tuan guru akak dan anak-anak murid akak pun turut jadi inspirasi dalam menyediakan entri-entri akak.

4. Siapakah idola anda dalam dunia blogging?
idola akak? hmmmm...sape yek? ramai rasanya.

5. Apakah target anda untuk blog anda?
Takdelah target hebat-hebat, cuma kalau dapatlah nak tambah rakan ukhwah, tapi akak malas nak buat segmen ke, GA ke, jadi tak taula cara mana boleh nak tambah rakan ukhwah ni.

6. Apakah impian anda yang masih belum tercapai?
banyak juga, antaranya nak pi Makkah.

7. Berikan cadangan 3 nama lelaki dan 3 nama perempuan yang bermula dengan hurul I. (Persediaan untuk nama bakal anak CN nanti, hehe)
Wah, dah ade ke? bestnya..haa ni dia, pilih-pilih.
3 nama baby boy- Idlan Iskandar, Izz Isyraf, Ilham Imtiyaz, 3 nama untuk baby girl- Iman Insyirah, Iman Iwani, Iman Izzati ( kalau ada yang CN berkenan dan nak tau maknanya pm akak ye)

8. Siapakah CIKGU kesayangan anda? Jika ada, teruskan menjawab soalan nombor 8.
alamak CN, dah lama tinggalkan alam sekolah ni.

9. Mengapakah anda sayang akan cikgu tersebut?
sayang semua cikgu dekat sekolah dulu.

10. Apakah pendapat anda tentang blog CN?
menarik untuk dibaca. 

11. Adakah template merah blog CN ni sesuai atau cadangan anda untuk template blog CN?
tak kisah warna apa pun yang penting isinya yang nak disampaikan kepada semua...


Read more: http://www.cekgunorazimah.com/2014/05/the-liebster-award-cn-di-tag-by-maria.html#ixzz31PaSLh6r

Di atas tu adalah soalan dari CN untuk 11 orang yang ditagnya sebagai salah satu syarat dari penyertaan, InsyaAllah akak jawablah ye CN, mintak mahaplah yer kalau-kalau ada antara jawabannya nanti kurang memuaskan hati CN.

Oklah, giliran 11 follower blog ni untuk di tag bagi segmen ini :
  1. me-soul-searching
  2. alumni nurul iman
  3. baby-pose
  4. cinnamon
  5. azieazah-aa
  6. insan marhaen
  7. waeyene
  8. mimialya1
  9. bila jejari menari
  10. harumankasehvee
  11. alwaqiahalmulk.blogspot.com
Ini pula 11 soalan untuk semua follower yang tag, terima kasih...
  1. Terangkan diri anda secara ringkas shj.
  2. Warna kegemaran anda, kenapa?
  3. Sejak bila anda berblog?
  4. Jika direzekikan anda mendapat wang terpijak sebanyak 1 juta, apa yang anda nak buat dengan wang tersebut?
  5. Target bolg anda?
  6. Tempat menarik yang sangat anda ingin kunjungi?
  7. Apa pandangan anda tentang blog saya?
  8. Pada pendapat anda kenapa wanita hari ini sangat berdikari?
  9. Berikan satu sahaja cadangan bagaimana menghadapi karenah anak remaja?
  10. Tokoh masakini yang anda sangat kagumi?
  11. Apa yang anda kagumi tentang Rasulullah?
Selamat bersegmen semua...
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign